marquee

.:WelcomeToFromMyHeart:.

Sunday, January 13, 2013

Mencari Titik persamaan

.: Bismillahirahmanirahim :.




Cerita ini mengisahkan tentang cerita semalam, ku ingin abadikan cerita itu agar esok2 boleh menjadi kenangan yang selalu di kenang.

Aku berjalan bersama mereka yang inginkan perubahan demi masa depan. Kecil besar tua muda, melayu cina, india, bah kan dari Borneo turut serta.. Terasa begitu berupaya.

Pagi itu, tanpa persiapan yang begitu rapi disebabkan kesibukan kerja sejak akhir-akhir ini menyebabkan aku masih dilamun perasaan ragu-ragu untuk keluar berhimpun. Penat, lelah, sering menjadi alasan unutk bermanja dengan diri. apatah lagi hari itu aku sedang bercuti hujung minggu.lebih-lebih lagi mengetahui aku bakal keseorangan keluar ke arah sana nanti.Namun, kehadiran ahli keluargaku jauh bertebaran di pelosok negeri, ada dari Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah membangkitkan perasaan ingin meluangkan masa bersama-sama berhimpun di Stadium Merdeka nanti. Penat sudah tidak aku hirau lagi.Mereka dari jauh sanggup turun, sedangkan aku yang teramatlah dekat masih lagi terawang perasaan negatif. 

Pagi itu, setelah abangku yang ke 11 telah memberitahu kedudukan lokasi mereka sekarang adalah di Pasar Seni, aku bergegas bersiap untuk ke sana. Memakai serba kuning, aku andai menepati tema hari ini sementelaah warna kuning adalah warna kegemaranku. Sebenarnya himpunan tersebut menggabungkan beberapa kumpulan tertentu. Ada Kuning (BERSIH), ada merah (ROYALTI), ada oren (FELDA), ada hijau(LYNAS). Warna warni.

Pagi itu juga, aku menaiki LRT untuk ke Pasar Seni. Dari Stesen Sentul Timur turun ke Stasen Majid Jamek. Masih lagi keseorangan walaupun sekali sekala bertembung dengan peserta yang lain (aku andai saja, sebab nampak mereka berjalan dalam kumpulan, dan ragu-ragu nak guna LRT). Sewaktu perjalanan ke Pasar Seni, suasana boleh di katakan meriah dengan peserta-peserta HKRKL112. Mereka berjalan beramai-ramai dan menuju ke tempat masing-masing berkumpul dan dengan megah mereka berjalan memakai baju mewakili apa yang mereka pertengahkan. Kuning-merah-oren-hijau dan lain-lain. Mereka berani. Masakan tidak, sedangkan Himpunan ini sudah dapat permit kelulusan kan.. *smile*. Sedang aku meneruskan perjalanan ke Pasar Seni, tiba-tiba terserempak dengan orang yang aku kenali. wah, Ya Allah sungguh aku tak sangka bertemu dengan Adik Usrah ketika di UMS dulu. Hampir 2 tahun x bertemu. Aini, sungguh waktu kami berpelukan ak dapat merasakan ada bening air mata di kelopak, tapi tidak pula aku biarkan ia mengalir keluar.. Berbual2 sementara menunggu LRT putra tiba, rupanya Aini dan kawannya juga salah seorang peserta HKRKL112. Di sini, di celahan ramai manusia, kami bertemu. siapa sangka. Semua diatur baik oleh Allah. Sesampainya di Pasar Seni, ratusan manusia sudah memenuhi Stesen Pasar Seni. Dari loghat mereka, aku pasti mereka datang dari jauh merata negeri. mencari-cari arah Hotel tempat menginap abangku yang pertama, akhirnya aku bertemu dengan adikku yang ke 14. Aku di bawa ke sana. 

Belum sempat menaiki lif, Abang pertama, kakak ipar dan abang yang ke 11 keluar dari lif tersebut, jadi kami teruskan sahaja perjalanan kami menuju destinasi. Setelah berbincang beberapa minit, kami putuskan untuk berkumpul di KLCC kerana di situ kebanyakan orang kelantan mulakan perarakan untuk ke Stadium Merdeka. Maka, ke sana kami pergi setelah membeli bekalan untuk berjalan nanti.

Setibanya kami di lapangan KLCC, ruangan telah dipenuhi oleh pemakai-pemakai baju merah. Ucapan dari orang-orang kuat HKRKL112 baru saja bermula, Wakil R kelantan, R Terengganu, R Pahang , R Sabah dan lain-lain lagi.. Masing-masing mengingatkan agar peserta menjaga moral dan etika semasa perarakan nanti.






Perarakan bermula. Kami satu keluarga bergandingan berjalan bersama-sama. Abangku yang ke 9 kemudiannya muncul dan berjalan bersama-sama kami. Menarik. satu, sebab ini adalah pengalaman pertama menghadiri Himpunan Besar sebegini. kedua, ku lihat YB-YB sama ada perempuan atau lelaki, tua atau muda turut serta. Anak- anak muda dengan laungan- laungan masing2. Dua laung yang menarik bagi aku, pertama adalah "Talaalbadrul alaina".. ramai2 mengalunkan nasyid ini.. dan kedua.. semasa melintasi kedai HONDA.. masa tu ada sebuah motosikal lalu, anak2 muda ini bagi laluan pada motosikal tersebut, dan tiba-tiba seorang daripada mereka melaungkan.. HIDUP! HIDUP! HIDUP HONDA!.. dan yang lain ikut.. aku dengan adik beradikku masa tu saling berpandangan.. "apekahhh???" pastu diorang sambung, "KAMI SOKONG TURUNKAN HARGA KERETA HONDA!"..hahahha.. memang la diorg ni.. wat lawak plak..hahahaha.. Sempat abang aku berseloroh sewktu kami duduk berehat di jalan, "tak best himpunan kali ni, x de hujan asid, x ada bom asap"..haha.. lepas tu abang aku yang lain pintas, " alah kalau ade pun abang long la yang lari dahulu"..haha..macam-macam la mereka ni.


Aku dan adikku mulakan operasi kutip sampah akibat tak tahan melihat segelintir yang senang-senang membuang sampah tanpa rasa perasaan bersalah. dari plastik yang kecil, bertukar menjadi plastik sampah  yang besar. Mujur ada adikku ini pegang pastik sampah..kekekekke..aku tukang kutip aja.. Hampir dengan Stadium Merdeka, masing-masing kelaparan. Boleh dikatakan kiri dan kanan di sepanjang jalan menuju ke Stadium Merdeka dipenuhi oleh manusia membeli. aku hairan kenapalah ada akhbar dan media yang bagitahu semasa tahun-tahun sudah peniaga rugi disebabkan himpunan sebegini. Aku rasa masa ini lah mereka dapat keuntungan berganda kalau melihat ramainya manusia di situ.


Kami tiba di Stadium Merdeka. Suasana yang sangat mengkagumkan. Penuh..Penuh satu stadium, kalau kami lewat beberapa minit. Pasti kami tak dapat masuk ke dalam waktu tu. Ucapan dari pimpinan baru sahaja bermula..  Semua ucap tahniah atas kehadiran yang sangat mengkagumkan ini. teruja. InsyaAllah.. Putrajaya milik kita nanti :)

Kami bersurai kira-kira jam 5.00 ptg selepas menyanyikan lagu negaraku. Disebabkan masing-masing adalah musafir, maka mereka jamak Qasar di bilik hotel sejurus tiba di hotel. Aku ABC :)


*Fakta:
1. Stadium disewa dengan jumlah harga RM100,000 berdasarkan ucapan pengerusi HKRKL112
2. Stadium dipenuhi oleh peserta tak kira apa bangsa dan agama
3. Kedai makan, 7E, kedai tepi jalan memang laku habis
4. Polis yang menjaga HKRKL112 adalah polis yang paling hensem di dunia sebab baik-baik saja.
5. Ombak manusia sewaktu lagu Ito berkumandang adalah ombak yang sangat best sampai x reti nak berhenti. hahaha



No comments:

Post a Comment

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...