marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Tuesday, July 12, 2016

Raya Aidilfitri 2016

.: Assalamualaikum :.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.
Semoga Allah SWT menerima amalan kita sepanjang tahun, Amiiin..



Raya expectation VS reality
hahaha

+++++

Raya tahun ni, aku kena hadap jemmm. Siyesly agak terok. Dah la bas express dah berpusat dekat TBS semua. Nak tak nak, kenalah melangkah kaki ke TBS. Nasib baik ade LRT, senang gerak.

TBS da macam airport da aku tengok. sampai tak tau nak gi mane..huhu
Raya tahun ni, special lah skit sebab terpaksa menjadi anak perantau lagi kat KL selepas 3 tahun berlalu. Ingatkan tak de dah istilah-istilah balik kampung ni sbb igt nak leaving for good kat Kelantan. Tapi tu la kan.. Kita rancang, Allah rancang, tapi camanepun rancangan Allah SWT lagi besar. Kita yang kerdil ini haruslah menerima dengan hati yang tabah dan terbuka. Baru boleh jadi khalifah yang berjaya. Cewah!.. Hasil didikan Isdev katekan..

So, haruslah kita tabah menghadapi hari-hari kita di KL dengan berlapang dada.. giteww..

Ape cer raya Aku tahun ni?..

Alhamdulillah, baik insyaAllah. Pejam celik pejam celik cepat je masa berlalu, ramadan meninggalkan kita. Suasana raya kat umah agak berbezaz dari tahun-tahun sebelum ni maybe terkesan daripada nenek aku meninggal dunia 2 hari sebelum puasa.

Rumah aku seperti tradisi tahun-tahun sebelum, open house raya pertama, mudah untuk orang kampung datang lepas solat sunat hari raya, terus singgah umah tok imam kan.

Juadah pun ade lain sikit sebab che tempah nasi dagang disamping satay, ketupat palas, tapai dan lain-lain. (Mee goreng tak sempat nak merasa, berdesup abes..sob sob sob).

Kalau kebiasaannya, malam lepas maghrib baru start nak membasuh segala mak nenek periuk belanga buffet sebab orang datang tak putus-putus. Tapi tahun ni lepas zohor kitorang da start mengemas dan bukak one side tempat menjamu selera. kalau tak, ruang tamu ngan dapur jadi tempat berkumpul tetamu datang.

Tema peace la kot nihh..
Selepas siap prepare juadah semua, haruslah ke tanah beramai-ramai.
Insecure weh rasa. Anak-anak buah dah jelita dah terpaksa macik dia tempek product Natural Republic nak bagi jelita sentiasa.


Anak Buah paling skeping..harharhar.. Nik Iyad Hakimi. Paling masuk air walaupun muka innocent.
Abe Yie hepi sebab pakat bagi perhatian kat dia. haha
#TEAMDAPUR #TEAMBUJANG #TEAMDERAK #TEAMGOSSIP #TEAMPERANG
Menziarah orang sakit gigi, tapi orang sakit gigi gi Kadok. Hahaha
Biasanya, tetamu bukan orang lain pun, sanak saudara plus jiran tetangga dan kenalan rapat keluarga. Walaupun tahun ni takseramai tahun-tahun lepas maybe sebab nenek dah tak ade,  tu pun dah riuh semacam dah suasana kat rumah. Tu biasa.

anak buah yang makin membesar. Makin besar dari makbuah diorang.Cepat besar, amik lesen, amik cikda
Ni amat. Nik Ahmad Atiqullah.
ALMS bersama abuji dan omoni
Petang-petang nimood dia ke arah boboiboy sikit, keluar power. KAGI BUNSHEN NO JUTSU!

Raya kedua, ziarah kubur, cuma tahun ni rasa dia lain sikit sebab kite sempat bersama dengan orang yang kite sedekahkan doa dan wirid tu. Semoga roh Tokku Som dan lain-lain berada dalam kasih-sayang Allah SWT. Lepas tu singgah beraya rumah Pok Su Hassan(aktiviti tahunan).

Bayangkan ramai ni yang datang serbu raya rumah anda dalam satu masa. bayangkan.

Tahun ni tak amik gambar kat kubur takut kena basholeh netizen..haha

Biasa raya kedua berjalan-jalan ke rumah orang (Dr. Izani, Che Su ect) tapi tahun ni raya kedua dihabiskan di rumah je. Tapi camane pun, rumah pakcik kami tetap diutamakan. Tapi bukan pakcik Tesco seperti kebiasaan, tapi kali ni pakcik Aeon Mall pulak..har har har.. Lebih besaq katanya..har har har. Baru berhijrah ke Kelantan katanya.. Har Har Har..

Keluarga bahagia.. sangat..Time berperang pun bahagia jugak.
datang ke rumah pakcik, pakcik jamu boat noodle.
Umah pakcik ade bear besar..
Raya ketiga pulak, raya di rumah abe Yom Kak Long. So, pegilah menolong kak long membuat persiapan raya selain menghabiskan juadah raya. kekeke. Tapi sebab ramai sangat jo kako yang ade, yelah,anak-anak buah da besaq, giliran diorang la pulak bersemangat waja bab-bab kerja merewang ni. Jadi aku banyaknya punggah makanan la dari buat makanan tu..kekekekeke..

but, first. Let us wefieeee~..
Malamnya, ayah n Che buat pembahagian duet raya untuk cucu-cucu dan anak-anak. Yesss! even aku da nak masuk three series pun soon, since ak tak kawen aku pong dapat duet raya..yesss.. !!!

Tunggu turn dapat duit rayaaa..
Raya keempat pula, aku abeskan masa kat rumah lagi, kemas bilik lipat kain sebab aku da nervous cuti da nak abes.. esok awal2 pagi lagi kena gerak. tapi petang tu sempat jugaklah gi raya umah abe din kak chik kimi kat Pasir Mas dan mengadap jemmmmm.

Dan dengan kehadiran kak Zah (kakak ipar baru), seems like we ouls ade ahli baru to welcome to the group #TheNikgellaShow. we ouls kalau da bergabung, memang meletop dan buat macam area we ouls yang punya, ahli baru bley observe je la ye. observe je,jangan judge!

Sampai, makan, solat asar, layan runningman episod Big Bang main selut kat TV, solat magrib, balik. Tu pun sempat patah balik sebab tertinggal lontong kak chik kirim kat che n ayah..

Raya kelima. Kembali ke KL. Kemain beli tiket, pastu mintak pak Doa tukar time dari petang jadi pagi sebab jem,nanti sampai TBS malam, sape nak mengambil aku?

Alih2 Che tanya, bakpo tak naik ngan Kak Niey abe Nazri sebab diorang pun nak kembali ke KL. Pulak~ sebelum ni ak tanya kak aku dia tak sure nak ke KL bila sbb tak kesah sangat. da che tanya camtu, terus bersetuju balik dengan diorang. HAHAHAHA.

Bertolak pukul 9.00 pagi,pukul 6 ptg masih kat Hentian Gua Musang. Hakimah yang bertolak pukul 6.45 pagi dengan bas carter Uitm pun baru sampai sini *lol*

Pendekkan cite kul 1.20 pagi baru aku sampai umah. Fuh!.. Percutian raya yang mencabar dan memenatkan!

Apabila dalam keadaan macam ni, jangan lupa wave..masuk hutan simpanan pun tak ape asal lari dari jammed!..kehkeh
Maka,jomlah kita ke pejabat untuk bekerja~..

No comments:

Post a Comment

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...