marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.
Memaparkan catatan dengan label 2021. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 2021. Papar semua catatan

Isnin, 16 Ogos 2021

Saya sudah divaksinkan!

 .: Assalamualaikum:.

Annyong yorobun.

Feb, Mac, April, Mei, Jun, Julai,Ogos..

Akhirnya ade mood nak menulis panjang. Hiatus lama dikala covid-19 menjadi-jadi tapi padahalnya duk main kat Tiktok hihi. Best kot main kat Tiktok sebab warganya spoting morting gitew. Tiktok ni tak de la seteruk khabar pun. Bila dah menjadi Tiktokers baru la sedar bahawasanya kita tak boleh judge something kalau tak pernah berada di situ. Gittew.. haha

 

Follow me on tiktok guysss ngee

Tapi serious, addicted betul bila layan video-video pendek kat situ. Sejam dua jam langsung tak sedar😬. Tips kecantikan, Tips deko demo, racun shopee dan macam-macam lah boleh tengok. Yang menariknya setiap video tu dia buat ikut kreativiti masing-masing. Dan kalau ade video yang kita tak berminat boleh tekan not interested so dia tak keluar FYP kita. 

Follow me on Tiktok!

Tiktok jugak membuat aku suka dengan video editing. Sebab simple gile. Gabungan tiga video or gambar dah boleh upload  masuk. Boleh Pilih-pilih lagu semua lah. Editing kat situ memang basic so budak kecik pun boleh edit. 

Nak buat video advance sikit boleh pakai Capcut. Dan Capcut adalah cinta hati aku untuk edit video sebab  dia punya features updated tapi free of charge plus tak paksa kita nak buh di punya watermark. Aku suka giles. Edit pakai phone je tak payah nak masuk computer bagai. Simple!

Contohnya..macam ni haa..


So, no wonder la terabai blog ni kan. Hihi. 

7 bulan sepeninggalanku, sooo many cerita berlaku. Soooo many sampai tak tau nak start dengan mane satu. Ahakss. Btw aku dah cucuk vaksin πŸ˜‹. Dah complete 2 dos. I am officially Sinovac Clan. Sape geng cepat menyahut hihi.

Geng sinovac sila hadirkan diri segera!

Cerita pasal vaksin ni punyalah lama tunggu dapat. Refresh punya refresh MySejahtera rasa nak uninstall pun ade. Merajuk katanya. 

Ye lah. Aku antara orang yang paling awal mendaftar vaksin kat MySejahtera. Kerajaan kata boleh mendaftar tak beringat-ringat teros daftar.. Bulan 3, 4, 5, 6.. Penantian hanya tinggal penantian. Rasa hurm sangat bila orang lain kata diorang dah dapat tarikh. Jealous ngat.

Tapi bila turn kita dapat tarikh, Horeuyy horeyyy hepi gilerr 😸. Awal Julai dapat tarikh terasa dunia ini ana yang funyaaa.

Masa ni overload tgk video tiktok so kemain duk fikir nak ootd camane

Masa dos kedua tak excited cam first so tak pikei sangat nak ootd apa just pakai je baju raya tak jadi

Esok officially jadi part of Herd Community. Love it!

Me and sisters dapat date yang sama..

Orang bila bercakap pasal vaksin semua kecoh camane side effect. For me. Tak de ape sangat pun side effectnya sebab dah biasa tersakiti 😬. Tak de la. Kalau cakap pasal sakit aku ade pengalaman menyakitkan masa buat MOS dulu. 

So takat cucuk macam ni tak de pe hal sangat lah. Tangan rasa kebas (tapi tak jugak) camtu je la. Anyway antibodi dapat wat keja dia pada tahap maksima. Say no to covid-19~


Waktu balik cucuk dos 1 bertembung dengan ayah su moksu. Second dose tak sempat nak bertembung pulak

Hari demi hari kes covid boleh dikatakan menakutkan jugak. Tapi bila dah semua ambil vaksin mudah-mudahan keadaan akan bertukar lebih baik. Sosial distancing is good for me. But I want to look another country. Huuuu~

Doakan covid akan berakhir dan negara kita diterajui oleh pemimpin yang betul. Amin..

Bagaimana cerita vaksin anda? Story laaa~

Khamis, 7 Januari 2021

Selamat Tahun Baru 2021

 .: Assalamualaikum:.

Hampir sebulan tak da entri ade yang tertunggu-tunggu tak? Hiks perasan orang tertunggu-tunggu padahalnya tak de pown.

Sokey.. soright. 

So, entri ni sesaja nak ditulis mencelah kesibukan yang menghimpit. Busy oh. Busy dengan program makan-makan. Ahaks.

+++++

Disclaimer: Ayat atas tu draft tahun 2020. Nampak sangat kann.. BUSY disitu tulis pun sekerat je. hikhikhik.

 btw.. 

------------xxxxxxxxxxxxxxxxxx------------

H A P P Y     N E W     Y E A R    2 0 2 1 !

-----------xxxxxxxxxxxxxxxxxx------------- 

Wah.. sedar tak sedar masuk 2021 dah kita ye. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk terus bernafas di dunia yang fana ini.

Sedar tak sedar si covid-19 pun dah setahun bertapak di dunia ni. hurm..

Tak pe sebab dengar cite vaksin dah otw. Harapnya ya. Yang penting kekalkan jarak sosial dan pakai pelitup muka di mana anda berada. Wah!

#kitajagakita

 So, kalau tiba tahun baru soalan femes amos haruslah.. Apa azam ditahun baru?? Azam tahun lepas ape cer? hikhikhik.

Malas lah nak cakap banyak tapi doa-doakan lah azam beta yang berkurun sejak 2014 dulu akan menjadi kenyataan tahun ini iaitu. NAK BUAT LASIK..

ahahahhaa. Tak menjadi kesudahnya. Ke nak tunggu ade optical Surgery macam Advance Vision Centre wujud kat Kelantan baru tercapai azam huhu. Tu la dulu waktu duk PJ tak de pulak bersungguh-sungguh nak pegi. Ni bila dah berjauhan...mula lah nak buat perangai..kekeke

manusia..

 

susah cari bingkau berkenan, bila dah berkenan seribu tahun pun sanggup pakai yang sama. bingkai ni masuk tahun ni dah 4 tahun bersamaaaa..

 Azam yang lain-lain tu kita folo je azam tahun-tahun sudah. hahaha. Kalau 2018 dulu aku rajin buat list sampai 60 list kot. tapi bila dah tua ni malas nak buat goal pulak. 

Eh.. Tahun ni dah 33 tahun. masyaAllah 😱😱😱

Tapi aku 23 tahun senantiasa. ngee.

Pape pun 2020 for me tahun santai-santai. haha. Seronok kann dapat cuti free 3 bulan masa PKP dulu kekeke. Tapi walaubagaimana pun bila Pippin kena sporo memang 24/7 devoted menjaga beliau huhu. Bulan 10 baru fully recover.

handsome me always handsome

Bulan 11,12 bulan makan-makan masyaAllah memang makan je keja i huhu. 

Btw sekarang ni musim tengkujuh. hujan ribut usah diceritakan. Memang menjadi-jadi. Tapi alhamdulillah sebab macam banjir tahun ni tak teruk melampau lampau kat Kelantan. Banjir tu tetap jadi sebab dah memang musim dia kan. Begitulah sunnatullah.

Terima seadanya.

Tapi hari ni cuaca dah macam ok. Mendung semalam dah berlalu pergi tinggal angin sepoi-sepoi bahasa je. I lioke! 

Ape pun for this year harapnya everything we planned will work smoothly insyaAllah.

Tetiba rasa nak pegi buat 100 list new year resolutions.

Huh! arap je la..hihi

let's hope for the best!

 

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...