marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Sunday, March 29, 2015

Kem Ibadah Muslim SMK Bukit Jambul


.: Assalamualaikum :.

Hee.. aneoyongg !!!

Aku baru je balik daripada program Kem Ibadah Muslim yang berlangsung kat SMK BJ. Jadi fesi lepas  di-offer oleh Zufar ( coursemate). Hee.. cepat je kalu bab-bab gi beramah mesra bersama-sama kanak-kanak nih.. hobi katenye.. kekekke..


Name nak glamour je kan..hahha.. penah baca post crisis identity aku dulu dulu tak??.. seriously nama Syuhada, Syu, dan Ada ramai gilerrr di zaman ini.. so aku bertekad cemerlang nak orang panggil aku dengan panggilan Nicky plop.. apsal x panggil Nick?? pown sebab ramai jugak orang pakai.. i feelno good  ;'' (

Actually da lama da aku cuci tangan bab-bab handle program nih.. kalu jadi fesi pun paling last mase duk kat UMS dulu la kot time rajin follow kak farah join program-program luar.

ice-breaking dengan cara yang rare. sambil duk bercerita pasal diri, diorang kena gulung benang kat jari dan pass kat orang ahli group yang lain untuk hasilkan spider web.. spider web group kitorang tak la menjadik sangat.. tapi entah camno.. bintang plak yang menjadik.. huhuhu dari kiri: Mira, Aisyah, Aqila dan Muannis, Yang tak masuk tu Imran.. haa... canggih aku rasa sebab ingat nama diorang sebab aku nih spicies orang introduce 10 kali pun takkan ingat punya nama.. kire aice breaking nih berkesan tuk aku..ahahhaa


Best! itulah yang aku rasa dalam 2 hari bersama adik-adik form 5 SMKBJ nih.. jangan tak tau SMKBJ nih sekolah berprestig tinggi you.. SPM bebaru ni pun dapat ranking sekolah ketiga terbaik seluruh Pulau Pinang. takke gubra nak gi programkan adik-adik kat sekolah ni??..huhu..

barisan fesi dari USM. alah bukan orang lain.. Fad ngan Mira.. my coursemates

overall, walaupun banyak aktiviti-aktiviti yang di aturkan banyak yang ad-hoc.. dan fesi pun brape kerat je yang handle.. tapi alhamdulillah..objektif program tercapai..alhamdulillah.. yihaa.. tahniah kepada Zufar sebab dia lah leader team kami..

kakak fesi. bergambar dengan fesi dari Ex SMKBJ SPM 2014. Nazihah, Hafizah dan Dona.. Nazihah tu antara top student SPM 2014 dapat straight A+.. Dona.. haa... nama uniq camtu..rupanya sepupu kepada ustaz Don Daniel.

adik-adik form 5 SMKBJ bagi aku personally adalah deabak.. haha..  diorang nih dari segi akhlak bagus.. dengar cakap.. ye la budak-budak bijak kan..sekali cakap dah paham da.. cumanya maybe diorang belum lagi ready nak baiki pergaulan dan pakaian..hee.. insyaAllah skit demi skit..kan..adik-adik kan.. mane tau lepas program nih memasing dapat kekuatan nak berubah..heee..



aktiviti dalam surau semasa adik-adik lelaki solat jumaat. slot ni best bagi aku sebab kat sini cepat je kitorang get close ngan adik-adik. yang paling bijak Fad la sebab dia bahagikan group based on gelaran kak long, kak ngah , kak lang, kak chik dan Ucu.. serious happy budak-budak ni so dapat lah slot berjalan dengan lancar. kitorang bagi adik-adik ni 5 situasi yang biasa terjadi kat remaja dan diorang nih akan bertindak jadi kaunselor untuk selesaikan masalah.. macam-macam gaya you.. hahaha

sebagai fesi amatur yang da lama cuci tangan, aku bagi layanan yang terbaiklah kepada bebudak group aku.. sebagai orang yang tua beberapa tahun..aku bagi sedikit sebanyak guideline untuk diorang ready nak tempoh alam lain lepas SPM kelak.. panjang lagi perjalanan diorang nih.. kan..

Calon-calon SPM 2015
Kusyuk menulis semuanya

so.. untuk program 2 hari 1 malam ni.. module dia betul-betul pack.. bayangkan malam tu masuk tido kul 2.30 pagi.. kena bangun kul 5 pagi tuk qiam.. huhuhu..

dapat feedback yang positif dari adik-adik lebih-lebih lagi untuk slot Running Man, ceramah (penceramah jemputan kelassss kau!) dan EQS.. kan best kalau ade siri 2.. bley follow up perkembangan diorang lepas ni kan..


Untuk Slot Running Man, ape yang best adalah sebab diorang dapat buat aktiviti outdoor dan kena bergerak dari check point ke check point. ada at least 8 check point yang disediakan.. diorang kena settlekan setiap tugasan yang di berikan.. memasing cam seronok abes cam gayanya..

antara check point dan aktivitinya:

Check point  1: Wipe Out!

Fesi demo cara-cara amik wuduk pakai sebotol air mineral 500ml. lepas tu cabar adik-adik amik wuduk pakai air dalam botol mineral jugak tapi lagi sikit dari fesi.

Check point 2: Cekodok

Fesi demo cara-cara bertayammum pakai tepung sebagai ganti debu. lepas tu adik-adik kena repeat demo.. nasib la lepas tu muka cam tepung gomok kan..haha

Check point 3: Survival

Fesi bagi adik-adik sebiji telur ngan lighter.. pepandai la adik-adik buat supaya telur tu abes dimakan


Check Point 4: Flying Shoes

Sorang wakil kumpulan kena ikat mata, tiga orang yang lain akan campak kasut diorang dan mintak si yang kena ikat mata tu amik kasut tu balik based on arahan 3 orang tu.. nasib la kalau masuk dalam parit kan..haha

check point 5: Cakelat Arab

Adik-adik diminta hafal sama ada doa dan terjemahan dhuha based on nasyid doa dhuha tu.. kalau x dapat, kena laaa makan 'cakelat arab' (bawang putih)..ahhaha..

checkpoint 6: Flying Ball

adik-adik diminta baling bola supaya dapat sumbat ke dalam 3 lubang gol sekali gus.

checkpoint 7: piccaso

adik-adik kena melukis gambar berdasarkan kad yang dicabut oleh kawan dia. sorang cabut, 4 yang lain tukang lukis continuously dan lepas lukisan siap dilukis, adik-adik lain kena teka amenda yang kengkawan dia lukis. game nih x leh bercakap dan setiap orang dibekalkan 5 saat je untuk selesaikan lukisan dia.





kumpulan last yang sempat bergambar mesra dari check point 7 a.k.a check point yang aku jaga..kesemuaan kumpulan yang sempat ke checkpoint ni dapat meneka lukisan kawan-kawan diorang walaupun lukisan yang last tu memang piccaso tahap 5..ahahaha..lengkali aku nak bagi lukisan yang payah skit..ahahhaha

checkpoint 8: Siratol Mustakim

Check bacaan al-fatihah adik-adik beserta makna sekali.

bagi aku.. program-program sebegini harus diadakan untuk membantu adik-adik sekolah kita dari segi akhlak dan spiritual.. yela..adik-adik ni kan..diorang just follow je ape trend yang ade depan mata.. cikgu kat sekolah boleh bantu diorang dari segi akedemik..tapi dari segi spiritual maybe tak sempat nak counter.. susah jugak la kalau nak berharap dengan kelas pendidikan Islam dan kelas pendidikan moral yang seminggu 2 kali je dalam jadual..



Prank dari fesi-fesi lelaki ex-SMKBJ.. lepas abes gamne running man, diorang mintak adik-adik ni berkumpul satu tempat. Zufar sebagai master plan masa ni membuat ulasan pasal game tu..time cakap dia cakap "PERHATIAN!!" teros ex-SMKBJ curah dan sembur air kat adik-adik ni.. ahhahha.. tak cukup dengan air, tepung lebih tunjuk cara bertayammum pun dipakai.. ahahahhaa..


semoga program-program sebegini akan terus mendapat tempat dihati sekolah bagi membantu  pihak sekolah dalam menangani sahsiah pelajar segaligus menaikkan imej sekolah..


sempat mintak adik-adik group aku bagi komen tuk fesi dan overall program.. yeah.. komen yang baik.. :D


prestasi sekolah up.. akhlak pelajar terjaga...sekolah dapat nama.. pengetua sekolah  mane tak nak kan...heeee..

 Terima kasih daun keladi, ade masa jemputlah lagi..hee
Jika ada sumur diladang, izinkan kami menumpang mandi, jika ada masa yang panjang, insyaAllah berjumpa lagi :)

Wednesday, March 18, 2015

Musim bunga di USM Penang

.: Assalamualaikum:.

heee..

tajuk kemain cam duk oversea negara empat musim gittew.. heehee..

Negara kita pun da cam korea dah.. haha.. tapi still bercita-cita nak gi korea jugak one fine day..tak kireee~..


kan negara kita especially bahagian utara sekarang nih tengah semangat bunga-bunganya mekar..kan.. kan.. lebih-lebih lagi bunga cherry blossam  atau orang panggil gak bunga tu bunga sakura.. tapi aku dapat tau nama sebenar bunga ni tecoma.. tak taulah dia ni species keluarga sakura ke tak.. tapi yang penting cantik dimata dekattt dihati..hahhaa



katenya.. bunga tecoma memerlukan musim kering yang teramat untuk mekar semekar mekarnya.. huh.. tak pelik lah kalau tumbuh kat sini pun sebab sekarang kan da masuk musim kemarau (okey baca: summer~) ..kat penang ni panas sangat tapi ade timenya berangin sepoi-sepoi.. rasanya bukan penang je kot panas.. kat negeri lain pun kan..


lepas kelas tetiba berperasaaan nak mengoyakan -diri di bawah pokok tecoma nih..kew3

paper pun.. walaupun dalam kepanasan.. hatiku disegarkan dengan kelebatan bunga tecoma yang ada kat usm nih.. wohoo..jangan tak tau.. USM kann bumi lestari..haruslah banyak pokok-pokok memenuhi kawasan..dulu time aku datang daftar... tengok persekitaran usm ni pokok-pokok hijau je.. terasa dalam hutan..opss.. tak de bunga-bungaan pown.. tapi sekarang da lain da.. bunga-bungaan mekar berkembang.. rasa hepi tengok bunga-bunga yang mekar nih.. kurang skit stress dihati..kan kan kan..


even bunga kuning yang idup atas lantai jalan nih pun mampu mengembirakan hati beta yang kefanasan dek UPPU dan opis penggawa Bakti Permai.. sampai ati diorang wat beta berulang alik 3 kali dari UPPU ke Opis penggawa Bakti Permai di bawah mentari panas..tapi benda yang nak disettle tak dapat disettle-setlekan jugak~



sesape nak tengok bunga tecoma yang anggun sekitar penang.. lawat la page George Town, Penang.. name je duk kat penang aku nih.. tapi belum sempat lagi nak menjelajah tempat-tempat yang best kat sini..kekkekeke

Monday, March 16, 2015

Crochet time: Baby Booties, Baby Shoes and Sandals


.: Assalamualaikum:.

It has been a while I not talking about crochet right.. hee..  I am sorry.. yes.. I still doing that. and sometimes I felt I was being crazy with crochet activities..

and for the result.. I can produce moreeeeee crochet products which make me happier than ever. hoho

So this time, i'll show you some products that I have made nowadays..heee..


 

 This is my pattern sketch of baby booties. Yes.. before starting crochet, it is better for me to do some sketches, so I can get the picture of my baby booties. Actually the original pattern was taken from this site, Repeat Craft After Me, one of  my favourite crochet site. The owner of the site is really kind for sharing it. really. love. it!

However, I always change some part of the pattern to suit my crochet technical and tools (well you know, i just using NONA brand of yarn which  has a very small diameter compared to other overseas brand of yarns) (I just assume since, if I followed the instruction of pattern in net, my final product not exactly same like my masters' (almost) product, which make me felt so sad ).

that's why i need to sketch and write new pattern!



 tadaah.. this is what i got after keep crocheting with try and error session. This booties was requested by my friend, Nick.. He will be a father soon. hee.. good job Nick !





yeaaah.. I know you will love this sandal.. me too.. heee.. this is also a request from my old friend, Taufiq ( my primary school friend.. hoho).. 

Taufiq show me this picture and asked me either i can make it or not. Since he took the picture from internet, so I guessed the will be a pattern of this cute baby sandal..

and the answer is YESSSSS *big smile*..actually this pattern originally was taken from this site, Lovely Little Life, thank you so much for the idea of the design. it is really wonderful..

after I studied the pattern and design, I successfully make it a pair... however, i realize the final product is not really glued on my niece's foot.



and.. because of that, I studied again how should i do to make it good on baby's foot.. after several try and error..




yeah.. I did it...!

really happy :D

what to you think??tell me, please^^...



 this shoes, I use my own pattern.. WWWowww..it sounds so cool.. I DID IT USING MY OWN PATTERN..hehehe.. i always dream to create my own crochet pattern actually..haha..

So this is baby girl shoes with big frothy flower. the ladybug on the flower is so cute right..hahaha..



 Now, the shoes belongs to my niece.


this sandals also using my own pattern.. 



yess.. this is what u should make before being a pair of sandals. after all are ready then assembly them as you wish..hahaha



 and.. for the last one.. this is latest shoes I made using my own pattern.. i really.really. like this shoes. The design is simply but nice.



:D

then.. bye




Sunday, March 1, 2015

DIY: Magic Box for Hiding Electrical Plug

.: Assalamualaikum :.

Hee..

Serabut kan kalau asyik tersepak extension plug kat bawah meja.. tak pasang extension kang susah pulak nak share power supply..

haaa... aku ade idea bijak camne nak mengurangkan keserabutan ni.. hee.. aku kan seorang yang tak boleh dengan benda-benda yang sepah2 ni.. rasa tak tenteram idop..kekekke..

So.. naseb baek lah ade kotak kasut hasil membeli sneakers yang siyes lawo yang membuatkan ku jatuh hati padanya sampai kotak dia pun tak sanggup nak buang..haha

epik sangat~..

kebetulan ade kotak kasut nih..haruslah laju-laju pikei nak wat ape.. ingat senang nak dapat kotak free.. keke.. aku tau kalau aku merepek panjang.. so..tanpa membuang masa meh sini meh.. kita tengok camne cara aku menyorok extension plug dengan cara yang palinggg niceee..hee


jom!

***

Bahan-bahannya adalah:
1. Gunting 
2. kertas pembalut  
3. pisau   
4. gam
5. Marker
6. papan potong 
7. Paling penting, Kotak kasut (tak kesah la penutup dia sambung terus dengan badan atau tak ye. tapi aku punya sambung terus, senang keja..ngee)


sebenarnya paling penting, kertas pembalut, gam, pisau je.. yang lain tu memeriahkan majlis je..hahaha

palinggggg pentingg..

 Step:

1. mula-mula sekali, ambil kotak tu, lepas tu tekap kepala plug extension kat bahagian tepi kotak untuk dapatkan ukuran dia.. tanda dengan marker. (Rujuk gambar bawah na..)

2.  Lepas tu, amik extension, tekap kat kotak untuk dapatkan anggaran ukuran plug-plug yang bakal dipakai pada extension tu.. tak payah susah-susah, buat je macam aku buat kat dalam gambar bawah tu.. tanda ngan marker.

3. Potong bahagian yang ditanda dengan marker itu dengan penuh kasih sayang dan sila pakai pisau k.. kalau nak hasil yang menyusahkan.. sila lah pakai pisau dapur.. ngeee..



 4. lepas tu.. ambil kertas pembalut, adjust ukuran unutk dapatkan saiz yang patut (alah.. cam nak bungkus hadiah tu.. cumanya.. dibahagian kotak yang berlubang tu tanda siap-siap pakai marker untuk dipotong. lepas tu.. untuk proses membalut.. gam seluruh kertas tu agar kertas pembalut dan kotak saling lekat-melekati tanpa sebarang gangguan lohong-lohong angin yang tak diperlukan.. (ayat sastera sangatt~)



tadaaaaa.. jadik lah cam nih..
 5. agar tidak berlaku sebarang kesilapan.. maka setiap produk yang dihasilkan harus diuji termasuklah kotak ajaib ini.. so..ape lagi.. dapatkan extension tu.. pastikan kepala plug extension dapat melalui lubang dah dah dibuat khassss untuk beliau.. ( kalau tak muat.. pandai-pandai lah ye)..

apabila semuanya stabil.. maka.. masukkan kepala-kepala plug device yang lain melalui lubang yang disediakan.. pelan-pelan agar tak berlaku kemalangan jiwa ya tuan-tuan dan puan-puan..
 bila dah berjaya masukkan.. sila pasang suiznya..

dan.. kalau resultnya seperti gambar di bawah... yaahh.. tahniah.. anda berjaya!


beginilah lebih dan kurang ye..

maka.. tempatkan lah ia ditempat yang sama.. dan alamilah perbezaannya..

tutup kotak

buka kotak
 so.. apa lagi.. senang je nak jadi kreatif ni kan.. kalau anda teguh jiwanya.. 30 minit dah ciap.. ngee... banyak benefitnya.. selain tak tersepak di kaki.. pemandangan di mata pun lebih sejahteraaa... ngeee..


p/s: adik aku cakap bahaya jugak kertas dan elektrik nih.. so.. nak selamat.. bagi aku korang kena jaga dua benda..

1. pastikan lubang yang korang potong tu.. besar.. kalau perlu wat lah lubang-lubang agar udara panas dapat keluar..

dan satu lagi

2. pastikan barangan anda barang yang ade cap SIRIM dan bukannya made in China semata..

terima kaseeyyyy :D

share lah kalau suka.

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...