marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Tuesday, July 15, 2014

Newborn baby girl clothes crochet set

.: Assalamualaikum :.


A'a.. Ni adalah salah satu sebab aku lebih byk offline dr online selain malas nak online.. Kih3..
Set pakaian newborn baby girl ni, aku amik masa lebih kurang 3 minggu plus2 malas, bizi, x de mood, gi sane sini..sebulan jugak la nak sudah..haha..

Tapi puas ati la.. Sebab dapat ciap jugak walaupun kengkadang ade jugak ak tension buat sebab asyik2 kena bukak balik je.. Huhu.. Biasalah.. Test n error katenye..count salah.. Naseb laa.

So pas da bereees semua, ari ahad baru ni aku gi delivery lah sdirik sbb area2 KB je.. klu area jauuuuh.. compem2 la pakai khidmat pos express..

Jom kita jenguk2 ape yang ade dalam box tu.. Jom reramai pakat tengok..

sebab hadiahnya nak bagi kat baby.. harusslah berkotak yang ade ciri2 kiut..ngee..ce teka ape yang ade dlm box tuu..

ja jaaang... ni lah penghuni kotak ini.. dalam ni terdapat blanket saiz 26" x 21", gaun dress, hat, mittens & socks dan headband
Blanket yang bersaiz 26" x21 ". Amik masa lebih kurang dalam 5 hari untuk siap sekali ngan lace baby pink. kalau tak silap pakai hook saiz 4.00 mm untuk body dan lace pulak 3.00mm.
ta daaa.. lawa kan gaun ni..aku pun memula x caya gak ni hasil tangan sdiri..kekeke.. gaun dress untuk baby girl yang umur 1-3 bulan. ni pun pakai hook saiz 4.00 mm jugak

tak nak bagi plain sangat even camtu pun da comey lotte dah. minimalis adalah pebret aku so, jahit reben je la satu kat area dada gaun.. baru mengancam baby u..haha

bahagian belakang gaun. fuuuh... kembang semangkuk kan skirt dia.. hiks.

pakai pattern camni baru naek seri gaun tuu kannn...
tak lengkap kalau x de topi kannn... dengan bunga kembang semangkuk..heee

suka pattern topi ni.. barulah tak boring nak kait sebab dapat pattern baru :D
 
ni pulak mittens. pakai hook saiz 3.00mm
ni pulak socks. pun same pakai hook saiz 3.00 mm :D
headband yang ni saya buat sebagai hadiah tambahan untuk set tu tanda menghargai my customer. :D
 
 kamsahamnidaaa^^



Monday, July 14, 2014

Raya kita dengan Wide shawl halfmoon MARJAN

.:Assalamualaikum :.

-Wide shawl halfmoon MARJAN -

Kelebihan:
1. Menggunakan kain chiffon yang berkualiti tinggi
2. Saiz yang lebih lebar daripada yang dipasaran
3. Alunan dan jatuhan kain yang cantik
4. Terdapat batu permata yang berkualiti di setiap hujung shawl
5. Sesuai dipakai oleh setiap hijabis tak mengira peringat umur dan saiz badan
6. Bahagian muka yang mudah dibentuk

Warna yang masih available:
Pink- bright yellow- turquoise -aquagreen- blue- gold- purple- grey- red- pink shelbet- green apple

Joooom pakat try pakai wideshawl halfmoon MARJAN di hari lebaran nanti :-D

Hanya RM32 sahaja!

#hijabis #niqabis #sayajual
#wideshawl #halfmoonshawl #shawl

Stok adalah terhad.
Whatsapp atau we chat:013-4428320
Fanpage: Atas Loteng 100% Handmade Crochet

Gaza bergolak lagi

.: Assalamualaikum :.

hype.. yup.. terbangun.. terbangun dari tido di kala dinihari.. di bulan posa aku kire agak beruntung la buat aku yang memang tuan puteri yang sangatttt suka tido.. ahaks..bola? sori lah sebab tak reti sangat nak melayan tengok bola..op coz ku rela tido..~

so.. terjaga. settle kan ape yang patot lah kan.. rugi-rugi klu da terjaga dan berada dalam paras sedar tapi nak tahajud skit pown malas kan.. kekeke..

 so.. apabila da terbangun.. dalam pukul 3.45 pagi ni.. melepasi lebih kurang sejam dari waktu aku terjaga tadi.. nak tido balik memang tak la sebab nnti kul 4.30 compem kena bgn nak ciapkan makanan bersahur tuk famili terchennta nih.. dan of coz la.. sebagai tuan puteri yang sangatttt suka tido.. tido selama 45 minit tu adalah satu bebanan.. bangun tido silap2 dah bertukar jadik gorillaz. sebab x cukup tido katenyeerrr...~ kekeke..

++++

hmm.. x nak cakap ape.. tak nak tulis ape.. tapi cam rugi lak kan klu tak menconteng tentang isu2 terhot yang terjadik dimuka bumi tuhan ni kan.. Atas kesedaran, tiba je bulan posa, bumi Gaza bergolak lagi T_T. sadis.. dan menyayat hati sampai kadang-kadang aku tertanya-tanya, apakah sumbangan terbaek yang boleh aku sampaikan agar keadaan boleh berubah.

Aku pernah menulis isu boikot dulu kat sini. Ada Ape Dengan Boikot?
atau pun kat sini yang sikit sebanyak video dari soldier of islam mengesahkan  camane Jews amik alih tanah Palestin dan tanggapan dunia mengenai Islam dan orang islam.

aku ikuti fb kedua-dua belah pihak sama ada update dari Israel Defense Forces  ataupun update dari Aqsa Syarif dan lain-lain untuk mengetahui perkembangan semasa yang terjadi di bumi sana, dan aku dapati update dari Aqsa Syarif, Aman Palastine lebih menyayatkan hati.

Bayangkan, kesan daripada pengeboman, seorang suami meninggalkan isteri, seorang ayah kehilangan anak-anak, seorang anak kehilangan ibu dan bapa. Ya Allah, aku nak tengok gambar yang di siar pun, aku rasa tak sanggup.

dikatakan untuk bunuh seorang lelaki, tentera Israel telah mengebom rumah beliau yang menyebabkan kematian 18 orang ahli keluarga dan saudara-mara. Lebih daripada 50 orang sekitar rumahnya turut tercedera. Info dari Anti- Violence & Killings


Tapi aku yakin, mereka, palastine tak gentar dan tabah menghadapi dugaan ini. insyaAllah.

dikatakan jenis bom yang digunakan oleh tentera Israel untuk mengebom Gaza. Info dari Aqsa Syarif


Tapi jauh dari sudut hati aku, walaupun mereka tak gentar dan tabah, tak bermaksud diorang tak memerlukan  sokongan dunia. kita patut tahu bahawa tanah mereka dirampas! mereka diperlakukan macam bukan pemilik lagi. Astagfirullahala'zim.

So guys, maybe kita tak rasa kita x dapat bantu diorg dari sudut ketenteraan, tapi aku yakin kita boleh bantu palestin dari sudut kewangan. Salurlah sumbangan korang kat mane2 badan yang bertanggungjawab yang korang memang confirm 100% sumbangan korang akan disalurkan kepada penduduk Gaza. Kalau korang tak yakin, jom kita main psyco pulak. Jom reramai bertekad cemerlang lumpuhkan ekonomi geng Zionis dengan memboikot. yep.. still one simply said tak de effect pun dengan boikot.. guys.. trust me.. kalau satu dunia boikot zionis.. aku rasa kita mampu ubah something. Jangan cakap asal boikot je Malaysia..asal palestin je Malaysia yang kecoh.. nope.. silap.. US lagi kuat bab2 memboikot.. siap non-muslim join sekaki. sebab ni selain isu akidah, isu kemanusiaan pun turut serta..

buat selagi mampu, tapi kalau mcD tu kalau dah jadi darah daging anda, macam ubat yang nak tak nak wajib makan, maka.. x payah lah anda bersusah nak boikot. nak buat macam mana kan.. ~

Jom.. kita boikot mana2 barang yang salurkan kepada Zionist.Acctually X semua product Yahudi bagi kat Israel yakni zionist.. so korang check it out la ye pabenda yang kena boikot. jangan mengba*i buta lak boikot.. kui3. :D

UBAH.. KITA MAMPU !

Jom kita hayati sikit sebanyak cara Israel menguasai bumi Palestin. Sangat-sangat halus sampai orang palestin pulak yang terpaksa menjadi pelarian di tanah sendiri. Licik!

video



apa2 pun.. Mungkin Israel boleh membunuh sejuta rakyat Palestin yang tak berdosa, tapi mereka tak mungkin dapat menghancurkan iman di dalam jiwa rakyat palestin.

InsyaAllah, moga-moga selepas bertahun-tahun kemelut ini, palestin akan menjadi palestin kembali.


Friday, July 11, 2014

Entri tertangguh

Dan hari demi hari, walaupun skrin laptop terus memaparkan laman muka blog, aku tetap menangguhkan hasratku untuk mengemaskini blog kesayangan. Banyak cerita nak dikongsi dan dihebohkan. Tapi disebabkan otak aku melarang tangan menari laju di atas papan kekunci, maka hasrat itu terbantut.

Walaupun telah ku sedia untuk mengarang entri baru ( seperti sekarang). Otak ak tiba- tiba memadam idea yang ingin aku curahkan lantas segera menggantikan maklumat supaya tidur. Ya..tak dinafikan. Susah berkompromi dengan otak aku bila ia mengenterpratasikan maklumat. Perlu ikut atau hari anda mungkin diselubungi perasaan gundah gulana. Seperti sekarang. Aku telah pun memadam (shut down) dan bersedia untuk tidur. Tapi nampaknya keadaan tak semudah itu apabila otak aku masih lagi mahu berseronok. Terpaksalah aku mengodek-ngodek facebook sehingga bosan dan inilah sebabnya entri ini ditulis. Malangnya, ak belum bersedia untuk berkongsi cerita. Jadi sehingga itu, harap esok aku akan rajin membuat entri yang lebih bernas dr ini.

Ape pun.. Selamat berpuasa semua. Bak kata anak biah aku.. Posa bukan sekadar untuk kurangkan berat badan, tp lebih kepada kurangkan dosa. Okei diha.. Cik da #quoted.

P/s: akibat suka menangguh, mr murusaki punnn malas nak siapkan kemasan terakhir.. Terok!

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...