marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Rabu, 24 Ogos 2016

#KeKoreaKita:Masjid Itaewon dan Cheongyecheon Stream

.: Assalamualaikum :.

Annyeong.

Tak cukup korum. Eh mane Murni time ni? Hmm..
Panjang sangat setiap kali bercerita. Dalam satu hari pun kena ber- part-part bagai..huhuhu.. dan aku arap aku sempat habiskan cite #KeKoreaKita ni dalam tahun ni sebab, mane la tau tahun depan ade rezeki ke sana jumpa mak mertua pulak..lalalala~

Salam perantauan dari sayaaaa..
Kita sambung lagi cite kat Masjid Itaewon dan Cheongyecheon Stream.

Lepas makan dan re-charge energy kat Eid Restaurant, kitorang teruskan perjalanan ke Masjid Iteawon sebab, of coz la nak solat jamak qasar. Waktu dah banyak berlalu, masa untuk re-charge internal energy. Makanan untuk jasmani dah, makanan untuk rohani la pulak kan. Lokasi Masjid Itaewon tu dekat sangat lah dengan Eid Restaurant, jalan kaki (selama ni pong memang jalan kaki jugak walaupun jauh eh) je sampai. Masuk pintu gerbang masjid tu, kena panjat bukit bertar dan jumpalah masjid tu atas bukit.  

Pintu gerbang masjid.


Gah tinggi atas bukit, masjid ni selalu menerima lawatan dari orang Korea. Lepas mendaki bukit, mendaki pulak tangga masjid HAHAHA, ape bley buat, diorang memang suka tinggi-tinggi ni. 

ha..panjat la bukit bertar tu ye nanti

Senibina masjid mana-mana same je bagi aku even di Korea tak terlepas. Mesti area wuduk jauuuuuuuuuuh di belakang kalau untuk muslimat. Outdoor pulak. Tau dak susahnya nak kena bukak tudung, pastu basah-basah kena pakai balik,pastu kena jalan lagi gi tempat solat. Mohon architect masjid concern this one thing time nak buat masjid baru.HUHUHU. Tu je slack di kebanyakan masjid kan.

Masjid Terbesar di Seoul
Tapi dah biasa dengan benda cenggini, so small matter lah, lepas amik wuduk, naek atas area muslimat dan solat. Tak ramai orang yang ade, maybe sebab da hampir hujung waktu(ngee~). Yang ada cuma rakyat Indonesia dan Malaysia. Eh ade jugak sorang Korea yang duk solat. Teruja jugak la tengok, nak tegur malu, jadi tengok la sipi-sipi je la. Kang tengok dia dengan penuh perasaan kang dia pekei pelik lak.nge

Siap solat, azan asar berkumandang, Erk da asar ke? (Ngee, nampak sangat lewat solat). Sebenarnya tadi dah cepat-cepat bersiap nak solat. tapi kekadangan dari cuaca sejuk melambatkan pergerakan (alasan). Tapi tak ape, kita kan musafir, jamak dan qasar kabliah dan bakdiah kan ade. Gunalah ruksah yang Allah bagi tu.


Akhirnya,impian kesampaian untuk berada di Masjid ini.
Sambil duk menunggu bebudak ni bersiap, sempat la memerhati perkarangan Masjid Itaewon. Ramai jugak yang datang solat asar kat sini. Mungkin tempat kerja area berdekatan. Orang Korea yang tahap harabochi, ajushi pun boleh tahan ramai.Janggut panjang macam shifu dalam cite Kungfu kot.Ngee..

Berdasarkan rancangan yang aku tengok kat youtube pasal orang Islam di Korea, ade je orang Korea dari asal lagi beragama Islam. So, agak tak peliklah kalau ada orang Korea yang beragama Islam. Tapi yang membuat aku impress adalah camane diorang jaga ketakwaan diorang dalam arus modenisasi dan pembangunan kat Korea ni. Yang tu hebat. Even aku sangat impress kepada remaja-remaja yang sanggup revert Islam sementara kawan-kawan diorang duk sibuk kejar benda-benda dunia.

Ade satu temubual dengan mualaf. Dia cakap, semua tu tak susah (makanan, sosial life, bekerja etc), dia boleh cope, tapi satu je dia takut. Iaitu takut kalau-kalau Allah tarik hidayah yang diberikan. Setiap hari dia audit diri,tanya diri camane hubungan dia dengan Allah ari ni? Hebatkan?

Kita yang dilahirkan dan membesar dalam family Islam pun ade yang rebel, nauzubillahimin zalik, mujur omma, appa bagi didikan agama sejak kecik lagi untuk kembangkan pemikiran aku. Naseb baik dari kecik lagi didedahkan dengan tauhid Allah. Alhamdulillah.

(Tazkirah ringkas dari Ustazah Nikki..kuikuikui).

Lepas mengukur kelebaran Itaewon (padahal tak sangat pun sebab lepas makan dan solat, masa berlalu dengan laju) kitorang pun ke City Hall. Hajatnya nak gi kat Cheongyecheon Stream.

Dari Itaewon ke Cheongyecheon Stream ni naik subway. Iteawon Station ke Samgakji Station, tukar laluan ke Seoul Station, tukar lagi ke City Hall. Rasa da betul dah cenggitu. Mohon dapatkan peta subway k.HAHAHA

Teruju sebab sampai dalam sejuk-sejuk pun jalaaan.



Tak tau ni moden ke photographer. Hai Nara Shi.
Cheongyecheon Stream ni asalnya sungai Seoul yang saaangat kotor pada mulanya. Atas inisiatif yang diambil, stream ni menjadi antara salah satu daya tarikan pelancongan di Korea. Kita ciap boleh menyusuri stream ni, mendengar arus sungai yang mengalir. Fuh memang romantik habislah kalau pegi musim-musim bunga dengan oppa yang halal (ngee~). Tapi sebab aku pegi musim sejuk, halamak, suhu makin menurun lebih-lebih lagi hari da nak gelap dah.

Berjalan menyusuri stream diapit oleh bagunan pencakar langit
Us
Cheongyecheon stream yang jernih
Siyes ni adalah usaha yang patut diberi *miniheart* kepada kerajaan Korea walaupun pada asalnya mendapat tentangan yang hebat dan belanja yang besar. Bayangkan disebalik bangunan-bangunan yang gah berdiri, ade satu place yang korang boleh rasa tenang. Haaa..Kat Cheongyecheon Streamlah tempatnya.

air terjun buatan dengan muka tahan sejuk

Throw a coin and make a wish. Aku throw a picture je lah sebab tak de siling. satu lagi sebab sejuk ngatttt..
Duit yang dicampak tu akan diorang collect. So, nak throw duit pun boleh sebagai tanda bersedekah kekeke
Sejuk pun sejuklah janji bley jenjalan kat situ. 

Malam muncul, dan kitorang kena bergegas untuk ke destinasi masing-masing. Busan cingu  plus Murni ke Seoul Station tunggu KTX diorang untuk berlepas malam ni. Murni naek AREX untuk ke Icheon Airport dan aku dan Aniem balik ke Myeongdong untuk amik luggage untuk check in kat FNSquare, Apgujeong.

Dan, cite aku dan Aniem masih panjaaaang untuk mengakiri hari ke 3 kat Seoul ni.

City Hall-(Tukar)Seoul Station-Myeongdong-(Tukar)Chungmuro-Apgujeong.

Luggage terasa bagaikan ingin dicampak-campak sahaja lantaran berat dan sejuk. Eh mane bley, 2 katon banana uyu plus chopstick ngan sudu besi korea dalam tu. Amik balik luggage tu peluk dengan penuh kasih sayang dalam pekat malam yang dingin seumpama luggage tu Ahn Jae Hyun. Eh tak nak suami orang. Umpama Lee Dong Hae oppa. Err.. ajnabi. Ok lah umpama peluk omma. ngee..

Rindu kajuk di Malaysia.

Sambungan malam kat Apgujeong yang bittersweet tu kat sini


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...