marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Ahad, 16 Jun 2019

Maaf Zahir & Batin

.: Assalamualaikum:.

Anyyeong cingguyaa..


Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin buat semua yang mengenali diri ini.

Maka berlalu Ramadan Syawal pula menjelma. Di bulan mulia ini marilah sama-masa meraikan kemenangan secara sederhana. Menang dalam melakukan ibadah puasa. Menang dalam melakukan kebaikan, menang dalam meninggalkan kemungkaran. Alhamdu..lillah. :)

Jadi seperti apa kalian meraikan hari yang mulia ini? Beta seperti tahun-tahun sudah. merayakannya bersama sanak saudara, kaum famili.

Kalau 2 tahun lepas aku berstruggle merentas 366KM (lebih kurang) jalan raya. Kini tidak lagi. Kina rayaku lebih bermakna tanpa spend masa 16 jam atas jalan raya gara-gara 1,000,000 warga Kelantan balik beraya kat halaman terchenta..hikhikhik. Syukur alhamdullah.

Kenangan sangaaatlah dasyat macane aku boleh tahan duk atas bas or kereta berjam-jam lamanyaaaa..huhuhu..tak caya baca kat sini antara salah satu kenangan berada dalam jammed..

Tahun ni bila adik aku sorang dah kawin jadi kerja jadi tak menang tangan pulak. Kat rumah aku pong heran. Macam tak de orang tapi time masak or makan, aku tak tau camane pinggang mangkuk gelas kuali periuk belanga boleh menggunung tinggi kat sink. Siyes heran. Kalau sorang membasuhnya aku rasa memang take time. Silap-silap basuh lepas berbukak, sahur esok baru siap...ngee..

Raya tahun ni meriah macam tahun-tahun lalu. Dan aktivitinya pun masih masa cuma ade changes sana sini sikit untuk melengkapkan suasana.3-4 tahun lepas anak beranak belah omma  appa akan datang menziarah rumah pada hari raya pertama, so keadaan suasana rumah seriusly kalah kedai makan viral. Kitorang adik beradik akan ke hulu hilir untuk tambah lauk pauk juadah semua. memang non stop dari 9 pagi sampai 5 ptg. Bayangkan penat dia camane

Pastu esoknya nak gi melawat pusara pulak. Sebab pusara dekat dengan rumah,so, sekali lagi menjamu selera kat rumah sampai tgh hari. pastu baru boleh pergi open house.

N then hari seterusnya..raya raya raya..hahaha

But beberapa tahun ni keadaan dah berbeza. Sebab nenek baru je meninggal 3 tahun lepas jadi anak beranak belah omma ubah jadual berhari raya diorang. Raya ke-2 baru semua berkumpul kat pusara and then lepas tu baru raya kat rumah. So, hari raya pertama tu terkawallah sikit keadaannya. Dah tak penat sangat. Lepas zuhur dah boleh kemas-kemas and let's sleep hahaha. Petang tu boleh la nak bernyawa pergi amik gambar kat Pantai ke..Buat video klip ntah pape ke bersama keluarga terchenta.

Oklah. Biar gambar berbicara aktiviti-aktiviti raya oulssss..ngee..

Kite selit sikit aktiviti-aktiviti puasa dan rayaaaaaa untuk reference pada masa akan datang.. gittewww


ajk tetap jong kako bahagian dapur Masjid al-Ahmadi Tebing Tinggi
ummi..nak awohuakbar..Kata mursyida seusai bang maghrib habis berkumandang

As setiap kali ramadan menjelma, AJK Masjid al-Ahmadi Tebing Tinggi tak lepas peluang untuk membuat iftar jamaah setiap hari jumaat untuk ahli qariah. Antara muka-muka yang selalu datang sukarela makcik-makcik masjid dan tak ketinggalan anak cucu tok imam..


ambik kesempatan untuk turut serta dalam iftar kat Kediaman Menteri Besar yang dianjur oleh geng lawyer (Pas) Kelantan. Dah kenapa bukan lawyer pun datang. Biasak la nak memeriahkan suasana makan nasib arab yang sedap harus kena join..haha.. tak de lah.. abang sulung I dah reserve tempat untuk kitorang so ape lagi..Vroommm..


panorama before kul 7. MasyaAllah..cam dalam buku cerita perasaan dia.. This is Pantai Sabak.
dah cerah kita panjat bukit pasir kat depan..
pemandangan bukit dari bawah..Tepi bukit tinggi ni sungai Raja Gali, Tepi dia Tasik tetiba terjadi dan sebelah depan ni pulak laut china selatan terbentang luas. Indah kampung halaman yang dekat di mata, dekat dihati..
Gambar cantek tima kasih kepada talipon abe E.. huahuahua.


Pagi Jumaat ramadan yang terakhir, tetiba abang kedua wasap panorama kat Pantai Sabak is so wow. Aku baru je nak sambung tido tetiba iwa mengajak jom. Dah jom itu berbentuk "cepatlah bangun nati kena tinggal.." ikotkan hati..malas..tapi aku berjaya tolak permintaan hati maka, sepantai kilat sauk sweater n tudung. hahaha.

 Balik je ke rumah.....




 Menjadi buruh kasar..huhuhu.. bayangkan kitorang 3 beradik yang pompuan ni je duk kemaskan halaman umah. Oh kekanda sekalian. Di manakah anda?? Time ni rasa suasana sepi giles.. syahdu menjelang syawal. Kalau tahun tahun lalu, kitorang beramai-ramai akan membanting tulang untuk memperindahkan halaman rumah ni. Abe E gi teman Omma beli lauk pauk untungTapi tahun ni 3 orang + anak buah yang tersayang je. Mujurlah ahmad ade.. boleh la tolong macik-macik dia yang lemah ni buat part-part yang tak terdaya..sob sob sob.. Nasib iman yang utuh je kalau tak ade yang bukak puasa ni..hahaha.. tak mungkin lah. Settle dalam pkl 12 cam tu.. mandi then ZzzZzzZzzzZZzzzZZZzz. Petang lak di menolong kat dapur masjid. Last week for iftar jamaei..


fully book level 1 pizza taman bendahara
Lepas iftar pakat bukak sejadah kat situ terus untuk solat maghrib. Kita ade tok imam, kita ade tok bilal. complete.

Tunggu turn nak jadi imam bro. Ni batch second nak solat maghrib.. ahahahha
Routine tiap kali akhir ramadan, my oldest brother akan belanja adik-adik dia yang bujang untuk berbuka kat pizza. Aku ingat kitorang start benda ni masa aku duk UMS kot. Ade la dalam 10 tahun. Memula yang bujang-bujang saja terlibat. Tapi ntah beberapa tahun ni tak bujang pun join sekaki.. halamakkk.. cian lak abang aku ni la.. tak pe lah..moga abe dimurahkan rezeki dan menang kes semace. Bulih la makey pizza lagi...hikhikhik


hari terakhir kerja, syarikat halfday dan pagi tu buat majlis pemberian cenderahati beserta bonus dan zakat.
Last day berpuasa...
 Ni pun salah satu tradisi keluarga aku. HAHAHA. Ntah bila start aku lupa dah. Omma & Appa ni diorang suka kalau anak2 berkumpul beramai-ramai kat umah. Of coz la dah pakat kawen dah pakat berkeluarga, masa terluang dengan family jd singkat. So, last puasa akan jadi iftar keluarga. Masing masing yang dah berkeluarga akan bawa portluck untuk juadah berbuka.

Hari last puasa jugak hari omma buat ketupat palas, so.. everything memang totally exhausted la untuk last day ramadan. So, untuk rumah besar, we ouls tanak nasi dan sediakan tempat untuk berbuka je. Tu kerja ouls yang duk kat umah. Family lain akan bawak juadah diorang.

family korang camne lak??

pagi syawal putih-putih comel-comel lagi bersama anak buah
Because we are no more 16. 
 Susah dah nak amik gambar keluarga 16 orang adik beradik je sbb yang tu ade anak kecik, yang tu duk berkejaran dengan anak.. banyak feel dan ragam so. Ouls bujang je laaaaaaaaaa yang dapat amik gambar cam ni. Since adik laki aku duk study kat Mesir, so tak balik. Gambar dia pn jadi lah..ahahaha..

over tau abe e.

Setelah selesai bacaan doa tahlil dan melawat pusara..

anak beranak sebelah omma

Dan sanak saudara datang tanpa putus-putus.. huhuhu.. selesai kemas dapur.. i da tak larat coz dak2 lain gi beraya.. I is ZzzZzzZ..
Raya ke 3, Lee Seul datang hiks..
Sambung beraya di rumah my bro..

Raya ku masih lagi aktif di hari ke 3. Rumah my eldest brother pulak open house..So, my brother house is my house jadi ouls akan serbu rumah beliau dari setat majlis untuk tolong-tolong apa yang patut sampai lah majlis abis sebelum jumaat.. 

Sejak tahun lepas, pasangan Korea-Kelantan, Khalid & Lee Seul akan datang ke rumah my bro. Siap wasap aku, adik aku, abang aku lagi.. haa..cenggitu our relationship tau..

Actually aku n adik aku excited giles Lee Seul datang. Sebab nak sembang korea biar pun vocab aku dah kelaut. Tapi still boleh la.. dah macam cingu dah. Siap aku berseloroh biar aku jadi manager dia kat sini sebab ramai nak amik gambar dengan diorang kan..kekeke. 

ade time tu abang aku ajak la diorang bergambar dengan camera dlsr, masa dia gerak tu sempat lagi dia panggil.. "manager"..hahaha..

terasa diri ini dihargai.. 
jom beraya lagii


makan gulai

Raya ke 4. Waris mak aku ajak pegi makan gulai dan berhari raya. yes.. kalau ramai-ramai aku boleh lah.klu sorang-sorang aku krik3. lepas makan gulai kat pengkalan datu next destination umah pakcik aku yang bongsu.. ayuh guyss..


dapat tahu kawan ayah dari kedah nak datang. cancel keja ari ni dan masuk dapur..kekekeke

ailin tgh teruk menangis masa aku datang. Sebagai makcik mithali maka aku tahu cara nak pujuk budak zmn sekarang 
Lepas kawan ayah datang beraya, giliran aku pulak beraya. Umah abang no 2 buat rumah terbuka. Haruslah datang. Waktu datang tu kelam kabut lagi sbb diorang buat open house tergesa-gesa sebab kawan-kawan anak diorang datang berjemaah. haha.

Sebagai adik mithali, walaupun dah jangot camni, terus sinsing lengan baju dan tolong celur mee dalam periuk. Berkat tolong menolong, majlis bermula dengan suasana hari raya.

gittew.

Abes makan ke Aeon Mall lah kita Lawa-lawa ni ekceli nak gi Aeon Mall kekekeke.

Officially tamatlah cite raya i ouls. Cuti pun dah tamat. Maka ke pejabatlah kita..

You ouls raya pulak camane..?

Pape pun buat yang mengenali diri ini secara fizikal ataupun virtua. Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin. Silap salah dalam tutur kata dan tingkah laku harap di maafkan.

Lepas sakan berhari raya ayuh..puasa 6 oulsss...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...