marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Selasa, 24 Mac 2020

nikgeallaathome : Dalgona Coffee

.: Assalamualaikum :.


Masih ok ke sume masuk hari ke tujuh Perintah Kawalan Pergerakan atau #RMO ni?

Beta setakat ni masih okey walaupun kepuasan tak tau nak buat aktviti apa dah. Kalau di usia muda remaja dulu I ouls is so focus bila buat something. Tapi sekarang macam semua projek terbengkalai je. Hik Hik Hik. Nak mengait tak da mood. Siap dua row main phone berjam-jam. Padahalnya duk skrol fb je pon.. kui kui kui.

So, hari tu masa mula-mula #RMO ni start kat fb viral satu jenis air kopi nih pakat duk share and banyak version giless yang terjadi sampai boleh kata semua orang yang buat tu boleh jadi certified barista lah kononnya dengan dressing coffee tu. Lepas tu tak cukup coffee orang buat pakai milo. Memang geniuss lah rakyat Malaysia. Pasni lepas abes #RMO ni kalau kedai kopi hipsters jadi makin tak laku or makin tumbuh macam cendawan tak taulah. Rakyat Malaysia ni dia ade 2 karekter je. More or Less.. Wasatiyyah tak mau... hikhikhik.

gamabr ehsan google

I ouls lah antara yang nak menobatkan diri jadi barista newbie tu. hikhikhik. DALGONA COFFEE ni dengar citer asal Korea lah. Tak tau sejauh mana cite tu benar atau tak.. tapi yang pasti before dia jadi viral aku memang selalu duk buat foam coffee 3 in 1 pakai bekas buat foam susu IKEA tu. Alih-alih femes ye. 
biasa buat camni je.. huhuhuhuhu

Kat umah ni ramai penggemar kopi. Dari ayah sampai ke anak-anak semua terpengaruh sampai mesin kopi  auto, manual semua ada. Kopi-kopi pulak pelbagai jenis. Pendek kata kat dapur tu boleh bukak coffee cafe la kalau adik beradik aku berkumpul. Diorang akan show off skill masing-masing dengan peralatan kopi masing masing. Aku tumpang tuah je. hahaha. Tapi diorang ni memang bijak . 

ni antara yang suka ngubey dapur
Lepas abes sepahkan dapur. Diorang akan tinggalkan dapur dengan begitu saja kerana mereka pasti ALMS akan mengemas hasil peninggalan mereka itu. Bertuahkan adik beradik beta. Nak buat senyap kat umah masing-masing tak nak sebab not fun they said. Kalau wat kat umah besar ni more fun lah sbb ...sebab ada orang kemaskan. Bijak!


day 1.. seperti inilah rupanyaa

Ok. So long my intro story haha so meh sini I nak share resepi rahsia dalgona coffee aku pulak.

Sukatan aku pakai memang ikut sukahati. Buat banyak asal ingat ramai-ramai nak minum so tak yah la panjangkan waktu sepahkan dapur. Tapi last-last aku sorang je minum. Diorang katanya nak buat sdiri. Haaa.. tu la 10 perangai aneh hagimaru adik beradik aku. Time buat beriya nak tolong mix bagai. Tapi time minum sorang. But sokey. I is hepi sbb dapat stok hohoho..

day 2 minum kopi

So, ni bahan-bahan untuk buat Nikgealla Dalgona Coffee:

a.    2 sudu besar Nescafee Classic 
b.    2-4  sudu besar gula prai 
c.    5 sudu besar air suam
d.    1 kotak Susu dutchlady fresh milk

Bahan memang ringkas. Bahan hari-hari pakai so lockdown ke tak lockdown memang boley buat la cuma nescafee classic tu jarang beli. Kalu aku biasa minum 3 in 1 mild kaler kuning tu je. Kopi lain lain boley jugak pakai. Tapi aku tau korang tak rajin nak tapis semua tu so pakai nescafee ni paling senang.

So, bila bahan-bahan dah ada. Kita mulakan dengan sediakan mixer. Kalau kau sado dan nak lakukan senaman tangan ta yah mixer. Cukup dengan garfu. Sebab aku species insan yang lemah dan gemalai, maka jalan terbaek supaya proses dipercepatkan adalah dengan guna mixer. 

bahan a,b dan c campur sekali. dan putar pakai mixer no 1-2. tak yah semangat sangat terus start ngan no 5. kang tak pasal-pasal bahan-bahan tu berterbangan di angkasa. putar je satu arah yang sama sehingga lama-lama dia sebati. bila dah sebati ubah lah pakai no2-3 camtu. putar-putar-putar sehingga kembang macam aising. Kalau nampak pekat dan likat tu tambah sikit air suam 2-3 sudu. Depends atas preference masing-masing.

So, Done!

Kaup semua buh dalam bekas bertudung (ingat pompuan je ke pakai tudung). 

Masa untuk dressing. 

Kalau nak minum DALGONA COFFEE SEJUK :

Sediakan gelas panjang yang lutsinar. Masukkan ketulan ais. (oh tips. Nak best lagi gelas tu simpan dalam peti kejap). Masukkan fresh milk dalm 3/4 gelas atau lebih (susu pun nak best biar duk dalam peti dulu). Dan masukkan foam coffee yang penat kita mix tadi. 

ice pun kena fancy..nge

hari ke 3 foam coffee masih lagi sedap

COLD DALGONA COFFEE is DONEEE~

Kalau nak minum DALGONA COFFEE PANAS/SUAM :

Sediakan cawan leper. Buh Foam coffee tu. pastu masukkan susu yang dah dipanaskan. (Biasa barista pakai suhu 98℃ untuk air panas). Klu korang pandai teknik orang wat corak kat coffee tu boleh la show off skit tu. huhuhu..

WARM DALGONA COFFEE is DONEEE~

Senang je kan.. Jom kita pakat bukak kedai kopi depan rumah ajomm..hehehe

p/s: kalau kopi ini mengganggu tidurmu. Sila kurangkan foam kopi tu dan lebihkan susu. Suka kopi camane pun kena tau dalam kopi ada caffein yang boleh membuat jantungmu berdebar walaupun tak de crush. So, don't take lelebih. Utamakan kesihatan. 

kbai.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...