marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Wednesday, January 25, 2012

나도 몰라

.:Bismillahirahmanirahim:.



And sometimes..
when there is no more love inside our heart
loneliness will conquer our day..
even though we were surrounded with a lot of friends
it cannot change our feeling inside
even though they make us laugh
still we felt empty inside..

  I know this just only for a moment..
I'm trying to forget everything about you on the past..
I'm trying to erase a piece of hope for that feeling..

Just wait and see..
you will be no more
a Very Important Person in my life..
안녕 사랑
 Love is always like this
it comes and goes
goes for the people already lose it
comes for the people who never give up on it
I'll be find the better than you next time

Sincerely,
Ada

Friday, January 13, 2012

Trauma 2

.: Bismillahirahmanirahim :.

tajuk ni..macam penah wujud kan kat blog ni..
huhu..jangan risau..kali ni punya cerita..
bukan cerita saya..
tapi cerita orang lain..
cerita orang yang saya respect dalam industri hiburan tanah air kita..
kak wardina safiyyah..
cerita pasal rumah dimasuki pencuri..
semoga kak wardina kita dapt memecah belenggu trauma ini..
amin..
tapi.. perkara yang saya sangat tersentuh adalah bila mana dia dan keluarganya berserah kepada Allah semasa situasi tu berlaku..
keyakinan dia dan keluarga dgn Allah tak sedikit pun hilang walaupun dalam keadaan kritikal macam tu..
subhanallah..
tak yah panjang lebar saya tulis...
ni tulisan kak wardina yang saya amik kat official page dia kat facebook..
jom kita sama2 menjelajahi keadaan keluarga wardina saffiyah semasa kejadian rompakan di rumahnya..

++++++



Mereka merompak "perasaan selamat" saya

Selimut saya terbuka! Dibuka! YA Allah seorang lelaki bertopeng menyuruh saya diam “SHHHHHH” katanya. “Barang kemas mana?” “Barang kemas mana?” katanya. Tersedar saya, ini bukan mimpi lagi, rumah saya dimasuki pencuri! Saya cuba tenangkan hati, dan menyorok muka juga tubuh saya. Jawab saya dengan yakin “Saya tak pakai barang kemas, saya tak ada barang kemas” Yang ada pada saya cuma cincin arwah tinggalan nenek saya. Dengan berat hati saya membukanya, “Ini saja yang saya ada, cincin nenek saya, nah ambil” balas saya “Saya memang tak suka barang kemas, tak pakai barang kemas” kata saya lagi, cuba meyakinkan manusia ini bahawa rumah ini memang tiada apa yang dicari. Seribu satu perasaan dan sejuta lagi penyataan memecut laju didalam minda. Kenapa? Bagaimana? Apa akan terjadi? Mana anak-anak saya? Siapa mereka? Mahu apa? Adakah saya akan diapa-apakan?

Cincin belah rotan dengan tiga butir berlian kecil, mungkin tiada nilai yang tinggi. Namun  itulah peringatan asal usul dan ‘memori’ jati diri ini. Separuh dari diri saya. Tidak tinggi dengan nilai harga,tetapi tinggi dengan nilai jiwa. Cincin arwah Dorris Irene Wilmot yang dipakai ketika perkahwinannya dulu. Dari Scotland ke England kemudian bersama cincin itu juga dia berlayar bersama Leslie James Morgan Wlmot, grandpa saya, ke Australia tatkala perang dunia ke-2. Saya sebenarnya mahu memberinya kepada Amna satu hari nanti ,tapi apakan daya. Memori dan nilai sentimental cincin itu amat tinggi sekali. Tidak apa, kerana memori di dalam diri tidak mungkin dapat mereka curi.

Namun sebagaimana memori indah itu akan kekal dengan izinNya, memori ngeri ini juga akan terus tersematl dalam diri. Seperti pita video buruk  yang rosak, gambaran kejadian berputar dan berputar kembali dalam ingatan saya. Adakalanya bulu roma saya naik kembali, tangan dan tubuh bergetar dengan sendiri. Wajah mereka kini sering menggangu dan menghantui saya. Saya pasti, ianya mengambil masa untuk di’lupa’kan. Bukan lupa sepenuhnya, namun lupakan ketakutan dan mencari kekuatan kembali. Takut, resah, gelisah dan beribu perasaan lain, bercampur seperti dicampurnya rencah di dalam kuali. Akhirnya, namun akhirnya gulai itu sungguh enak sekali. Akhirnya, saya mengucap syukur Alhamdulillah. Allah mahu membersihkan kami. Musibah demi musibah , membuatkan diri lebih dekat dengan Ilahi, “Syukur Ya Allah”Alhamdulillah” dan “Innalillah” bermain di bibir sejak pagi tadi.

Saya terfikir, siapakah dia insan ini, sehingga sanggup buat begini? Mencuri demi wang ringgit semata. Ketika dipukul Ikhwan di kaki dan kepala, mereka berkata, “Saya tak kacau orang, saya tak kacau orang” dalam loghat Indonesianya. Ikhwan memberi amaran keapda mereka “Jangan sentuh isteri saya”, “Jangan kacau anak saya”. Ikhwan dikejutkan ketika sedang menemani Imran yang demam, di kamar birunya. Diikat tangan suami tercinta. Setelah Ikhwan menjerit, mengharapkan ada yang mendengar, saya kemudian tergamam ketika perompak itu berkata “Sini, sini” cuba membuka selimut saya.

Saya berjanji pada diri ,sekiranya orang ini cuba mengapakan saya, saya akan bermatian sehingga nafas terakhir, memepertahankan maruah saya. Saya juga wanita Aceh, darah pejuang mengalir di dalam badan saya. Rupanya Eka saudara saya dari Aceh yang kini membantu saya ditarik dari kamarnya dibawah keatas dan disuruh bersama saya didalam selimut. Saya memeluknya.

Anak-anak saya? Di mana mereka? Saya tertanya-tanya. Saya berikan dan letakkan keselamatan diri mereka kepada Allah sepenuhnya. Saya yakin mereka selamat. Doa saya setiap lepas solat adalah supaya Allah memelihara mereka, kerana mereka bukan kepunyaan saya, mereka milik Allah. Saya yakin pasti ada diantara doa saya didengari. Saya pasti! Saya yakin! Tidak lama kemudian terdengar tangisan Imran.

Imran!!! ” jerit saya, tanpa membuka cadar. Ikhwan masuk bersama Imran ke kamar saya. Saya pegang badan panas Imran, dia masih demam, dan Imran terus teresak-esak dalam pelukkan saya. “Naughty man, Ummi” kata Imran pada saya. “Dia hit ayah Imran” katanya. “Imran tak de sword, Imran” katanya. Allah, sucinya anak ini. Belum mengerti apa pun. Ini bukan filem atau kartun anakku. Sword Imran tak akan mungkin membantu. Satu ketika dahulu, perompak-perompak ini juga pernah suci dan comel sepertinya. “Ya Allah pelihara anakkau” bisik saya dalam hati. Tidak lama selepas itu, Amna dan Azra dengan senyap memasuki cadar saya. Kami bertiga memeluk erat sesama sendiri. Sekali-sekali saya mengusap Eka disebelah saya. Saya harus berani untuk mereka. Saya tiba-tiba merasakan Ikhwan duduk dikaki saya. Alhamdulillah kami semua ada bersama.

 Sekali lagi selimut saya ditarik, seorang lagi lelaki bertopeng bertanya “Barang kemas mana?” Ikhwan berkata “Jangan sentuh dia, dia tak ada tudung” MasyaAllah, begitulah suami saya menjaga kehormatan saya. Dalam saat ini pun dia tidak mahu sesiapa pun melihat ‘hak’nya. Saya amat berbesar hati ketika itu. Maka kerana itulah luluh jantungnya melihat gambar saya dahulu di’post’ sesuka hati di alam maya. Kasihanilah saya dan dia. Janganlah buat begitu lagi ya? Pelihara aib orang lain supaya aib anda dan keluarga juga dijaga. Percayalah janji Allah itu benar, ini bukan janji manusia.

 Sekali lagi saya menjawab membalas pertanyaan peromapak ini, “Saya tak pakai barang kemas, saya tak suka barang kemas” Ikhwan mengalih perhatiannya kepada laci dihadapan. “Sini banyak barang mahal” tunjuk Ikhwan. Manusia ini menggeledah laci tadi yang sebetulnya cuma termuat aksesori lama. Rantai, gelang kayu, brooch yang dihiasi permata palsu.  Ya, saya tidak punya apa! Saya bukan penggemar emas dan intan permata.

Seorang lagi rakannya berhenti dihadapan rak buku kami. Itulah harta saya, buku yang tersusn rapi. Rak demi rak buku didalam kamar. Itulah saja ‘harta’ saya. Ilmu itu emas bagiku. Tak mungkin perompak ini mengerti! Berdirinya dihadapan rak buku itu, dia seolah keliru. Tidak tahu lagi apa harus dibuat dan kemana harus dituju. Dihampiri rak diatas meja tulis, disitu penuh dengan buku lagi, dengan buku nota yang amat berharga bagi saya, segala nota kuliah, seminar dan persidangan ada disana. Saya yakin tidak akan mereka sentuh sama sekali! Juga tersusun di rak itu Quran-Quran saya. Sampainya dia memegang Quran berwarna hijau muda, Ikhwan berkata “Quran tak nak?” memerli sinis dirinya. Dia cuma diam.

Ikhwan mula membaca Ayatul-Kursi dengan nada tinggi. Dia menyuruh Ikhwan diam. Mungkin tergetar juga hatinya. Saya mengikut. Al-Falaq menyusul.

 "Katakanlah wahai Muhammad “Aku berlindung kepada Allah Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk”
"Dari bencana makhluk-makhluk yang ia diciptakan” “
"Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk”    
“Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan”
“Dan kejahatan orang  yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”

(Quran, Al-Falaq:1-5)

Saya, Amna dan Azra memabcanya berulang ulang dengan penuh yakin. Akhirnya semua ini milik Allah jua  “Ya Allah yang memiliki hati manusia, timbulkanah perasaan gentar dan tidak selesa didalam jiwa mereka” doa saya dalam hati. Saya cuma mampu berserah, dan ketika ini terasa makna ketawhidan Illah yang begitu tinggi memuncak di dalam sanubari. Secara tiba-tiba, terdengar motor pak jaga di luar rumah saya. Perompak menyuruh kami diam. Tidak lama selepas itu, mereka beredar. Rupanya Farah anak gadis Pak Fauzi Marzuki, jiran belakang saya ternampak kelibat penyamun ini dari jendelanya. Dan siapakah yang menggerakkannya untuk nampak rasanya? Ya Benar! Allah SWT.

Air mata saya menitis. Thank you Allah. Kuasa keyakinan itu amat tinggi sekali. Keyakinan bahawa Allah akan bersama orang-orang yang mahu bersamanya. “Ingatlah Aku dan Aku akan mengingatimu” Saya cukup yakin. Janji Allah benar. Ini bukan janji manusia.

Amna masih trauma, sejurus setelah mereka keluar, setelah polis dan jiran bersama kami. Amna terus muntah. Satu reaksi fisiologi yang biasa bagi kanak-kanak yang trauma. Muntahnya hijau, namun lebih hijau lagi emosinya. Saya akan cuba membina keberaniannya kembali. Satu pertanyaan Amna yang membuatkan saya terhenti. “Why did they do that Ummi?”

Saya terdiam. Bagaimana harus saya jawab pada anak kecil ini? Ya benar kita semua dilahirkan fitrahnya suci dari dosa. Jawapan saya pada Amna di artikel seterusnya! Ianya  untuk anda fikirkan juga.

Yang masih trauma,
Wardina
 

Monday, January 9, 2012

hari main-main sedunia...

.: Dengan menyebut nama Allah
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihai:.


ari ni nak bercerita pasal pegi bermain-main kat theme park..
huhu..lepas gian la kata orang..
sbb biasa la..kan..
duduk kl x sah klu tak datang maen tmpat2 cam ni..
sebenarnya x planning betul2 pun pergi bermain2 ni..
kitorang just main serbu je ni..
tu pun pasal 2 hari cukup terperap dalam umah sewa..cuti la katakan..
so..
roommate tersayang pun ajak la kitorang pegi Berjaya Times Square..
untuk lepaskan tension (huhu..dia jela kot yang tension keja..aku ngan kak nisah rilex2 je lagi..keja belum stat..)
so..demi menghalau kesepian duduk terperap dalam umah..
kitorang pun apa lagi..
aktiviti yang dirancang selama 2 minit itu pun berjaya dilaksanakan..
huhu..
turun dari umah dalam 4 ptg gitu..belajar naek LRT, monorel  (huhu..mane la chek tao nak naek benda2 alah ni)..
naseb baik pandai jeee..huhuuhhhhhhuuu..
disebabkan aku dah pun bermaustautin kat kl ni..jadi atiey pun suggest la aku beli card touch n go je terus..senang..lain kali nak naek benda alah cacing gergansi ni x payah dah sibuk2 beratur panjang..main..touch n go je..huhu..tapi malang punya naseb..kad tu dah habes stok..atiey tiba2 je hadir buah fikiran baru supaya top up nilai dgn guna i/c..huhu..tak tau la plak i/c mycard nieh berguna untuk barang2 macam ni..ingat kegunaan dia time nak copy je..huhuhu..(maapkan kejakunan ku di sini..huhu)..

sbb masa kitorang sampai  kat BTS tu dah masuk asar..
so bergegar la cari surau untuk solat asar dulu..
well..main2 jugak..solat tak boleh tidak wajib kena laksanakan..huhu..
lepas je solat..berdesup pergi serbu theme park..
x ramai sangat pun orang kat dalam tu..so..byk la benda kitorang bleh main..huhu..


masuk sorang dalam rm37..
rasanya berbaloi la kot..sebab memang semua jenis permainan dalam tu kita boleh main..dari yang super friendly sampai la super extreme x boleh nak cakap..huhu..


kitorang stat main dgn spinning orbit..
first2 tu berdebar jugak la..mana tau lagi extrem dari spinner kat genting tu..tgk2..biasa je..dia bwk kita dari bawah ke atas dalam pusingan orbit gitu..kira x la takut sgt pun..kalau sesapa yang gayat tu..maybe takut la kot sikit..aku? huhu..okey la...

second, kitorang try supersonic odysscy..huhu..ala2 roller coaster la kot..yang ni..huhu..takut time pusing2 dan berdesup dia gerak..hoho..tahap extreme je la kot..best aa gak..tapi kalau suruh naik lagi..rasanya..x nak dah kot..huhu..ada port tertentu dia pasang kamera..so..pasti kan korang senyummm masa main benda ni...hahahaha..

yang ketiga kitorang main robo crash..ala2 bumper car la ni..main langgar orang..yang ni kalau orang baru boleh lesen bawak benda ni..macam biasa..mesti la nak berhati2 di jalan raya..tapi semua itu..semua itu sementara saja..huhu..ape tak nya..kena langgar dari depan, belakang kiri kanan..x ke geram tu..so..apa lagi..kita langgar dia pulakk..huhu..


sombong betull..
atiey ajak main permainan kanak-kanak tak mau..nak yang extreme..extreme..so dia pun suruh aku n kak nisah naik Space attack (bentuk x)..
huhu..sebab dia penah naik minggu lepas dgn kakak dia..dia ckp tobat x nak naik dah..hoho..kitorang yang kiranya jakun ini pun apa lagi..a
mik tempat untuk merasai ke-extreme-man space attack itu..huhuhu..okey...
beliau memang extreme.. tgk la kat video ni kalau x caya..

video


huhu..pastu try plak naik dizzy izzy..tobat..naik yang ni aku serender..pening..hanya tuhan yang tahu..punya la tak leh nak tahan..sampai turun je mainan ni..aku dengan muka cuak menuju ke tandas (nasib baik tandas dekat je ) and terus..bluekkkk ..~..
 hhoho.. i hate u dizzy izzy..




lepas tu aku serender x leh nak terus main yang permainan yang seangkatan dgnnya..atiey..awal2 lagi dia serender dari main..dia la tukang gelak tengok aku ke feninan melampau..huhu..kak nisah..masih maintain..huhu..dan kak nisah teruskan permainan ooort's Express..hoho..aku tgk dari luar kawasan mainan tu pun dah pening..aku tak tau la ape kak nisah rasa masa dalam tu..hoho..tp kuar je dr mainan tu..aku tgk kak nisah maintain boleh tahan lagi..

lepas tu..kitaorang sambung lagi main...sbb syok sangat main robo crash tadi..so kitorang pun rancang nak main benda tu sampai puas..huhu..so..main la kitorang 3-4 kali..sampai budak yang jaga permainan tu tanya..nak main lagi ke..hohoho..sori la dik..kak sedang praktik cara bawak kete (hoho..x seseuaiii tao pratik belajar keta dalam ni)..

lepas main2..jam dah tunjuk hampair pukul 8 mlm so kitorang pun keluar sekejap dr theme park tu untuk ke surau..solat maghrib plak..dah siap solat..atiey cabar kitorang naik satu lagi permainan yang extreme DNA mixer..hoho..


utk permainan ni..aku betul2 menyesal naik..bukan tahap extreme ni..
tapi super duber extreme..dah la masa tu..aku ngan kak nisah je yang mengisi kerusi kosong permainan ni..hohoho..
never ever try benda ni dah lain kali..yang ni bukan rasa nak tercabut jantung..tapi..rasa cam hilang nyawa..pusing pusing pusing..lipat..lipat..lipat.. ..hoho..kus semangat..

lepas je permainan ni..kitorang serender dan terus kuar dari theme park tu..sempat lagi tu berwindow shopping sakan..
aku la window shoppingnya..
diorang memang bershopping sakan la..
sorang2 beli dua tiga helai baju... 
aku tukang cuci mata..
huhu..x de feeling lagi nak beli baju..
nanti bleh gaji baru fikir..hehehe..
dan lepas tu..
kitorang pun dah macam peserta explore race mengejar monorel untuk balik ke rumah..
hoho..


akhir kata ,cik nik nur syuhada..
esok anda kerja..~
uwaaaaaaa..


Sunday, January 1, 2012

happy new year everyone :)

.:Bismillahirahmanirahim:.



Selamat tahun baru semua..
semoga tahun ini dapat menjadikan kita manusia yang lebih baik dari manusia yang tahun lepas..


Ya Allah..
padaMu ku sandar segala impianku..





link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...