marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Ahad, 11 Oktober 2026

Quick Entry Oktober 2026

 .: Assalamualaikum:.

Dajia ni hao!

Fuh.. sedar tak sedar masa berlalu sangatlah pantas. Tup tup dah bulan Oktober  dah kita. Check entry posting untuk tahun ni ade beberapa aje. Eheks.

Camtu la.. Nak cari masa terluang untuk berblog barang sekejap cuma tu memang susah da skarang. Almaklumlah. Bila melantik diri sebagai entrepreneur ni, macam kena jadi lipas kudung. 

Dah kenapa jadi lipas kudung sis?!.. hahahahha.. Tu lah pasal. Mungkin bosan sangat dengan mehnah dan tribulasi yang ada, jadi kita tambah biar jadi double. Kite kan suka menyusahkan diri sendiri. Tak boleh duduk diam nanti overthinking kekekkee.

So, tahun lepas I ouls busy dengan kerja hakiki di samping kerja-kerja adhoc dan travel. Tapi dalam kesibukan rasa kesepian. Well. kita nih homosepien yang memang nak tak nak kena ada 10 tahun punya planning walaupun samar-samar okey. I is introvert tapi jiwa I extrovert.

So, tahun lepas sebenarnya azamku adalah nak fullfill wishlist, bucketlist dan lain-lain yang pernah aku angan-angankan sejak dari kecil. So, bila belek-belek so called dear my dairy, Oh no! Rupanya ada banyak bucketlist masih lagi dalam senarai yang nak kena fullfill as time goes.

One of my bucketlist adalah nak melawat negara China one upon a time. Waktu gi Yunnan & Guangzhao tu as trial pax la sebab yang tu impromptu punya rancangan. Since masa pegi ritu vocab hanyu aku kelaut dalam, paham tapi tak leh nak converse, so aku enrole Kelas Mandarin. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal jalan. Eheks. 

Butt, ironi, bulan September lepas, bukan ke China destinasiku, tapi kita ke Kyoto & Osaka Jepun. Hehehehe. Pesen betul la aku ni kan. Kadang-kadang aku pun susah nak expect what is next aku punya perancangan sebab aku dah ade big picture detailing tu kena tengok bila-bila. Ahahahaha..

Actually plan gi Jepun ni rancangan pada awal tahun. Bila ahli keluarga nak join pegi Jepun beramai-ramai, aku haruslah volunteer as tribute. ahahahaha. 

 Actually dalam firasat aku lepas back to back travel tahun lepas, aku jadi penat oh. Tak tahulah healing ke ape bila jadi gini. So, aku bertekad cemerlang untuk kurangkan aktiviti untuk tahun ni. Sebab tu aku bosan aku join Kelas MAndarin tu. At least pakai duit travel untuk cover yuran kelas.. hikhikhik. 

But, it was not that easy.. Hahaha. The Saranghae Cingguya awal-awal tahun lagi dah mengajak untuk florishing kat Batam. Actually plan ke Batam ni dari tahun tahun lepas lagi tapi biasalah, selagi tak gerak, rancangan tinggal rancangan. Since trip depa ke Cebu, Filipine aku tak join maka , ayuh la kita ke Batam, Riau, Indonesia di Bulan Januari.

Since awal tahun jugak, rancangan ke Jepun tapi trip bulan 9 jadi, in between tu aku selitkan jugak dengan aktiviti jenjalan domestik aje. Alah, gi KL sebab join kursus sales. Haa camtu je. Pastu join konvensyen XO KunKwan kat KL jugak. Tiba-tiba, "Korang- jom kita gi Bromo 😁" 

 

Tiba-tiba kat sini eh

Aku kalu dengan si Fara & Athirah ni memang tak menolak la. Hahahahha. Kalau travel dengan depa, masing-masing carry task masing-masing la. Baru terisi sikit kehidupan masing-masing. Bromo ni Athirah yang nak pegi dan tukang support is Fara. Aku beli tiket flight, itenery athirah dan pakej supir & hotel Fara cover.

 Tu je la aktiviti travel aku untuk tahun ni.  so sebab aku sekarang busy buat ulangkaji untuk HSK1. Senang aje tapi as long as nama dia exam, aziati aku akan meledak. hehehehe.

Btw, aku boleh bertenang dah bila perintah mahkamah untuk pusaka arwah omma & appa dah settle. 4 tahun kot amik masa turun naik mahkamah. Alone n lonely. 

Ape pown result yang penting, urusan che ayah untuk pembahagian ni dah settle. "Semoga Allah mengampuni dan merahmati kedua ibubapaku dan letakkanlah mereka dalam golongan yang Engkau redai." Doaku. 

Dan aku sendiri as pentadbir dah buat as per prosedur, amik nasihat orang tu, orang ni. Kita dah buat seikhlas hati dan hanya Allah yang tahu. 

Kita kendurkan aje perasaan terbuku di sanubari ini dan biar masa akan healingkan semua. Kebenarnya akan hadir bila tiba pada masanya. 

Benda tak mudah bila melibatkan adik beradik yang ramai ni. Mehnah dan tribulasi akan ada. Ingat 16 kepala + 9 mudah untuk manage?! Ngee..

So, dalam kesibukan itu dan ini, titew hanya suka untuk share happy moment aje. yang sad moment tu kita pegang selagi terdaya. Allah sentiasa bersama dengan orang yang sabar kan kan kan. Sebab bila bercakap dengan manusia ni, manusia dia dengan expectation dia aje. 

Zaman dah beralih, empati dah kurang. Bukan sebab manusia dah berubah tapi keadaan yang memesongkan persekitaran. Sebab tu dia hanya nampak dia, orang lain dia tak peduli.

Key. bai. Susah bila dah start nak berfalsafah ni.

Kita florish jiwa kita dengan menatap levender dari Kyoto
 

Nanti kite story-story lagi tentnag aktiviti kita sepanjang 2026 okeyyy~

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...