marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Sabtu, 1 Ogos 2009

buat kau dan jua aku..


masa : 12.33 am
tempat: di suatu tempat
suasana: burung2 berkicauan~..

.: BISMILLAHIRAHMANIRAHIM :.

selama ini ku mencari-cari teman yang sejati buat menemani perjuangan suci...




maaf teman bila kita tidak sehaluan..
maaf teman bila aku sering bertindak songsang..
maaf teman bila bicaraku mengguris kalbumu..
maaf teman bila perlakuanku menjengkelkanmu..
maaf teman jika aku sering mengganggumu..
maaf teman jika aku sering meminta pandanganmu..
maaf teman jika aku sering mencari perhatianmu..
mungkin aku sekadar mengimbau memori lalu..


yang pernah berlaku didalam duniaku..
tapi ku tahu..kini dan dulu tidak akan berlaku..
ku hanya mencari sebuah perlindungan di sebalik kekuatanmu..
mungkin juga mencari sinar di samping cahayamu..
yang pernah ku hilang dulu..
ku sanjung ketenanganmu..
yang senang menghadapi semua itu..
pintaku agar kau dapat tahu..
aku tak sekuat yang kau mahu..



.....................

ya Rahman..ya Rahim..
Kau mengetahui apa yang nyata dan apa yang tersembunyi..
dan Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini berkumpul kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhiMu, bersatu memikul beban dakwahMu,hati-hati ini mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka Kau eratkankan akan ikatannya. kekalkan kemesraan antara hati-hati ini ke jalanMu. penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tak pernah kunjung malap. lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepadaMu. hidup dan suburkanlah hati-hati ini dengan ma'rifah tentangMu.jika Kau matikannya,maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai syuhada' di dalam memperjuang agamaMu.
ya Latif..
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong..
maka,
Ya Allah..perkenankanlah permintaan ini..
ameen...

4 ulasan:

  1. hek eleh ! marin duk tunggu bah sore talipom rumos ! kalu nok ikuk mah ke . mah nok suruh abe yi doh gi ambik nga hilux ! haha =]

    BalasPadam
  2. heheheh..
    x igt nak talipon ko wak kriey marin...
    patut talipon ko abe yie benna..
    buke talipon kak kah..
    adoi...adoi..silap....

    BalasPadam
  3. hekelehhh . aikk ! bakpo kecek gini nih . jadi tepak chating pulop . bo lah k kah pom . nati femes tempak k da banyok komen . =]

    BalasPadam

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...