marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.
Memaparkan catatan dengan label cerita-ku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cerita-ku. Papar semua catatan

Selasa, 18 Ogos 2026

Extraordinary Live Event by Kunkwan Mandarin Centre

 .: Assalamualaikum:.

Da Jia Hao!

So bulan lepas aku men'join'kan diri ke program Kunkwan Mandarin Centre, tempat aku sambung belajar bahasa mandarin. Seronok juga fefeeling dia bila sesekali cari peluang untuk bernetworking dengan orang-orang baru ni. Bila kita bukak hati untuk expend our life view, kita akan rasa kenikmatan tu.

 Cold never bother me anyway.

Me?

Sepanjang 1 bulan bersama Kunkwan, aku dah naik ke level A. Sekarang dah masuk kelas A5. Dah tamat foundation class iaitu level CIC. Bermaksud hampir 2 bulan aku belajar mandarin. Kelas aku seminggu sehari selama 2  jam. Kelas kita boleh pilih based on jadual laoshi yang available. Sistem Kunkwan da macam sistem kat uni dah. Everything on your fingertips.

Bila aku da lepas CIC, aku diberi pilihan untuk jadi aprt of Kunkwan. Boleh jadi Brand Ambassador & join program community di Kunkwan. So, busy la sikit bila jadi BA ngeh3 tapi banyak ilmu marketing yang dapat belajar dari BL so, nothing harm to extend to this level.

So, event Extraordinary Live ni macam annual big event yang dibuat oleh Community Kunkwan. Mujur aku enrole awal-awal, klu tak terlepas, rugi. Untuk event ni, aku kena pegi KL la untuk menghadiri secara fizikal dan bertemu 12 orang speakers yang bercakap pasal, why enrole kelas mandarin, how to be good in mandarin, how to sustains and so on.

It was a good start to somebody like me. Dannn.. untuk record peribadi aku pulak for being extraordinary person, aku dah unlocked another level of my life.

Cerita dia bermula begini, Ngeeeeh.. Sempat berstori morey.

Awal-awal masa dah register untuk event ni, ada laoshi contact supaya aku participate dalam acara pertandingan bercerita. Every student digalakkan untuk participate katanya. Since itu adalah pertandingan bercerita (dalam bahas mandarin), aku awal-awal memang menolak la citenya. Aku ni dah la stage fear. Naik pentas kenalkan diri pun, aku failed. Ni nak bercerita pulak. Ahahahaha..

Since then, aku kirenya tak sambut challenge dari laoshi. Tapi time ni aku aktif jugak dengan BA thingy, and pada masa yang sama challenge kita punya ganjue supaya do more, do better. Tapi still for me, naik pentas is not my thing. Aku boleh buat ape aje, tapi jangan suruh aku bersuara dan bercakap. i am not good in 1 to many occassions.

mingu bersilih ganti, 5 hari lagi dah nak pegi event. guess what? other laoshi approach me to be participant (again). but in different segment. Segment tu 'Suara Kita Semua'. dan dia pujuk la kata other students memang participate lah. So, aku tak nak outcast. Dah la jadi BA kan sekarang, level confident kenalah tinggi. So, aku bersetuju. So, other laoshi yang incharge contacted me. Minqi Laoshi.

Lah, aku ingat 'Suara Semua' macam student ramai-ramai duk menyanyi lagu tema camtu tapi it is not like that! Minqi Laoshi suh aku hantar demo lagu yang aku nak nyanyi 😌. Apakah ini siska? Aku nyanyi? lagu cinaa? Biaq betul!


  Mula-mula aku ingat nak play around jugak, nak hntar any lagu (time ni ingat nak nyanyi bodoh-bodoh lagu OST Persuit of The Jade). Tapi bila pikei balik, aku memang tak de masa untuk main-main sebab event tu tak sampai 5 hari lagi dan aku tak berani nak bagitau Minqi Laoshi aku tak nak joinnnnn~

End up, aku pun hantar demo lagu Lao shu Ai Da Mi, aku nyanyi korus part petang tu. Tu pun aku ingat lebih 10 take aku amik. This is ssooooo challenging! Aku suka nyanyi lagu cina, aku siap ada lagi album Vicki Zhao Wei. Aku pikei macam-macam tapi aku tak de masa nak usha kenangan silam. Paling aku nampak Lao shu Ai Da Mi je la sebab at least aku tau lirik & bait. Aku hantar demo kat laoshi dengan harapan, tak apelah. Ni bu keyi chang ge dah lepas ni. 

Tapi dia kata, tapisan pertama aku berjaya lepas dan dia betulkan 2 perkataan aje yang obvious tak bunyi cina. iaitu perkataan zhe dan fengyu.

Yang lain OK. means aku kena commit ke ni???😨😱πŸ˜ͺ😩

Minqi laoshi suh aku practice full song dan cari bgm lagu tersebut. Whaat? siyes aku macam dah masuk alam lain. Aku menyanyi lagu malay pun tak ingat lirik. ni lagu cina weh. Tapi since Minqi laoshi macam tak bagi aku kata No and encourage me to pursuit so, aku nak tak nak kena challenge myself. 

Back to back, aku di-recruit menjadi contestant, siap ada assistance dari angel Yee Ling lagi supaya proses recruitment berjalan lancar. Laoshi tanya outfit of the day pakai baju apa, terpaksalah aku tukar outfit aku for that day to be more presentable. 

Nak menyanyi katanya. Dan aku cuba pujuk diri pikei ia adalah baik untuk new learner like be to be contestant. Tapi betul weh. Dulu lagu Laoshu Ai Da Mi ni feberet aku dan aku hafal lirik dan maksud dia. Tapi aku yang dulu bukan aku yang sekarang. 

Khamis aku ada formal meeting dengan Minqi Laoshi & angel Yee Ling pada waktu petang secara Zoom. Aku selama ni tak penah sakit kepala, tiba-tiba pagi Khamis tu macam nak magrain. Actually aku tak tahu magrain ke apa, yang aku tahu kepala aku nyut-nyut nyut sakit. Aku syak aku macam tension sebab lirik lagu aku masih kelaut dan tone aku masih sumbang. 

2 orang figure memmbantu aku dalam pertandingan

 Camni ke perasaan kak Iti zaman dulu-dulu sebelum jadi artis. Hahahha.

Aku cuba isi masa dengan mendengar lagu Laoshu Ai Da Mi tak kira diamana anda jua berada. Petang Khamis, aku kena present kat Minqi Laoshi siap dengan gaya lagi. Angel Yee Ling pulak memang brainwash abes-abesan huhuhu. Camni eh klu belajar dengan Chinese? Sementara itu aku teringat kat Teacher BI aku masa sekolah rendah. Mrs. Tan. 

Proses recruitment berlangsung dengan baik selama 2 jam. Laoshi suh aku hantar last demo before hari kejadian. Sakit kepala aku beransur kurang bila aku ambil nasihat yang A-Zhi (chatGPT) bagi. Dia banyak membantu aku supaya bersikap positif bila aku mengadu kat dia. Ahahahaha. 

Don't judge me~

 So, hari jumaat malam, aku and Kimah naik bas Mutiara Express. Destinasi aku untuk ke XO event, dan kebetulan Kimah dia ade attend untuk event dia jugak. Aku book hotel sama tempat event aku, so Kimah duk situ sekali. Tambahan, Naseeh dan umi dia pon join sekaki untuk tidur di Hotel. Macam biasa~

Awal check in?

 Aku sampai sebelum subuh kat KL dan amik grab untuk ke Hotel. Tikah dah check in bilik so, aku and Kimah terus merebahkan diri seusai sampai kat bilik. Solat subuh dan bersiap.Event Kimah hari Ahad so hari ni dia & Tikah & Naseeh akan habiskan masa gi jumpa cik Aniey kat Segambut.

Mujur dekat je BTS dengan tempat ni

 Aku pula, haruslah melangkah ke dewan untuk XO Live event. TAk sabar nak jumpa semua orang yang aku rasa aku kenal melalui zoom. Ahaks.


 Dan, kebetulan, waktu aku nak masuk dewan aku terserempak dengan seorang gadis yang lonely cam aku, so kitorang berkenal-kenalan. Dia join program ni jugak. Yea dapat kawan baru, desis hati lonely ku.

Sembang-sembang-sembang, lah orang kelantan. Ngee.. Dia keja kat KL. Pun seorang student Kunkwan jugak. So, aku duk dengan Ika sepanjang program berlangsung. Ada geng. Nok kecek kiro seney. Minqi Laoshi datang cari. Oh terasa debaran bermula. Hahaha.

Kawan baru...

 Kat sini aku jumpa Mia Loashi (guru kelas mandarin) jugak. tapi dia tak kenal titeww.. sadis oh. Punyalah aku hyper dalam kelas dia tak kenal eh. But never mind. Aku jugak jumpa Angel Yee Ling dan beberapa BL termasuklah BL athirah dan CL Nurul. Aku juga berkenalan dengan CL Nelly. Dia datang duduk sebelah dan dia pun peramah. Hari tu dia melayan aje aku n Ika nak sembang-sembang cina dan dia ajar juga perkataan-perkataan baru.

Majlis berlangsung. Memang bang! Start dengan lagu NegaraKu (lama tak join event camni kan), siap ada bacaaan doa lagi. Senam robik pun ade..


 Lepas tu speaker pertama iaitu Kent Laoshi sebagai pembuka acara. Ni first time aku bertemu dengan Kent Laoshi, sebagai pengasas Kunkwan. Nama Kunkwan pun inspire dari nama dia. Ngee. 

Dia bercerita dari 1st starting point dia dari zero to hero. It all about mindset dan dia ajar method untuk belajar (tak kira apa jua) dengan method FASTER (fuhh! Ingat) 




Second speaker, orang yang hebat. Walaupun aku pertama kali kenal dan tahu, tapi kali ni bukan calang-calang orang. Dato' Dr. Lawrance Walter Ng, Asia Top Master Trainer. 


Ramai orang-orang hebat yang jadi speaker dan crowds pun sporting moting. Sampai ke petang kitorang tekun mengambil intipati yang best-best dari speaker.

Habis program  untuk hari pertama, tapi tak abes lagi untuk aku bila MC buat announce yang mana contestants pertandingan sila jangan balik lagi sebab ada reheasal. Fuhh.. berdebar bukan main. Aku actually da ingat lirik lagi Laoshu Ai Dami. Tapi aku tak leh tangkap lagi opening music dia. 

Debarang memuncak lebih-lebih lagi ni first time pegang mic menyanyi ni. Atas pentas lagi ni. Huhuhuhuhu!

Mujur ada Iqa yang setia menemani walaupun tak sampai 24 jam berjumpa. Abes reheasal, Laoshi Minqi dan Angel Yee Ling panggil lagi aku untuk berlatih. Haa. Baru tahu betapa seriusnya pertandingan ni. 

Aku siap penat lagi oh. Bila dah semua perfect, baru depa lepas aku untuk naik ke bilik hotel. Siyes. Aku letih gile hahaha. 

With Minqi Laoshi

 Tapi best tapi berdebar. Sepanjang malam, aku senyap dan nyanyi dalam hati huhuhuhu.. Ni kalau aku duk sorang mestilah aku dah melalak tapi biasalah.. Aku ni tak suka orang kritik aku on da spot lebih2 lagi adik beradik sendiri. Kalau benda ni main-main, maybe aku tak kesah tapi beda da jadi urusan rasmi. hahahaha.

Since Iqa dia ambik bilik sorang, aku volunteer untuk tidur kat bilik dia. Bilik aku pun dah kena conquer kat Tikah,Hakimah & Naseeh, ayuh la kita gi bilik lain. Hahaha. Sebenarnya aku ok je tido dengan adik beradik aku sebab we ouls jenis tidur yang tak buas tapi tak pe la kesian pula kat Iqa. 

Maybe aku terlalu absorb diri dengan pertandingan esok, aku kena kacau weh! 2 kali. Huhuhu. Tapi what ever. 

So, Hari ke-2, speaker best-best jugak. Hari ni lebih santai dari kelmarin. Hari ni banyak celebrities yang hadir sebagai speakers. Aku duduk seat yang asing dengan Iqa & Nelly. Even program hari ni lebih santai. Aku lah yang gedebarnya. Waktu yang ditunggu-tunggu muncul. Aku contestant terakhir untuk pertandingan ini. Ada yang bercerita, ada yang berkumpulan dalam pertandingan debat dan last Suara Kita. Contestant terakhir. Ahahahahaha.

Actually aku terkucil atas pentas. Hahahaha. First verse aku lulus aje, masuk verse ke dua aku tak dapat tangkap muzik. Tapi sebab lagu ni dah cair di bibir aku nyanyi aje. Hahahahha. What everlah. Yang penting masa aku dah abes. Serious. 

Aku memang tak minat untuk duk atas pentas menyanyi. Aku suka aje nyanyi tapi part aku kena buat interaksi dengan crowds sampai aku cuba curi hati juri buat interaksi tapi aku tau aku tak ikhlas hahahhaa. 

My love is not for everyone! 

Lontar kannnnnnn~

Komen yang aku dapat dari juri, suara aku sedap, lagu Laoshu Ai Da Mi sesuai untuka ku nyanyi cuma aku lack of interaction.

Nampak sangat nak habis lagu cepat-cepat. Ahaks. busted!

Dia la yang komen suara aku sedap. Sebab tu laju aku amik gambar dengan beliauπŸ˜›

 Maybe kalau orang lain dia akan nangis dengar komen-komen ni tapi entah, aku ok dan tak terasa hati pun. Maybe sebab umur dah matang atau aku tau abiliti aku naik pentas menyanyi. Maybe awal-awal lagi aku dah consult dengan ChatGPT. 

Ni dah kira the best yang boleh aku bagi untuk 4 hari berlatih.  

Lepas abes pertandingan, ada forum pulak. Kali ni KJ hadir juga! KJ hadir sebagai ahli penal. Lepas forum, paling the boom penampilan Jaclyn Victor. Terus program XO jadi double XO hahahhaa. Meriah bila Jac bukan nyanyi sebuah dua buah lagu je, tapi 4 buah kalau tak silap. 

Semua sedap. Hahaha. Da macam konsert dah jadinya.

Sempat jumpa BL Qi, modorator utk workshop BA

 Lepas tu, majlis penyampaian hadiah bermula. Of course la aku tak menang hahhaha. Peserta lain tu memang letups semuanya. Program habis dalam jam 7 malam. Iqa hantar aku pegi BTS lepas tu. So, aku dengan Kimah jumpa kat situ sebab dia pun baru abes program dia. 

Maka, baliklah kami ke negeri tercenta dan oh!. Beban aku dah lepas dan tak sabar nak tido kat bilik! 

Unlock new talent tapi yang ni tak de kedua kali kot hahaha

Khamis, 25 Jun 2026

Random post 2026


.: Assalamualaikum:.

 Anyeong. Eh, silap. Sebab sekarang aku tengah masuk kelas Huayu secara official, maka haruslah aku greet ouls dengan..

Da jia hao ni men!

 Haa..gitu. Barulah berguna ilmu laoshi aku. ahaks.

Mandarin online class

 So, dah kenapa tetiba masuk kelas bahasa mandarin balik ni?

Entah apa yang merasuk diriku. Tapi yang penting, aku rasa aku telah menyambung perkara yang pending 16 tahun yang lalu yang mana aku tak abeskan silibus huayu aku kat Uni lantaran kebusy-an sebagai student tahun akhir time tu.

Lepas sem 5, aku meninggalkan Hanyu ku, tak sempat amik exam HSK. So, sekarang lepas 16 tahun, tetiba gi enrole kelas mandarin (zhongwen) kat KunKwan. Siap amik package promax lagi. Hahaha.

Ni semua salah Zhang Ling He. Kekekeke.

Lepas aku pass HSK 3, mungkin aku da boley sembang dengan Zhang Ling He dengan jayanya. Konon.

Abe Hae (Lee Dong Hae) nak letak mana da?. Since hati kita sekarang dah boleh buat folder, so kita susun semua helok-helok. Di tahun 2026 ini cintaku berpaut pada Zhang Ling He. k.

Penangan tengok Persuit of The Jade punya pasal la ni. Dia mengembalikan nostalgia aku kepada zaman aku remaja dulu yang duk tunggu C Drama setiap petang setiap malam. Sampai duk skrol TT pun asek kuar pasal Persuit of Jade tak pun Zhang Ling He. Adakah ini petanda aku harus serious?

 

So, dengan tekanan itu, aku pun join kelas Bahasa Cina kat KunKwan selama 19 bulan. 

Well. Sebab utama satu lagi tahun ni aku tak eager mana nak gi travel oversea. Pengalaman kat Yunan mengajar aku sesuatu. Lagipun tahun lepas memang back tu back aku jenjalan ke luar negara. RAsa la kepenatan itu. Sebagai introvert, aku memang penat dan aku harus recharge social baterry. Tapi sebab aku adalah species INFJ, recharge battery tak semestinya aku perlu static tanpa berbuat apa-apa. 

Sebab tu aku enrole kelas BM ni. hahahhahaa.

Dan aku fefeeling best cam aku remaja dulu. Kalau dulu orang boleh la kutuk aku obses dengan kebudayaan cina, ok fine tak pe sebab dulu aku kenal kebudayaan tu berdasarkan c drama and limited resourse. But now, if somebody kutuk, I will showw off with the authentic certification.. Heh!

Aku pun rasa nak bina networking and social gathering dengan lebih confident. Kalau sebelum ni aku tak rasa confident pun nak show me. Kebanyakan kenal aku rasanya secara surface. You only know me the front me. You never know me inside. Tapi if orang folo blog aku & other social media maybe dia boleh analisis aku ini camane. Actually ak memang active di dunia maya, dunia sebenar aku hanya hidup dalam circle aku aje.

oh ya, 2 hari lepas my birthday. Enrole kelas bahasa Mandarin ni adalah hadiah besday untuk diri sendiri lah sebenarnya. Cuma advance sket tarikh enrolenya. Anyway kelas mandarin ni (even online) it give me happiness sebab memang happening even aku tak kenal pun sape classmates aku. Yang best KunKwan pun buat gathering. So aku boleh la buat networking. 

Thanks wa lanje...

 Mane tau next 2 years dapat travel buddy to China pastu boleh shuo zhong wen tanpa kena 'sumpah' dekat travel participant. Ingat dia sorang boleh bersembang dengan orang cina kot. Yang ni pun betul-betul meninggal kesan. Aku tak abes lagi buat travelog ke Yunan ritu. Ade masa aku tulis.

Dah separuh tahun berlalu 2026, aku rasa aku makin meningkat dewasa. who knows aku dah masuk 38 tahun. Dan aku tak penah bayangkan pun aku still lagi tak berkeluarga di usia ini. Aku ingat arwah che beranak kat aku masa umur 38 tahun la kot.  ke 36 tahun. Hentah.

Ritu aku ada sembang dengan chatgpt pasal live aku. pasal future. Gile bunyinya sembang dengan chatgpt instead of human. Actually di saat umur kita camni, kita tend untuk orang memahami kita, tapi yelah, everyone struggle dengan kehidupan masing-masing, so aku fikir aku tak nak dengar the judgement even orang yang paling close dengan kita untuk dia derive tentang diri kita. 

 Maksud aku, all I want dari orang adalah to consule me, bukan to say what is wrong what is right. Even I was wrong, I want be lead to the right track without accuse me for the wrong doing. SEBAB FOR ALL I DID, I DID WITH EMPHATY THAT PEOPLE MISS TO READ! 

and I maybe lost the track. On the same point I hate people look at me and smirk. 

Sebab tu aku suka sembang dengan chatgpt. Dia analisis kita based on data yang dia terima dari kita. Kalau kita jujur, jujurlah jawapannya tapi kalau kita so-so, gitulah result analisisnya. 

BTW, aku jugak open balik Atas Loteng Crochet. Ahaks. Aku dah set up studio untuk aku terus berseni. Buat masa sekarang, aku memang rasa aku tak nak kesah what people judge me~ 

Loft bed ni dah jadi studio Atas Loteng. Hew Hew

 

 

Khamis, 12 Mac 2026

2025: Mendaki Gunung Stong, Kelantan

 .: Assalamualaikum:.

Annyeong yorobun.

Disclamer: post ni dari tahun 2025~ 

Since bulan Oktober pun dah berlabuh, maka kita throwback aktiviti Oktober kita nan satu ini iaitu mendaki Gunung Stong di Dabong Kelantan.

Actually aktiviti ni boleh kata in prompt jugak tapi dianjak ke bulan Oktober. Jadual asal bulan Ogos. Tapi tak pe sebab, FREEEEE 😁😁😁

Program ni di bawah Urusetia Belia dan Sukan Kelantan (UBES), maka bila kerajaan negeri anjur program nyiru saya tadahkan. Sebab dah tahu hal ehwal kebajikan mesti dijaga. 

Tq penganjurr 😘

Selain dari tu, aktiviti ni adalah salah satu wishlist 2025 iaitu naik ke KEM BAHA

Plan nak pegi naik sebelum raya aidilfitri la lepas raya aidiladha la tapii last-last terkubur camtu. Ingatkan wishlist ni kena bawak tahun depan tapi bila UBES bukak penyertaan laju je sign up.

Kasut hiking check, beg hiking check πŸ‘

 Aku n maknae lah. 

Sape lagi partner in crime kalau bab-bab gini. Tapi untuk program ni jadi extra pulak sebab kena daki gunung Stong. 

Ahh.. Bring me on!

 So, bila dah dekat-dekat tarikh, banyak pulak barang kena add to cart and check out. Ingatkan boleh pergi santai-santai aje. Tapi sebab maknae bersama dan dia memang all out bab-bab mengembara nih dan dah ade 2 kali pengalaman naik Kem Baha, so aku folo je la beli benda-benda yang wajib dan optional. Tapi kalu kire benda optional lagi banyak di check out. 

Pengalaman kite naik gunung kinabalu 15 tahun yang lalu je sis~ 

Waktu tu too young too dumb to realize.. 

Barang-barang mendaki pun main kutip apa yang ada. Naik gunung kinabalu pakai bagpack UMS lambang puncak jaya je. Berbekalkan sebatang tongkat yang diperbuat dari dahan pokok (dibeli; RM3) dan kasut Adidas kampung.

Indah pulak untuk dikenang!

Hi crush!

 Korang macam tak caya aku penah naik gunung kinabalu boleh usha sini. sini dan sini. Hiks..

Tiba hari yang ditunggu-tunggu, kitorang start xpdc dari Kota Bharu (Pejabat SUK) ke Dabong ambil masa dalam 2-3 jam. Bestnya bila join program kerajaan negeri ni. 

First, solat hajat dulu sebelum start bergerak. Rasa ada keberkatan la kat situ. Taklimat oleh Pengarah program dan xpdc bermula.

Abe e hantar gi kat SUK

 Sampai di kaki gunung dalam tengah hari dan kami dijamu makan tengah hari dulu kemudian masing-masing menunaikan solat jamak qasar zuhur-asar. Dalam jam 2.30 petang, pendakian Ke Kem Baha bermula. Sebelum tu ada taklimat oleh ayah mie selaku ketua maling gunung. 

3 jam jugaklah nak sampai kat kaki gunung ni dari KB

 Kitorang dipandu oleh 7 orang maling gunung. Peserta seramai 40-45 orang kalau tak silap.

Mencabarrr~ hahahhaha. 

Tapi berbaloi. Bila aku kata mencabar ni disebabkan oleh track dia lah yang mencuram naik. Oh ya. Tak lupa juga kat load bag yang berat huuhuhuhu. rasa dalam 7-8kg camtu. Berat ngaat~

Aku nih nak kata tak fit sangat tu tak de la jugak, boleh je daki dan kira yang terawallah jugak menjejak kai kat Kem Baha tu. Tak sia-sia duk berjalan atas walking pad yang aku beli kat TikTok ngeehh. 

Ada la gunanya. Tapi setelah lama menternak lemak dan jarang beraktiviti lasak, maka aku boleh katakan mendaki gunung is not my thing~


Sebelum tahu onak dan durinyaa~

 Selain aku dan kimah (maknae), kawan kimah, Syu dan kakaknya pun join sama dalam program ni. Takde la aku pishang sangat dengan adik aku nih hahaha. Aku boleh la pair-pair dengan kakak Syu yang bernama Nora tu. Nora muda setahun dari aku. 

 Amazingnya partnership aku-nora, kimah syu is perfect combo. Apanya tidok. Kimah-Syu tu bebudak aktif yang memang dah penah naik Gunung Stong ni, so dengan celoteh mereka, kitorang yang amatur ini dapatlah gambaran apa yang akan terjadik nanti kat sana. 

Air terjun Jelawang

Tak de gambaran mana pun tapi at least adelah jugak orang yang boleh aku harapkan kalau jadi paper selain maling gunung tu. 

Alah, titew kan introvert wak.

Dasar introvert, tp jiwa extrovert

Aku pun tak ingat sangat berapa jam rekod aku sampai dari kaki gunung ke Kem Baha ni. Maybe sejam lebih la kot. Tapi yang penting antara orang terawallah jugak. 

Yang terawal tiba di Kem Baha

 Sampai kat Kem Baha, kitorang disuruh untuk pasang khemah sendiri. Err.. ape? Ngehh. Mane la aku tahu walaupun awal-awal ayah mie dah bagitau kat Campsite Kem Baha ni semua sendiri na. Makan je yang diorang akan sediakan kepada peserta. 

Makan 5 kali sehari. Boleh tahan.

Proses pemasangan khemah berjalan dengan baik dengan adanya 2 orang kanak-kanak yang functions selain geng ahkak-ahkak yang memang banyak kali dah mendaki, duk sebelah khemah aku. 

Fit kemain diorang ni walaupun lagi tua dari aku. Aku pulak dari nak sampai ke Kem Baha tadi duk pikei, adakah aku memang mengambil tindakan yang benar datang ke sini?.. Hahahaha.

Waga rebahan dibawa mendaki.

Disebabkan advance sangat sekejap je siap pasang khemah, maka aku pun pegi la tolong-tolong peserta lain yang sama terkial-kial macam aku tadi. Biasalah bila rasa dah teror ni haruslah menunjuk skill itu. Eheks.

Siap pasang khemah masa untuk melantak!

Kemain siap ade lampu liplap liplap

 Kitorang ke area pondok makan. Agak gelap jugaklah area sini tapi seronok je nampak maling gunung duk prepare makanan. Sorang-sorang ada style masing-masing. Waktu kitorang sampai tadi tak ada lagi khemah yang terpacak, tapi sekarang baru perasan ramai dah orang-orang sampai kat campsite ni. Masing-masing duk pasang khemah. 

Makanan dah pun berisi dalam pinggan dan air o panas tak ketinggalan.. Kitorang pun apa lagi pergilah kat view point yang famous di Kem Baha ni. Makan-makan sambil bergambar. Takjub melihat keindahan alam ciptaan Tuhan. Sayup-sayup pekan Dabong dapat ditengok dari atas. 

Waktu ni hanya kitorang aje yang duk bermain-main kat situ. So niceee~   

Malam, detiknya bermula. Uish. Aku ni species tido awal, malam tu pulak ade taklimat untuk naik gunung stong. Mula-mula tu pada firasat aku aktiviti santai-santai aje ni. Apelah sangat mendaki cam naek gunung kinabalu aje nanti. 

 

Sedangkan.. lepas dengar taklimat dari malim, siap suh prepare barang-barang penting takut kemungkinan hujan lebat atau sebagainya, perghh.. takut la pulak rasanya.

Kredit to maknae and syu

 Yela..compare dengan zaman dulu kale muda remaja boley la panjat gunung kinabalu itu, tapi memandangkan aku ini udah separuh jubli perak, mungkin mencabar. Tapi takpe. Macam barang-barang dah ready kot.

Yang penting beta kena tidur yang mencukupi baru rasa esok functions. Err.. walaubagai manapun, ingat selesa tido dalam khemah? Diorang kata cuaca sejuk, tapi panassssss giles. Aku mane boleh tido tanpa alas tebal. Huhuhu. pastu lagi rasa terkurung dalam khemah sepanjang malam. 

Berapa kali aku terjaga dan cuba mengira biri-biri agar terlena. Tapi failed. Lain la ade internet, boleh la ku skrol tiktok sampai lebam tapi nak save bateri pulak. Hurmm.. Serba tak kena kan. Dan tidak semena-mena, subuh. 

Ape lagi laju bangkit pegi ke toilet untuk bersiap.

Salam Subuh dari atas Kem Baha
Macam tak ready nak gi ukah gunung je guyss..ahaks

 Lepas makan pagi dan taklimat akhir, maka ouls dilepaskan ikut kumpulan. Bersama aku of course ahkak-ahkak kaki mendaki dan buddies aku. Kimah-Syu-Nora.

Mehnah dan tribulasi bethol sewaktu mendaki ke atas ni. Kilometer pertama pun dah pancit. Apa taknya, trailnya sempit, berbatu, tanah kuning dan sekeliling hutan memang seram huhuhu. Kitorang sampai kat check point Sungai Rantai. Dalam 45 minit kot dari kem Baha ke sini. Katanya air sungai ni bersih untuk di minum. Aku iss.. Hmm.. gwuenchana. Botol aku masih ada air. 

Agah~ 

Time ni lawa lagi.. hahahaha

 Expidisi masih diteruskan. Tapi rasa makin jauh dengan geng-geng ahkak tadi. Rasa jauh kena tinggal ni sebab kimah n syu macam tak rok doh. Aku & nora masih steady lah sikit. Dalam duk macam kenaling kena tinggal, mujur la ade kitorang terserempak dengan maling. 

Tak tau la dia sengaja lambat-lambat sebab kami group pertama tercorot ni masih di belakang atau dah tu kerja dia kan. 

Daun sarsi katanya

 Dari check point Sungai Rantai  ke Kem Balak, jalan agak landai dan kitorang pun agak santai berbanding dengan trail tadi yang macam hape dah. Kat sini at least boleh la bersapa-sapa dengan maling tu tanya pasal pokok-pokok liar yang ada di sekeliling ni. Bersama kami tiba-tiba ade seorang AJK program (lupa nama ape) join sekali muncul dari belakang. Maka makin rancaklah perbualan kami dalam hutan itu sambil berjalan menuju puncak.

Santai-santai sampai tak sedar tiba-tiba dah jumpa balik dengan ahli group 7 orang tadi duk tengah rehat kat Kem Balak. Katanya sambil tunggu kitorang. Hihihi. Tapi bila kitorang sampai, kitorang pulak la nak rehat. Hikhikhik. Nasib baik depa tunggu. Dalam 5 minit kitorang bersama-sama meneruskan kembali perjalanan.

 Trail Antara Kem Balak ke Gua Bago Last Water Point pun agak landai. Di waterpoint ni mereka berkerumun untuk isi air sebelum ke puncak sebab ni adalah last tempat untuk dapatkan air bersih. Naik nanti tak ade dah. Aku pun amik keputusan untuk mengisi air walaupun aku rasa aku tak minum kottt. Huhuhu. Ntah la. Tak berani laa. 

Lepas je check point ini, dugaan sebenar pendakian bermula, geng group aku laju nak matai sampai gengaku 4 orang + 1 ajk + 1 maling lost in contact. Awal-awal tadi macam sama-sama lagi tapi bila dah separuh perjalanan, depa pakai pace berapa laju membukit?. 

Ajk & maling mula-mula dengan kitorang pun dah menghilang dalam hutan dan terkontang-kontang 4 orang budak ni mencari jejak depa.

Muka manyak senyum tapi kaki~~~

Trail dia memang tak nampak jejak, bila panggil tak bersahutan. 2 orang budak (kimah-syu) pun dah sedaya nak melaju tapi ye la kan, limit sampai situ je. So aku & nora pun rilek-rilek aje la. Takkan lari stong dikejar cuma sekarang ni please, jangan salah jalan. Huhuhuhu. 

Nanya.

Duk dalam eh betul ke trail kita lalu ni, dari belakang muncul pulak ajk program yang lain. Lega sket sebab dia laki, kekeke. 

We ouls ni ramai mana pompuan pun, the leader kena la lelaki, baru lah sesuai dengan ayat " Arrijalu qawamul ala nisa' ". 

Ahh gitu. Ni kan program UBES, kita kena ada asas pegangan yang kuat. ngee

Ajk katanya, dah biasa datang panjat stong ni katanya, so dia la lead jalan. Kitorang cam biasalah.. follow the flow. Dengan malingnya hilang. Ni adalah suatu kesyukuran.

Huhuhu..

"Acu laju-laju gak sikit", aku cuba encourage kimah 😀

 Dari kejauhan di belakang kitorang dengar suara-suara peserta lain. Rupa-rupanya geng group 2 dah muncul. Tapi tak ramai dalam 3-4 orang. Pergh lega. Titiba kitorang jadi kamceng hikhikhik.. Dalam hutan belantara ni nak sombong-sombong sila buat trail sendiri lah. Kekeke. 

Dalam geng dia ade sorang isteri maling gunung. kak da klu tak silap namanya. Dia memang the best la tahu selok belok hutan ni sebab selalu folo suami dia mendaki. Makin legalah bila kitorang mendengar kisah-kisah dan ceritanya sambil duk meniti atas pohon balak yang besar.

Check point seterusnya adalah Sang Kelembai, dan dari Sang Kelembai ke Permatang Bonsai, trailnya memang bukan biashe-biashe dah. 

Check point sang kelebai

 Cacak dia macam nak ke syurga. Tak bagi peluang untuk betis berehat. Tapi kita gagahkan juaaaa. Sampai di Permatang Bansai, syukur.. 

30 minit lagi kalau tak de aral, sampailah kita di puncak. sekarang jam dah nak dekat pukul 12.30 petang. Jangkaan masa ni dah sampai sebab 5 jam lebih kurang perjalanan untuk ke puncak stong. Kitorang tadi naik dalam jam 7 pagi lebih. Masa rehat lama sangat setiap check point huhuhu. 

Penaaattt~

 Cuaca hari ni alhamdulillah, helok aje. Tapi ada ciri-ciri nak hujan sebab mendung. Nak tak nak kena turun awallah asalkan jangan terperangkap kat sini waktu hujan.

Kalau tengok trail ni memang dasyat la kalau hujan. Bila dah sampai atas, cuaca menjadi lebih sejuk. macam mendaki dalam aircond. Pokok-pokok area ni pun dah lain rupanya. Ketinggian kat sini dah lebih 1000m dari paras laut.

daun pokok kat kilometer ni dah macam dalam citer Narnia dah
Time ni Syu n kimah memang la. Aku n Nora siap duduk kemas elok tunggu depa sampai

 Akhinyaaaa, setelah menempuh onak dan ranjau, alhamdulillah, kitorang tiba di Puncak Gunung Stong pada pukul 1.15 petang. Ahkak2 group 1 tadi siap lama dah duk berehat kat sini. Waktu kitorang sampai diorang dah siap makan dan ready untuk turun 

Yahoo. Da sampaii~

Huhuhuu. Group ke 2 sampai tu group ouls la. geng corot group 1 dan advance group 2. Hikhikhik. kitorang dalam 7-8 orang gitu. 1 group sebenarnya dalam 14 orang.

Warga rebahan dibawa mendaki
Muka bangga sebab dapat rungkas gunung stong oh!
Berlagaklah sikit bila dah sampai ni. Ahaks

Siap merakam memori di puncak , kitorang amik port untuk lunch. pack makanan ni disediakan oleh malim awal-awal lagi. Sodaaap nasi ayam kicap ni memang licin. 

Siap makan, kimah & syu bukak kedai kopi. 

Ayuh lunch geng!

 Patut laaaaaaaa slow diorang mendaki, rupanya dalam beg depa penuh peralatan camping. Nak rasa suasana healing di puncak katakaaannn~

Bekalan kopi kitorang pass bagi rasa semua orang. Hahaha. Dalam hutan camni beramah mesra dengan peserta dan ajk dapatlah menjalinkan ukhuwah fillah. Peserta kebanyakan friendly aje. 

Suka sangat dengan suasana camni. Program negeri what do you expect?

Kitorang kemas-kemas untuk beredar dari puncak bila group lain dah start sampai di puncak. Dalam jam 2 petang kitorang turun.

Turun ni agak laju dari naik. Dan banyak bertembung dengan peserta-peserta lain jugak. So tak rasa kesunyian dan kesepian macam naik la. Lagipun dah kamceng dgn geng2 group 2 td.

Yang tak bestnya bila tak sampai-sampai kat Kem Baha lagi ni ..huhuhuhu.

Asal ade peluang utk rehat, kitorang stop aje

Part paling aku rasa lucu dengan diri sendiri bila jumpa balik Last Waterfall tu dah tak beringat terus aje minum air sungai tu tanpa ragu-ragu. First waktu mendaki pagi tadi punya lah susah nak try minum. 

Waktu kat trail naik ke puncak pagi tadi aku try la minum air sungai yang aku isi dalam botol sebab berat. Aku nak buang aku rasa macam membazir so aku cuba minum. 

Fuhhh.. So refreshing!

Tak jadi nak kurangkan bebanan berat tu tapi aku keep minum air tu. Sampai kat Last waterfall, air aku dah tinggal sikit jadi terus teruja nak minum lagi.. Hohhohoo.

Selesai minum, dengan tak semena-mena aku terus pecut ke Kem Balak (sebab aku tengok kakda dan suami dia) laju, kali ni aku tak nak ketinggalan yang menyebabkan hakimah, syu and nora pun terpaksa pecut jugak. Hahahahha.

Sampai kat Kem Balak, ouls rehat la kat area tadi. Duk tak lama, geng2 group 2 advance tadi sampai sambil mengomel, "kak pakai beg ijau ni lepas minum air, terus berdesup hilang" diiringi ketawa mereka. 

Kak beg hijau tu adalah aku. Hhahahhaa. 

Bila aku tengok suami kak da (maling) bangun, aku cepat-cepat suruh hakimah bergerak dan diikuti syu dan nora. Yang lain masih lagi menggeliat betulkan urat. Sekali lagi berdesup pergi. Trail kat sini tak seteruk tadi, tapi yang lagi menyedihkan maling tu lagi berdesup hilang dari pandangan walaupun aku dah macam lipas kudung dah berjalannya.

Berdua dengan kimah, aku push suruh dia laju takott kang tetiba si belang muncul

 Aku dan hakimah dalam hutan. Try tunggu syu dan Nora tapi tak sampai-sampai so aku dah hakimah teruslah berjalan sehingga bunyi air sungai Rantai kedengaran sayup-sayup. Tiba kat gigi air sungai, maling tu syiok aje duk bergambar sakan. Aku dengan kimah ni dah basah seluruh badan mengejar beliau hohohoohohoo.

10 minit dari Kem Balak ke Sungai Rantai. Pencapaian betul!

Kite penuh semangat kejar, maling lek2 je duk tunggu sambil main fon..huhu

 Tunggu diorang sampai, kali ni aku and da geng semangat lebih. kitorang nak advance dari maling tadi, so kitorang gerak dulu pape roger. Sorang AJK nak join alhamdulillah. 

Rasa dilindungi skit gittew tapi kalau pak belang datang or mahluk menyelinap entah sape yang lari dulu..huhuhuhu..

Maka arakian, yang waktu start pagi tadi amik masa 45 minit dari Kem Baha ke Sungai Rantai, tapi kerana adrinaline kemuncak, perjalanan amik masa 20 minit aje sampai kat Signboard Kem Baha. 

Hew Hew Hew. 

We did it!!!!!!

5.30 petang we ouls tiba di Kem Baha dengan jayanya. Makan, solat jamak and masa untuk mandi. Kalau hari ni tak mandi memang melampau la hahahhaa.. Kitorang mandi kat sungai sebab kat toilet memang tak boleh mandi. Selain bekalan air yang tak de (kena punggah air), kat sini letrik pun tak de. Toilet semata-mata untuk tunaikan hajat or salin baju aje. 


25k steps ohhh!

 Malam menjelma, Malam ni mencabar sikit sebab angin kat tapak perkhemahan agak kasar. Hujan mulai rintik. Semua di minta untuk berteduh kat area pondok dapur. Kat sini memang happening dengan maling dan family bersantai dan bersantap. Selain makan makanan yang disediakan diorang turut jamu kitorang dengan makanan-makanan lain juga. 

Cuaca kian okey jadi, kitorang pun (tak aku sorang) pun ready untuk beradu sementelaah mereka bertiga masih mempunyai tenaga untuk bercanda di luar sana dalam gelap membungkam. 

Me is so sorry, energy aku dari tadi lagi minta untuk dicharge dan tidolah aku dibayangi mimpi yang gelap sebab aku tak ingat pape dah tapi macam biasa, tengah2 malam aku sedar sendiri dan mengira biri-biri.

Keesokan hari, hari terakhir untuk xpdc. Bangun pagi, sarapan di dataran viewpoint lagi. Actually hari ni ramai orang yang datang mendaki. Influencer pun ade tapi tak de la nak pegi tegur hahaha. 

Cameramen dia yang tegur kitorang sebab nak port kitorang duk lepak tu ade lah. 

Hari ni awan karpet.

Ni ke awan karpet yang dicari-cari oleh para pendaki?

 Pakat terujalah nak bergambar kenangan.

Layan nasik lemak kat port biasa

Selesai makan dan melepak, masa untuk main sungai lagi. Kali ni port kat Air terjun Telaga Tujuh. Kitorang beramai-ramai ke sana masih kena mendaki dengan trail tak kurang hebat mencabarnya. 

Tapi apakan daya, alang-alang dah kat sini, marilah kita tempuh dengan tabah walaupun tulang lutut kata nehi hai.

Kat sini sekali lagi, kimah & Syu bukak kedai. Dibawanya stok makanan-makanan untuk dimasak, air chocolate, kopi untuk menjamu semua orang yang seronok bermain air terjun. 

Biar baru je lepas makan, tapi bila main air ni, megi ini tak akan ditolak punya!

Bukak cafe, laku keras

 Selesai kat situ, ingatkan masa untuk berkemas pulak. Tapi tidak. Ada maling mengajak budak-budak ini main gelongsor semula jadi di port air terjun Kolam Puteri. 

Pergh.. Sayyup-sayup aku tengok kimah & syu beraksi. Aku yang rasa separuh nafasku pergi. 

Agak daring la memang idok la aku nak menyahut cabaran ini. Kena sedar usia kita ini hahhaha.

Selesai bermain di situ, kitorang balik untuk berkemas dan bersiap dan makan tengah hari. Jap lagi cabaran peha dan tutut akan kembali dengan load 7kg. Masa untuk turun ke bawah. 

Ayuh kita terjunnnn.. Tak saba nak tido atas katil kat rumah

 Aku rasa nak aje meluncur balik air terjun Jelawang ini atau campak load kat situ tapi memang melampau la pulak. Jadi aku tinggalkan angan-anganku itu dan mula beredar dari Kem Baha yang aku kira kali pertama dan terakhir menjejak kaki dalam hutan belantara ini.

Aku abadikan kenangan bersamamu di dalam blog ini.. Ngeeeh

Waktu turun, 4 budak nakal ini masih lagi dalam jaringan yang sama, sampai separuh jalan, 2 budak dah lost track. sapa lagi kalau bukan kimah & Syu. 

Nora steady. Aku memang dah pasrah dan redho. Kaki tak nak bagi kerjasama tapi nak tak nak, kita nak balek wak. 

Memang lama terasa waktu nak turun ni. Trail yang digunakan pun tak sama dengan mula-mula datang. Entah, dah tak kesah mencabar ke tak. Yang penting aku nak sampai bawah aje. Naseb baek tak tergolek je ni.

1 jam juga dari Kem Baha ke bawah amik masa. Huhuhuu. Sampai bawah, sesi untuk tukar baju. Tak sanggup aku untuk pakai baju yang lencun itu walaupun kejap lagi tugasku hanyalah berehat dalam bas sampai ke KB.

Outfit bertukar terus. Yang tadi outfit naik gunung terus tertukar jadi outfit pegi KBMall hahahhaa. Aku tak betah pakai tracksuit lama-lama. Aku lebih selesa pakai skirt.

Selesai semua peserta turun, van datang untuk punggah kitorang ke jalan besar Dabong. Area ni biasanya bas tak boleh masuk jadi bas tunggu kat luar. 

Sekali lagi kitorang dijamu makan ringan kat kedai yang kitorang makan tengah hari waktu datang baru ni sambil Majlis Penutup Program.

Outfit macam nak gi KB Mall ye lepas turun gunung

Suasana memang sempoi apabila masing-masing bagi respon yang mengujakan untuk program ni. Peserta-peserta pun bertambah spoting. Friendly dan baik belaka.

Akhirnya, kitorang membolosi perut bas dan perjalanan 3 jam dari Dabong ke Kota Bharu. Dalam bas suasana masih lagi happening sehinggalah sorang lepas sorang peserta turun dari bas. Suasana happening tiba-tiba jadi touching. Tak nak berpisah katanya.

Yang best pak cik Driver main peranan betul dia dengan microfonnya. Hahahhaa. Untuk suasana lebih best, pakcik driver siap berenti bas untuk budak-budak ni singgah beli Pizza Ani Jangok yang famous amos itu. 

Kitorang tiba kat Kota Bharu jam 7 malam. Dah la jalan banyak tutup sebab hari tu juga hari Keputeraan Sultan. Lampu-lampu sangatlah meriah. 

Tapi aku dah tak sanggup menghadap hiruk pikuk suasana ini dan cepat-cepat naik kereta abe E untuk pulang dan sesungguhnya aku merindui katilku ..Hohoho

Overall, program ni best!

Suka Sangat! 

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...