marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Khamis, 23 Mei 2019

Baik tak payah keja!~

.: Assalamualaikum:.


Hari ni penat skit. Bukan hari ni je. Dah beberapa minggu penat nak melayan karenah orang. Kerja lah apa lagi. Kengkadang benda tak susah mane tapi ego kan. Orang feeling kerja penjawat awam ni kerek dia boleh tahan. Tak tahu bukannya nak mengaku. Nak bagitau lagilah tak mungkin. Sistem sendiri pun tak reti nak handle ade hati nak handle benda lain. Last-last supplier cam aku nih la yang kena hadap karenah birokrasi diorang. Serious tak reti matang.

Pelis la get up guys. Buat kerja tu bagi elok sikit. Kita wasap boleh dia bluetick je. sampai kakitangan agensi pun minta kita yang berurusan dengan si mamat ni. Padahal satu jabatan. Siyes aku sakit hati. Tak pasal-pasal payment sampai hari ni tak clear-clear. Ape dia ingat syarikat cetak duit bagti gaji kat pekerja. Dah nak masuk 3-4 bulan payment tak clear-clear. tak ke hangin??!

Haa..tu la dugaan dia. abang aku boleh suruh aku bersabar. Wait n see. Nak wait n see apenye kalau berurusan dengan orang tak buat kerja. Orang account dia duk kejar kita tnya bila nak jana invoice. Camane nak jana kalau sistem bagitau tak dapat nak buat sebab kontrak tak lengkap. Kontrak tu patut bahagian mamat tu la yang masuk dalam sistem yang sepatutnya kena masuk awal-awal lagi.Aku wasap bagitau mamat tu boleh dia bluetick je. memang kurang asam tempoyak betullah. Payah bebenor nak dapatkan duet sdiri dengan agensi ni. makan gaji buta ke ape mamat ni.

Aku memang agak hangin. Sebab kita dah buat dah part kita. Even hari tu diorang bgtau ade mistake kitorang terus settle kan mistake tu. Actually bukan mistake sangat pun. Sebab tarikh untuk satu dokumen ni dia cam tak tally dengan tarikh dia keluarkan LO, sedangkan diorang yang lambat2 kan keluar LO dalam sistem, tapi barang suruh hantar sejenak saja SST keluar. Sebabnya diorang takut kena dengan Audit. Tau lak takut. Tak pasal-pasal kitorang kena kerah ke seluruh pelusuk daerah untuk dapatkan sign baru gara-gara tarikh tu. Kuang asam kan.

Aku memang arap sangat lah payment tu cepat-cepat settle before raya since dokumen baru pun dah dihantar. Tapi macam  tak leh nak jana lagi je invoice dalam sistem sebab part mamat tu belom settle. 
Aku hairan la ape yang susah sangat nak upload masuk benda tu dalam sistem. Aku yang baru jumpa sistem tu pun boleh pakai elok je. Dia yang group dia buat sistem tu takkan tak reti nak bertanya kalau dah benak tak reti pakai. Siyes aku tak penah rasa nak marah kat orang kecuali orang tu emang sengaja cari masalah.

Benda ni dah berbulan berlarutan. Orang dah guna barang yang kita supply dari bulan 2 lagi. tak ke mamat tu rasa yakin dan hebat dengan buat dono je benda ni. Tolong la..kalau tak nak keja..resgn je la. bagi orang yang layak keja kat goven. klu sekadar cam ni buat keja. orang kata menyusahkan. baik tak de dari ade.

Aku bukan ape. Heran la dengan perangai certain orang ni. Buat memain je dengan kerja. Tak tau ke yang keja yang hampa duk buat ni adalah satu amanah. 23hb (gomen),gaji berdesup masuk. tak ke pikir duet gaji yang korang dapat tu memang layak tu korang ke tak. Masuk keja mengular dulu ke buat keja terus. Cakap lagi banyak dari action? Pelis la.jangan merasa hepi dpt keja pangkat tinggi kalau keja tak reti nak settle.

Aku membebel pun bukan mamat tu tahu aku tuju kat dia post ni. tapi tak pelah. at leaast aku boleh luahkan betapa aku geram dengan orang macam ni. menyusahkan orang. huh!



o Allah. let me strong to face everything. aameen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...