marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Monday, June 27, 2016

Shopping Raya di Kenanga Mall


.: Assalamualaikum :.

Annyeong!


image google.
Semalam aku kuar ngan kak Nisa.. Shopping raya katanya. Bukan nak shopping sangat pun sebenarnya, tapi since aku boring duk memerap kat rumah plus kak Nisa ajak kuar, ape lagi. Menyeluk ke pekasam biar sampai pangkal lengan. Eh, macam tak masuk lak peribahasa tu.Kekeke.

Btw, kitorang rancang nak pegi ke Kenanga. Pergh. Situ baju murah bukan kepalang.Siyes aku cakap. Dulu-dulu aku tak peduli pun orang cakap baju kat Kenanga Mall murah. Aku dulu shopping online memanjang. Ahahaha, species tak suka nak bersesak cenggini la.

Tapi lepas gi Kenanga Mall ngan Fara masa datang KL bulan 3 baru ni yang katenya gi IV, sambil gi pegi mengusha KTO tu. Sempat la jugak merayap ke Kenangan masa tu. Hahaha. Me when ade buddies pape pun aku sanggup. Baru la aku percaya baju kat Kenanga Mall murah. So, silalah bawak sekampung untuk berkampung kat sane.

Rancangan awal-awal kemain kak Nisa set "Okey, kul 10.30 pagi amik Ada kat umah". Kemain kau.. kul 10.30 PAGI tu ntah-ntah orang baru nak set up kedai. Ntah-ntah pak guard baru nak bukak pintu mall.

Last-last, nak tau tak kul wape kitorang pegi? dalam 12.30 TGH HARI jugaklah.HAHAHA! Kemain merancang nak gi tulun pak guard bukak mall,last-last lewat jugak.

Btw, bukan saje na lewat, tapi Kak Nisa cakap dia nak kemas rumah sikit. Biasalah surirumah bekerjaya kan, hujung minggu la baru berkesempatan. Since kak Nisa pun dah ubah time, aku pun dengan rajin nak jadi jugak pangkat surirumah berkerjaya tu. Sementelaah dengan itu, semangat aku duk sental dua bijik toilet kat rumah! Huh! rajin kemain.HAHAHA

Jalan masuk KL lebih-lebih lagi menghala ke Kenanga Mall tu memang jammed tak payah cakap la. Nak raya katenya. Bukan setakat tu je, jalan nak masuk parking dalam building tu pun macam siput lambatnya. Padahal banyak tak terkira kereta yang turun dari building tu. Heran aku.

Nak jadi ceritanya lagi, masa nak naik parking atas tu,hmm paham-paham la kan,of course la jalan dia condongkan. Ade masanya menunggulah atas jalan yang condong tu, tetiba.. kereta kat depan terundur turun depan kitorang..alamaaaaakk maak makkk!.. (ancho). Sikittt lagi nak keta keta honda Jazz kak Nisa. Ni kalau kena ni bukan kak Nisa je nanges, aku pun nanges gak rasanya.Gerun seh. Da la keta baru. Kak Nisa go-stand la keta dia sikit, orang belakang tak tau situasi depan ni hon-hon je diorang reti.

Dua tiga kali jugak lah keta depan duk terundur sampai tak sanggup dah kak Nisa nak undur lagi. Dia pun terus gi kat keta tu. Rupanya ade problem geal ke ape ntah yang menyebabkan keta tu tak nak naik walaupun da tekan minyak. Nasib naik orang belakang tu lelaki, so diorang pun retilah nak hulurkan bantuan. Tapi sebelum tu keta kak Nisa da selamat beralih ke depan lepas diberi laluan kat orang yang nak turun. So, selamatlah kami parking dalam Kenanga Mall level 10.Tu pun naseb je ade parking kan. HUHUHU.

Bayangkan shopping lot tu dari level 8 sampai bawah. berpusing-pusing kat situ mencari kot-kot adelah baju or shawl or beg yang berkenan kan. Orang ramai tu tok soh duk citer la. Ramai!. Anyway aku perasan barang-barang kat Kenanga di dia dah specific kan based on level. Contohnya pakaian level 5-G, Beg accesori level 6-8 cenggitu. Aku heran sungguh dengan manusia yang ramai ni. minggu lepas aku gi jalan TAR pun orang penuh. Aku gi surau,kat surau pun penuh. Berhimpit kot nak tunggu turn amik wuduk and solat. Kat kedai-kedai lagilah. Mane la datang sume ni..haha..

Setelah terrbeli sehelai dua shawl dan baju dengan harga yang siyes murah nak mati, barulah kitorang sedar betapa pantas masa berlalu. Tu pun kalau boleh nak round lagi sebab kak Nisa duk cari skirt tak jumpa-jumpa. Berpusing-pusing. Aku pulak duk berkenan dengan satu jenis baju ni, kemain duk fikir nak beli tak,nak beli tak. Last-last lepas pusing dua kali bangunan tu tak jadilah sebab belakang tak de style ikat-ikat. Aku nih sekarang lebih kearah fashionyang tali berikat-ikat. Nak buat ikatan style goreum hanbok katenya.

Ye..ni tempat feberet.. nak tambah koleksi The Lord of The Ring yang baru katenya..
Sakit kaki tak peduli asal jumpa ape yang dicari.. tapi masalahnya..jumpa ke?hahaha.
Tapi tulah, orang pompuan. Lepas asar ingat nak blah da dari Kenanga Mall tu, tapi tak puas hati lagi selagi tak jumpa barang kita nak kan. Jam tunjuk kul 5.30 petang baru sedar diri. Baru duk berfikir nak bukak puasa kat mana. Inngat nak bukak puasa kat Kenny Rogers. Kak Nisa cakap ade kat KL Sentral. Tapi tak jauh ke KL Sentral dari sini dengan nak hadap jam lagi ni. Pung pang pung pang, jam 6.30 petang baru kitorang reached kedai makan Al-Azmi kat Sentul, rindu katanya nak makan kat sana. Dulu zaman muda remaja selalu jugak menjadikan situ sebagai destinasi makan kami.

Tengok meja macam dah banyak kena booking ni. Sekali tanya, maaf kak, semua dah full. Alamak! Dah full house? Nanges (dalam hati). Ni confirm-confirm kat tempat lain pun camni jugak lah gayanya.

Kak Nisa dengan idea bernasnya lagi. Kita beli makanan kat bazar bukak dekat Tasik Titiwangsa. Ahaks. I love the idea. So, ke bazar lah kami mencari juadah berbuka. Sempat beli air cincau soya, roti John dan murtabak. Cukup je lah untuk we ouls berdua. kan.
Check line tengok ramai tak orang yang tak sempat booking kedai makan...hahahah
Sampai kat Tasik Titiwangsa, ingat tak ramai la yang buat keja cenggini, Sekali,pergh. Ramai sangat. Ni semua tak semapt nak book restaurant ke ape? Tapi tak jugak sebab nampak ada yang siap bawak juadah macam picnic you!

Pemandangan Tasik Titiwangsa waktu senja

Sementara tunggu azan berkumandang, berborak-boraklah we ouls. Almost 2 tahun kot tak jumpa, so banyak la kot benda nak di update. Lagipun kat KL ni sape je aku ade kan..kan..kan.. Kak Nisa and Ana kalau yang betul-betul aku boleh arapkan pun after years kan..

Gambaq curik..
Ready nak bukak katenya..
Azan berkumandang. Bukak posa. Gi solat maghrib kat Masjid Ibn Sina. Balik.

Nice weekend at KL thanks to my dear sis :)


No comments:

Post a Comment

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...