marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Thursday, July 28, 2016

#KeKoreaKita: Namsangol Hanok Village

.:Assalamualaikum :.

Annyeong!


Koyalah sekejap kunun-kunun menunggu orang yang tak kunjug tiba
Moh kita bercerita kembara beta bersama #sarangheacinguya di Seoul (lagi). Hari ketiga di sini, kami rancang untuk melawat Namsangol Hanok Village. Area dia di sebelah Myeongdong ni je. Planning awal nak pegi hari first sekali naik Namsan Cable Car (sebut gaya Tao), tapi memandangkan masa mencemburui kita tak sempat nak pegi. Tak apelah. Jadi hari ni lah kita berjalan meneroka rumah hanok ye dak. 

Namsangol Hanok Village. Image dari Google

Kirenya hanok ni umah kampung ataupun tradisional orang Korea la ni. Jangan tak tau, kat tengah-tengah bandar ni ade perkampungan korea tau. Tapi pape pun,yang dekat Namsangol Hanok Village ni takde orang tinggal. Sini cam display item la. Tapi yang bestnya masuk adalah PERCUMAAAAAAA. Yang betul ade orang tinggal kat area Bukchon. Makanya, kalau nak beriang-ria hari raya kat sinilah. Nak buat party (we like to party..yea yea yeaa~), silakanlah (kalau tak malu la haha).

So, awal pagi keluar dari GH yang saaangat best, Nungmaru GH. Oh ye. Hari ni jugak kitorang check out dari GH ni sebabnya enam orang akan ke Busan, dua orang ke Apgujeong dan sorang balik ke Malaysia. Murni yang balik ke Malaysia, dia beli awal skit sebab dia keja. Yang lain, melangok je la sebab baru bebas dari disertasi 5 hari yang lepas. HAHAHA.

Yang pegi Busan adalah Nara Shi, Husna, Syu, Umi, Fara dan Puteh. eh nama aku mana? Budak yang degil yang nak stay di Seoul semestinya aku.HAHAHA. dan my loyal BBF haruslah join skali ngan plan roommate dia. So, yang ke Apgujeong tu aku ngan Aniem la. Nak gi melawat office Oppa dan Dongsaeng katenya. Lalala~

Nungmaru GH JANG! Apartment yang selesa untuk kitorang berlapan.

*Jumpa dengan backpacker cikgu-cikgu pencen. Kalau da pencen korang bley agak la kan berape umur cikgu-cikgu ni. Seriously aku tabik spring dekat cikgu-cikgu ni yang gigih datang Korea sendiri tanpa ejen. Biar berusia asal jiwa muda..hee. Selamat pagi cikgu!*

Tapi sebelum ke Namsangol Hanok Village, kitorang drop dulu luggage kat reception counter. Tokey Nungmaru GH  memang baek ah kasi kitorang drop luggage dulu kat situ. Aku ngan Aniem malam karang baru amik nanti nak gi Apgujeong. Bebudak nak gi Busan tu, ari lastt nak gi airport baru diorang amik.

Settle bab luggage, marilah kita berjalan menuju ke tempat yang dituju tapi sempat lagi amik gambar kat Entrance Company Game. Katanya Fara dan Nara, owner dia retis. Ntah. Na Mollayo. Ala. Lupa lak nak bergambar dengan kedai haramoni yang jual banana uyu murah tu. Biasa kedai haramoni belum bukak lagi pagi-pagi ni. Sebab tu selalu ke sana waktu malam je (padahalnya laluan waktu balek berjalan).

Bergambar kenangan dulu kat sini.
Myeongdong Street
So, nak ke Namsangol Hanok Village, jalan kaki je. Menyusuri laluan pejalan kaki berbekalkan peta di tangan. Salah jalan tu tak usah di tanya, tapi last-last sampai la jugak. Hahaha.
Contengan jalanan. Spot my writing..haha

Asal ade je gambar unnie, kena bergambar. Kat bas pun jadik
Marilah kita ber #OOTD gaya hipster. Kat dinding street ni banyak area yang bley ber #OOTD kot

  **OOTD saya hari ni adalah berlapais-lapis baju dan kalerful. tema dia adalah my feberet kaler, kuning + merah. Main lapis je sebab cuaca memang tak same langsung dengan Cameron Highland. Dalam skirt aku pakai jeans kot.hahahha**

Ni area Namsan Park. Kalau musim luruh or spring or summer aku rasa tempat ni mesti lawa gile. Time ni ade pokok yang daunnya mati..

Sampai nak dekat entrance Namsangol tu tetiba ajushi approach kitorang. Tawarkan khidmat indoor photoshoot pakai hanbok. 

Aku pau google image kedai ajushi nih
Aku memula tak berminat. Yelah buat ape amik gambar dalam studio, benda mainstream sangat. Aku nak yang rare (padahal penah pakai hanbok masa kat KTO KL ritu. Mahal 30 000 won pulak tu.Lebih kurang RM100. Tak berbaloi, tak berbaloi.

Tak nak mengalah, sajangnim (Tokey hanbok) tu pujuk lagi kitorang dengan harga yang lebih murah 20 000 Won plus boleh pakai outdoor.Ha.. tetiba aku berminat.

Disebabkan aku yang duk nego ngan sajangnim ni, giliran aku pulak pancing sajangnim. Aku cepat tanya bebudak ni sape nak pakai hanbok, boleh pakai kat gi jenjalan masuk Namsangol nanti. Cepat je semua nak pakai. Aku, Aniem, Husna, Syu nak. Tapi sempat lagi nego ngan sajangnim tu 15 000 won. tapi lantas ade suara yang suh nego 10 000 won. Aku pun ape lagi try nasib kan, kalau sajangnim bagi, rezeki..hoho..

Sajangnim tu berfikir-fikir untung ke tak. Aku pulak duk "Kakajuseyo. Net saram jeoha, chabal ajushi, man won". *mata kelip-kelip* Konon kiut la buat cenggitu. Garu kepala jap sajangnim tu. Pastu dia cakap OK. YeS!!!

Maksud ayat aku tu, diskaun pelis, kitorang empat orang nak, bagi la 10 000 won, please ajushi, ne? .Korang kalau nak murah-murah, try la ayat pengasih ni. Hahaha.

So, sajangnim tu pun da excited nak sewakan hanbok tu kat bebudak ni ntah dari mane ni cepat-cepat ajak kitorang naik ke studio #ArirangStudio (korang kalau nak merasa pakai hanbok, sewa kat sini, tepi Namsangol Hanok Village je studio dia). Aku agak dia excited sebab aku cakap Korea kot. Sebabnya, masuk dalam studio tu cepat dia tunjuk hanbok mana patut pakai, siap match dengan tudung kitorang lagi.

Pulak tu, Umi ngan Murni pun nak try jugak lepas tengok semua duk melawa dengan hanbok memasing. Kitorang lepas pakai hanbok sempat lagi posing dalam studio tu (cakap tak nak tadi~) sambil-sambil duk menunggu budak-budak ni bersiap pakai. Sarangnim yang excited tengok studio dia yang meriah tu terus suggest haa, tangkap gambar cenggini, tangkap gambar cenggitu. kemain. Sampai aku dengar staff dia mengomel


Full service sarangnim beri padahal shoot pakai camera hp je. Sebab kitorang x amik indoor. Yang ni teaser lol
Ahahaaha, ada gaya Empress Ki tak?
"Rilex boh, puak-puak ni tak lari eh. Jange la excited sangat". Haha, dia cakap Korea la, takkan Kelate plop boh! Aku da translate dalam dielek Kelate. Keke

Pastu masa tu jugak, ade sorang customer (girl) dari Filipine kalau tak silap aku duk tunggu turn dia untuk pakai baju. Lawa siot baju dia, macam hanbok permaisuri dengan kualiti kain dan sarat dengan tenunan. Aku tak beragak tanya brape sewa, dia cakap 30 000 Won untuk indoor shoot.

Waktu tu barulah aku tersedar, 30 000 Won yang sajangnim tawarkan tu untuk high quality punya hanbok la sebab yang kitorang tengah cuba ni, biasa-biasa je. Tapi even biasa-biasa, sajangnim bagi kat aku yang siyes lawa kot. Pastu bley bawak main kat luar lagi tu. Ha, ko dapat dengan harga yang murah RM35, pakai sampai lencun la nanti.

So, Sesi masuk ke Namsangol Hanok Village bermula. Fuh dia punya feeling memang special sebab pakai hanbok. Kalau 1st day masuk Geongbokgong Palace rasa macam tourist, tapi sekarang nih rasa cam aku tengah berada kat zaman Joseon lak. Ala-ala Splash Splash Love gituw~

Dah lulus jadi Korean tak ni??ngee
Baru je masuk entrance Namsangol Hanok Village tu, perasaan cam retist + model tak berbayar pun ade. Ouls jadi perhatian oh. Kebetulan masa tu  segerombonlan tourists dari Teipei  tengah nak kuar, diorang greet kitorang ciap nak bergambar sesame. Ahahha. Awkward moment jap sebab jadi gini. Hahaha. Diorang ingat ouls orang Korea. Ahahaha. Tapi tak ke pelik sebab ouls pakai tudung kan.Kekeke.

Main Entrance Namsangol Hanok Village
Punyalah panjang perjalanan nak mengukur kelebaran area Namsangol tu sebabnya asyik duk jadi model tak berbayar je. Memula rajin jugak nak berbalas senyuman dan tunduk hormat, tapi last-last tak buat contact mata dengan tourist sebab kitorang pun nak gi main jugak ++. nak je suggest suh diorang pakai hanbok kat #ArirangStudio tu baru diorang tak impress sangat dengan ouls..HAHAHA.

Berjaya lari dari mata-mata yang memandang, kitorang pun start la bertebaran nak shoot gambar cantik katenya. kekeke. Tang situ, tang sini, abes semua angle dan corner lah jadi mangsa. Nara Shi and Fara tak nak pakai hanbok (alasan diorang da pakai time KTO dulu), so diorang offer nak jadi cordinoona cum photographer. Haa.. Elok sangatlah tu.


Ade iras-iras Gunju tak?ngee
Tiba-tiba ade orang sentuh aku suh ikat dia punya hanbok. Ok, sis cuba.
Tak sure ni Kota London ke Kota Joseon
Start dah nak membuas

Ni tengah buat aksi tak senonoh, pastu gelak sdiri
Bersama my cordinoona cum Photographer.
Gambar yang aku sengsorang kat sini Fara yang shoot. Gambar ni ajushi yang amik sebab dia kecian kot tengok kitorang duk bergambar sengsorang..haha dengan baik ati dia nak tulun amik kan. Ajushi jjang!



Diorang tak lepaskan peluang untuk bergambar dengan kitorang.Lai Lai Lai..kekeke
Asyik-asyik diorang je dalam frame. Ni all of us la pulak..kekkeke
Tetiba hakak tadi dtg jugak nak bergambar hepi-hepi dengan kitorang. Layan saja..ahahahaa


So, bermainlah kami dalam Namsagol Hanok Village dengan happy ever after sampai lupa cuaca sejuk dan masa berlalu dengan jayanya.


In case sape yang mencarik Arirang Studio untuk sewa hanbok, boleh la gi kat kedai dia kat situ. Sebut nama aku kot-kot dapat free.. kekekkeeke..

Jom ke Itaewon lak yuk!




4 comments:

  1. Wow bestnya dapat jalan2 kat korea~ :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee.. Alhamdulillah, rezeki sis. U pun boleh pegi jugak. Saving start from now. beli tiket, fly nanti.

      Delete
  2. bestnyaaaa and you are so cute hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahaa...best sangat..rasa nak repeat lagi..

      Hee thanks. Gumbira hati orang puji kite. u pon comel gak sis.. :D

      Delete

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...