marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.
Memaparkan catatan dengan label hari. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hari. Papar semua catatan

Ahad, 16 Februari 2020

Recap 2019

.: Assalamualaikum:.

2019??!

x de caption
hmm.. 2019 berlalu dengan cepat sangat sampai aku pun kena fikir dengan teliti apa yang terjadik.
Tengok dalam galeri gambar pun macam tak segila dulu bab berselfie dan bergambar. Adakah ini disebabkan perubahan umur? oh no!

Tak seperti 2018 yang mana things happened with plans but untuk 2019, aku rasa banyaknya jadik on da spot. Tengok-tengok dah jadik. Tengok-tengok dah siap. A bit exhausted awal2 tahun tapi hujung-hujung tahun quite ok lah jugak.

Huuu..

Antara yang mengisi kehidupan 2019:

1. Gi umrah bersama family
2. Adik aku kahwin
3. Masuk bilik baru
4. Jenjalan ke Vietnam bersama The Bujang's Belaka (even ade orang baru kawen join sekali) & ALMS & wakil JALMS
5. errr..
6. hmmm..
7. ...

eh rasa 365 hari tahun 2019 rasa exhausted sangat sampai planning awal tahun semua kelaut tapi bila list ni macam x banyak je.. huhuhuhu..

Tak pe. Kita bagi kat gambar berbicara lah.


1. Umrah Bersama family

Best memory ever bila berkesempatan menjejak kaki ke Tanah Suci pada Februari 2019. Siyes sampai ke hari ni rasa moment-moment indah bila menjejak kaki ke Masjidil Haram dan Masjidil Nabi rasa seakan-akan di awang-awangan selama 12 hari tu. Apa tak nye. Beban-beban kerja tak fikir langsung. Pastu memang rasa rilex je. Feeling dia duk kat dua2 tanah suci ni lain tau.

Tiap-tiap hari orang kat umah bervideo call nak tau tengah buat apa. waktu ni lepas solat asar. Tengah jalanraya pong boleh!

Sebab kitorang sampai madinah dulu so tak yah nak berihram lagi. Subuh-subah dan ready nak gi solat subuh. Pagi siap breakfast kul 10 ready bersiap nak gi ziarah tempat-tempat bersejarah dan attraction. Sebelum zohor dan ready nak gi masjid balik makan. Tido jap. Asar gi masjid. Balik sempat singgah kedai-kedai area hotel. Berkesempatan masuk raudah fuh.. Rasa dekat dengan Rasulullah. Jumpa saudara seislam seantero dunia. Jumpa orang Amerika, Turkey, Paris, Mesir dan lain-lain lagi. 


First time masuk Raudah teruja dia lain macam. Ni area dah kat luar Raudah.

Kalau kat Masjid Nabawi ni kita digalakkan solat bebanyak. Ikut lah nak buat solat apa yang penting buat selama yang mampu. Kalau rasa nak mengaji pun boleh. Part best bila berkesempatan masuk Raudah la. Menangis bila dapat solat sunat kat raudah sebab orang berpusu-pusu masuk situ, ramai semua berebut untuk beribadah kat raudah.

Berkesempatan untuk berkunjung ke Bukit Uhud dimana ramai para syuhada' (eh nama kite) di kebumikan di sekitar kawasan ini termasuklah saidina Hamzah iaitu pakcik Rasulullah

Waktu duk Mekah pulak, aktiviti dia lain pulak. Tak sama waktu duk di Madinah. Awal-awal nak masuk ke Tanah Haram kena niat buat umrah wajib dekat miqat Bir Ali (sebab datang dari Madinah). Kalau tak memang kena bayar dan sembelih seekor kambing kalau tak silap. Haa.. Bila dah datang nak buat ibadah seeloknya jangan memain lah dengan syarat sah dan syarat wajib umrah ye. Naya dan sia-sia je datang jauh-jauh nanti.

Asalkan ade wuduk. Orang tak ramai. pergilah tawaf walaupun panas ceng ceng. hikhikhik

Dekat Tanah Haram ini perkara paling besar nak buat adalah tawaf. Kalau ada kesempatan, pergilah bertawaf walaupun tak nak buat umrah. Lebih afdal dari buat ibadah lain tau. Yela. Kat Mekah ni je yang ada kaabah. Rugi lah kalau tak ambil peluang buat ibadah tawaf bila dah berada kat sini. Dan bacaan setiap kali tawaf pulak tak ada bacaan khusus. Semua up to us. So, kalau nak tawaf tanpa baca apa-apa pun tak pe. Nak baca doa dalam buku umrah pun tak pe. Nak mengaji sambil tawaf pun boleh. Nak baca doa-doa sendiri pun boleh. Antara kau dan Tuhan-Mu dan semoga Allah memakbulkan doa-doaku. Amin.

Oh ya. Diantara Rukun Yamani dan Hajaratul Aswad,kita di galakkan baca Rabbana atina fidunyahasanah wafil aakhirati... 3 kali sebab ni sunnah Rasulillah buat waktu tawaf. 

Oh ya. cuaca waktu duk kat Mekah ni tiba-tiba panas macam tak biasa sebab 4-5 hari di Madinah cuaca sejuk 9 darjah celsius. Kat Mekah second day macam dalam 28-30 darjah selsius camtu. 

Waktu-waktu biasa (solat) kitorang melepak kat bawah basement je sebab tak nak berebut kat area kaabah. Lagipun penat sikit bila duk kat Mekah. Baitul Haram BESARRRRRR sangat kot. Orang pun RAMAIIII.. Kalau terjauh sikit dengan omma memang susah dah nak cari mane kelibat omma appa. Tapi last-last jumpa jugak kat basement tu. 


Pernah try pegi solat kat level sebaris dengan kaabah. Duk mencari port nak bentang sejadah je pun lencun sebab orang memang ramai dan sesak. So, ayuhlah kita e basement yang sejuk dan berhawa dingin ini.

Pastu boley jumpa Tariq. Hikhikhik. Entah anak Turkey mana tetiba jadi anak angkat aku siap main-main hp kite belek-belek geleri gambar, bemain teka-teki walaupun komunikasi macam ayam dan itik. Buda kecik ni umur 3 tahun datang buat umrah sejak baby lagi. Tariq dah jadi HAJI HAJI HAJI Toriq dah pong. hikhikhik

Cite dia mak dia du sebelah aku time magrib tu. First tu aku malas nak amik port sebab malam tu I is penat dan nak tido jap sementara menunggu isyak. Tapi budak kecik ni duk merengek-rengek kat mak dia nak ape ntah. and automatically aku ini tak boleh tidak memang magnet dengan budak kecik lantas mengagah beliau dan tiba-tiba..

dah jadi macam anak sdiri. ~
The Power of Makcik of anak buah 38 orang. hahahhaa..

Bestnya masa duk kat Mekah ni kitorang duk kat Hotel Safwah. Depan pintu Masjidil Haram je kot. Memang save tenaga dan masa. 

Dengan kesempatan yang ada, sempat berkunjung ke Jabal Rahmah, simbolik kepada tempat pertemuan nabi Adam AS dan Siti Hawa apabila dilepaskan ke bumi. Memang agak aneh dan janggal rasanya bila berada di sini sementelaah diri ini Forever Alone. 

Aku nak baca doa agar dipertemukan jodoh dengan siapa pun aku tak tahu. Tak de yang bertakhta di hati kecuali oppa hohoho.  Kang aku mengarut doa agar dipertemukan dengan Lee Dong Hae oppa kang tak pasal-pasal omma aku bertukar menjadi incredible hulk. Nak melawak kawen dengan orang Korea pun dia dah bagi warning " Jange duk kecek ngarut gak ..." huhu. Tu lah kot sebab kenapa aku tak kawen-kawen. Cinta tak direstui oleh orang tuaaa...hahahahha

Taste anak dia kemain.. kekekekeke..

Jadi aku pun berharaplah dan berdoa dalam hati.. 'ok asal boleh kawen je'..haha.. 

lepas tu buat 10 perangai pelik Hagemaru. Ntah bila nak mature tak tau.

auu..sweet la dale gambar. Luar gambar begocoh lana..hahahahaha. Satu-satunya tangan lelaki yang boleh pegang.

Jabal Rahmah ni memang tempat yang sangaat diminati oleh semua insan. Sebenarnya kat sini tak ada ritual atau ibadah kursus atau sunat untuk dibuat. Kalau tak panjat bukit ni pun tak pe.. Tapi tu lah dah alang-alang sampai mari lah kita memanjat-manjat dalam jubah. Barulah orang arab sejati.. kan

So, 5-6 hari jugalah berada di Mekah ni. Banyak tempat-tempat menarik sempat dikunjungi tapi yang tetap best semestinya berada dalam masjidil haram. Selain best duk bertawaf dan menatap kaabah dengan mata sendiri, aku sebenarnya kagum dengan senibina masjid ini. Luas, besar dan moden ,mewah. Atas kepala matahari bagai sejengkal tapi kat telapak kaki sejuk batu marmar. Sebab tu tawaf waktu tengah hari pun on. Bestnya zohor tu boleh solat dekat dengan kaabah. Nanges dapat solat dekat dengan kaabah tau. Biasa tengok kaabah dalam tv. Tapi ni depan muka. Peluang tuu.. 

Benda paling bermain dalam kepala sewatu di Mekah adalah Tariq. Entah. Kepingin nak jumpa dia lagi. Aku syak aku rindu anak-anak buah aku kat rumah la kot. Dah takkan rindu kat Tariq yang berusia 3 tahun ni. Jangan nak kata jodoh sangat lah.. ahahhahaa..

Siyes. Setiap kali gi basement aku arap mommy dia ade kat situ dan Tariq tunggu aku lah..hahaha.. 3-4 hari duk mencari-cari kot-kot la terserempakkan. Ingat kat situ 10 orang je yang ade nak senang-senang terserempak. Memang tak mungkin lah. 

Buttt... Last day before nak tawaf kudum. Lepas isyak masa nak balik ke hostel, kat basement aku ternampak susuk mommy Tariq. Oh maaaaaai.. Ya Allah.. seriuslah memang mommy Toriq dan Tariq duk dalam riba dia tu duk main ape ntah..

Teros aku.. "oh Tariq..!". Teruja kot. First sebab doa termakbul. Second sebab memang budakk tu lah yang aku jumpa balik..huhuhu.. Naseb baek je tak beria nak peluk klu tak mommy dia memang kena terima aku jadi menantu dia lah.. hahahahhahahahah.. 

So, aku tanya ingat aku lagi tak.. dia ingat weeehhh.. btw budak ni boleh cakap english sikit-sikit. Tengok muka dia yang mischief dan comel ni. Mommy dia lawa oh.

happy me happy.. Boleh balik ke kampung halaman dengan perasaan hepi.

Dah rasa macam duk di zaman sekolah dulu-dulu pulak bila berada kat Tanah Suci ni. Dulu rajin dulu gi tamrin lah, tarbawilah. So, bila duduk kat sini perasaan nak buat kerja-kerja ibadah ni senang dan tak kekok walaupun first time. Ye la. Basicnya sama je cuma jadi extra bila kita dalam ihram.

Ok .

Kalau cite kat sini tak abes maybe tak habis-habis kot. kang tak ter recap yang lain. Jemput baca kat travelog kat sini yang tak siap-siap ni..hikhihi.

Kot la ade yang teruja nak tau pengalaman beta di sana drop  komen kat bawah la ye.. nnti kitew rajin skit boleh buat entri baru..hee..


2. Adek aku kahwin

Lepas seminggu dua balik umrah, adik aku pulak kawen. Yaah.. Jangan di tanya dia memang langkah bendul. Dah jodoh dia datang dulu kita tak de hak nak halang. Dah aku x de calon mak tak restu menantu Korea nak kata ape lagi..wuwuwuwuwuwu..

Aku okey je x de dengar mak cik bawang mengata aku sementelaah itu ade orang tanya aku baru habis study ke. So aku kire aku awet muda lah.

Aku tak peduli. Kalu aku nak kawen aku nak kawen dengan orang yang segang dengan aku..hahaha.

Mane nak cari ntah la. 

korea kot?

The Bujang Belake dua orang lagi tak de dalam gambar

Boleh baca entri adik aku kawen kat sini

 3. Masuk Bilik Baru

dalam kenangan
Ingat lagi tak entri Shui Fan Zhai Berwajah Baru dengan Loft bed yang Bombastik ni? Sebelum majlis kawen adik aku, aku dah bertukar bilik. Aku masuk bilik kepada abang sulung kepada kakak ke 4 kepada abang ke7kepada abang ke 3. 

Dann..taakk..seharusnya akuuuuu~ sob sob sob..
Bila dah tak de dinding terasa cam luaslah pulak.
Last aku yang dapat bilik tu menjadikan bilik aku membesar 2 kali ganda. Oh kenapa ini berlaku? Sebab abang ke 3 dah masuk rumah baru so aku lah yang mewarisi bilik tersebut. Jadi my Shui Fan Zhai bagaimana? Ayah amik keputusan bilik kesayangan beta kena rombak kembali seperti asal. Oh No!

Actually panjang cerita sejarah bilik aku tu. Aku kan ramai adik beradik. Even bilik pun kena tambah lagi bila masing-masing membesar dan nak privasi sendiri (aku la tu) . Bilik aku asalnya ruang antara dua bilik sebenarnya. Tapi masa form2 aku merengek kat mak aku nak bilik coz aku nak concentrate study. Aku ni dah la spesis yang tak boleh barang-barang aku bersepah. Most management girl kot.. hahaha. tak de la. time tu memang aku tak suka barang bercampur dengan adik-adk aku yang lain sebab diorang tak kemas. so I is rimas. 

So, mak ayah aku ok aku nak bilik share dengan adik aku. Bila kakak aku sorang da kawen dan buat umah, bilik dia adik aku yang amik. dan aku dan shui fan zhai tetap utuh bersama even kecik. Now. kena masuk bilik baru amik masa setahun baru aku feeling wah bilik sendiri lah besarlah. blablabla. lambat sangat feeling tu sampai..ahahhaha.

Jangan disangka bilikku yang kecik reta sikit..hahaha

Bila bilik dah besar ni susah pulak aku nak deko-dekonya. Tapi yang penting mesin jahit kesayangan kena masuk bilik la. Peti ais je la aku letak kat luar. Letak dalam bilik ramai pulak buat reta. Letak kat luar tak de pulak makanan or minuman. selalu abes. Tapi tak kesah la..hahahah

Penat kot membuat dekorasi nak bg masuk dengan jiwa..hahahaha..Even now pun slow-slow lah nak add on agar bilikku menjadi bilikku syurga ku..

Stay tuneeeeeeeeee untuk room tour di masa yang akan datang yang ku kira tak tau bila tu..hikhikhik


4. Jenjalan ke Vietnam bersama The Bujang's Belaka (even ade orang baru kawen join sekali) & ALMs & wakil JALMs

Ini adalah aku punya resolusi 2019 yang ku kira tercapai. Abeh borong lah kirenya makan angin dengan ahli keluarga. The Bujang's Belaka tu abang aku, ALMS tu aku n adik pompuan aku. JALMs tu anak buah aku. Well ahli keluarga ramai kan siap boleh buat group-group lagi hahahhahahahhaha..

So ke Vietnam atau Ho Minh Min ni adalah trip 3 saat yang mana. Bincang-bincang teros kena jadi dan fly lah kami ke sana sampai ahli keluarga lain tergamam sebab berlaku on da spot. Yang jeles tu tak sah cakap la..hahahahhaha..

Jemput baca travelog kat sini ye. dan part 2 kat sini 

5. Dan seterusnya aktiviti-aktivit random yang menemani ouls sepanjang tahun 2019. 


First time datang kat cup sleeve event. BTS pong BTS la. V pong V la. Yang penting boleh melepak di cafe sambil menghirup secangkir kupi

Random main kat KBmall. Orang akan kata aku baya2 diorang punya. So buat ape nak jadi orang berusia bila kita sedar kita muda remaja. eh.. hahahaha


Uncle Saaad in da houseee.. So, marilah kita ke Seoul Garden meraikan orang France..hikhik

This is memorable memory. Bertahun aku dan Mc Yang tak jumpa. Akhirnya kami bertemu di Kuala Lumpur 

With Saranghae Cinguya! Setiap kali turun KL acara wajib adalah lepak umah Fara which was my ex house hohohohooohoho.
 Bersama mereka muka bulat macam belon pon bukan suatu kutukan hahahaha. Antara resolusi 2019 yang tercapai adalah bersama mereka ini since 2014. We are sisterhood. Ukhuwah fillah till jannah

#tag "kadang-kadang mereka bercakaran kadang-kadang mereka berciuman" hahaha.
 Itu adalah quote by Ade Yunita Mafruhat bila tengok we guys duk menggila.


Oh ya.. Mok teh dah kawen tahun lepas ntah mana gambar aku tak jumpa cari hohoho.

Random Us is random. Mr Dakkgalbi untuk kali yang ke tujuh ratus enampuluh juta kali.


+++++

Kalu ikutkan memang berjuta-juta lagi recapnya.. tapi tak ape lah. Ni pun draf sejak dari awal tahun tak siap-siap. hikhikhik.

So cerita anda bagaimana?



Jumaat, 24 Januari 2020

Oh My Pippin The Grey: Pippin kena Sporo!

.: Assalamualaikum:.

Semlam aku pegi bawak Pippin ke Vet JPV kat Telipot. Actually aku just baru tau ade klinik vet government punya kat Kelantan ni. Yeah. Klu bukan sebab Pippin sakit memang sampai ke sudah aku tak tau. Aku just nampak vet UMK je. 

boleh dia behave pulak duk dalam keta. senyap je..sekali sekala bunyi miauu
Kenapa dengan Pippin? Nak beranak ke?.

Isk. 

oh my Pippin 😢
Sedih sangat kalau nak cite pasal what happen kat Pippin ni. Ingat post ni aku baru je citer pasal kewujudan Pippin dalam dunia aku?

zaaman kecik comel je..juruss je..

Tapi bila Pippin ni sakit luka-luka hampir seluruh badan, hatiku luluh dibuatnya. Bayangkan dia luka atas hidung, kaki belakang kiri kanan, bawah leher, kat telinga. Tapi tu pun Pippin ada hati lari memalam pergi bergelut dengan kucing-kucing liar. Tiap-tiap malam aku bunyi kucing bercakaran kot, Gaduh bawak geng. 

bila dah menigkat remaja..aish..macam-macam

Oh. Sebelum Pippin jadi bad guy aka gangster kampung, malam-malam aku letak je kat dapur belah luar. Nak letak luar umah tu lah, aku takut dia lupa daratan tak balik-balik nanti. Penat oh nanti nak mandikan dia. Tapi akhir-akhir ni, cam dia memberontak je. Pandai je dia melolos celah mana untuk keluar dari rumah ni. Hampeh betul. 

bila dah dewasaa... masyaAllah.. perangai nauzubillah

Sanggup tu panjat rabung rumah untuk mencari nikmat duniawi yang sementara tu. Apa dia ingat aku letak dia kat dapur tu ingat nak buat tawanan ke. Hei , ingat sikit tuan mu inilah yang bersusah payah time hang patah kaki dulu tau. Aku cuba mengugut Pippin agar dia insaf.

Pandang aku pun da semacam. Muka tak puas ati tu tak tahan. Kadang-kadang dia mogok makan. Kadang-kadang dia mogok tak balik umah.Tapi selalunya kalu aku panggil nama dia buat donno je. Hampeh betol. Pin, ingat sikit sapa yang membelaimu diwaktu  kau tak punya siapa-siapa. Itu AAAKKKUUUUU..

Maybe tengah akil baligh kot. Sebab tu aku biar je dia layan perasaan. Nak bergengster pun terpulang lah. Nak gi berchenta pun suka hatilah. Nak jadi kucing jiran sebelah pun dipersilakan. 

I is merajok.

always..pippin..alwayss..

Padanlah aku tak mandikan dia 4 bulan. Hahahaha. Makanan je bagi. Tu pun umpan dengan wet food sebab dia tak mau makan dah kibbles. Ade la jugak dia balik untuk makan, nak kena belai-belai pastu gi main entah ke mana sampai kerong jadinya. 

Aku ingat kucing putih jiran sebelah tu bestfriend dia la. Kemana saja mesti berdua. Ari tu anak buah aku kena tegur dengan mak cik jiran depan rumah  tanya Pippin tu kucing dia ke pasal ade pegi umah dia dengan kucing putih tu. 

Whatttt??? Lepas tu terserempak dengan orang duk lintas jalan.. Pastu kucing putih tu dah tempang sebelah kaki. Pippin buat balik rumah si kawan tu, siap seret darah dia tu kat coridor rumah aku dengan kakinya yang tempang itu. Hampeh  betol sbb aku yang kena lap. ceh punya kucing.

Back then, aku ingat Pippin kucing betina. Sebenarnya masa kecik aku da check dia kucing jantan, tapi ramai orang kata dia kucing betina sebab perut dia montel dan bulu dia gebu dan perangai elok je sopan santun. kencing pun helok. Dah tu ok la aku pun kata dia kucing betina. That's why aku simpan dia dalam umah jajajajajjaa. Sebab aku takut dia bunting cam mak dia kang tak pasal2 aku kena jadi mak angkat kepada anak-anak pippin lagi. Pippin sekor pun dah cukup enough tuk aku layan. 

tengok cara tdo dah la.. x de kesopanan dan kesusilaan betul

huhuhuhuhuuhuhuhuuhuuhuu. Nak gi kasi tak pegi pegi.. at the end, aku baru tau Pippin kucing jantan sebab pakar kucing sendiri check dan aku pun berhuhuhu. Then lepas tu, aku bagi je dia duk kat luar utk dia jadi lebih perkasa..hahahhaha..

i meant dah dia jantan, no wonder lah klu dia panjat siling curi keluar. dah memang lumrah dia camtu kan. konon hebat. hahahaha.

Aku ingat dia penah depress la si Pippin ni. Pasal apa siyes tak tau. Bukannya boley slow talk. Klu boley slow talk aku takut aku yang depress pulak. Sah ke nak bercakap. Nak bunyi miau pun kire bonus la. Dia balik umah moyok. Mata cam menangis. Pastu duk main kat rumah dah. Tido pun dah reti tido kat umah. Malam-malam pulak macam tak liar cam dulu. Elok je tido kat dapur tu. Hoi pin putus chenta ke?

Dulu aku ingat kucing putih tu lover dia lah kan.. sebab duk berkepit 24 jam. kot la. aku as mommy tak approve sangat dengan kaki tempangnya.. tapi tu lah.. dah nampak sangat bestfriend dan malas lah pulak aku nak amik tau hal ehwal kucing ni. dari dia curi2 gi main mane ntah baik aku biar je sbb last2 aku cari diorang duk bersantai belakang umah tak pun kat umah jiran sebelah.. 

Sah kucing putih tu bestfriend dia sebab sekarang pun diorg still kawan lagi siap klu merajok dengan aku dia pegi bawak dri ke rumah sebelah. Kucing putih tu x de la pulak excited tengok dia datang hahahaha.

Ada jugak time dia cuba dapatkan perhatian orang. Dia buat onar. aku pun tak tau la kenapa. Boleh dia gi berak kat dapur mak aku elok-elok aku da sediakan tempat pembuangan sisa toksik kat dia. Mcam saje je tau.  Nak tunjuk dia punya peel sbb time tu time dia suka hilangkan diri. Dah dia balik aku buat dono je sebab makanan aku da buh siap-siap. Oh that time aku busy kot. Outstation. So jarang nampak Pippin ni. Nak membelai apatah lagi.

Nak tau ape dia buat? Dia berak atas katil aku time aku outstation ! Entah camane pintu bilik aku terbukak.anak buah aku kata memang dia ade bunyi macam kucing duk dalam bilik. Balik-balik tengok-tengok ada susuprise dia bagi kepada ku. Ntah da berapa hari yang pentingnya da la time tu aku ngantuk giles, x pasal2 kena bukak cadar, buang najis dia, basuh tilam lagi Oh my Pippin. but WHYYYY :( omma is sad!

masuk bilik nak tido atas katil. aku letak bawah..dengan selumber naik balik. dah la tido siap berdengkur. tepi skit pin.
Sampai lah baru-baru ni. Dia dah buat perangai lama dia balik. Lari dari rumah. Pagi-pagi hilang dari dapur tempat dia bersemayam malam-malam. Aku ingat mak aku lepaskan waktu subuhh tu dari dapur, tapi rupa-rupanya memang dia lari malam. Ya. Pergi bergelut. Dengan bangga buat balik luka hidung berdarah pakej dengan kaki kekcot (tempang) di pagi hari. Orang nak sentuh cuci luka dia tak bagi pastu bawak diri rumah sebelah. Paper je la Pin. Omma is busy.

Sampai satu malam ni, time nak tido aku duk dgr kucing bergaduh. aku agak ni mesti Pippin. Aku gi check kat luar hah memang si Pippin lah duk tengah bergelut dengan kucing oren. Masa aku keluar dari umah serius seram gile suasana dia. Dah macam cite Harry Potter dah. Aku baru tau yang rumah aku memalam port kucing berkumpul. Sekor-sekor berderam fuh rasa macam Voldemort nak datang. Pippin pulak aku tengok dia tengah bergelut macam bertarung betul.. Bukan manja-manja dah ni. Sakit ati pulak aku nengokknya. 

Tapi ini tak mengganggu urusan aku ke atas Pippin. Lagak seperti ibu Nobita, aku panggil dia. Tau takut. So, bila suasana x segenting tadi aku pegi masuk untuk lerai kan persengketaan itu. Kalau diorang cuba berlawan dengan aku, aku tak teragak-agak buka jurus gomu-gomu no jutsu. huh! ingat beta bukan darah pahlawan ke? 

Mujurnya keadaan dah kendur, bila aku panggil Pippin si kucing oren dah lari lintang pukang ke mana dan Pippin pulak datang menyerot ke arah aku. Good Pin. Salah aku jugak yang buh nama dia ala-ala pahlawan Gandalf The Grey. Malam-malam dia ingat dia tengah berlawan dengan Orcs. Dia tu resembles Pippin The Hobbit from Shire je kot. Tak yah nak melebih k.

Tapi.. my gadddd..Dia menambah luka yang sedia ada. Bawah leher n kaki memang berdarah macam kena hiris. oh omma pulak yang rasa nak demam tengok si Pippin ini. bawak dia naik ke bilik dah lap darah-darah tu. malam ni nak tak nak hang tido dalam bilik ini. tak kire. I mengepek (berleter) kepada si S Pippin. Dia akur lah jugak dalam protestnya. 

Dan malam-malamnya aku curi-curi bawak masuk tido dalam bilik sebab tak nak bg dia gi bertempur dah. Ni kalau mak aku tau aku bawak Pippin masuk bilik ni memang kene ngepek dengan omma tittew..eheekkk..

dan kat luar macam aman x de bunyi kucing gaduh. Yang tak aman si Pippin ni la. Bila banyak malam kena kurung dia stat buat perangai jatuhkan barang aku dalam bilik supaya aku bukak tingkap dan suruh dia kuar. what the??

So, as per result. Luka dia memang dah tak boley bawa bincang. Aku pun carilah klinik hayawan untuk merawat luka Pippin ni. Mujur ade kak Fieza yang guide and bagitau aku psl JPV Telipot ni. Siyes aku tak tau pape. Ritu Pippin patah kaki pun aku balut sdiri. Alhamdulillah membesar dengan jayanya sampai ke medan tempur. Tapi part luka-luka ni.. I is tak boleh.. ngilu kot.

Pippin what happen to you?

Pippin dah diagnosis penyakit Sporotrichosis. Dalam banyak-banyak penyakit. Penyakit ni paling bahaya untuk kucing. Bahaya dia memang boleh membawa maut dalam jangka masa yang panjang. what??????????????? Pippin what you have done??

Siyes aku tak tahu. Siyes aku insan yang lemah. Siyes. I don't want Pippin to leave me yet.

Doktor (doktor  ke kita panggil veterinar) tu bagitau simpton Pippin ni memang dah ke situ. Dan cara rawatan dia hanya lah dengan makan ubat. So untuk itu, aku kena kuarantinkan Pippin daripada orang dan kucing lain. Doktor kata dia dapat penyakit ni berkemungkinan dengan dia duk bergocoh dengan kucing-kucing liar lah. Luka yang tak sembuh tercampur pulak dengan luka bergelut dengan kucing liar jadi dapatlah penyakit ni. 

Sobsobsob. Sepatutnya aku terus bawak Pippin gi jumpa vet awal-awal lagi sebelum luka-luka lain jadik. Walaupun Pippin banyak cakadak. Tapi dia tetap kucing aku.

So, doktor tu suh bagi makan ubat tu sebulan tgkcamane perkembangan luka dia. Ubat tu aku fikir dos kuar kot sebab boleh merosakkan sistem hati so doktor tu suh bagi ubat tuk rawat hati jugak.. oh Pin. Bertabah lah dengan ubat-ubat ini.

Pin.. cepat la sembuh. Omma da beli travel bag dah ni tuk hang. 😭😭😭

Pin jangan tinggal daku. Pin naanti sembuh let's go Jeju together. Pastu I nak tukar nama u. I is tak boley tengok you ganas semacam cam Gandalf. Gandalf tu tak pe dia wizard. U kucing kampung je. tau. Jadi kucing kampung je.

So, alang-alang u dah miserable kan idup I ..

I nak buh nama you Danny. Yes so sesuai. 



Khamis, 3 Januari 2019

Selamat Tahun Baru 2019 !


.:Assalamualaikum:.

Anyeong cingguuyaa..

Rasanya tak terlambat lagi nak wish to my cinguya HAPPY NEW YEAR 2019 !.

Alhamdulillah, cepatnya masa berlalu tup tup dah masuk tahun baru. Banyak sangat cerita 2018 terlakar cam 365 hari setahun cam tak cukup lak.. hikss.. kena suh bumi pusing slow2 bagi lambat skit hari bertukar.. adeh.. pelik lah jadinya =.="

Takpe lah.. janji badan sihat otak cergas, all is well. Aminn..

Tahun 2019 ni harap-harap menjadi lebih cemerlang dari tahun lepas dan resolusi lebih banyak dicapai. Sebut pasal resolusi tahun lepas. Eh ape citenya.. hikss..kemain 60 list lagi resolusinya.. Tang resolusi tu nanti kita bukak entri lain tau. hee..

So, jom kita tengok antara memori yang sempat terakam sepanjang proses pembesaran di zaman 2018 ni. 

Perasmian Perpustakaan Sayyadatina Hafsah
First program ever untuk tahun 2018. Terlibat sebagai ajk sukarelawan bahagian Pentas Bawah. Perpustakaan ini berada dalam PPAK kat Kota Bharu.

melepak bawah Atas Loteng
Happy giless sebab dah dapat katil idaman Loftbed syle. Memang gayanya melepak bawah ni lah selalu. Sepatutnya bawah ni gelap gelita tapi mujur kat MR DIY ade jual cam lampu siling tu. Lampu tu dalam mini saiz yang dah ade plug terus. So senang kerja tak yang nak diy diy sdiri hiks. Best betul melepak bawah ni time cuaca hujan lebat dan sejuk. Time ni sejukk giles so, sweater kuning ni lah yang jadi mangsa..hikhikhik.. comel je ade telinga kat situ...kuikuikui

join program Santai Sang Puteri anjuran Pejabat Dun Chempaka.
Best join program ni. Bukan selalu nak merasa jenjalan jelajah daerah sendiri. Time ni Pejabat Dun bawak gi jenjalan pegi Rantau Panjang. Aku ni nama je anak jati Kelantan, tapi nak kata jalan-jalan makan angin kat negeri sendiri ni sangaaatlah sikit. Perantau jalanan lah katakaaaan. So kesempatan yang ada ni gara-gara masuk PPWK jangan ditolak. Siap pakej jadi photographer lagi. kekekeke

Jenjalan Pantai Senok akak Pulau Nami Kelantan

Grow up with family is all you need. Datang sini dengan family makan aiskrim, ambik gambar reramai pun boleh jadi bahagia tau even benda tu small the pieces.

Jenjalan makan angin menyusur ke Pulau-Pulau sekitar kawasan Tumpat. MIB cruise.
Yang ni lak kak long belanja sekeluarga naik perahu galah kat MIB (tepi restaurant Pok Mat Teh Madu) menyusuri pulau-pulau sekitar. Antaranya Pulau Beluru, Pulau Duyung(?), Pulau Suri dan lain-lain aku pun lupa daaa..

Kitorang berenti makan tengah hari kat pulau mana ntah. Kire tu pit stop untuk menikmati hidangan makanan tengah hari ala pulau. Best sangat sebab satu famili datang sesama (5 perahu galah). Pastu beraktiviti basikal kat situ sementara mengunggu makan.

Best sangat sebab ade bonding time kat situ n plus tak pernah lagi naik perahu galah menyusuri denai-denai kecik. Pastu terbendang laut luas kat depan. Fuh.. ingat kat negeri orang je camtu. Tak sangka negeri sendiri pun ada tarikannyaa..

Masjid Kristal
After PRU14, my brother ajak jom kita jenjalan pegi melawat negeri adik kita... Gittew. Mentang-mentanglah Terengganu dah bawah pemerintahan yang lain, terus diajak berjalan..kekeke.. Terengganu jugak antara negeri yang jarang dijejaki. Ingatan yang ada pun sekadar ingat masa darjah 6 lapan sekolah lepas UPSR gi Planterium. huhuhu. My brother ajak ni ape lagi. 5 minit boleh bersiap segera. 

Terengganu sangat bersih. Aku kagum lah camane orang terengganu sangat pembersih orangnya. Tak pelik la kak nisa ni suka berkemas je time duk rumah sewa dengan dia dulu.

Santai Tepi Pantai
Again. Hang out with PPWK Cinguya. Ni pun antara program Pejabat Dun Chempaka. Sambil BBQ sambil isi dengan pengisian hati.

Iwa call to the bar
Tahniah la diucapkan kepada adik aku ke 14 ni. Secara rasminya dah menjadi LAWYER. Miss lawyer in the house mengikut jejak abang sulung aku. So, ape lagi join lah sekaki nak rasa kemeriahan ceremony ni. Turut serta abang aku yang sulung, Loya Soho..kekeke

ayah chik nak try selfie dengan handapon baru
Haa..antara memori terlakar bersama sepupu sepapat, pakcik makcik, anak buah adik beradik. CAmni lah selalunya suasana yang berlangsung kalau ada majlis kesyukuran. Kalau selfie tak sah semuaa pun nak masuk..kekekkee..

Majlis Pertunangan Kak Chik Nahawan
Hmm.. bila nak ikut jejak tak tau. Orang dah langkah bendul pun biar je la ><"
hik hik.. pas sorang-sorang bakal menamatkan zaman bujangan mereka tapi aku masih sendiri...hahaha

Tahniah kak chik

Dress To Success with Amin Idris
Tu la untuknya bersama PPWK. Ni antara program anjuran MPKB-BRI yang sempat disertai. Banyak pengisian yang menarik tapi part jumpa Amin Idris tu yang ditunggu-tunggu..  kikiki.

Perkahwinan Lee Seul-Khalid
Public Figure yang menjadi perhatian sebab study-kerja-kahwin dengan orang Korea, Khalid antara yang mengisi memori 2018 aku. Tak sangka family aku attach dengan diorang (actually mula-mula attach edngan Khalid je) disebabkan oleh program negeri yang menjemput Khalid sebagai speaker time tu. Lepas Khalid kawin dengan Lee Seul, diorang still lagi contact dan jemput ke majlis kawen. So ni first time aku jumpa diorang secara face to face. 

Disebabkan diorang attach dengan family aku, makin membuak nak balik duduk kelantan. hahahahaa.. Aku pun nak jugak bersembang dengan Lee Seul dalam bahasa Korea..Kekekekke

Sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri di PPWK Chempaka
Diorang adalah sahabat seperjuang dalam memberi warna sepanjang duk Kelantan ni. Pelbagai umur dan latar belakang. Alangkah indahnya kalau cikgu Sheda sempat merasai saat ini. Al-fatihah buat arwah cikgu ku sayang. Semoga cikgu bahagia di sana.

Dann..banyak lagi memori yang rasanya tak habis untuk di senaraikan. So..tempek je gambar heee..

Jadi braidmates kak chik

Khalid & Lee Seul datang beraya. Semua nak amik gambar dengan diorang

My baju raya own sew..yea
Play Salon with puteri
Done. We are now alumni PPWK.
So.. tu antaranya yang jadik 2018.
2019.
semoga lebih baik..

bai..

Khamis, 5 Februari 2015

selamat tahun baru 2015!


.: Assalamualaikum:.

Hai semua.. haha.. wujud lagi rupanya blog beta.. post pertama untuk tahun 2015..kekeke.. selamat tahun baru semua.. walaupun sedar tahun baru berlalu selama sebulan 4 hari tapi masih lagi nak wish.. ntah apekebendo lah beta ni.. haha.. baru bulan februari ape.. still di awal tahun ape..la la la..

yeah..yeah. beta sedar beta tak menyonteng blogni hampir 2 bulan kan.. so.. ade sesape windu wink wink kat i tak.. kalau tak windu wink wink kat i pown x pe asal windu nak membaca gaya mengarut beta mengarang careta.. kih kih kih..yang tu paling penting selain korang tekan iklan-iklan nuffnang yang ade tu..ho ho ho..

banyak benda terjadik sebulan dua nih.. sampai x nyempat2 nak bercareta kat sini.. ye lah banyak sangat sampai blank otak beta.. sekarang pown still blank..dan tak de mood nak mengarang.. tapi disebabkan mata beta yang tak mahu pejam.. maka.. beta memaksa tangan beta menari di atas papan kekunci ini..

okei la.. okei la.. kita summarize je lah ape yang terjadik sejak kali terakhir beta menulis ye.. tak de benda sebenarnya.. biasalah sebagai student mithali mak sedara yang sejati.. ari-ari beta mengadap proposal disertasi-jumpa mama su selaku supervisor beta- meeting-kelas- baiki proposal lagi-jumpa mama su lagi-exam- dan tetiba.. negeri beta dilanda banjir besar.. fuh..yang banjir tu memang tak sangka jadi sangat teruk.. memang sepanjang idup beta.. negeri kelantan tak penah kena banjir seteruk tu.. tiap-tiap tahun banjir, air limpah skit sini sana..perkara biasa lah.. tapi tahun lepas.. seluruh kuala krai jadi lautan..subhanallah..kerja Allah.. sape kita nak tolak..

anyway.. bukan kelantan je yang kena banjir.. rentetannya.. sampai awal tahun ni pun negeri-negeri kat pantai timur teruk ditimpa banjir dan serawak yang tak penah banjir pun.. ditimpa sama..

masa kelantan dilanda banjir teruk tu.. sama tu musim study week.. tapi sebab penang-kelantan tu tak dekat.. mana-mana info pasal banjir haruslah memenuhi news feed fb beta.. study week terus jadi scroll week.. setiap minit dan saat duk scroll je keja beta..bimbang la..sape x bimbang semua sanak sedara, adik-beradik,famili.. crush-crush semua kat sana..hohoho.. alhamdulillah tahun nih.. kampung beta pulak yang tak banjir..biasanya banjir la jugak sehari dua..air laut pasang.. tapi baru ni.. air bah x de pong!

abes je exam 31hb.. 2 hb teros chow balik kelantan.. balik ngan flight sbb masa banjir tu dengar cite jalan grik x leh lalu sbb tanah runtuh. punah harapan nak ke kl, kononnya nak hopping kesana kemari dengan adik beta..sambil tunggu adik bongsu beta abis exam..kononnya la.. last-last amik keputusan balik kampung..alang-alang..mane tau bley rasa gelombang ke 3 pulak..hoho.. tapi walaubagaimana pun.. gelombang ke 3 tu x menakutkan cam gelombang ke dua.. so.. beta x sempat nak merasai kalut malut bah besar 2014.

duk kat kampung... spesificnya kampung sabak ler... cam biasa..hari2 normalku bila di rumah..bersama2 che , ayah.tokku som, tikah, abe e, abe yi.. dan tetiba.. une ada kat umah.. huh!..hampeh.. balik kampung x oyak pong! dah la duk penang..x rajin pown bawak aku derat..desis hati beta terhadap kekanda yang ke 11..

tapi rasa sunyi gop bang bil x dop kat rumah.. mace.... x lengkap.. gitewww... bang bil kan egypt
loni.. hilir gituww..hoho.. untung laa bulih main salji makan strawberi..

kehidupan kat rumah bangun tido-breakfast-laye tok ku som- crochet-gi kbmall- sepetang bersama anak buah- nyipe dapur- maharaja lawak mega (1st time aku jadi peminat MLM..haha)-misi bantuan banjir-tido

(eh.. biasa akan gi pantai..)

ho ho ho.. abih-abih pong duk perang nga tikah n iwa.. haha..~

 tapi.. x sempat nak rasa boring duk kat umah.. tetiba..sekarang.. masa ni.. aku berada kat penang.. tanpa aku rasa bersedia nak kembali....sadis.. tapi.. tak apalah demi mu.. disertasi dan usm dan mama su.. soob...

 nak balik~..sobbbbbbb..


gambar??.. urm.. imagine je aku tengah senyum..nge~




Jumaat, 21 Ogos 2009

salam ramadan

masa : 9.15 pm
tempat: bilikku~
suasana: malam ramadan yang penuh ketenangan~..

.:dengan menyebut nama Allah
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani:.




ramadan yang dinanti kini menjelma..
semoga barakahnya menerangi hati seorang hamba untuk mendamba kasih Pencipta
bulan yang sangat istimewa...
semoga kita bersama-sama manfaatkan kehadirannya..


++++++ selamat menyambut bulan ramadan ++++
buat semua muslimin muslimat seluruh dunia terutama
keluarga tercinta
sahabat setia
kampus ceria~





link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...