marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Sabtu, 13 September 2014

Mimpi..


.: Assalamualaikum:.


Weird. yes.. this is so weird.it just like a dream thought i never dare to dream about meeting you anymore. but yes. it happen today. suddenly. without planning. and i really-really-really happy to see you again with a good condition. talk too much. walk too much. 정말로 좋아 !

yeah.. maybe I am still dreaming. don't wake me up.






Temuduga Pembantu Makmal Gred C17 SPP

.: Assalamualaikum :.


Ari tu  sari sebelum aku gi Penang, aku sempat hadir ke interview session SPP untuk temuduga sebagai Pembantu Makmal Gred C17. Tak sangka pulak dapat panggilan temuduga SPP di saat2 aku da dpt terharu tawaran sambung study kat USM. yela... seingat aku la kan.. ade laa dalam 3 tahun lepas aku isi SPP secara online.. lepas 3 tahun baru panggil.. ish3.. tak ke lama bebenor tu.. tapi yang tu tak penting.. yang penting.. ade laaaaaa jugak SPP nak panggil kan.. gred 17 pun 17 la.. da yang tu je kelayakan aku ade (pakai sijil SPM)... ade degree pown simpan kemas2 dalam file.. kuang3..

surat panggilan temuduga

Masa dapat surat panggilan temuduga tu.. agak terrrrrrrrganggu jugak la.. ye la.. seminggu sebelum tu kan dapat offer sambung study.. rasa tergoyah jugak la pikei balik... kang klu dapat keja kang..  kalau ni kang.. kalau tu kang..~.. so.. lps istiqarah dan istisyarah akhirnya aku amik keputusan untuk berpihak kepada sambung study tapi..tapi..tapi.. demi menyambut invitation temuduga yang bukan sokmo dapat tu.. maka aku menyambut mesra panggilan temuduga yang dibuat di Institusi Perguruan, pengkalan chepa...

nape??..saje.. XD

So.. sebab x nak bagi nampak datang dengan bersahaja.. aku pown bertungkus lumus jugaklah mencarik2 soklan spot untuk persediaan menghadapi temuduga tersebut. ye la.. orang da jemput haruslah kita raikan XD..

daripada beberapa buah blog yang aku jelajah.. dapatlah jugak dua tiga maklumat berguna untuk aku wat soklan spot.. tima kasih blogspot dan bloggers.. tanpa diorang mesti aku da mati kutu utk study ape yang patut kan..

so.. demi korang yang bakal interview tahun depan, maka aku pun terpanggil untuk share pengalaman aku untuk dijadikkan rujukan.. so mane yang best amik la ye.. yang tak brape nak best tu..korang improve la sdirik jadikan lebih best k XD

baca dan terus bacaaaa...


berjela mukaddimah.. baru nak bercerita..heww....

interview session aku waktu pagi kul 7.30 pagi kat bilik no 3 kat dalam dewan blok E. sesampai je kat IPG.. teros PIC mintak aku duduk depan dia tuk semak dokumen-dokumen yang berkaitan..so nak selamat.. HANYA BAWAK DOKUMEN YANG SPP MINTAK KITA BAWAK JE.. kalau korang ade sijil dip ke degree ke master ke.. simpan la kejap kat umah..susun leklok ikut susunan dlm file folder tu.. bukan ape.. kat situ da tunjuk tahap kekemasan kita kan.. first impression itu penting tau :D

 sempat lah dia bertanya beberapa soklan basic dulu study mana, umur brape.. kat sini pun aku rasa bagus kita be honest je..kalau kita ade degree ckp ade jela.. tp pepandai la tapis nak cakap camane.. kerja ape.. umur brape.. cam kes aku ni.. aku ckp je la aku ade degree menandangkan umur lanjut.. mesti dia pelik klu aku ckp lps SPM tak sambung study or keja sedangkan result SPM Ok.. kalau aku jadik PIC pown aku rasa aku akan korek rahsia sampai org tu ckp yg bebetul.. so baek korang tak yah nak kelentong dr awl.. 

aku bagitau la kat PIC tu yang sekarang aku tanam anggur tapi dalam masa yang sama wat bisnes online jual shawl teros dia tanya ade fb fanpage x.. aku ckp la ade.. semangat dia gi LIKE..kekeke.. bertambah sorang liker ...mih3 :D

da ciap check document sume.. aku duk la menunggu turn nak kena panggil masuk interbiu.. kirenya aku orang yang terawal dtg utk temuduga C17 ni (semangat gile!).. so menunggu laaaaa atas kerusi sambil duk baca2 skit apakah tanam sains, tugas pembantu makmal dan bla bla bla.. laparrr~...

lepas tak lama tu.. 5 orang dipanggil untuk masuk interview.. naseb baek nama aku termasuk dalam 5 individu yang kena panggil tu..klu tak ngamuk i..hiks.. ye la dtg paling awl harusss laa aku nak cepat2.. dalam group 1 ni.. 3 orang perempuan dan 2 orang lelaki.. sempat jugak lah berkenalan dengan diorang kat luar dewan masa duk tunggu turn ni.. sorang lelaki ni umur dalam 30an da kawin keja swasta..sorang lagi sama baya aku kot, baru abes ngaji degree dan baru berkahwin..2 orang gurls yang lain sorang duk amik dip... dan sorang lagi dia ckp x study dah..

duk dalam dewan mengadap interviewers (dua orang) ni.. berdebar la jugak..huhu.. tapi interviewers tu nmpaknya rilex2 je.. siap wat lawak jugak..dan interviewers ni orang local kelantan tapi berjawatan tinggi laa... dalam group ni aku no5..

 prosedur dia senang je.. mula2.. tuan interviewer tu mintak kitorang kenalkan diri sorang persorang.. so kat sini.. cadangan yang baik ialah kenalkan nama, tempat tinggal, umur, status,background family, background study dan background keja.

lepas habis sesi kenalkan diri, salah sorang dari interviewer ni akan start la tanya soklan.. dia start tanya soklan pasal negara kita, malaysia.. yang best pasal interiew session ni sebab dia da state nama siap2 utk soalan yang dia tuju tu.so x de la nak main angkat2 tangan nak berebut jawap.. aku listkan soklan2 yang ditanya kat bawah. satu soalan untuk sorang

pengetahuan am:

1. jumlah rukun negara dan senaraikan
2. apakah maksud "kesopanan dan kesusilaan?"
3. namakan menteri besar kelantan yang terkini
4. berikan 2 orang menteri yang merupakan anak kelantan
5.  bilangan perdana menteri malaysia dan senaraikan

mengenai makmal

1. lupa *.*
2. senaraikan 4 peraturan keselamatan makmal
3. senaraikan 5 radas didalam makmal beserta kegunaannya
4. lupa *.*
5. senaraikan 4 tugas pembantu makmal

mengenai sains:
1. apakah itu fotosintasis?
2. apakah itu klorofil?
3. jenis air (jawapan dia cecair..kekekkeke.. masa tu abes jawapan budak tu bagi..last2 nak jawapan air tu berbentuk cecair- tapi jangan lupa baca jugak maklumat2 lain pasal air)
4. lupa *.*
5. apakah itu bahan penebat dan berikan contoh bahan penebat

yang aku bold tu soklan ditujukan utk aku la.. alhamdulillah dapat jawap dengan baik semua^^.. walaupun aku tersalah susun nama2 perdana menteri malaysia.. tertukar 2 yang pertama T . T
..my bad sebab tershasssull..


aku rasa ni adalah good experiance yang boleh aku kongsikan dengan korang sume.. dapat ke tak tu lain kire la.. sebab sekarang aku da pun officially postgraduate student ^^.. yang penting tempoh ari tu aku da bagi 100% komitment aku tuk menghadiri temuduga tu tanpa rasa ragu.. kalau ikutkan wat ape laaaa aku berusaha carik soalan spot bersusah payah duk susun2 file dan fotostet salinan dokumen yang dia nak sbb da tau dapat offer sambung study... tapi bagi aku.. sikap camni la yang mencermin diri aku.. aku akan grab apa saja peluang yang ade depan mata demi masa depan yang aku sdiri pun tak tahu camane.. lps kita berusaha..kita sdiri akan rasa puas hati dan kita sdiri bley measure sama ada berjaya ke tak.. dan yang selebihnya bertawakkal kepada Allah. we do our best.. let's Allah do the rest!.. jia you Ada!..

Marilah menghadapi hari-hari kita dengan perasaan positive :D

nota kaki: tingkiu to my handsome adek sebab antar dan amik aku masa gi IPG tu :D

Ahad, 7 September 2014

Perancangan Allah lebih baik..

.: Assalamualaikum:.

Hai hai hai..

pakabaq suma nooo..orang kampung.. ada baek ka suma??

ngeee.. okei.. aku tau skrang ak merosakkan loghat utara..kikiki.. maap kan say wahai orang utara.. saya tgh praktis cara cakap loghat utara sekarang kerana.. kerana.. kerana.. saya kini berada di sebelah utara ataih pulau mutiara...

haa.. sume cam terkejut la tu tetiba aku duk sini.. meragam nak cakap utaraq lebeih.. duk sari dua pun kalut duk sibuk nak berloghat utara bagai.. ketegaq bebenor ni.. kekeke.. jangan risau tuan dan puan.. beta akan berada di negeri ini insyaAllah kalu mental dan fizikal mengizinkan.. setahun setengah lah cheq bley konvo buat kali kedua nyaa... yeaaaa.. cecita haruslah tinggi!.. kikiki..



okokok.. aku tau aku melalut banyak sangat.. yang sebenarnya.. alhamdulillah rezeki untuk aku menyambung pengajian Master Allah permudahkan.. Ari tu masa bulan 8, surat permohonan untuk ambik master kat USM telah diterima.. :D.. memang tak da lah berharap mana masa isi borang hantar kat USM masa bulan 5 ritu.. yela.. time tu kan aku tgh down pasal isu tanam anggur secara ranumnya membara.. saja je apply master atas galakan daripada junior mmp/ ums, Najwa.. dari duk menghabiskan beras yang ada di rumah.. haruslah aku wat something untuk masa depan aku..

Rezeki bekerja tak ade... tapi Allah ganti dengan rezeki belajar :D.. tak ke tu satu rahmah.. yess.. Kita hanya boleh merancang.. tapi Allah yang tentukan.. Wamakaruwamakarallah wallahukhairulmakirin..  Kita merancang, Allah juga merancang .. tapi perancangan Allah lagi baik..kan :D..

insyaAllah akan muncul pelangi selepas seharian kehujanan dan kepetiran..

So.. maka dengan itu, lepas je mak dapat tau aku dapat tawaran sambung master (tak de sape tau aku isi borang sambung master kecuali kak long ngan kak chik ..hiks).. tanpa aku duga teros je dia bagi green light.. igt da tak bagi da sebab nak suh aku duk umah.. bhahahhaa.. ye la ..ikutkan pengalaman lps2 cam susah gile nak lepas anak dia yang tersayang nih pegi keja.. Alhamdulillah..tu pun permulaan yang baekkk.. tanpa perlu aku jelas dengan panjang lebar menyediakan 1001 alasan kenapa harus aku sambung study... tup3.. 3 minggu kemudian.. yakni hari rabu lepas.. aku da selamat menyeberang jambatan pulau pinang... kekekkeke..

tu pun nak berhantar bagai.. aku pun tak tau sejak bila aku jadik anak manja..kuakuakua..

Universiti Sains Malaysia.. Mohon beri tunjuk ajar :D


p/s: merindui experia ZL yang tak tau apakah naseb beliau kini T.T


link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...