marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Wednesday, March 23, 2016

#KeKoreaKita: Namsan Tower


.: Assalamualaikum:.

Annyeonggg :)





Dalam expedisi #Kekoreakita #sarangheacingguya ni kitorang berkesempatan melawat Namsan Tower. Area guesthouse kitorang deekaaaat je dengan Namsan Tower ni. So pepagi lagi lepas breakfast dan prepare bekal, kitorang menongkah bayu sejuk 2 darjah selsius mendaki (la sangat) jalan ke area Namsan Cable Car. Nak ke Namsan Tower ni dia ade dua cara, first mendaki tangga batu yang tinggi cam Batu Caves atau naik cable car. Kitorang pilih untuk naik cable car (ok sebut cam Tao ok adik-adik). Sebab dia, tak payah bazir tenaga sebab nanti atas sana kena lalu tangga lagi pastu jimat masa sebab pasni nak pergi area lain lagi, dan sebab dia lagi based on #exoshowtime cable car lagi best..haha.. aku yang wat iti, seska ati beta la..haha..




Jadi berpandukan arah yang ditunjukkan oleh ahjumma, ajushi, oppa dan unnie sekeliling, maka menapak la kami kat Namsan Cable Car Station. Semangat tak semangat, kaunter tiket tak bukak lagi, 9 orang budak yang kesejukan ni da pun serbu masuk..kuikuikui.. ni semangat #kekoreakita katenya. Sebab awal sangat sampai, jadi untuk melengahkan masa yang ade, kitorang bersiar-siar di kawasan station tu.. fuh.. dasyat scenery dia.. Allah Maha Besar,view cantik tak terkata dari pandangan mata area kitorang menapak ke bawah. Teknologi kat Korea Selatan ni patut dipuji. Biasa elovator turun berdesup je kat bawah, tapi elovator kat luar Namsan Cable Car Station ni turun mengiring maybe nak bagi orang rasai nikmat pemandangan yang indah kat situ...




Tepat je pukul 10 pagi..eh ke 10.30 pagi, kaunter dibuka. Untuk naik cable car,kena beli tiket. Tiket cable car 8,000 Won untuk pergi dan balik. So,tunggulah turn untuk memboloskan diri dalam cable car,cuba berfeeling cam Luhan yang gayat tempat tinggi..kekeke.. sebab aku sorang je layan #exoshowtime dalam group ni, maka sukarlah diorang memahami setiap bait patah bicara aku time ni..=.=" beginilah nasib si forever alone.. kekekeke..

 


15 minit menikmati pemandangan bandar Seoul secara penuh, maka sampai la kitorang kat Namsan Tower. Tapi sebelum tu, marilah kita abadikan padlock kita di area tangga. Padlock ni sebagai bukti bahawa aku dah jejak kami ke bumi Hae Oppa dilahirkan..kekekeke..Kat area tangga ni jugak aku cuba rakam balik aksi girlish Tao yang excited dapat ke Namsan Tower, tapi tengok balik video yang aku buat, geli pulak..hahaha..

Even pokok-pokok kat situ beranting je, tapi suasana dia tetap indah.. macam citer Snow White time kena halau kat mak tiri dia..hahaha.. tapi seriously memang cantik. Maha Suci Allah yang mencipta dan mematikan makhluk-Nya. Nanti musim bunga lagi lah cantik kan..


Lepas je abes menikmati area tangga,kitorang nek lagi atas. Haa..kat atas ni ruang dia lapang..cam dataran la pulak sekali tengok..haa.. kat sinilah terletaknya Namsan Tower tu.. Tapi kitorang tak nek pun Namsan Tower tu, sebab berbayar...hahaha.. Nanti lengkali. Kat area sini pun ade jugak padlock. Dan sebenarnya yang famous amos kat atas ni la.. so, sape bawak mangga lebih, pasang la kat sini..haha.. x pun gi amik balik mangga tadi pasang kat sini..kekeke..





Kat sini ade kedai padlock, mozek, dan benda-benda cute.. Bak kata Sinchan, Errand boy kat guesthouse aku, kalau datang sini tak bawak buah hati cam dull gitu.. abes tu camane aku nak heret Hea Oppa dia duk kat military based mane pun aku taktau..kekekke.. takpe.. tunggu i kawen.. abeh segala mozek, padlock solek I bawak u.. untuk abadikan chenta katenya.. kekekeke..la sangat.. tapi dia cakap dull?.. hepi kott dapat ke sini dengan bebudak ni..so hipotesis Sinchan tak valid ekkekeke..


So, ari da nak tengah hari, walaupun matahari terang menerangi kawasan ni, tapi tak bermakna bayu sejuk 2 darjah selsius segan menyapa kulit ouls.. bertalu-talu duk kiss pipi kite sampai aku heran camane la bebudak korea ni boleh tahan pakai skit kemain singkat...tak tercapai dek akal ku..aku kalau boleh mafla tu nak wat ninja bagi mengelak bayu ni duk kiss kite..only for halal people *sambil sentuh pipi*





Lepas penat bermain, bergambar, menggila.. maka perut pun mula duk main lagu #Eureureung..maka, bekalan nasi goreng Brahim's Umi (*nama orang) ditatah dengan serunding daging made in Kelate dan sosej sintetik Husna dikeluarkan dari beg. Mendepani pemandangan Kota Seoul yang gah disebalik kaca cermin lutsinar itu, nasi goreng sejuk menjadi enak dan lazat. Nasi jadi sejuk tu sangat la epik, macam baru keluar dari peti sejuk.. heran, aku ni bawak beg sandang ke bawak peti sejuk.. hahaha..





Sebaik saja kenyang, aktiviti diteruskan dengan merakam sebanyak mana yang boleh memori di sini, ingat hari-hari ke nak datang sini.. haruslah tinggal footage so, seksok boleh throwback dengan cucu-cicit.




" haa..kat sinilah haramoni tiru aksi-aksi harabuchi dan samchon-samchon korang. Kat sini haramoni tahu he was the only one."

cerita aku kepada cucu-cucuku kelak sebelum diorang tidur..


Selepas separuh hari berada kat Namsan Tower, maka kami pun turun ke Myeongdong balik untuk ke destinasi yang ke seterusnya..

Kaki..sila behave sikit sebab panjang lagi perjalanan kita, bisik aku kepada kakiku yang disauk kasut setinggi 4 inci.. tapi selesa katanya..naseb laa..hahahha..



 Jumpa ajushi tanya jalan camane nak ke Gwuangwhamun Square. Dia tunjuk kat kitorang jalan shortcut bejalan kaki dari Myeongdong ke sana. Fuh.. ! Jalan je keja rini..


No comments:

Post a Comment

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...