marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Sabtu, 4 Jun 2022

Dream come True : Buat eye surgery hilangkan rabun mata (Part 2)

 .: Assalamualaikum:.

Annyeong yorobun..

Sembang kemain ritu pasal buat eye surgery, siap cerita salah silah sejarah pakai spek lagi hahha tapi cite pasal surgery ciput je.. ngee

sorry guyss.. So meh I cite ape eye surgery yang selalu orang buat untuk hilangkan rabun.

--------------------

So, waktu first time pegi klinik Advance Vision, staff tak de sebut pasal lasik biar pun berkali-kali aku sebut aku nak buat lasik. Dia bahasakan eye surgery yang aku nak buat ni as laser atau TransPRK. . Kefahaman aku pula dari pembacaan LASIK ni bukan LASER.. So I is kompius di situ.. 

datang ke kl dengan harapan yang menggunung

Tapi don't worry sebab kekonfiusan tu hilang bila dia explain semua hal berkaitan dengan eye surgery.

So, meh sini I pulak explain kat you oulsss...

++++++++++++

Ape beza LASIK & Trans PRK ni? 

Actually dua-dua ni surgery untuk hilangkan rabun.

Tapi Trans PRK ni lagi smooth pembuatannya menggunakan 100% laser dalam masa kurang dari 15 minit pembedahannya. Manakala untuk LASIK adalah pembedahan mata yang berbentuk tradisional dimana doktor bedah akan buat flip (hiris kornea mata) kat kornea mata dan barulah doktor laserkan bahagian yang terlibat. Dua-dua akan buat kita seriau satu badan but don't worry sebab kita buat under sedar dan pakej siap dapat bau hangit waktu laser lagi hihi. 


LASIK pun tak amik masa yang lama cuma doktor kata dia tak nak sentuh mata patient secara fizikal so bila dah ade teknologi baru ni, why not.

Kos eye surgery aku hampir atau mencecah 6k jugaklah disebabkan last power klinik Advance Vision check 7.00 padahal spek yang aku pakai tu 6.25 camtu. laju giles power naik lepas aku decide pakai spek selama 2 bulan sebelum surgery tu. 

semangat awal orang tak bukak kedai dah sampai

 

nampak macam tak de orang tp yang sebenarnya penuhh.. ni aku pukul 9.00pg dah terpacak kat sini
isi borang dulu sebelum pape hal

Kalau mata ouls kiri kanan power dengan rabun kurang 5.00, korang boleh buat Trans PRK ni dengan harga 3k je.

Anyway kalau nak buat surgery ni kena make sure tisu kornea mata lebih dari 500 lapis. Mana nak tau. 

Datang je Advance Vision ni untuk buat FREE check up. 

Aku  nasib baik lepas-lepas je 500 lapis kalau tak nangis tepi bucu klinik mengenangkan RABUN seumur hidup.

kenali mata anda

sebelum nak buat dia akan make sure kita paham dulu prosedur dan risiko

Oh ya. Tang lapis tisu kornea mata ni memang semula jadi tau setiap orang ade berapa lapis berapa lapis. Bukan bulih main bulan depan makan something2 jadi bertambah. Oh tidak la.

the gurls who accompany me during my kl stay

Alhmadulillah waktu first appointment dalam bulan 24 jan 2022. Bila check up beres, jumpa doktor beres so aku decide untuk buat surgery 25 Feb 2022. Why aku tulis semua kat sini. Supaya esok-esok aku ada rujukan..hahaha.

Surgery hanya dibuat pada hari jumaat sahaja kalau  ikut prosedur di Advance Vision. Actully bila dah buat check up semua dan mata kita sihat boleh je terus buat surgery within a week tapi sebab ni kan zaman covid, prosedur dia kemain lagi renyah. 

30 minit sebelum eye surgery

Tapi demimu mataku. Aku sanggup hadapi mehnah dan tribulasi ini.

nak berdebar tak sempat sebab 10 minit dah siap operate
hari ke-2 lepas eye surgery mata masa ni hanya tuhan yang tahu sakit dan azaaab itu.

Tapi lepas beberapa hari pegi next check up, bila staff bukak lens (dia buh lens utk protect kesan laser kat mata) dah kabur balek. huhu.

hari ke 4 selepas surgery dapat tengok TV clear tanpa rabun dah..

2 minggu lebih kurang bertapa kat umah kak nisa kat cyberjaya (lepas 4 hari eye surgery)
 

Bila macam tu I is sangat menggelabah tapi rilex. Next appointment which was 1 week after last appoinment I tanya doktor and she say It's normal. 

sempat membolos perut airasia untuk apoinment kali pertama selepas surgery

 Biasa recovery happen dalam tempoh 1 bulan dah bleh tengok cantik dah dan kena banyakkan berehat dan ada la beberapa pantang larang macam jangan swimming, jangan basuh mata, jangan gosok mata, pakai ubat yang dibekalkan dan jangan angkat benda berat-berat. hew hew 

sebab insecure pegi sorang macam biasa, jadi aku ajak anak buah teman

 Bila doktor cakap cenggitu lega dan pulak elok sangatlah berpantang betul bila kena covid19 ritu 7 hari berkurung dalam bilik, amazingly mata dah improve dan memang 100% clear. Wow!

So, rasa saaaangat bersyukur atas peluang kedua. InsyaAllah akan ku jagamu wahai mata dengan baik. Bear with me together we stay. 

gittew..

Disclaimer:  Sekarang  bulan Mei (sehingga post ini ditulis semula (ekceli ni draft dari bulan berapa ntah) (new update: bulan 6 hihi) dah masuk bulan ke 4 aku tanpa spek. 

Alhamdullilah sight aku improve gile2 selepas 3 hari buat surgery selepas rehat yang cukup. boleh kata 100% nampak dan boleh baca.

Tapi bila malam menjelma mata aku tak leh main phone dalam gelap, mata akan rasa penat macam dia sorang anggota badan yang bekerja sepanjang masa. Bila rasa penat, lantas aku rebahkan diri tanpa pendolum tidur. 

Sedar-sedar dah subuh.. ngee.~

Perlukan part 3??!! tunggguuu

Rabu, 1 Jun 2022

Dream come True : Buat eye surgery hilangkan rabun mata

 .: Assalamualaikum:.

Annyeong yorobun.


Seingat ingat beta la, beta pakai spek maybe waktu umur 9 tahun aka darjah 3. Ketara tak nampak bila waktu tu terpilih jadi calon PTS (Ujian Penilaian Tahap Satu ) (wow ingat lagi nama ujian tu nampak gayanya) bila mana kedudukan meja peperiksaan jauh dari blackboard pastu muka cikgu tak nampak. 

Dah la kecik, pendek pulak tu, duduk jauh-jauh. Auch!.

Tu la sape suruh curi-curi pakai spek kakak waktu dulu. Ngee..

So bayangkan rabun dari power 150 sampai umur sekarang mencecah jadi 700. Power naik mendadak masa form 2 or 3 dan sebulan sebelum buat eye surgery.

Aku ni waktu kecik-kecik suka main spek kakak, rasa cool & have-have je tgk orang pakai spek. Sekali dapat kat diri sendiri.. amik kau 25 tahun menderita rabun.

Sangat tak syiok bila pandangan kabur dan tak jelas  masa tu, abang aku sulung yang belanje 1st spek aku sebab asek duk merengek mata rabun..mata rabun.. (Eh mane ade.. kitew pujuk2 jew time tu)

Gi Milan optical memang sah rabun pun. Melayang duit abang aku yang baru je sebulan dua kerja kat lawyer firm. Ngeeeh.

 Yelah kan.. Sayang-sayangkan adik, belikan spek..hee

Tapi lagi sayang bila tak sampai sebulan spek tu patah..huhuhu. Sorry abe.. Pastu tak de nak merengek kata rabun dah kat dearest abe tapi sempat la pow omma pulak lepas tu. Bijak sungguh diplomasi aku masa kecik-kecik dulu ya.

 spek yang ntah ke berapa.. tapi tak pe sbgai adik mithali kita jaga anak abang titew

Disebabkan pakai spek ni jugak la aku tak sempat nak jadi atlet wanabee kat sekolah. Kalau tak budak jantan pong aku boleh challenge. Dulu sebelum pakai spek waktu Hari Sukaneka Sekolah kalau boleh  segala acara aku nak tibai. 

Dapat hadiah no 1 banyak sangat aku pown pegi tukar dengan orang yang dapat no 2, so hadiah aku ade variety. Bijaknyaaa waktu kecik dulu. Hahaha. 

Kite nak main je. Dapat jadi juara tu bonus la. Hadiah same je wat ape.. 

Aku dah la masa sekolah rendah tomboi nauzubillah. Tomboi-tomboi pown tudung onz senantiasa sebab cctv merata hahahha. Kalau abang-abang aku nampak aku freehair memang berdesing la telinga nanti. J

Suka mak aku bila aku tak join sukan.  Dia mane nak anak-anak dia aktif kokurikulum. Tu semua dunia..ngee

Disebabkan pakai spek ni la susah dah nak main bola tampar, bola baling, bola jaring dan seangkatan dengannya sebab bola kena muka pastu spek bengkok. Worst case, patah. 

So, hari PJ duduk tepi tepi je tengok kawan main. Lepas tu slow-slow dah tak bergiat dengan  main sukan. Time PJ buat homework Mrs. Tan yang tak tahu bila nak sudah ngee.

Bila menganjak remaja, bila kena hantar ke sekolah all girls lain pulak jadinya. time ni dah reach puberty. Start nak bergaya. Pandai daahh.

Bila pakai spek ni muka jadi skema tetiba. Muka jadi bulat semacam. Dah la kecik-kecik dulu stok lemak kat pipi aku tak yah cite lah. full house. 

Aku memang tak suka. Boleh-boleh aku form 2 pun orang duk suka cubit pipi aku sebab macam pau. adeh.

see my pipi level~

  So time ni on off spek menjadi power spek naik dari 150 sampai jadi 400. Rasa macam orang planet nameck lak ade power-power nih..ngee

Bila masuk form 3 berkawan dengan dak-dak hostel haa.. kenal apa itu contact lens. Contact lens save my lifeeee~

Spek masa form 4, 5 memang tak bertukar langsung.. puas ati

Tak susah pun nak beli sebab sekolah aku dalam bandar Kota Bharu. Boleh jajak semua kedai spek yang ada kat situ noh tak da sapa heran. 

Paling dekat dengan sekolah of coz Milan Optical. Kedai legend sebab dari aku kecik sampai sekarang kedai tu elok je kat corner bangunan betul-betul pintu belakang sekolah.

zaman sekolah. titew sekolah semua pompuan. Waktu thobur paling best

Bila kenal contact lens, spek itu hanya picisan. 

4 tahun pakai belum tentu bertukar spek baru. Helok je pakai lens. Power pun tak bertambah. dalam 400 camtu.. 

masa aku dewasa baru la naik sikit-sikit dalam 425-450 camtu masa kerja kat KL sebab tukar jenama lens. 

Jangan tak tau tukar jenama pun boleh mempengaruhi keselesaan mata kita. 

zaman matrik

Keselesaan mata kita la paling kena jaga bila tak nak bagi power naik. Kalau mata irritating better pakai eye drop atau alihkan pandangan anda dari fokus ke tempat tu. Baru la power tak naik.

zaman matrik

Dulu aku rasa pakai lens tu dah paling up la kan. Yela rabun ni tak da ubat. Makan la carrot banyak mane tak de nya nak turun power tu.. Aku penah terpengaruh dengan spek kurangkan rabun kot waktu duk Sabah dulu. 

Haha.. semangat beli spek tu. Melayang duet RM4++ sebab naaak sangat kan power mata drop. Sampai ke hari ni aku tak cite kat sesape (eh, macam duk cite ni ..shhh~) 

zmn matrik siap boleh pakai spek zmn sekolah sebab jarang pakai spek

 (Zaman matrik pakai spek dari zaman form 4, form 5 sebab spek tak dak banyak cekadak rosak atau power naik. Pakai spek bila demam, mata sakit or lens lambat beli ngeeh.)

ni spek zaman duk ums lps boring pakai spek tak de bingkai. spek ni lama jugak jasanya
spek pertama yang dibeli dengan duit sdiri bila da keja. tapi saayang.. tak lama sebab patah..hehe.,jatuh dalam tandas lps 3 bulan pakai. rasa bingkai ni aku ade simpan lg kot.
pau abang mane satu ntah untuk buat spek baru.. yang ni lama bertahan. hari ni masih wujud

So, kalau la ade sesiapa teruja cakap pasal spek , or rawatan baca-baca or tradisonal atau ape2 rawatan yang boleh kurangkan power mata. 

Aku sengih je la. Kalau aku kesian kat orang tu aku bagitau la based on experience aku. 

Tak de punya rawatan mudah2 untuk hilangkan rabun...

KECUALI... (haa.. panjangnya mukaddimah ni baru nak masuk cerita diaa...)

bila abang sulung aku buat eye surgery LASIK!

Aku wah. Teruja gile bila tau rupanya rabun mata boleh buang dengan menggunakan teknologi perubatan la.. bukan pakai kaedah sembur-sembur semua.. huhu.

Of coz la memerlukan fulusssss yang mahal. Dulu bila aku dengar rawatan LASIK, paling murah RM10K. Tapi yang abe aku buat ni tak sampai 5K pun. 

Punyalah aku bersemangat nak buat jugaaak. rasa waktu tu dalam 2.4K untuk kedua belah mata dengar syarat rabun dan silau tak lebih 5.00 untuk dua2 belah mata.

Wow! Menarik.

masuk thn 2015-2016 stat nak bergaya dengan spek bulat.. sebab? spek lama kecik sangat..malam pun nak bergaya aaaahaks.

Tapi 10 tahun lepas.. Tak mampu lah der. Baru je first job, keta tak dak. apa pun tak dak. So, kita pendamkan hasrat dihati itu

...

Selepas 10 tahun.. Actually tak lepas pun... haha.. Ingat waktu berkobar naaak sangat buat LASIK masa duk USM. Waktu tu kan student Master, jadi sangat-sangat lah mengganggu bila malam je kena bukak lens padahal tesis seperenggan pun tak siap-siap lagi. 

Jadi student dah berlalu dan aku keja KL dan siap sewa umah area Damansara sebab ingat nanti nak buat LASIK kat Advance Vision tempat abang sulung & abang ipar aku buat LASIK tu.

Tapi time tu pun tak kesampaian sebab keja busy memanjang so hasrat makin terkubur. 

Tup tup tup.. Bila balik Kelantan for good, financial dah stable perasaan nak buat LASIK makin terkobar- kobar.

Tapi jauhh la pulak 😂😂😂

Tahun berganti tahun, tahun ni barulah ada kesempatan untuk betul-betul nak buat. Tu pun lepas belek resolution lepas-lepas. hikhikhik.

Aku buat eye surgery ni kat tempat yang sama my brothers buat. Sebab kat situ walaupun dah bertahun harga dia sangat berpatutan. Siap dia dah tak buat LASIK dah dia buat Trans PRK (untuk mata aku).

akhirnya jejak kaki ke sini

..panjang la pulak postingnya..

kita sambung part 2 okey.. stay tuneeee guysss...🙆

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...