marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Wednesday, August 24, 2016

#KeKoreaKita:Masjid Itaewon dan Cheongyecheon Stream

.: Assalamualaikum :.

Annyeong.

Tak cukup korum. Eh mane Murni time ni? Hmm..
Panjang sangat setiap kali bercerita. Dalam satu hari pun kena ber- part-part bagai..huhuhu.. dan aku arap aku sempat habiskan cite #KeKoreaKita ni dalam tahun ni sebab, mane la tau tahun depan ade rezeki ke sana jumpa mak mertua pulak..lalalala~

Salam perantauan dari sayaaaa..
Kita sambung lagi cite kat Masjid Itaewon dan Cheongyecheon Stream.

Lepas makan dan re-charge energy kat Eid Restaurant, kitorang teruskan perjalanan ke Masjid Iteawon sebab, of coz la nak solat jamak qasar. Waktu dah banyak berlalu, masa untuk re-charge internal energy. Makanan untuk jasmani dah, makanan untuk rohani la pulak kan. Lokasi Masjid Itaewon tu dekat sangat lah dengan Eid Restaurant, jalan kaki (selama ni pong memang jalan kaki jugak walaupun jauh eh) je sampai. Masuk pintu gerbang masjid tu, kena panjat bukit bertar dan jumpalah masjid tu atas bukit.  

Pintu gerbang masjid.


Gah tinggi atas bukit, masjid ni selalu menerima lawatan dari orang Korea. Lepas mendaki bukit, mendaki pulak tangga masjid HAHAHA, ape bley buat, diorang memang suka tinggi-tinggi ni. 

ha..panjat la bukit bertar tu ye nanti

Senibina masjid mana-mana same je bagi aku even di Korea tak terlepas. Mesti area wuduk jauuuuuuuuuuh di belakang kalau untuk muslimat. Outdoor pulak. Tau dak susahnya nak kena bukak tudung, pastu basah-basah kena pakai balik,pastu kena jalan lagi gi tempat solat. Mohon architect masjid concern this one thing time nak buat masjid baru.HUHUHU. Tu je slack di kebanyakan masjid kan.

Masjid Terbesar di Seoul
Tapi dah biasa dengan benda cenggini, so small matter lah, lepas amik wuduk, naek atas area muslimat dan solat. Tak ramai orang yang ade, maybe sebab da hampir hujung waktu(ngee~). Yang ada cuma rakyat Indonesia dan Malaysia. Eh ade jugak sorang Korea yang duk solat. Teruja jugak la tengok, nak tegur malu, jadi tengok la sipi-sipi je la. Kang tengok dia dengan penuh perasaan kang dia pekei pelik lak.nge

Siap solat, azan asar berkumandang, Erk da asar ke? (Ngee, nampak sangat lewat solat). Sebenarnya tadi dah cepat-cepat bersiap nak solat. tapi kekadangan dari cuaca sejuk melambatkan pergerakan (alasan). Tapi tak ape, kita kan musafir, jamak dan qasar kabliah dan bakdiah kan ade. Gunalah ruksah yang Allah bagi tu.


Akhirnya,impian kesampaian untuk berada di Masjid ini.
Sambil duk menunggu bebudak ni bersiap, sempat la memerhati perkarangan Masjid Itaewon. Ramai jugak yang datang solat asar kat sini. Mungkin tempat kerja area berdekatan. Orang Korea yang tahap harabochi, ajushi pun boleh tahan ramai.Janggut panjang macam shifu dalam cite Kungfu kot.Ngee..

Berdasarkan rancangan yang aku tengok kat youtube pasal orang Islam di Korea, ade je orang Korea dari asal lagi beragama Islam. So, agak tak peliklah kalau ada orang Korea yang beragama Islam. Tapi yang membuat aku impress adalah camane diorang jaga ketakwaan diorang dalam arus modenisasi dan pembangunan kat Korea ni. Yang tu hebat. Even aku sangat impress kepada remaja-remaja yang sanggup revert Islam sementara kawan-kawan diorang duk sibuk kejar benda-benda dunia.

Ade satu temubual dengan mualaf. Dia cakap, semua tu tak susah (makanan, sosial life, bekerja etc), dia boleh cope, tapi satu je dia takut. Iaitu takut kalau-kalau Allah tarik hidayah yang diberikan. Setiap hari dia audit diri,tanya diri camane hubungan dia dengan Allah ari ni? Hebatkan?

Kita yang dilahirkan dan membesar dalam family Islam pun ade yang rebel, nauzubillahimin zalik, mujur omma, appa bagi didikan agama sejak kecik lagi untuk kembangkan pemikiran aku. Naseb baik dari kecik lagi didedahkan dengan tauhid Allah. Alhamdulillah.

(Tazkirah ringkas dari Ustazah Nikki..kuikuikui).

Lepas mengukur kelebaran Itaewon (padahal tak sangat pun sebab lepas makan dan solat, masa berlalu dengan laju) kitorang pun ke City Hall. Hajatnya nak gi kat Cheongyecheon Stream.

Dari Itaewon ke Cheongyecheon Stream ni naik subway. Iteawon Station ke Samgakji Station, tukar laluan ke Seoul Station, tukar lagi ke City Hall. Rasa da betul dah cenggitu. Mohon dapatkan peta subway k.HAHAHA

Teruju sebab sampai dalam sejuk-sejuk pun jalaaan.



Tak tau ni moden ke photographer. Hai Nara Shi.
Cheongyecheon Stream ni asalnya sungai Seoul yang saaangat kotor pada mulanya. Atas inisiatif yang diambil, stream ni menjadi antara salah satu daya tarikan pelancongan di Korea. Kita ciap boleh menyusuri stream ni, mendengar arus sungai yang mengalir. Fuh memang romantik habislah kalau pegi musim-musim bunga dengan oppa yang halal (ngee~). Tapi sebab aku pegi musim sejuk, halamak, suhu makin menurun lebih-lebih lagi hari da nak gelap dah.

Berjalan menyusuri stream diapit oleh bagunan pencakar langit
Us
Cheongyecheon stream yang jernih
Siyes ni adalah usaha yang patut diberi *miniheart* kepada kerajaan Korea walaupun pada asalnya mendapat tentangan yang hebat dan belanja yang besar. Bayangkan disebalik bangunan-bangunan yang gah berdiri, ade satu place yang korang boleh rasa tenang. Haaa..Kat Cheongyecheon Streamlah tempatnya.

air terjun buatan dengan muka tahan sejuk

Throw a coin and make a wish. Aku throw a picture je lah sebab tak de siling. satu lagi sebab sejuk ngatttt..
Duit yang dicampak tu akan diorang collect. So, nak throw duit pun boleh sebagai tanda bersedekah kekeke
Sejuk pun sejuklah janji bley jenjalan kat situ. 

Malam muncul, dan kitorang kena bergegas untuk ke destinasi masing-masing. Busan cingu  plus Murni ke Seoul Station tunggu KTX diorang untuk berlepas malam ni. Murni naek AREX untuk ke Icheon Airport dan aku dan Aniem balik ke Myeongdong untuk amik luggage untuk check in kat FNSquare, Apgujeong.

Dan, cite aku dan Aniem masih panjaaaang untuk mengakiri hari ke 3 kat Seoul ni.

City Hall-(Tukar)Seoul Station-Myeongdong-(Tukar)Chungmuro-Apgujeong.

Luggage terasa bagaikan ingin dicampak-campak sahaja lantaran berat dan sejuk. Eh mane bley, 2 katon banana uyu plus chopstick ngan sudu besi korea dalam tu. Amik balik luggage tu peluk dengan penuh kasih sayang dalam pekat malam yang dingin seumpama luggage tu Ahn Jae Hyun. Eh tak nak suami orang. Umpama Lee Dong Hae oppa. Err.. ajnabi. Ok lah umpama peluk omma. ngee..

Rindu kajuk di Malaysia.

Sambungan malam kat Apgujeong yang bittersweet tu kat sini


Tuesday, August 23, 2016

KeKoreaKita: Makan di Eid Restaurant

.: Assalamualaikum :.

Annyeong Yorobun


Untuk tujuan paparan sahaja. Terliur?  Sila lah ke Eid Restaurant, Iteawon, Korea Selatan.
Lepas kitorang seronok berfeeling macam di zaman Joseon sebab dapat merasa pakai hanbok dari #ArirangStudio di Namsangol Hanok Village. Masa untuk kembali ke alam realiti.

Dalam jam 12.30 tgh hari, kitorang sedar masa berlalu dengan pantas, lantas kitorang pun memulangkan balik hanbok yang disewa kepada sajangnim. Boleh je nak sewa untuk sepanjang hari, tapi memandangkan destinasi kitorang nih masih lagi panjang dan tak berpatah balik ke area Namsangol tu, jadi adalah lebih baik kita bagi balik hanbok kepada sajangnim tu.

Destinasi kedua kami untuk hari ni adalah Itaewon. Jam pun dah menunjukkan waktu lunch, jadi tak beragak-agak dah untuk teros menuju ke Eid Restaurant yang berada kat Itaewon tuh. Sebelum ke sana, kitorang sempat alas perut dengan odeng dan fish bun. Dalam cuaca sejuk-sejuk ni (baru sedar sejuk lepas kembali ke realiti) street food ni adalah yang paling best!

odeng my favourite
Itaewon pun adalah antara lokasi yang ingin dilawati kalau datang Seoul nih. Tempat orang Islam katenya. Actually Iteawon bukan sahaja temapat orang Islam, tapi tempat kebanyakan foreigner yang bertapak kat sini. Tak kire dari negara mana. Tapi kebanyakannya orang Middle East la kot. Sebab ni area orang-orang load la jugak. Orang middle East kan ramai yang kaya-kaya. Dan diketahui umum kalau orang Middle East almost of them orang Islam lah. Jadi kat sini, Masjid Besar Itaewon adalah bangunan paling famous amos dikalangan rakyat Malaysia.

Iteawon
Fuh tak sangka disebalik urbanisani Korea nih wujud masjid. Yang tu tak pelik lagi, yang paling aku impress adalah semangat orang Islam dalam menjalankan komunikasi dengan kerajaan Korea sampai boleh mendirikan institusi paling penting bagi orang Islam kan. Well as we know, soal agama kan perkara paling sensitif. Tapi dengan perkembangan ini kita boleh tau bahawa Islam dapat diterima di hati warga Korea. Alhamdulillah. Jodoh, anda di mana?)

Btw, Sir do you have any vacancy job for me there? (nak keja kat Koreaaaaa~).

Selepas menaiki subway dari Chungmaru station, tukar di Yaksu, 3 station dari situ sampailah Itaewon. Feeling dia lain sikit masa sampai kat Itaewon ni, sebab kita akan jumpa dengan ramai muka tok arab, neagahiga dan lain-lain orang. Banyak kedai makan yang halal kat area Iteawon ni. Pelbagai jenis juadah dari Middle East ade, dari Asia ade, dari Barat ade. Dari Korea apatah lagi.
Eid Restaurant. kecik je kedai makan ni. Tapi yang penting kiut.
Sekiut kami..ngeee..
Kitorang masa ni lapar cerok-cerok* (baca:kebulur), so, pantas la menuju ke Eid restaurant yang diidam-idamkan. The reason pilh Eid Restaurant instead lain-lain kedai adalah sebab restaurant ini menyediakan juadah makanan Korea, even tukang masak aka owner dia adalah orang korea (Muslim). So, haruslah ke sini ye tuan dan puan.

Full house meja makan. Tu pun still nak tambah mokchang.
penuh meja dengan dishes u..hahahaha..
Seronok je datang tanpa buat reservation, hampir tak dapat nak merasa makanan kat sini. Tapi mungkin tuah musafir, masa kitorang sampai tu, ade group yang da selesai makan, dan waitress jemput kitorang masuk. Alhamdulillah. Baru tau kena booking dulu sebelum datang. HAHAHAHA. Kedai makan ni tak besar pun. Kecik je ade 4 meja makan yang utama. So, sebab tu lah kena buat reservation kot.Maka berhimpit-himpit jugaklah we ouls dalam restaurant tu sementelaah kitorang bersembilan.

Nara shi dengan ayam gingsengnya. Husna dengan ayam masak kicap? kot la..ngee
Tak reti order dalam Hangul tak de masalah sebab, waitress dia adalah student Malaysia yang belajar kat Korea. Part timer. Bagus jugak. Tengah lapar cerok-cerok ni, tak  rajin nak pikei vocab. Selesai order which was aku makan share ngan Aniem. As usual Aniem tak reti makan makanan Korea sangat dan aku tak boleh habis portion besaq. We are really BBF gitew. Saling melengkapi.

Aku ngan Aniem bersepakat order Set Honey bulgogi (ekceli Aniem pun ade bawak bekal nasik..hikhikhik)

Honey Bulgogi yang sedap dan enak. Hirisan daging yang lembut
Ayam Gingseng yang empuk. Seempuk bantal tidor.eh
Ade beberapa menu lagi, tapi yang ni je aku highlightkan sebab, ni je gambar makanan yang sempat diambil. Yang lain selamat dingapkan. kate lapar..haruslah

Licin sis..licin!
Abes makan, dia serve kita dengan teh yang sedap dikala cuaca yang sejuk ini. Memang terangkatlah.

Dapat air teh panas free.Kebanyakan kedai makan Korea dia akan serve air kosong. Free je. Tu cara makan diorang. So, tak yah nak order air asing, sebab memang tak de pong. Hahaha.

Eh, dah pukul berape ni? Ayuh solat. Maka menujulah kami segerombolan ke Masjid Iteawon yang diimpi-impikan.



Friday, August 12, 2016

Food Review: Buka puasa di Restoran Warisan, NU Sentral


.: Assalamualaikum:.

camat ari raye.
A ah, TM HQ memang dekat je ngan KL Sentral/NU Sentral. 3 Station dari Kerinchi Station sampailah ke KL Sentral. Dari KL Sentral menapaklah anda ke dalam NU Sentral. Hidup menjadi mudah apabila LRT ada.

So, sebab tu la destinasi makan-makan aku kebanyakannya kat NU Sentral.. hahaha.

Last day buka puasa kat KL, bebudak SL1M kat office aku ajak jom pakat berbukak posa kat luar ramai-ramai. Kat department aku ade 5 ketui budak SL1M termasuk aku. Well, semua bujang maka plan bermula. Semua sepakat untuk berbuka kat Restaurant Warisan makan nasi Kukus.

Jam berdetak kul 4.30 ptg cepat je semua gerak. Tapi sebelum tu tunggu solat asar kot-kot ramai orang kat NU Sentral. Dalam kul 5.30 ptg jugak la sampai sane even 3 station je pun, kuikuikui.

Nasib baik buat reservation by call sebab time sampai tu pun dah full house da orang booking. Nampak betapa rakyat Malaysia ini adalah penyumbang terbesar kepada sektor pemakanan negara..nampak tak? (dah kenapa kena tanya camtu sekali).

So,orderlah kami makanan yang diidam-idamkan. Range makanan kat sini 7.90 dan keatas. Speciality dia adalah nasi kukus pelbagai jenis beras ada. 10 jenis kot jenis nasi kukus yang dia offer.

mee ketam
Nasi lemak kukus biasa bersama jeket ayam
Nasi kukus ayam
nasi lemak kukus ayam berempah
Orang lain pakat order nasi kukus, aku pulak rasa nak makan mee ketam. Fresh katanya kat menu tu dia kate.. pastu sebab aku duk teringat nasi kukus yang selalu aku makan kat bazar tu rege rm5.50, jadi aku pun rasa tak berbaloi nak makan..hahaha..

Lepas order sementara menunggu azan berkumandang menandakan masuklah waktu maghrib bagi kawasan KL dan sama waktu dengannya, kitorang pun pegilah bermain, berjalan dan pape jelah asalkan bahagia.kekeke.

Kat tgh mall dia deco cam dataran Putrajaya. sekali ade bulan ni.
ni lah anak bulannya.
Dah nak dekat waktu, kembalilah kami ke restoran tadi. Btw, Warisan ni terletak dekat LG Nu Sentral, ujung alam.

Makanan kat sini biasa-biasa je. Sis bagi 2 1/2 bintang daripada 5 bintang.

Sebab 2 1/2 bintang:

-keadaan kedai kemas, interior boleh tahan, meja kusi banyak. Ada tingkat atas lagi kalau rajin naik tangga.

check masuk waktu ke belum
interior kedai
Bahagian atas.
-tokey dia friendly, siap keluar tanya we ouls ade lagi tak makanan tak sampai.
-Sebab musim puasa, setiap set dapat free kurma + air sirap (dalam menu tak cakap, rugi je beli air)

air sirap free
Kalau gi Mamak akan order air eberet Fara.haha. dah berjangkit air ni kat aku dah,
-Makanan dia biasa-biasa je.
-Mee ketam dia frust gile, lauk tak der pun. mee dan kuah semata-mata.
-HARGA MAKANAN DAN MINUMAN agak mahal, sebab tak nampak mana yang special.  Cian kat Tira sebab dia igtkan keriuk-keriuk ayam dapat banyak (sebab stated dalam menu),so dia pilih nasi lemak biasa, sekali keriuk tu atau nama komersil dia jeket ayam rangup dapat 4 keping, tu pun macam daun bunga kertas kering tercarik lima.

sedih mengenangkan jeket ayam rangup je macam..ngee..
Kutuk-kutuk pun makan abes. Kekekeke
Lepas makan, gi solat magrib kat surau level 2, dalam Nu Sentral. Bapak ramaaaaaaai orang.

Lepas tu balik. Nak balik pulak lagila azab dia sebab tunggu bas yang tak kunjung tiba. last-last nek LRT turun kat Bangsar, amik bas sampai rumah.

Budak KL baru belajar
ok bai.

Thursday, August 11, 2016

My Randomness in Ramadan at KL

.: Assalamualaikum :.


As aku start OJT kat TM ni dalam bulan puasa, agak mencabar la sebab aku asek duk brainwash myself yang aku nak stay kat rumah je untuk sebulan dua lepas abes konvo. Ni ape, tak sempat konvo teros di sambar SL1M TM 8.0. Alhamdulillah anyway. 

Getting myself back to KL actually something I tak ready. Coz, kalau stay KL kena pikei rumah sewa, transport, kawan baru and everything macam kena restart balik. Huu.. That is yang aku rasa paling malas. Bukan malas ape, sebab aku rasa dalam masa setahun dua nih aku asek travel macam orang Asli Huma je asek berpindah randah. HHUHUHU.

But, that is a life. Kena tempuh sampai hari muka. Ya, Allah temukanlah aku pendampingku di saat aku senang dan susah agar aku tak berasa sendirian ditanah asing ini.  *Tetiba,tapibaikkorangaminkanje*

KL banyak berubah sejak 3 tahun lalu. Environment yang busy. Of Course! Pembangunan merata-rata sampai stesen bas pun dah centralize semua kena turun kat TBS. Ritu pun jalan ngan kak Nisa area Sentul pun macam ade renovation je jalan kat LRT Sentul Timur tu. Tu baru kat situ, tak masuk area lain lagi ni.

My Tokku Som pergi dijemput Ilahi 2 hari sebelum puasa. Masa tu aku baru dua hari kat KL, balik untuk melihat nenekku sebelum ditanam. Al-Fatihah untuk Tokku Som, semoga rohnya berada di kalangan orang-orang yang soleh. Satu-satunya Tokku yang aku ada dan sempat bersama sampai besar. Dan ni kali ke dua berlaku kematian ahli keluarga selepas kak Ya keguguran (lemas dalam kandungan) Ali Karimi. Wildan di syurga :)

Kuliah tengah hari di bulan ramadan di TM

Alhamdulillah. Housemates aku yang baik hati, yang sudi tumpangkan aku separuh jalan gi kerja dengan keta diorang. So, jimat tenaga aku separuh.. haha. Diorang okey, Kakak-kakak style so aku rasa terjagalah sikit. Keke.


Akak-akak housemate yang baik hati
Hm.. Kawan?

Aku arap aku akan jumpa the one macam #saranghaecinguya kat sini at least sorang. Well, me know well aku hard to please people and tend to ignore people kalau orang tu tak de chemistry ngan aku even  how hard I try. Because me is random person with random behavior sangat susah orang nak get close. Setuju?


Always be loved.

oh aku rindu zaman-zaman duk kat Penang dengan diorang. 


Walau pape pun aku ade good colleagues yang insyaAllah boleh mengembirakan hari-hari di sini. Hope so, even hard. Hwaiting me!

Teammate SL1M TM batch 8.0


Latest update:

Alhamdulillah. No word can I express when my saranghea cingguya staying with me now. Which Allah's concern should I denied? Allah sent Fara for me as He knows I need somebody which close with me to ease my feeling. Fara was my roommate during Brunei trip last year.She is most considerate dongsaeng I have even known. She also get offer to joint SL1M programme under Khazanah. So, she is my current roommate even just for a while. The programme she undergoing about 2 weeks. I just hope she will stay with me a for long time. 





link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...