marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Rabu, 5 Ogos 2020

Aidiladha 2020 Meriah!

.: Assalamualaikum:.

Salam aidiladha 1441H 😊

Hari tu baru rasa beraidilfitri, tengok-tengok dah masuk aidiladha dah. Cepatnya 2 bulan berlalu. Unsangkarable betol.

Ape-apepun selamat hari raya aidiladha walaupun ucapan di hari raya yang ke 3(waktu di tulis). Hee..

So. Apa cerita raya korank?

Alhamdulillah tahun ni walaupun PKPP rasa aidiladha tetap meriah. Rumah Dale Pagar selamat tumbangkan 3 ekor lembu kitorang anak beranak je. Dan alhamdulillah segalanya dipanjatkan kepada Allah diusia 32 tahun berkesempatan untuk menunaikan ibadah ini dengan ambil satu daripda tujuh bahagian lembu untuk dikorbankan. First timer lah katakan...

Semoga pahala mensedekahkan daging kurban ini menjadi asbab unutk mencapai redha Allah. Amin. Ingat kawin-kawin nanti boleh la buat sama-sama dengan partner tapi partner pun bayang pun tak nampak, dikesempatan yang ada I go first lah ye partner. hee..

Menjadi first timer bab buat ibadah qorban ni rasa kecik aje diri ini.Perkara sunat je tapi tak salah pun untuk join sekali bila rasa ade rezeki lebih untuk dikongsikan. Asek kita je makan daging lembu premium, apakata time-time gini kita kongsikan bersama. Giteww.. Bolehlah yang miskin merasa daging harimau menangis sikit sorang. kan kan kan..

Meriah tak meriah kat rumah ni selain daripda berjaya menumbangkan 3 ekor lembu di hari raya ke-2, kunjungan sanak saudara terdekat juga turut dirasai. Walaupun muka samaaaa saja tapi peliknya kitorang ni macam tak habis modal topik berbual. Ada-ada je cerita aku pun sampai naik heran haha.

Aku pula nak kata fobia dengan lembu atau darah atau ape tak de la jugak, tapi tiap-tiap tahun aku pergi jengok sekejap-sekejap je area tempat sembelih tu. Ntah. Sejak dulu lagi aku cam tak betah tempat crowded. Tak reti nak duk bercancang arang tengok aksi lembu bersama para awak-awak tukang jemelih.

Disebabkan itu,  aku biasa amik bahagian dalam hal bawang membawang. Jadi assistant juru dapur pun okey la.So girlish sangat kaaan. Tunggu daging orang siap lapah sambil bawang-membawang, halia menghalia dan sediakan makanan untuk awak-awak para jemelih yang ramai tak leh bawak bincang. Tapi biasa yang ramai tu anak-anak halus (aka my anak-anak buah yang bawah umur.. hoho).

Walaupun kat rumah tak de lah buat kenduri kendara sebab ni kan musim PKPP so kita akur dengan SOP kerajaan. tapi orang Rumah Dale Pagar tu sendiri dah ramai, so juadah hidangan disediakan untuk kitorang sendiri. Sendiri cari lembu, sendiri tumbang lembu, sendiri sembelih lembu ,sendiri lapah daging, sendiri masak, makan pun sendighi naa.

So simple.. kikiki.

Gambar?

heee..nanti-nanti lah kita throw back 😘

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...