marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Sunday, December 16, 2012

BERTEKAD CEMERLANG!

.: Bismillahirahmanirahim :.





Hmm.. nak tanye korang la kan.. korang penah tak rasa takut.. rasa takut yang menghimpit perasaan sanubari korang yang menyebabkan korang berhenti untuk terus mara ke hadapan (perghhh.. ayat saje je wat cam bunyi sastera2 sikit)....

Aku penah.. rasa takut tu sampai sekarang pun ak rasa nak cuba.. cuba untuk jadi lebih berani.. lebih positif tetapi tak secara membuta-tuli.. berpandukan tawakkal dan otak yang sihat..

kalau bab2 berani ni, aku selalu terkenangkan masa zaman kecik2 dulu.. yang mana.. aku rasa.. pantang ade je yang ajak pergi main..masuk utan..mandi laut.. bawak baskal belakang bas..semua tu mesti ak ikut sekaki.. dengan berperasaan..ingat budak pompuan penakut ke??..huh..kalau zaman budak kecik dulu.. pantang kene cabar skit.. budak laki pun aku rasa penah gak merasa penampar jepun aku gara2 buat lawak tak bertempat atau amik/usik harta ak tanpa kebenaran aku.. huhu.. dasyatt kan??..

mase dulu, seingat aku.. aku penah panjat pokok jambu air dengan adik-beradik aku (selalunya tikah la yang join sekaki sbb kitorang same baya..x pun Une.. banyaknya zaman kecik dulu main ngan nabila, kawan seperjuangan masa zaman budak2) kat belakang umah, berhampiran dengan reban ayam yang besar yang akhirnya jadi umah pondok2 kitorang..kalau panjat pokok tu.. sah2 panjat kat bahagian orang lain x berani pegi..contohnya kat kawasan puncak dahan, tak pun dahan yang separa matang, haa.. kat situ la selau jambu yang best2 tersorok.. x de pun rasa gentar tengok tanah kat bawah.. yang best lagi siap melepak pulak atas tu sambil2 makan buah jambu.. boring2.. goncang dahan pokok tu sampai segala mak nenek atas pokok tu tercampak kat bawah..aduuii.. ingat balik peristiwa tu, rasa berdiri bulu roma aku ni..camane la aku boleh berani sampai tahap camtu sekali.. suh panjat sekarang ni, aku rasa naik x sampai separuh dah meraung nak turun balik.. huhuhu..




Hmm.. tapi sekarang ni, lepas umur dah meningkat dewasa ni, ak rasa sikit sebanyak perasaan berani tu cam dah lupus, bila da besar ni skit, macam2 hal aku fikir, nak bawak motor sikit dah rasa, kang nanti kalau eksiden kang, kalau panjat tangga nak betulkan lampu dalam bilik, fikir, kang nanti jatuh kang, kalau nak pegi bandar, nnti kene culik.. aish.. nauzubillah, mintak dijauhkanlah Allah benda2 yang macam ni.. tapi masa kecik dulu x ade pulak aku fikir macam tu..

Hmm.. tapi di saat ini, di masa ini, unutk masa depan ku esok.. ak amatlah berharap aku berkekuatan macam zaman kecik2 dulu, berperasaan penuh keyakinan aku boleh meng- conquer- keaadaan dan membuat keadaan berpihak kpd aku..

Ok fine.. cam x de orang paham apa yang aku cuba try maksudkan dengan berjela2 karangan aku kat atas tu.. huhu.. maafkan saya..

tak de.. sebenarnya cam ni, di sebabkan company aku da kekurangan tenaga driver yang menghantar dan mengambil CP dari site.. maka aku sebolehnya dan memang kene lebih berdikari.. x mengharapkan semua company yang aturkan.. Disebabkan on site ni adalah permintaan dr client, nak tak nak terpaksa jugak aku kene pegi.. cam x serius dgn keja kalau tiba2 aku cakap kat wakil client tu" oh, maapkan saya encik, sbb company x de driver skarang, saya da x boleh pegi tempat encik". huh.. byk cantek.. igt client tu boleh terima.. klu aku yang client tu.. mesti bengang rasa budak ni keje memain.. huhu.. demi company ku tersayang, terpaksa lah aku memberi attitude yang baek.. huhu (bos, sila anugerahkan saya medal anugerah pekerja mithali 2012)...


 


Hmm.. disebabkan itu.. maka sesuai dengan moto UMS u kesayangan aku, BERTEKAD CEMERLANG!, maka ak dengan bangganya pegi apply tuk dapatkan keta company, yeaa..compay ku memang company ter baek... diorang bagi je ak pakai keta tu tanpa rasa sangsi akan kebolehan ku drive kete.. ( First aku bawak keta adalah masa aku amik lesen keta, setahun yang lalu, aka bulan 10 2011, dan lepas tu aku x bawak2 dah secara rasmi kat atas jalan raya )..

Disebabkan moto UMS BERTEKAD CEMERLANG itu jugalah yang menyebabkan otak aku seharian berfikir camane aku nak bwk kereta tu dari zero.. syukur alhamdulillah, Allah yang mendengar keluh kesah ku.. aku dapat khidmat terbaek dari Afif, dia sudi mengajar aku.. huhu.. memang sangat2 bersyukur.. di saat aku rasa down gile.. sekejap je aku tanya dia dgn muka memang teragak2 gile.. dia terus bersetuju.. fuh..lega.. x lupa gak pada Din dan azie jadi peneman sbb hari da malam time tu..huhu..

First time bawak keta (naseb bek auto), memang aku rasa kejang gile kaki, aku tau pandang depan, x toleh kiri kanan pun.. straight konon fokus la.. padahal, diri sdiri cam blur.. x sure nak wat ape.. tapi lepas lama2..aku rasa da mampu kawal stereng, pandai tgk cermin sisi , cermin belakang dgn cikgu pun sangat berkaliber handle aku yang amatur ini..huhu.. bgsnya Afif sebab walaupun ak ade wat salah, dia x ade la tengking cam sesetengah orang lain yang bleh wat orang panik.. smooth je.. Din pun bleh apply jadi cikgu kelas memandu gak.. sal yang time malam tu din yang guide ak..huhu.. yang siang plak Afif.. overall  rasa ok la.. keyakinan dari 5% da meningkat jadi 80% tuk bawak kat jalan raya besar..

Tapi, berbalik kepada perkara pokok.. tujuan aku belajar balik memandu ni, dengan penuh keazaman BERTEKAD CEMERLANG menhapuskan rasa takut, khuatir, perasaan negatif muncul dalam benak dan fikiranku ini adalah untuk memandu ke site, iaitu ke MPSJ.. tapi sayang, jalan nak pergi kesana.. masih belum aku hafal lagi.. disebabkan oleh cikgu kelas memanduku ade hal lain hari ni..jadi pemanduan ke sana x dapat dijalankan dan rata2 orang2 yang ak contact (sape yang aku kenal aku x contact- Din, Ewan, Nick, Ana, Hafiz Natero.. yang da x jadi Skalian pun turut sama kene tempias BERTEKAD CEMERLANG aku - Fazrin, Kirin, Abe Zin, Abe Adi, Iwa)..tapi sayang..mereka semua pun da punyai rancangan masing2...x kan la pasal ak sorang sume kena drop hal memasingkan dan aku pulak x rela duk sesat2 sorang2 kat daerah yang aku tak kenali...


Adakah aku masih perlu untuk berpegang dengan moto UMS, universiti kebanggaan ku itu.. BERTEKAD CEMERLANG..

Aku ada 2 pilihan, dan kedua-dua pilihan tu di waktu ini 22.24 PM jam laptopku, aku masih dalam dua..

pilihan satu: Esok bangun awal2, bersiap, turun awal2 sebelum jem, bawak kereta terus pergi ke MPSJ, ikut instinct arah mana patut dituju...

atau pilihan dua: Tulis email kat pegawai di sana, bagitau aku tak leh datang diatas hal2 tertentu, blablabla.. dan stay kat opis, buat keja cam biasa...

oh ho..

Ottoke???


No comments:

Post a Comment

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...