marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Isnin, 16 Januari 2017

Aku dan Betsy Areumdaun

.: Assalamualaikum :.

My first car-Axia Advance

Nak memiliki keta adalah antara salah satu impian aku. Yelah.tengok sonoknyaaaa orang ade keta senang gerak sane sini. Kite jugaklah yang pakai bas nombor 11 (aka kakiku kaku kok kaku kaku kuku kaki kakakku) ke sana kemari. Bertemankan driver bas dan kengkadang tak de driver pong (LRT).


Impian tu aku simpan sejak mula-mula aku stat keja Skali Web Services Sdn Bhd dulu. Maklum la, berkerjaya katenya. Tapi disebabkan masa tu kereta bukan satu keperluan yang penting untuk aku miliki sebab office tepi umah, x de kuasa aku nak beli keta pastu park je. Parking lak kena bayar. Tak berbaloi. Maka duet gajiku perlahan-lahan aku kebumikan dalam bank agar suatu ari nanti aku boleh pakai at least buat bayaq muka kereta pun jadilah..


Tu cite 2013. 2014 aku continue study kat Penang. Thx to Aniem and her beloved Saga Arobat bernama Azizah, sepanjang pengajian di sana Azizah adalah penyelamat terlaju di abad ini. Hmm.. tapi sepanjang 2 thn tak pulak aku berani bawak Azizah huhuhu.. Bukan ape, cheq x berani bwk manual..ahahahaha.

2016. Masuk TM, bahang-bahang ingin memiliki kereta mulai timbul lagi. Ape taknya, terasa gak la ngan staff sane sbb aku tak berkenderaan jd sukar ak nak gi ikut utk pegi site. Lantaran time tu rajin pulak nak kena standby malam kat Cyberjaya. Nasib baik aku SLIM, so x de kenderaan bley jadi excuse paling munasabah la klu tak pegi. Tapi still rasa tak best sbb tak perform. amboi.haha..

Dan, bila da dpt keja baru, aku banyak nak kena travel keja luar even position aku time tu Inside Technical Engineer. Patutnya tak payah kena gi kuar, tapi staff x cukup, terpaksalah aku juuugaaaak yang kena. Back up keja orang je nasibnya.

Pulak tu pandai janji ngan boss masa interview 3 bln lps keja, insyaAllah aku ade kenderaan sdiri. Nak perform katenya, janji kena tepati. Tapi aku dapat keta awal sebulan.  

So, keluarlah Betsy Areumdaun merahku officially bulan Oktober 29, 2016.

Betsy Areumdaun keluaran Perodua jenis Axia. Aku pilih kaler merah sebab aku rasa kuning Axia tak lawa. Nak keluarkan Betsy pun ade jugak pancalobanya, tapi segeera aku selesaikan.kekekeke.

BETSY Areumdaun. Kata orang, lebih mesra kalau kita letakkan nama untuk kenderaan kita. Axia tu nama standard, kat kiri kanan pun berlambak Axia. Lebih-lebih lagi kaler merah. Dari jauh da nampak. That's the main reason aku letak nama Betsy.

Gugusan kunci-kunci

Ape maksud Betsy Areumdaun? Betsy tu aku just google je nama apa seswai untuk kereta. Bermacam-macam nama kuar, tapi last sekali aku pilih Betsy coz I bet my life to get Betsy this time. BET become Betsy. Areumdaun ape benda pulak. Haa.. Second name Betsy adalah perkataan Korea. Maksud dia cantik, Beautiful. Seswai dengan Betsy yang merelip lap lip lap tu..kekeke. 

Coz this is must to picture picture. kekekeke


First present for Betsy Areumdaun. 

Sebelum aku keluarkan Betsy ni, aku kalau boleh nak second hand car je. Tak kesah sangat second hand pun janji sampai ke destinasi. Tapi second hand pun ak tanak keta lain. Aku nak Kelisa je. Aku memang dari kecik lagi mata aku duk pandang Kelisa je. Macam comel je. Macam kecik je. ku suka. Semangat sampai contact agen cane nak beli keta second hand Kelisa. Harga yang ditawarkan time tu boleh tahan mahal jugak even Kelisa ni dah lama dah dihentikan pengeluaran tahun 2007 kalau tak silap.Dia ganti Viva, adik Viva, Axia bentuk nak same sepupu dia MyVi tapi enjin kakak dia. Tapi harga Kelisa boleh tahan. Paling murah agen tu cakap RM15k. Masih cantik dan elok katanya.

Since aku pikei, bayar sekali harung terus x yah bayar bulan-bulan dah. Kata teori aku, memang aku nak angkat jadi dah tapi pandangan family aku lain. Diorang cakap kalau nak beli elok beli yang baru, tak banyak karenah. Second hand belum tentu lagi. Lebih2 lagi keta yang berusia nak dekat 10 tahun. Process nak beli keta second hand stuck jugak la jadinya lebih-lebih lagi agen tu duk kelantan, aku duk KL. Memang susah la benda x de depan mata. Sape nak carik keta second hand area KB bley la contact Fizi (013 924 1907). Dia sebenarnya suami kawan aku.


Tak jadi amik keta second hand, teros angkut keta first hand. ngee.. terpaksa la komit tiap2 bulan. Btw, aku hepi bertemankan Betsy ke sana ke mari. Sebelum ni, skill drive aku tak de elok sangat pasal bukan selalu ade peluang bawak keta. Tapi sekarang insyaAllah improve sikit demi sikit. Thx gak kat opis mate aku sbb diorang sudi kasi aku bwk keta diorang sebelum ade Betsy.

Mujur ade WSE Tira yang banyak kali aku drive sebelum dpt Betsy..kekeke

106 bulan terikat ku dan Betsy. HAPPY 77 DAYS Betsy Areumdaun!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...