marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Selasa, 3 Oktober 2017

Street Mural Art at Kota Bharu

.: Assalamualaikum:.

Annyeong!


Actually lepas SPM kan, aku tak pernah lekat kat tanah tumpah darahu aka Kelantan. Asyek ke luar dari Kelantan. Dah la tu zaman sekolah aku tau naik bas SKMK pegi sekolah, balik sekolah dari Remove Class sampai la SPM. Gitulah penghidupanku sepanjang kedewasaan itu. Kalau dari segi pembangunan yang berlangsung kat Kota Bharu ni, semua dalam tangan aku start dari zaman wakaf kayu jati kat stesen bas wujud sampai la roboh sebab nak buat bangunan. Dari jalan sehala, balik-balik kampung eh, tak tau dah nak lalu jalan mene kalau menapak kat KB.

Lepas SPM aku belajar kat Matrik Kulim, Kedah setahun, pastu masuk UMS 3 tahun pastu keja kat KL 2 tahun pastu sambung Master kat Penang setahun setengah and then last baru ni kat Melaka 2 Bulan sebelum transfer ke KL lebih kurang setahun setengah. Pergh penat asyek duk merantau je kejanya. Lebih kurang 10 tahun bilik aku kena tinggal kat tuan dia..huuhuhu.

Dek ke'darat'an (baca:tak mature) dengan kampung halaman sendiri, maka baru ni aku sempat berjalan-jalan meng'expore' negeri sendiri. Sebelum ni aku duk kagum lukisan mural kat Penang tanpa ku sedari, our state also has it! berlatarkan suasana masyarakat arab, aku kire kreatif lebih-lebih lagi kawasan tu berdekatan dengan tempat "Oghe Ngaja" setiap hari Jumaat. Jadi gi time tu rasalah kemeriahannya disamping dengar ustaz ngajar pakai speaker besar, pasar minggu pun turut dibuka.

Must it rice. Nasi Kerabu yang setiap kunyahan sangatlah syurga

Ni majlis tari menari hape nih

Air yogurt Ustaz Rashid memang mengimbau memori.

Cuba membuat magic..kot

Spot Oo-Dah saranghea

Cer baca ape dia tulis

Pehe ko?

Haa, dalam Mandarin pun ade.

Oo-Dah memey photoshop. eh photogenic

I can open your mind~~~~ - Aladdin nyanyi kat Princess Tikah..kuikuikui
Hmm, tak banyak pun gambar diambil sebab excited sangat duk menghayati suasana sebab dah lama tak menjejak kaki kat situ. Lagipun segan la pulak nak posing lama-lama sebab orang lalu lalang senantiasa.

So, untuk sesape yang datang ke Kota Bharu, jangan lupa singgah kat sini. Jalan Tok Hakim Kota Bharu. Landing mark dia Pejabat PAS Kota Bharu.

Lepas tu gi lah pekena Teh Tarik Madu Kedai Pok Mat. Sedap katenya.

4 ulasan:

  1. terliur tengok gambar2 makanan ni. hehhe singgah sini ye
    #salamperkenalan http://nineteencapri.blogspot.my/

    BalasPadam

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...