marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Thursday, November 3, 2011

Tikus sukakan beras..


.: Bismillahirahmanirahim:. 

 

satu-satunya lagu chinese yang saya boleh nyanyi dan memahami maksud dia sekali..
lagu yang penuh ingatan dan selalu terngiang-ngiang masa tahun 2 zaman kat ums..
sekarang pun masih berhantu lagi~~..
tak paham?..
meh saya terjemahkan dalam bahasa melayu dengan nada paling puitis..
:D
Tikus suka beras

pada masa itu saya terdengar suara awak
saya merasakan sesuatu yang istimewa
membuatkan saya selalu terkenang
saya tak dapat lupakan awak
(sebab) saya tahu ada seseorang yang
telah melekat dihati saya selamanya
walaupun hanya dengan 
mengenangkan awak seperti ini
Andai suatu masa nanti
cinta dan impian ini menjadi kenyataan
saya akan berusaha dan melayan awak
dengan lebih baik lagi
tak akan berubah selamanya
tak kira betapa jauh perjalanan
pasti akan tiba disana tanpa putus asa
Saya akan berbisik ke telinga awak tanpa ragu
dan bagitahu awak..bagitahu awak

saya cintakan awak, sangat cintakan awak
seperti tikus sukakan beras
walaupun dalam kesukaran
saya masih mahu bertemankan awak

saya rindukan awak, sangat rindukan awak
tak kira betapa seksa penderitaan yang dialami
selagi mana saya dapat mengembirakan awak
saya sanggup melakukan segalanya...
ketahuilah..
saya terlalu cintakan awak!..



dan..
ari ni saya jumpa lagu 
"Lao shu bu zai ai da mi"

"Love is undefined"

No comments:

Post a Comment

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...