marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Isnin, 16 Ogos 2021

Saya sudah divaksinkan!

 .: Assalamualaikum:.

Annyong yorobun.

Feb, Mac, April, Mei, Jun, Julai,Ogos..

Akhirnya ade mood nak menulis panjang. Hiatus lama dikala covid-19 menjadi-jadi tapi padahalnya duk main kat Tiktok hihi. Best kot main kat Tiktok sebab warganya spoting morting gitew. Tiktok ni tak de la seteruk khabar pun. Bila dah menjadi Tiktokers baru la sedar bahawasanya kita tak boleh judge something kalau tak pernah berada di situ. Gittew.. haha

 

Follow me on tiktok guysss ngee

Tapi serious, addicted betul bila layan video-video pendek kat situ. Sejam dua jam langsung tak sedar๐Ÿ˜ฌ. Tips kecantikan, Tips deko demo, racun shopee dan macam-macam lah boleh tengok. Yang menariknya setiap video tu dia buat ikut kreativiti masing-masing. Dan kalau ade video yang kita tak berminat boleh tekan not interested so dia tak keluar FYP kita. 

Follow me on Tiktok!

Tiktok jugak membuat aku suka dengan video editing. Sebab simple gile. Gabungan tiga video or gambar dah boleh upload  masuk. Boleh Pilih-pilih lagu semua lah. Editing kat situ memang basic so budak kecik pun boleh edit. 

Nak buat video advance sikit boleh pakai Capcut. Dan Capcut adalah cinta hati aku untuk edit video sebab  dia punya features updated tapi free of charge plus tak paksa kita nak buh di punya watermark. Aku suka giles. Edit pakai phone je tak payah nak masuk computer bagai. Simple!

Contohnya..macam ni haa..


So, no wonder la terabai blog ni kan. Hihi. 

7 bulan sepeninggalanku, sooo many cerita berlaku. Soooo many sampai tak tau nak start dengan mane satu. Ahakss. Btw aku dah cucuk vaksin ๐Ÿ˜‹. Dah complete 2 dos. I am officially Sinovac Clan. Sape geng cepat menyahut hihi.

Geng sinovac sila hadirkan diri segera!

Cerita pasal vaksin ni punyalah lama tunggu dapat. Refresh punya refresh MySejahtera rasa nak uninstall pun ade. Merajuk katanya. 

Ye lah. Aku antara orang yang paling awal mendaftar vaksin kat MySejahtera. Kerajaan kata boleh mendaftar tak beringat-ringat teros daftar.. Bulan 3, 4, 5, 6.. Penantian hanya tinggal penantian. Rasa hurm sangat bila orang lain kata diorang dah dapat tarikh. Jealous ngat.

Tapi bila turn kita dapat tarikh, Horeuyy horeyyy hepi gilerr ๐Ÿ˜ธ. Awal Julai dapat tarikh terasa dunia ini ana yang funyaaa.

Masa ni overload tgk video tiktok so kemain duk fikir nak ootd camane

Masa dos kedua tak excited cam first so tak pikei sangat nak ootd apa just pakai je baju raya tak jadi

Esok officially jadi part of Herd Community. Love it!

Me and sisters dapat date yang sama..

Orang bila bercakap pasal vaksin semua kecoh camane side effect. For me. Tak de ape sangat pun side effectnya sebab dah biasa tersakiti ๐Ÿ˜ฌ. Tak de la. Kalau cakap pasal sakit aku ade pengalaman menyakitkan masa buat MOS dulu. 

So takat cucuk macam ni tak de pe hal sangat lah. Tangan rasa kebas (tapi tak jugak) camtu je la. Anyway antibodi dapat wat keja dia pada tahap maksima. Say no to covid-19~


Waktu balik cucuk dos 1 bertembung dengan ayah su moksu. Second dose tak sempat nak bertembung pulak

Hari demi hari kes covid boleh dikatakan menakutkan jugak. Tapi bila dah semua ambil vaksin mudah-mudahan keadaan akan bertukar lebih baik. Sosial distancing is good for me. But I want to look another country. Huuuu~

Doakan covid akan berakhir dan negara kita diterajui oleh pemimpin yang betul. Amin..

Bagaimana cerita vaksin anda? Story laaa~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...