marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Saturday, July 16, 2016

Review Boat Noodle Aeon Mall, Kota Bharu

.: Assalamualaikum :.

Hi, Selamat Hari Raya.

#teamtilljannah

Sempat berjalan ke Aeon Mall KB masa raya kedua. Rumah pakcik, wajib lah melawatkkan pastu baru menapak kat Kelantan lagi-lagi lah harus mencoba menjejak kaki ke sana. Baru updated, katenya.

Actually, makan kat Boat Noodle ni adalah random thing yang tetiba abe E ajak makan kat situ selepas berlegar-legar tanpa arah dan tujuan dalam Aeon Mall tu. kekeke. Tunggu abe Din and family, tapi tak sampai-sampai.

Boat Noodle full house

So, ke Boat Noodle lah aku, abe E,Tikah, Iwa dan Hakimah. Memandangkan ini sahaja #TheBujangBlake yang tinggal, maka bergeraklah kami ke situ.

Kalau nak tau Boat Noodle ni kat level 3 area belakang, tepi food court. Boat Noodle ni femes dengan mee dia yang dalam mangkuk yang orang sekali makan pat lima nam mangkuk. Ntah, tak nampak sangat pun mane keistimewaan Boat Noodle yang digembar gemburkan ini except harga dia yang murah la kot. murah la rm1.90 da dapat makan mee. kenyang tu belum pasti ye puan-puan dan tuan-tuan.

interior kedai
Tak tau nak order ape..pakat layan hp, suruh orang lain order

Masa sampai kat restaurant tu, full house, kitorang siap kena beratur tunggu turn lagi. OOo, Boat Noodle ni kirenya datang dari Siam marilah sebab tema kedai tu macam ala-ala warung makan dekat tepi-tepi jalan kat Siam, tulisan pun ade Siam.

Orang yang datang pun kebanyakan orang cina (Siam). Sebab kat Kelantan biasa kalau Cina, Siam marilah. Tapi jangan risau. Halal. Tukang masak orang melayu (Siam).

Tempat masak dia style open kitchen, so boleh see through la cane dia buat mee celup tu. Tunggu dalam 15 minit, giliran kami tiba. So, we ouls order la so called the famous Boat Noodle mee dia.

menu dia
main menu

Pathumtani. Ayutthaya.

hah.Pemenda ni?

Jangan panik sebab tu dua jenis sup yang di offer dalam sajian diorang. Kire ni sup utama la. Nak pilih nasik boleh, nak pilih mee pun boleh. Nak pilih ayam boleh, nak pilih daging pun boleh.

Pathumtani ni jenis sup yang pakai kicap hitam, ade rasa masam-masam buah mangga sikit.

Ayutthaya pulak lebih kepada spicy. pekat sikit sup dia berbanding Pathumtani.

side dishes
Side dishes lain pun ade macam somtam, meatball, kerabu dan lain-lain. Sebagai peminat megi yang setia,aku order satu kerabu megi yang bernama Yum Mama.

Untuk minuman pulak, style hipster. Air dia serve dalam gelas panjang Chill, Chill. Ade beberapa jenis air yang hipster. Harga dalam rm6.00-8.90 giteww. 5 kepala lima jenis air.

menu air
kitorang order dua sorang mangkuk mee. macam-macam jenis. kejap lagi pandai-pandailah berebut.

sampailah mee dia. ceh. kecik sangat mangkuknya. da la tu berape urat dan sekeping daging or ayam dan satu fishball. makan semangkuk lekat celah gigi je pun.

Rasa dia?


Mee Pathumtani/Ayutthaya



Not my taste. sebab macam ade rasa budu hahaha. Eh, jangan salah sangka.Budu is my favourite, tapi rasa sup dia siyes tak kena dengan mee tu. dan bagi aku tasteless. tawaq kot. da la tak kenyang.macam makan ape ntah. dengan harga cenggitu aku rasa baek makan mee celup kat Pantai Sabak, lauk banyak, ajinamoto pun berasa tau!

1/5

Yum Mama/ Kerabu Megi


Yang ni puas hati makan. Sedap. rasa dia seimbang. ade pedas, manis, macam. Cumanya dengan harga RM8.50 (taktermasukgts), agak tak berbaloi la. Sebab aku penah beli yang harga 3 hinggit banyak dan sedap

3/5

Air Kaffee Yen


Ais je lebih. Manissemanismanismanisnya. Yang lain aku pau rasa adik-adik aku pun manissemanismanismanisnya. 2/5

Service

Mesra. Tapi slow. dan makanan yang sampai tak macam di order.


Akan pegi tak sekali lagi?

Kalau sengsorang tak nya aku pegi. kalau berdua pun aku tak akan masuk jugak. kalau nak wat reunion suka-suka, suka atilah aku iot majoriti.

Kenyang tak?

Tak.

Sebab lepas tu abe Din n family datang kitorang melahap Pizza 'Around The World' kat Vivo pulak.

makanlah pizza ini kalau nak me round dunia..haha

So, mohon tuan kedai Boat Noodle, sila buat improvement.ok bai.

2 comments:

  1. Thanks for the review. Memang tercari2 yg latest punya review. Lebih2 lagi kat Aeon Mall KB.. tq tq tq.. lengkap ngan pitcha & rating makanan ngan menu lagi.. I like..nanti boleh la review lagi yer kat tempat lain.. :))))))

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...thanks sebab sudi dtg ke blog ni. Awk try la pegi makan kat sana kot-kot rasa dia dah improve..hihi.

      Delete

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...