marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Monday, August 6, 2018

Oh Areumdaun Betsy!

.: Assalamualaikum :.

Tak jawab dosaa,
jawab tanda sayang ;)

Areumdaun Betsy (Betsy Si Cantik!)


Dalam sari dua ni, cian Areumdaun Betsy merah meyala kesayangan hamba! Bertalu-talu pulak dugaan si Perodua Axia ni.

Hari tu sekali hampir nak kena sendeh dekat abang dia si Bezza kelabu. Bezza tu tak bersalah. tapi ah kak misi yang bawak si Bezza tu yang buruk akhlaknya. Dah la sendeh Areumdaun aku, pastu lepas check line keta dia OK terus menjerit

"Bagi signal doh key tadi!!"

Terus berdesup membelah jalan. Adab mana adab wahai ak kak misi wei. Agak la macam dia sorang masuk simpang bagi signal. Orang lain ni tak.

Geram pulak bila teringat.

Citer dia  camni. Pas buh petrol kat Petron PC ni, aku pun nak kuar la dari station tu. Petron tu letak dia kat area busy orang kuar masuk sbb situ ade traffic light. Aku ni penuh berhemah dan berhati-hati tunggu turn nak masuk line jalan raya la, time tu belah aku ni baru je ijau, keta memang laju2 la berdesup nak ke destinasi masing-masing kan.

Waktu aku gerak tetiba Bezza nih sailang sebelah kiri aku. Elok la time tu jugak aku tengah mengelak lubang so aku pusing stereng ke kiri jugak. Aku tak perasan bila ah kak tu duk belakang aku ntah la sbb time aku kuar dr station minyak tu dia baru duk buh minyak.

"Sreettt".. siyeslah keta tu da bergesel dengan Areumdaun Betsy. Isk. Aku terpana seketika. Ah kak tu berenti keta hampir nak masuk jalan raya. Siyes la dia berenti keta kat situ. Dia pastu check ade kesan tak kat keta dia. aku tak kuar lagi sbb tergamam time tu. Tapi turun la jugak sbb tkkan dia je mengusha aku kena tengok jugak betul tak dia seret keta aku. Pastu igt nak tnya dia ok ke tak.

Aku turun dan check la keta. Ok fine. ade la 3-4 jalur halussssss. Ah kak tu pun sbb dia usha keta dia cam x de kesan so, cepat-cepat dia naik keta sambil laung macam kat atas tu sambil berlalu pergi meninggalkan aku yang terpinga-pinga depan jalan raya....

Bersabarlah oh sayang..


Dia tak tgk pun keadaan Betsy aku! Dia tak de pun nak say sorry! dia terus je blah macam dia igt dia tgh bergaduh dengan adik dia??!!

Arap no plat keta je baru tapi perangai memang barai. Cian la sape yang dia rawat tu..isk isk isk.

Aku ekor dia masa atas jalan tau pulak nak lari-lari. ape igt aku ngan Betsy kecik tak padan nak lawan dia yang gemuk gedempol tu. heh!
 

 Tak pasal-pasal Betsy ak dapat jalur free. Naseb baik aku tampal sticker kedai MR DIY kat bucu depan Betsy tu. Sticker tu jenis gelembung skit so, jalur tu tak dalam mane la. Tu pun ade cite jugak apsal aku tampal sticker kat bucu tu. Dulu masa aku duk KL dulu, acah-acah baru dapat Betsy teros mendapat. Bumper tepi tu masa kena tu cam tercabut, tapi naseb baik gi Perodua dia kasi skru balek.

Free je pastu tak de nya nak claim insurans bagai nak tukar bumper baru sbb lps buh skru tu ok dah terletak cuma calar tu nampak buruk sangat so aku tampal la sticker kiut miut..hahaha..

luka lama

Kiut ape..huhuhu
Nampak gaya kena buh sticker baru nih...kekekeke..

Sedih tu sedih la..tapi lagi sedih dengan perangai ah kak tu. kit ati bila teringat tau..sobbb..

Minggu lps pulak tetiba  tayar Betsy cam kurang sangat. 2-3 minggu da perasan tapi tak ketara sangat. Malam balik dari jaga booth ade anak buah tegur tayar keta cam kempis. Hmm.. Da la bawak bengbarang pameran berat2 belaka.

Esok malam pulak abe E ajak kuar semua pegi sumbat dalam Betsy. Memang ketara la tak de angin nya. So, menapak kat stesen minyak buh angin perasan kat tayar ade skru. Uwaaaaa.. rasa nak menangis meratap oh Betsy. Terasa cam paku masuk kaki tau!

Abang ni tgh cungkil skru kat tayar


Esoknya gi kat kedai tayar mintak abang pomen buat ape yang patut. Hahahaha.. Aku pun tak tau nak buat camne. Tanya bebudak ni dia kata gi hntr kedai buang skru tampal tiub.Au duk imagine mesti lama keja-keja cenggni.. yela nak bukak tanyar bagai nak tampal tiub kan. Lama pun tak pe lah sbb murah. abang aku cakap rege rm4-5 je. Fuh naseb bek. ingatkan kena tukar tayar. hahaha..

Sekali abang tu buat. 5 minit da siap. Adeh! teknologi searang mudah giless.. Dia angkat keta kasi tinggi skit so dia boley pusing tayar kan. dah jumpa mana skru tu dia pun cabut, pastu cepat-cepat cucuk dgn alat dia. pastu ready tiub itam, jolok je masuk lubang yang lekat skru tadi..dan buh angin balik. dan siap!


Pergh.. torrrbaek lah bang. Pastu boleh la bawak Betsy dengan tenang dan damai. Takleh nak agak mane Betsy kena skru tu. Sbb jalan kat sini merata aku jelajah kot. Kampung.. bandar semua serbu..hohoho.

Now Betsy da Ok dah. Arap la. Bila pulak nak mandikan dia tau tau la..LAst mandi masa sari sebelum raya..hahahaha..

Banyak da kot menghabeskan wang saku demi Betsy terchenta. Nasib bek aku bukan kaki modified keta..kalau tak tak tau la..hahaha.

Ritu sebelum raya dah selamat RM180 pasang karpet. huhuhu. Nanti nak gi service lagi. Pastu road tax. Dan ulangtahun ke 3 kita bersamaaa..

Omma nuen Areumdaun hansang sarangheyo..

Maka dengan itu Betsy, berbahagialah bersamaomma mu ini..kekeke..

Love you always Areumdaun Betsy. Kenanglah saat suka duka kita bersama.

Gittew.

No comments:

Post a Comment

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...