marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Ahad, 27 Mac 2016

#KeKoreaKita: Ke Gwanghwamun Square


.: Assalamualaikum :.


Annyeong!


Sedang mencari arah yang benar

Lepas kitorang buat lawatan sambil suka-suka kat Namsan Tower, perjalanan diteruskan untuk ke area Gwanghwamun. Idea asal nak melawat istana-istana di sekitar Bandar Seoul ni.. Lepas tu nak ke The Story of King Sejong Exhibition. Kat sekitar Seoul ni banyak istana-istana lama yang diorang masih kekalkan untuk tujuan pelancongan dan sejarah diorang.

Dalam banyak-banyak istana, kitorang pilih dua je iaitu Deoksugung Palace dan Gyeongbokgung Palace. Deoksugung Palace sebab nanti dapat tengok Guard Changing Ceremony (ade masa tertentu). Gyeongbokgung Palace pulaksebab tu palace yang paling besar yang dalam tu ade Secret Garden. Gwanghwamun Square pulak terletaknya statue patung King Sejong dengan General Shin pada era pemerintahan Joseon. Kire ni lawatan sambil belajar sejarah korea la ni..kekekeke..

Kitorang bergerak dari Myeongdong berjalan kaki menuju ke sana. Planning asal nak naik subway, tapi masa turun dari Namsan Cable car Stesen, kami terserempak dengan seorang ajushi. Dia tegur kitorang dan tau-tau je ouls orang Malaysia. Ape lagi, tanyalah ajushi tu camane nak ke tempat yang kami tuju. Sekali dia suggest kami jalan kaki je ke sana berbekalkan peta. So,dapatlah tengok bandar Seoul, katenya.

Semangat gile dia terangkan kat kitorang. Sesekali berbahasa Inggeris dan banyaknya Hangul la... kekeke.. dia terangkan camane nak ke sana dengan bersungguh-sungguh sampai kitorang paham. Nasib baik ade peta. Senang dia buat contengan jalanan. Rupa-rupanya ajushi tersebut adalah tour guide dan da ramai da orang Malaysia pakai khidmat dia. baguihla.. macam dia suka orang Malaysia je..huhu.. So ouls, gi sana jangan menyombong tau.. diorang ni bek ati je..

Selepas konfiden tengok jalan, maka kami pun ikut Umi yang lead perjalanan kami. Sebenarnya tak susah pun sebab peta yang kat tangan ni jelas dan terperinci. Nak selamat memang kena manfaatkan peta ni sampai lebu..kekekeke.. Dari station Myeongdong, exit 4 (kalau tak silap) straight je. Pastu folo je la lautan manusia. Aku agak time ni lunch hour sebab ramai  orang berpusu-pusu dengan pakai suit office kaler itam dan putih tu... sebijik cam cite korea dengan coffee kat tangan. Kat sini angin bayu huh kemain sejuk. Masa ni tak teragak da nak jadi ninja. Tinggal mata je sambil berjalan merentasi bangunan pencakar langit kiri dan kanan.

Kitorang berjalan dari Myeongdong station sampai ke City Hall station. Sampai station City Hall kitorang masuk untuk cari exit 2 (kalau tak silap). Jalan reramai sambil mencari arah yang benar ni, kengkadang best, tapi kengkadang agak frust la sebab sesat..huhu..tapi tak pe, banyak talian hayat boleh digunakan.. orang sekelling adalah talian hayat yang paling penting. Malu bertanya sesat jalan.. ekekeke

Seoul Muzium of Art.. Time ni tengah pikei camane nak lintas nak gi seberang.. pastu baru terpikei nak masuk subway, cari exit ke seberang sane..kalau melintas.. mati katak laa kat sini..

Keluar dari exit 2 City Hall Station, jalan ke hadapan sikit, Haa..nanti nampak la Entrance Gate Deoksugung Palace. Ngam-ngam sampai, Guard Changing Ceremony betul-betul baru nak start. Rasa dalam 2.00 ptg waktu tu. Fuh bertuah betul sebab dapatlah tengok dari awal kan. Bermula dengan perbarisan askar, sampai la dua tiga kali diketuknya gong besar. Lepas selesai ceremony tu, rupanya ada sesi bergambar dengan para askar, pegawai, sida-sida, maharaja era Joseon. Ape lagi. Yang ditunggu-tunggu telah tiba. Tanpa membuang masa..





Selesai sesi bergambar (sampai kena sound dengan penjaga istana sebab duk posing kat sana tak ingat dunia..kejap ngan pengawal,jap dengan sida-sida, kejap ngan tu..kejap ngan ni..maybe da tiba masa diorang prepare untuk ceremony session lain kot), kitorang meneruskan perjalanan ke Gwanghwamun pulak. Tak masuk ke dalam Deoksugung Palace pun sebab bagi aku la kan, mesti same je seni bina bangunan istana dengan Gyeongbokgung Palace.. Bukan ade Rooftop Prince pun dalam tu..huhuhuu..

 Misi mencari kedai 7E untuk secangkir kopi. Sejuk tak tahan sampai muka da nak macam Dato' Seri Veda da gebu dia..

Berjalanlah kami menuju ke daerah yang lain dalam kesejukan. Dari main entrance Gate Deoksugung Palace kami berjalan balik menuju ke City Hall Station dan terus je berjalan menyusuri jalan raya yang luas tu. Dalam perjalanan tu, korang akan terserempak dengan bangunan-bangunan yang gah cam Seoul Metropolitan Council, Seoul Finance Center dan lain-lain sampai la korang ke area yang saaangat lapang. Haaa.. Kalau korang nampak statue orang yang gah berdiri tu, arah tujuan korang da betul da tu.. Tu katenya General Shin.. Gi jalan depan lagi pulak, korang akan disambut oleh King Sejong yang sedang duduk atas kerusi. Pegi lah bersalam dengan dia.. kekekkeke..


Lapaq nampak..belek buku restaurant nampak..kekekke

King Sejong ni adalah figure yang terrpenting di Korea Selatan. Sebab dia yang genius rakyat korea mempunyai identiti bahasa dan tulisan yang tersendiri..King Sejong ni adalah seorang Maharaja pada era Jeoson yang menciptakan tulisan Hangul bagi memudahkan rakyat dia membaca dan menulis. Memang mudah pun tulisan Hangul ni. sebab dia sebijik-sebijik macam tulisan Roman, jadi kalau da ingat character huruf hangul, secara automatik korang akan boleh baca signboard di Korea ni..Jongmal kamsahamnida King Sejong-ya...even aku bukan orang korea pun boleh la baca dan tulis sikit-sikit..heee..


Aha.. tu dia King Sejong tengah panggil tu..


Kalau pandai cuba baca dia tulis ape..meh kite bagi clue.. h wa ng h wa m un k wa ng j a ng.. ha..pandai..

Sampai ke sini,korang boleh la masuk ke The Story of King Sejong Exhibition yang terletak di belakang kerusi baginda. Jangan tak tau, kat bawah kerusi King Sejong tu ade sebuah gallery yang mengisahkan tentang baginda. Nak try test tulis nama dalam tulisan hangul pun boleh. Yess..yes.. FREE OF CHARGE. Kat sini benda-benda cenggini almost free tau. Kitorang tak masuk ke gallery tu dulu, tapi sebaliknya masih meneruskan perjalanan ke Gyeongbokgung Palace. Jalaaaan skit je lagi korang akan sampai ke trafic light untuk ke Main Entrace Gate Gyeongbokgung Palace tu. Follow jalan raya punya rules okey..Jangan men lintas je jalan tu..ngee..

Gyeongbokgung Palace adalah istana yang paling femes dan paling besaq. Bayaran masuk yang dikenakan 3000 won sorang, tapi kalau group (10 orang ke atas) 2400 Won. Kitorang rombongan kak kiah pulak seramai 9 orang.. rugi pulaaak kalau amik bayar 3000 won sorang (odeng 500 won secucuk bley dapat kot..kekeke). So ape lagi, sebelum beli tiket masuk, kitorang usha kot-kot ade tourist nak join pakej group dengan kitorang.. ade 2 orang Jepun yang nak join, tp diorang nak bayar pakai kad credit. urm..susah pulak cenggitu.. so last2 aku nampak sorang mamat mane ntah sengsorang, so tnya dia nak join kitorang tak. cepat je dia setuju nak join..huhu.. Sebelum berpisah, sempat berbasi-basi dengan budak tu tanya dari mane (sebab mat saleh look like)..rupanya dari Jerman..oh patutla tinggi bagaikan zirafah..ngeee..dia student dari China datang travel sini secara solo..OoooOOOOOoo panjang ooo nya ye..

Masuk dalam Gyeongbokgung Palace,angan-angan jadi gongju kejap, try imagine jd Empress Ki..tp imagine kejap jela sbb aku tak suke ngan Pe Ha..hahahha.. So dapat la kitorang menjamu mata melihat bangunan peninggalan Joseon Dinasti. Bangunan yang ada kat sini dulunya dah separuh hancur dek berperangnya Korea dengan Jepun. Tapi yang masih wujud dikekalkan untuk tujuan pelancongan dan sejarah mereka. Istana ni tempat tinggal raja dan permaisuri bersemayam. Ciapade satu area tu dipanggil Secret Garden, Taman larangan Maharaja. Area putera Mahkota berchentaa..hahaha.. nak rasa feel dia rasa boleh la tgk cite Rooftop Prince ye..Tapi kitorang tak masuk pun Secret Garden ni memandangkan tumbuhan kat luar ni tinggal ranting je, so rasatak berbaloi tengok taman yang beranting kan..kekekeke.. dan satu lagi.. kalau nak masuk dikenakan bayaran.. berape lupe..ngee..






Kira-kira dalam pukul 5.00 petang, kitorang pun beredar dari Gyeongbokgung Palace sebab lepas ni nak The Story of King Sejong Exhibition, pastu nak gi usha kat mane bley solat tanpa terbatas..ngee.. ari ni kitorang sepakat nak wat solat jamak takhir zuhur + asar. Sebab tak boleh nak agak area camane nanti kitorang boleh perform solat, kitorang amik keputusan tuk amik wuduk dulu.. so nanti mane2 ade tempat yang seswai kitorang da tak kalut nak berwuduk dah.. Kat The Story of King Sejong Exhibition sunyi dan sepi, agak la kan..gallery.. macam library la gamak dia, tapi kalau pandai mengusha tempat, korang akan jumpa area untuk menulis nama dalam Hangul.



So, dalam kesempatan yang ada, lepas amik wuduk dan tunggu bebudak ni amik wuduk, aku ngan Husna pegi mengusha area tu.. Nasib kitorang baik sebab masa tu tak ade orang, and then ade unnie 2 orang akan assist untuk tulis nama kita. Dia akan bagi kita kertas dan tanya nama kita untuk dia tulis dalam Hangul.. Time ni jangan memandai pegi tunjuk yang korang expert menulis hangul, dengar dia explain camane. Cam aku da tau camane nak tulis nama dalam hangul, cuma tak sure entah betul entah tidak nama yang kite duk tulis selama ni kan..so..aku mintak la dia yang tulis.. eh same.. ngeee.. expert da la ni kirenya ek..hahaha..


 Cam tengah exam pulak gayanya..


Lepas ciap aku n Husna berkaligrafi, tiba-tiba berbondong-bondong budak-budak ni datang nak tulis jugak.. rupenya diorang tak tau kewujudan area ni..boleh gitu.. so guys.. datang sini jangan lupa untuk ke area ni ye..


 
Ja Jaaang.. ekceli tulisan Hangul aku hodoh sangat..sebab blaja Hanyu dulu dari Hangul..tapi tak pe..haha




Lepas selesai menulis hangul, kitorang bergegas keluar dari The Story of King Sejong Exhibition sebab masa mencemburui kita. Ye lah..da pukul berape tapi tak solat lagi kan..So,kitorang wat keputusan cari subway terdekat kot-kot ade area tersorok untuk solat..Kuar je dari situ, fulamakkk.. bayu da makin melampau-lampau sejuknya.. maybe sbb da petangkan.. malam tadi -2 kot suhunya.. So cepat-cepatlah berlari masuk se dalam station subway berdekatan iaitu Gwanghwamun station. Memang dekat sangatlah station ni depan sikit dari tempat King Sejong duduk tu.. Masuk ke dalam station subway lega skit, ahjumma yang duk jalan tepi aku pun nampak macam kesejukan tapi sempat lagi berbual-bual dia tanya dari mane, pastu tanya apsal pakai baju nipis sangatt..haha.. mane ku tau..ingat suhu sini macam Cameron Highland jeww..haha.. Dia paham la pulak aku duk melawak.. rupanya dia pernah duk kat Indonesia selama dua tahun. So dia tau la panas tempat kita tu camne..

Ternyata kat station subway Gwanghwamun ni ade bilik Make Up ngan bilik menyusu bayi. Jadi dapatlah kitorang perform solat jamak kat situ. Bagus betulkan kat sini, diorang tau tentang keperluan orang pompuan untuk make up la, untuk menyusu baby la, so diorang bina bilik khas untuk gegurls ni.. Kalaulah negara diorang ni negara Islam, aku rasa tak mustahil setiap station subway pun akan ade surau macam bilik make up ngan bilik menyusu. Bilik tu pulak bukan kecik, boleh tahan besar la kalau 5 orang boleh sumbat sekali harung. Sebab bilik tu sebelah-sebelah, kitorang ade 9, so, sana 5 orang, sane 4 orang. Salute South Korea!  Bilsut, Deahan Minguk! (Ala-ala Song Man Se).

Lega lepas perform solat. Ye la.. Solat ni antara idup ngan mati la bagi orang Islam. So, da tau diri tu orang Islam, jangan dipertikai, jangan buat donno la bab2 ni. Travel-travel jugak, solat jangan tinggal - Pesanan Penaja.

Lepas tu, kitorang nek subway untuk ke Myeongdong. Hari da malam, perut sedang menyanyi lagu #eureureung. So, ouls decide untuk pegi makan nasik goreng kat Yoogane Dakgalbi Restaurant. Katenya kat area Myeongdong, tapi kat mane specifiknya..Hmm.. semua pun tak sure..ngee..lepas bertanya kiri dan kanan, akhirnya sampailah dikedai yang diidam-idamkan. Mula tu macam yeke kedai ni,yeke kedai ni, tapi lepas baca nama kedai dalam hangul tu.. hah..tidak syak lagi. nge.. Status kedai ni adalah recommendation restaurant for Moslem sebab tak serve pork dan alcohol. Tapi menu yang seswai dimakan adalah Marinate Seafood Fried Rice je. Yang lain out sebab sah-sah dia tak sembelih cara Islam. Hee.. pape pun on je sebab perut da lapaq..Menu tersebut harga dia 5500 won sekepala. Dia goreng nasik tu depan-depan kita.

Lepas siap makan, malam kitorang tak berlalu dengan balik guesthouse terus,tapi still nak mengukur kelebaran jalan di Myeongdong ni. Malam kat sini memang meriah sebab  gerai kiri kanan, kedai-kedai penuh dengan orang. Myeongdong memang femes dengan kosmetik, skin care dan body care. Lalu sampai sesat pun korang still akan jumpa Nature Republic, Missha, Etude House dan macam-macam lagi lah..tak ketinggalan street food yang diidam-idamkan..Nak makan pape pun still kekenyangan. Jadi berjalanlah kitorang dalam kesejukan dari satu kedai ke satu kedai. Walaupun sejuk. Siyes pelancong tetap berpusu-pusu.

                                    Tips jenjalan di tempat sejuk masuk kedai orang untuk ambik haba..haha

Tak tahan dengan kesejukan, ouls amik keputusan nak balik ke Guesthouse.
Mandi air panas, solat.. ZZzzZZzz.. sebab esok masih panjang perjalanannya..


     

Rabu, 23 Mac 2016

#KeKoreaKita: Namsan Tower


.: Assalamualaikum:.

Annyeonggg :)





Dalam expedisi #Kekoreakita #sarangheacingguya ni kitorang berkesempatan melawat Namsan Tower. Area guesthouse kitorang deekaaaat je dengan Namsan Tower ni. So pepagi lagi lepas breakfast dan prepare bekal, kitorang menongkah bayu sejuk 2 darjah selsius mendaki (la sangat) jalan ke area Namsan Cable Car. Nak ke Namsan Tower ni dia ade dua cara, first mendaki tangga batu yang tinggi cam Batu Caves atau naik cable car. Kitorang pilih untuk naik cable car (ok sebut cam Tao ok adik-adik). Sebab dia, tak payah bazir tenaga sebab nanti atas sana kena lalu tangga lagi pastu jimat masa sebab pasni nak pergi area lain lagi, dan sebab dia lagi based on #exoshowtime cable car lagi best..haha.. aku yang wat iti, seska ati beta la..haha..




Jadi berpandukan arah yang ditunjukkan oleh ahjumma, ajushi, oppa dan unnie sekeliling, maka menapak la kami kat Namsan Cable Car Station. Semangat tak semangat, kaunter tiket tak bukak lagi, 9 orang budak yang kesejukan ni da pun serbu masuk..kuikuikui.. ni semangat #kekoreakita katenya. Sebab awal sangat sampai, jadi untuk melengahkan masa yang ade, kitorang bersiar-siar di kawasan station tu.. fuh.. dasyat scenery dia.. Allah Maha Besar,view cantik tak terkata dari pandangan mata area kitorang menapak ke bawah. Teknologi kat Korea Selatan ni patut dipuji. Biasa elovator turun berdesup je kat bawah, tapi elovator kat luar Namsan Cable Car Station ni turun mengiring maybe nak bagi orang rasai nikmat pemandangan yang indah kat situ...




Tepat je pukul 10 pagi..eh ke 10.30 pagi, kaunter dibuka. Untuk naik cable car,kena beli tiket. Tiket cable car 8,000 Won untuk pergi dan balik. So,tunggulah turn untuk memboloskan diri dalam cable car,cuba berfeeling cam Luhan yang gayat tempat tinggi..kekeke.. sebab aku sorang je layan #exoshowtime dalam group ni, maka sukarlah diorang memahami setiap bait patah bicara aku time ni..=.=" beginilah nasib si forever alone.. kekekeke..

 


15 minit menikmati pemandangan bandar Seoul secara penuh, maka sampai la kitorang kat Namsan Tower. Tapi sebelum tu, marilah kita abadikan padlock kita di area tangga. Padlock ni sebagai bukti bahawa aku dah jejak kami ke bumi Hae Oppa dilahirkan..kekekeke..Kat area tangga ni jugak aku cuba rakam balik aksi girlish Tao yang excited dapat ke Namsan Tower, tapi tengok balik video yang aku buat, geli pulak..hahaha..

Even pokok-pokok kat situ beranting je, tapi suasana dia tetap indah.. macam citer Snow White time kena halau kat mak tiri dia..hahaha.. tapi seriously memang cantik. Maha Suci Allah yang mencipta dan mematikan makhluk-Nya. Nanti musim bunga lagi lah cantik kan..


Lepas je abes menikmati area tangga,kitorang nek lagi atas. Haa..kat atas ni ruang dia lapang..cam dataran la pulak sekali tengok..haa.. kat sinilah terletaknya Namsan Tower tu.. Tapi kitorang tak nek pun Namsan Tower tu, sebab berbayar...hahaha.. Nanti lengkali. Kat area sini pun ade jugak padlock. Dan sebenarnya yang famous amos kat atas ni la.. so, sape bawak mangga lebih, pasang la kat sini..haha.. x pun gi amik balik mangga tadi pasang kat sini..kekeke..





Kat sini ade kedai padlock, mozek, dan benda-benda cute.. Bak kata Sinchan, Errand boy kat guesthouse aku, kalau datang sini tak bawak buah hati cam dull gitu.. abes tu camane aku nak heret Hea Oppa dia duk kat military based mane pun aku taktau..kekekke.. takpe.. tunggu i kawen.. abeh segala mozek, padlock solek I bawak u.. untuk abadikan chenta katenya.. kekekeke..la sangat.. tapi dia cakap dull?.. hepi kott dapat ke sini dengan bebudak ni..so hipotesis Sinchan tak valid ekkekeke..


So, ari da nak tengah hari, walaupun matahari terang menerangi kawasan ni, tapi tak bermakna bayu sejuk 2 darjah selsius segan menyapa kulit ouls.. bertalu-talu duk kiss pipi kite sampai aku heran camane la bebudak korea ni boleh tahan pakai skit kemain singkat...tak tercapai dek akal ku..aku kalau boleh mafla tu nak wat ninja bagi mengelak bayu ni duk kiss kite..only for halal people *sambil sentuh pipi*





Lepas penat bermain, bergambar, menggila.. maka perut pun mula duk main lagu #Eureureung..maka, bekalan nasi goreng Brahim's Umi (*nama orang) ditatah dengan serunding daging made in Kelate dan sosej sintetik Husna dikeluarkan dari beg. Mendepani pemandangan Kota Seoul yang gah disebalik kaca cermin lutsinar itu, nasi goreng sejuk menjadi enak dan lazat. Nasi jadi sejuk tu sangat la epik, macam baru keluar dari peti sejuk.. heran, aku ni bawak beg sandang ke bawak peti sejuk.. hahaha..





Sebaik saja kenyang, aktiviti diteruskan dengan merakam sebanyak mana yang boleh memori di sini, ingat hari-hari ke nak datang sini.. haruslah tinggal footage so, seksok boleh throwback dengan cucu-cicit.




" haa..kat sinilah haramoni tiru aksi-aksi harabuchi dan samchon-samchon korang. Kat sini haramoni tahu he was the only one."

cerita aku kepada cucu-cucuku kelak sebelum diorang tidur..


Selepas separuh hari berada kat Namsan Tower, maka kami pun turun ke Myeongdong balik untuk ke destinasi yang ke seterusnya..

Kaki..sila behave sikit sebab panjang lagi perjalanan kita, bisik aku kepada kakiku yang disauk kasut setinggi 4 inci.. tapi selesa katanya..naseb laa..hahahha..



 Jumpa ajushi tanya jalan camane nak ke Gwuangwhamun Square. Dia tunjuk kat kitorang jalan shortcut bejalan kaki dari Myeongdong ke sana. Fuh.. ! Jalan je keja rini..


Selasa, 22 Mac 2016

#KeKoreaKita: Seoul, Done!

.: Assalamualaikum :.

Almost sebulan  beta tinggalkan blog ini.. bizi sehh..

Btw, last week beta ke Korea..what??..ke mana?? Korea??..KOREA?

ahahhaa..semua cam tak caye kan.. even aku pun cam rasa aku mimpi ke ape nih..kuikuikui..

ape bley buat.. itu impianku setelah jatuh cinta kali pertama dengan oppa-oppa SuJu zaman muda remaja dulu..6 tahun lepas macam Hea oppa duk ajak aku meh la ke Seoul..meh la ke Seoul sambil duk nyanyi lagu "Happiness".. Hea oppa masuk military baru nak menjejak kaki ke Korea..kekekeke..

Sebenarnya beli tiket dari tahun lepas lagi.. 2 minggu balik dari Brunei kalau tak cilap.. bebudak kelas ajak.

"kak da jom kita gi Korea, tiket Air Asia telah murah skarang ni.. kot-kot mane la tau kan jodoh sebelah seat.." katanya diorang..


 
 Readyyy? Get set..Go...Jumping..jumping..Jumping~~~


 Nak nek AREX sebab laju dan no stop-stop..

 Busy terminal is busy..


Ni nama dia, ahli menyuarat subway.. sepakat membawa berkat katanya



 Ha.. anti-sosial..anti social lagi..



 Kaki yang tak sabar nak berlari naik train kelak..


time tu duk pikei biaq betul bebudak ni.. ingatkan diorang bergurau senda cam tiap kali AA wat promotion berangan nak beli tiket gi oversea... sekali amik kau.. Husna, Syu ngan Umi da sambar teros da tiket ke KOREA SELATAN bulan 3 2016!.. sape tak tercabar..ahahaha..

 
 Ready dengan senjata memasing nampak gayanya tu..



"Expecto Petroniumm! ".. Nak lindung diri dari anasir-anasir merbahaya masa gi jenjalan nanti katanya.. 


Tapi sebelum tu kitorang sebenarnya da baca ayat kursi ngan doa bismilahillazi...hee..Umi, ustazah kite yang lead kot..yelah di bumi orang walaupun diclaim negara paling selamat di dunia, kite tak tau pancaloba yang mendatang, so, tawakkal is must!..

ok insaf.



Berdesup masuk akaun AA beli tiket sambil duk pancing Aniem ngan Fara beli skali.. Fara pulak pancing Nara Shi ngan Puteh..Pastu tak beringat-ingat beli tiket bukan sari dua pegi sana..tapi 7 hari kot..haha.. Lastly 10 orang secara rasminya menunggu jodoh di seat sebelah ke KOREA SELATAN (kena state Selatan, kang ingat aku nak gi belah utara..tak de niat lagi nak kesane k).. aahahhaha..

Pengaruh Impress Ki menebal..kuikuikui..

 Bbang ikan mas. Dalam tu inti kacang merah. Antara street food menjadi pilihan rakyat Malaysia.

Step one da siap.. second step kitorang mengusha pakej-pakej ground ke Korea (ok, x state ni arap-arap korang pahamla Korea mane aku nak pegi k).. macam-macam.. nak ape sume ade.. banyak jugak di ushanya.. pastu usha lak guesthouse .. usha mane yang terbest, termurah, terrrbaeek!.. compare punya compare.. last-last..menobatkan diri sebagai nubis backpackers, we ouls decided tuk travel sdiri tanpa pakai  travel guide.

haa.. ni mencabar.. means we ouls kena plan dari A to Z la.. kena wat itinerary sdiri, kena cari guesthouse sdiri..booking bagai.. maknanya kena wat research sdiri la ni..huhuhu..da la time ni juga bizi dengan disertasi dan program bagai..

Shhh.. entrace exam sedang berlangsung..

So, bagi dari zero to hero, kitorang bahagi la keja untuk setiap orang.. aku ngan Puteh uruskan itinerary.. Aniem ngan Fara uruskan transport, Husna ngan Syu uruskan guesthouse, Umi urus makanan.. Nara Shi usha area nak beli bengbarang souvenir murah-murah.. Murni ngan kak Sapura kitorang bagi duk diam-diam je sbb diorang ade komitmen kerja..ngeee..

So untuk 7 ari tu kitorang decided nak gi mane, nak makan ape, nak beli ape based on iti orang-orang lain.. tq group BBM kat fb..berpandukan panduan yang selalu dipostkan oleh geng backpackers kat situ pasal Korea, dapat la sikit sebanyak info-info yang berguna.. cam transport utama, camane nak book guesthouse, iti, area tempat tu, benda yang menarik dan lain-lain la..

Apabila sesat, jangan segan jangan malu..tanya je.. diorang memang gaya nak tolong kite pun..

Masa aku wat iti ni, aku rasa aku da duk kat Korea kot...duk berlari-lari mengejar train..ahahha..ciap da tau kat mane Myeongdong, kat mane Apgujeong kat mane itu kat mane ini.. based on blog orang ngan google map semata-mata..kekekke


Apalah sangat ke Korea kalau tak membeli benda alah ni..hiks

So, basically untuk 7 hari ke Korea tu, ari ketiga kitorang berpecah kepada 3 group.. 6 orang gi Busan, 2 orang ke Apgujeong dan sorang balik Malaysia.. so..iti kitorang camtu la..

Yang still kat Seoul tu aku ngan Aniem aa.. hahha..balik Malaysia adalah Murni.. Last minute kak Sapura tak join kitorang sebab tak sihat katenya.. yang len ke Busan sehari pastu balik Seoul balik..


Salam perantauan dari kami. Bajet nak masuk Kosmo nanti dekat raya ni katenya...


camane pun dalam masa 7 ari tu dalam suhu time tu 2-3 darjah selsius siang, -2 darjah selsius malam.

Hepi.. sebab da fulfill antara impian hidup walaupun amik masa 6 tahun. Seoul Done!

++++++++++++++

Ni antara benda yang kitorang cover dalam ini #kekoreakita selama 7 hari 6 Malam

Area:

Myeongdong street, Namsan Tower, Doksugung Palace, Gwanghamun Square, Gyeongbokgung Palace, Namsangol Hanok Village, Pulau Nami, Petite France, Nundaemun Market, Iteawon, Cheongnyangi Stream, K-pop Street, Apgujeong, SM Entertainment Building, Bukchon Hanok Village, Dongdaemon, Busan.

Oppa Gangnam Style. 

Walaupun aku tak minat PSY. Tapi aku tetap jatuh cinta kepada oppa Gangnam yang tolong aku carik Guesthouse masa gi Apgujeong ritu. Tak jatuh cinta kenapanya, da la baik hati, anak mak, hensem macam Lee Dong Wook pulak tu. huhuhu T.T


Tempat solat:

Tangga Exit di tingkat bawah Incheon Airport, Bilik make up di City Hall Station, Musalla di Nami Island, Masjid di Iteawon, FNSquared Guesthouse, Tangga Kecemasan di Lotte Mart, Ruang Icheon Airport



Transport:

Kapal Terbang, AREX, KTX, train, bus, Feri, taxi

Makan:

Yoogane. Eid Restaurant, Nasi Goncang Nami Island, Lotte Ria, Ji Jil Jib Ikan Bakar.

Guesthouse:

Nungmaru Guesthouse (Apartment 3 bilik), FNSquared, 24 Guesthouse Seoul Station Primier

 Totally absurd dengan Guesthouse ni..menggoda jiwa theme color dia plus staff dia plus location dia..wanjung deabak!


Free: 

T-Money (5000 KW) plus 2,000 KW  top-up, Gapyeong shuttle bus (4000 KW), Petite France Entrance Fee (1500 KW)


Expenses:

 Flight : RM 850.00 ( Round trip + Baggage + Travel insurance + meal 2 kali)
                              *Round trip PEN-KUL-INC-KUL-PEN

Others: 414,000 KW (lebih kurang RM1449.00)

Total: RM2290

*Nak mintak iti boleh email :)
*Nak mintak tips boleh email :))
*Nak mintak gi skali lagi,jom beli tiket..ngeee..

niknursyuhada@yahoo.com


link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...