marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Jumaat, 4 Januari 2019

#KeKoreaKita:SM TOWN I am coming!

.: Assalamualaikum:.

Anyeong cinguyaa..

ganti jessica lulus tak.LOL

Tahu..dah lama sangat dah cerita ni. Dah boleh jadi cirita hikayat dah tapi since cerita #kekoreakita belum lagi tamat (kekeke) dan draft pun memang dah buat 2 tahun yang lau. Rasa sayang pulak biarkan ia mereput di sini. So, korang layan saja..huhuhu.

Bagi yang terlepas cerita #kekoreakita boley tekan link bawah




Okeyy.. Last cerita Korea ni adalah aku gi jenjalang kat K-POP STREET selepas sesat. Aku stay Apgeujong sebab nak gi K-pop street nanti. Dekat katanya kalau duk Apgeujong ni. Jalan kaki pun boleh sampai. Katanya.
jalan kaki katanya..jimat katanyaa.
Perjalanan tak rasa lenguh. Semangat katakan. Selepas Hyundai Aparte, jumpa pulak Beak Hwa Jom Galleria. Masih lagi mengorak langkah. Dah rasa bahang-bahang iye ke ni K-pop Street kat sini. Nak tanya orang tak serempak dengan sesiapa, jadi dalam cuaca sejuk tu terus mara straight ke Depan. Katanya dekat dengan station Subway Apgeujong-Radio. Maybe kalau naek subway dah lama sampai dah. Tapi semangat punya pasal, jalan kaki sanggup ku redah. HA HA HA.

tahniah..anda berjaya sampai sini
Selamat tiba kat K-Pop street yang penuh dengan gangnamdol. Selepas bermain-main chenta dengan patung tu, Misi utama diteruskan.

E.X.O!
Heh heh heh. Misi utama aku adalah nak gi skodeng kat mana tempat kerja oppaku sayang. Alang-alang dah sampai Gangnam ni, haruslah mencari dimana dia SM Town sayang. Hiks. Walaupun time ni Lee Dong Hea oppa duk tengah buat khidmat negara, tapi semangat aku tetap berkobar nak mancari celah mana bangunan SM Town nih.

tak jumpa tuan badan jumpa poster gergasi pun ok jelah 

Jenuh gile mencarinya. Tak jumpa-jumpa. Pusing situ pusing sini. Lintas seberang, u-turn balik, memang tak ade bayang pun. Siap sesat sampai jumpa JYP punya hotel lagi. Sempat la jugak merasa toilet kat situ..hikhikhik. Makin ke tengah hari makin menjadi-jadi pulak cuaca sejuk nih. memang mencari toilet lah jawab dia.

maceh ajushi atas toiletnyaaa..
Nakk tanya orang korea SM Town kat mana malu pulak rasanya. Nasib bek kitorang terserempak dengan budak Indonesia yang sebijik lah cam kitorang duk menempel kat gangnamdol tu. Sah-sah la dakdak k-pop ni dan tanpa membuang masa sebab sejuk tak leh nak tahan ni. Aku menebal muka tanya dakdak tu SM Town kat ne ye dik? terus dia gitau kat sini-sini-sini. Diorang dah pegi dah kat sana tapi x de pape yang best pun. Katanya.


Kalau aku tau dari awal dakdak ni dah pegi SM Town, aku ikot kot. Tu la..pagi tadi sombong tak nak tegur dakdak tu.. hahaha.

tak jumpa-jumpa
sambil-sambil tu..moh la kita tangkap gambar..
lorong umah orang pun boleh
Aku insaf dan perjalanan mencari SM Town diteruskan. Selepas berbukit-bukit dilalui sayup-sayup, SM Town dalam peta minda. Nak kata sayup-sayup nampak tak boley sbb memang tak nampak bayang. Bayang la camane tersoroknya SM Town ni. Aku tau dah nak sampai tu sebab aku perasan ade tanda arah tulisan tangan pakai A4 paper je kata SM Town kom muel 100m lagi.

ku mencari..ku mencarii..
nak sampai dah katanyaa

Laju lah aku bila tau 100m je lagi. yang berjalan ala zombi tadi terus pecut cam bolt kuikuikui.

50m..
20m..
10m..

eh yeke SM Town kat sini. sempat jadi psyduck kejap sambil duk tunggu Anim sampai. Yelah excited terus lupa sahabat. Sebabnya bangunan tu cam apartment yang tak de pagar tu pun ade. Aku duk imagine bagunan dia gah cam KBS tu ke.. kuikuikui. Kuat tengok drama camni la.

keta boss SM Town la kot nya tuuu
betul la ni kan bangunan nya kaaaaannn..
Ye.. Tak syak lagi tepat sebab Anim tunjuk ade banner SM Town kat ujung parking lot. Ntah-ntah keta depan tu kepunyaan Lee So Man pun ta tau. keke. Dan aku pulak lagi excited tahap 2 bila nampak signboard SM TOWN kat bangunan tu dan tanpa membuang masa lagi.

malu-malu kucing lagi
ahaks.. dah start buat cam rumah sdiri dah

Posing lah kat situ alang-alang dah sampai. Nak tunggu pak guard bukak pintu suh masuk alamatnya tunggu oppa sampai depan tu lah kot. Tahun berapa masihi pun aku tak rasa sempat nak masuk kekekeke.

Asyik saja berposing tetiba ramai kanak-kanak (fangirl) dari mana ntah munculnya melulu kat depan bangunan ni . terpaksalah aku bangun dari situ ..kot kot la diorang pun nak bergambar sakan cam aku. Baik sungguh ati aku siap imagine kot-kot diorang pun sesat cam aku ke ape ke tadi..huhu..

Group tu ramai kot berkerumun kat depan bangunan tu cam duk tunggu idol kuar. Aku tak sure tapi ntah nape. Maybe aku memang tak berasa masuk kalau crowd reramai camni so aku pun gi la nak main kat taman depan bangunan tu..

Tetiba MPV hitam keluar or masuk (aku tak sure sangat) bebudak tu bersorak-sorak. group mane aku tak sure la jugak. yang pasti bukan EXO or Suju so aku pun rilex je lah tak nak fangirling sangat. giteew (padahal nyesal apsal aku ta join group tu td..hahahha)

Maka pergi lah aku dan aniem meniggalkan riuh suara bebudak tu kat bangunan SM Town tu dan cuba membayangkan oppa-oppa duk berlari berkejaran sesama diorang kat taman tu. Ok lah oppa.

sini lah kot bang-bang suju duk main kejar mengejar kot.
bangku hae oppa cari ilham buat lagu. Tuju lagu satuuuu..
actually sebelah tu sungai gangnam..
Sejuk dah sampai ke tulang sum-sum ni. pastu nak check out FNSquare lak ni. nak cari jalan balik lagi. Maka aku membiarkan imiginasiku terhenti di situ. Ade masa kita sambung lagi na oppa.

nak balik dah
Maka pulanglah kami membawa kejayaan yang dirakam dalam hendapon. Sekurang-kurangnya hepi tak terperi ni. Aku ingat ni la second time mengejar retis. Klu dulu teringat lak mengejar Adam AF kat Tamu Gadang. Kuikuikui. Yang ni tengok bangunan pun dah jadilah. kekekek.

dakdak cuti rini.
dua ni je rajin.katanya ni skolah Kyu dulu ni..aku pun tak sure sangat..haha
Merentasi rumah-rumah orang,sekolah, padang, dan apartment, kitorang kembali ke Kpop Street. Tak seik mengeret kaki, maka perjalanan diteruskan sampai la kat guesthouse. Gile ah.. memang jauh dia tak usah kate. Memang jauh. Tapi tak tau lah aku ngan Aniem ni spesies ape. Selamba je jalan cam la kaki tu tak sakit. hahaha.


Sejuk kemain dah. Baju pun naseb baik Aniem sedekahkan..hahaha
Masuk bilik. kemas luggage. Kitorang pun mengheret luggage tu ke Apgujeong Station. Sebab ni siang hari dan dah tau camane peritnya melalui jalan malam tadi. Kali ni aku cuba baca peta dengan sebaik mungkin. Lebih kurang 10 min je kitorang sampai kat station tu. Dan kitorang dah jumpa Naoh yang dimaksudkan dalam peta malam tadi.

Rupanya yang menjadi antara punca kitorang salah adalah sewaktu kitorang naik dari station tu menggunakan elovator sedangkan sebenarnya peta itu penggunakan tangga. Arah tangga dan elovator pula bertentangan antara satu sama lain. Jadi jalan yang kami lalui malam tadi adalah mengadap jalan raya besar dan perjalanan kami terasa lebih jauh sebab kena keliling bangunan tepi jalan besar.

Kalau kami naik melalui tangga kami akan melalui lorong-lorong kecil sehingga terjumpa sekolah. Dan kemungkinann tak akan terserempak dengan ajushi semalam. Mungkin ada hikmah yang tersembunyi. Sebab lorong tu agak sunyi waktu kami lalu, jadi kalau siang pun macam tu tak mustahil malamnya kawasan lepak gelandangan. sebab tu malam tadi ajushi pesan macam-macam. huhuhu.

Masa untuk ke guesthouse baru yang berdekatan dengan Seoul Station. entri tu boleh baca di sini. Dan tinggal 2 hari lagi untuk dihabiskan di negara han yang sejuk ni.

Oh ya. Selepas sampai kat 24 Guesthouse Seoul Station Premier kitorang teruja gilesss. Walaupun tingkat 5 tapi tiada lif, bilik yang diberikan jauh 100% berbeza dengan FNSquare. dan tandas siap attach lagi dengan bilik. Sempat jugak lah rendam kaki dalam air panas untuk hilanhkan lenguh berjalan jauh. hahaha.

Malam nya sempat lagi aku ngan aniem keluar pergi Nandaemun. Ape barang datang tempat orang duk kat bilik je (kunun).

Ok. next entri kita story-story lagi key ;D


uppa..yaaa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...