marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Saturday, December 19, 2015

Review Movie In The Heart of The Sea

.: Assalamualaikum :.






Hari tu join kengkawan tengok movie "In The Heart of The Sea".
Kempunan nak tengok muvie kat skrin besaq katenya..
Nak released beban mengarang disertasi katenya..
Seronok katenya tengok beramai-ramai..
hah memang pun.. lepas tu satu Hilton kita angkut untuk tengok cite ni..
kuikuikui..


Not bad cite ni.. best!..

Sebab main tengok je cite ni tanpa review.. maka ingatkan cite ni macam cite Titanic ke..Poseidon ke..sekali cerita pasal IKAN PAUS PUTIH! kekekee..


Bagi sesiapa yang suka untuk tengok cerita style latar 1850-an omputih gentleman, pakaian modern classic.. ha.. cite ni seswai untuk ditonton.. aku suka sebab fashion orang pompuan dia ala-ala sopan giteew..haha..

Maka dengan itu, marilah kita review pasal cite ni..

"In The Heart of The Sea" ni mengisahkan tentang pemburu ikan paus. Ikan paus ni diburu sebab nak dapatkan minyak ikan paus la.. zaman skarang cari gali petroleum, zaman tu buru ikan paus la.Kire industri minyak ikan paus ni satu industri yang terpenting la kat England. Satu company ni nak cari minyak dari ikan paus pakai kapal yang dikenali sebagai Essex.

George Polland

Owen Chas


Thomas Nickerson


Highlight crewman dalam kapal tu terdiri daripada Kapten kapal, George Polland, Pegawai Kelas 1, Owen Chase dan cabin boy yang baru umur 14 tahun, . Jadi kapal Essex ni kena bawak balik minyak ikan paus dalam 100 tong dalam tempoh yang singkat.

Maka bermulalah, pengembaraan diorang di tengah laut dengan beberapa orang crewmen. Konflik tercetus bila Polland ni dia pandang rendah dengan Chase. Yelah.. Polland ni dari golongan marin yang buat bisnes minyak ikan paus, Chase ni orang biasa-biasa je tapi experience dia bab-bab laut dan ikan paus ni sangatlah banyak.. Polland tu tak de pengalaman sangat..

suatu hari tu, dalam laut berlaku ribut, Chase arahkan crewmen untuk elakkan ribut tu, tapi arahan dari Polland pulak sebaliknya siap suruh rempuh ribut lagi.. Hasil dia.. ape lagi.. Hampir musnah lah Essex.. tak tahan Polland paggil Chase suruh patah balik ke daratan dan buat pengakuan kapal dilanda ribut kat lautan dan tak dapat cari ikan paus. Mengamuklah kejap si Chase. Tapi tak jadi balik ke darat sebab Chase cakap buat malu balik tapi tak bawak ape-ape.. teros senyap si kapten..kuikuikui..

tak lama lepas tu, diorang jumpa sekumpulan ikan paus, dan dengan hepinya memburu. Ni kire pengalaman pertama Nickerson memburu paus. maka seronok kemain lah dia walau pun kena buli.. haa.. part ni best..rugi korang main phone time ni..hohoho..

Sebab diorang tak dapat isi 50 tong minyak tu..so, diorang teruskan misi mencari ikan paus lagi, lepas 3 bulan.. dan minyak ikan paus yang diburu baru ni pun hampir habis sebab digunakan.. diorang singgah kan satu kepulauan ni dengan perasaan kecewa la kan.. nak balik kampung, minyak tak de.. duk berkampung kat laut, jejak ikan paus pong tak de..

Masa kat pulau tu, ade crewman dari kapal yang lain bukak cite bahawa kapal diorang musnah disebabkan ikan paus putih. Semua macam tak percaya la.. yela.. kapal diorang lagi besar dari ikan paus kot.. camane boleh musnah.. katanya kapten kapal tu.. ikan paus yang musnahkan kapal diorang tu berpuluh kali ganda besar..

Mata Polland ngan Chase berseri-seri dah.. ngee.. ade harapan nak dapatkan minyak paus.. horeeey!..

Haaa.. kat sini cite jadi semakin menarik.. Nak tau lagi ke tak??..

Tak yah la kan..hee..

kalau aku cerita detaillll.. korang rasa spoiled pulak kan.. jadi aku bagi hint je...heee..


Pendekkan cite.. memang wujud pun ikan paus putih tu.. dan hasilnya.. nasib Essex sungguh malang.. hancussss.. fuh..luluh hati tengok.. pastu..ade crewman yang mati, yang masih hidup terpaksalah menahan dan berikhtiar hidup sampai terpaksa makan kawan sendiri.. serious sadis..




korang patut tengok..

hampir 9 bulan diorang terdampar di atas lautan yang tak bertepi.. pastu kena main dengan ikan paus putih tu banyak kali la jugak.. sungguh kuang ajaq ikan paus tu..hoho..

Last sekali.. korang rasa.. crewman tu ade tak yang idop??..haaa.. korang tengok la sdiri ek.. hoho

By the way.. untuk cite ni..Beta bagi 4.5 Bintang!!!..

Ade unsur friendship, cooperative, loyalty, Brave dan banyak yang boleh dijadikan pengajaran.. kalau takut dilambung paus, jangan coba memburu.. hoho..

Best! 


p/s: movie ni diadaptasi dari novel Moby Dick. Korang penah baca tak?


Friday, December 18, 2015

Sem 3: Disertasi, I heart You!

.: Assalamualaikum :.

Hee.. I'm coming home, tell them I'm coming home..


jangot skit...


Selepas beberapa seketika menyepi..akhirnya rajin jugak jari jemari ni menekan keyboard mengarang cerita kat blog..hee..

Well, apa boleh buat..kehidupan sem 3 sebagai Master student ni tak sesenang biasa... Banyak aktiviti dan kerja-kerja kena buat..kena uruskan..sampai tak ade masa nak menaip blog.. huuu..

Tapi jangan risau.. cerita beta akan disambung balik..lantaran beta telah pun hantar disertasi kepada ISDEV.. Alhamdulillah.. ala kulli hal.. disertasi dapat disiapkan dalam masa yang agak terhad.. bayangkan untuk sem 3 ni.. banyak benda MISDEV14 terpaksa handle.. nak tak nak.. kena lalui dengan hati yang tabah dan penuh bertekad cemerlang.. sekarang..tinggal final exam je lagi..

heee.. alhamdulillah..syukur kepada Allah SWT atas rahmah dan kasih-sayangnya..

Kelas MISDEV 14 pun dah berakhir dengan berakhirnya kelas Pembangunan Insaniah yang di-lecture-kan oleh Dr. Syakir. Kelas last pun ade jugak kelakornya..kekeke.. ciyes nak gelak kalu throw back..kekekeke..


Sepanjang peninggalan beta dari blog ni.. kebanyakan antara moment-moment indah adalah bersama MISDEV14 dan ISDEV la..dengan sape lagikan.. nama lagi student ISDEV..kui3..


Lepas je Majlis Hari Raya Aidiladha ritu..kitorang tak boleh duduk diam pun..ade je tugas menanti..

Dua minggu kemudian, aku kena bentang draf disertasi..oh no!..masa ni sangat lah tak bersedia, sebab bab 4 dan bab 5 aku masih tak bertulis lagi.. bayangkan masa cuti sem 2 ritu, masa aku digunakan di Brunei.. bila masanya otak nak ready nak menulis.. bab 4 dan 5 bab kritikal kot.. bab nak menganalisis.. nak mendapatkan dapatan kajian bagai.. dan sebenarnya aku tak prepare mentally yang aku kena present 2 minggu lagi.. masa undian dibuat..aku minggu ketiga!..


done presentation!


Well, berkat belajar kat ISDEV dan hasil desakan (secara berhemah) oleh Mama supervisorku..maka..dalam masa seminggu aku berjaya memerah otak dan membuat analisis secara kritis (la sangat).. haha.. So.. masa hari present (ala-ala viva, tapi since we ouls mixed mode x de viva).. tak ade hentaman padu yang dapat..dan penambah baikan dikeutarakan oleh setiap lecturers dan of coz dari penilai sendiri.. banyak jugaklah idea bernas yang dicadangkan oleh penilai.. untuk itu..sangat-sangat lah berterima kasih kepada Dr. Shukri atas cadangan yang bernas.. ngee..

Katanya, bab 1,2 dan 3 dah cantek dah.. cuma bab 4 dan bab 5 kurang umph!...

(seminggu je kot mengarang bab 4 dan bab 5).. kui3..

bab1, 2 dan 3 tak umph! lagi tak tau la.. sem 2 tu boleh cakap tiap2 minggu berguru dengan Dr. Sue.. kekekeke..


lepas abis presentation, kitorang ade masa lebih kurang sebulan untuk repair dan repair sebelum dihantar untuk evaluated..

maka..dalam tempoh sebulan yang macam2 ada tu lah.. kitorang merepair dengan penuh kasih-sayang..hohohho..


Uri cingu!


dalam me-repair disertasi, jangan dilupa bahawa, workshop INGRAW pun hangat berlangsung, dan dan INGRAW ni wajibbb kepada MISDEV14 dan RISDEV untuk jadi presenter.. Fuh!.. Kena prepare paperwork lagi, present lagi..

Lepas je INGRAW selesai, kitorang kena pulak join program terbesar MISDEV iaitu Kem Pembangunan Insaniah. KPI ni adalah kerja kursus yang wujud dalam course outline. kire semua tugasan dan gerak kerja akan evaluated by lecturers. So.. bekerja keraslah kami dalam menjayakan KPI..huhuhu..




Lepas je KPI, conference IDMAC pulak menyusul, tapi sebab tema IDMAC tahun ni berkisarkan Islamic asset, maka, budak2 aset je la yang kena kerah buat paperwork, yang lain (termasuk aku) tukang tengok orang bentang je la..hoho..

tukang tengok..tengok je la..ho ho..



dan pejam celik..pejam celik..sehari lepas IDMAC, kena hantar disertasi..
so kalut lah semua rakyat MSDEV14..kekeke..




tapi alhamdulillah.. da ciap hantar nih.. lega rasanya.. satu beban da bertukar menjadi something yang insyaAllah berguna :D...

Now.. masa untuk??..

haha..

for me..of coz la nak carik kerja..huhu..
me not so remaja la klu asik duk bawah ketiak parents lepas abes study..
so.. prepare for next task..!

Doa-doakan lah aku dapat kerja.. masa untuk spread resume..huhuhu..


link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...