marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.
Memaparkan catatan dengan label foodreview. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label foodreview. Papar semua catatan

Isnin, 29 November 2021

Cafe Review: Lepak-lepak di The Layers

 .: Assalamualaikum:.

Burrsss.. Sejuk nau sehari dua hari tiga hari ni di tempat beta. Terasa cam duk Amsterdam walaupun tak penah pegi situ ngee..

Tapi siyes, bila cuaca cenggini rasa x nak dah gi tempat orang dan nikmati je suasana kat tempat sendiri. Kelantan nowadays sangat-sangat worthy tau. Ade je banyak tempat menarik,  makan sedap dan murah. Yang penting bab halalal toyyiba tu dah dijamin!

Anyway bila dah masuk musim tengkujuh ni, taburan hujan yang tinggi ape-ape pun hati-hati la guys. Bawak keta cermat, Jangan duk gi mandi kat lata sungai or laut. Bahaya. Remember kalau kau rasa tak de orang sayang kau, kau sebenarnya masih ada untuk sayangi sungai kita. eh. Lain je ayatnya. Ye la sayangilah sungai kita supaya tak berhantu tempat tu nnti.. ngee

Ok sorry gurau jerr.

So, hari tu whixh was ari Sabtu aku dan the ALMS (aku n da adik beradik pompuanku) (hilir gittew ade group ngehh) with unclear plan decide nak gi melepaks. 

Asalnya cousin aku lah yang beriya nak melepaks sementelaah dia baru jer balik kelantan sebab abang dia kawen. Alih-alih dia tak jadi sebab time tu sesi fotoshoot bersama keluarga diorang still berlansung. Takkan la dia nak angkat punggung lak kan. Memang kena la klu dia wat gitteww 😌 


Selamat pengantin baru rakan sepermainan waktu kecik!

So we ouls yang lps majlis tu dah ready tunggu beliau dalam kereta ni decide we ouls lepaks lepaks we oul je la sebab dah alang-alang duk dalam keta siap dah semayang zohor siap touch up balek takkan la nak balek umah cenggitu jewww. Hahaha.

So, program diteruskan walaupun 4 serangkai ni (me-tikah-iwa-kimah) hari-hari pun bertemu duk gaduh kat dapur bhabhahabha.

Jarang-jarang terjadi mari lah kita. So, dalam kereta masih lagi segmen "kita nok gi lepok mano?" sampai la sorang decide kita gi The Layers yang terletak di hurmm.. aku pun susah nak cakap location tu.. Kat Rambutan Rendang kot.. Area roundabout Chempaka, Pengkalan Chepa. Sila map untuk dapatkan lokasi yang tepat na..

Since keempat-empat ouls tak penah jejak kaki kat sini maka setujunya terus cepat. Dalam kehujanan maka sampailah kami 15 min dari Sabak. 

Cafe ni siyes lawa. Kaler hijau. 

Parking depan kedai fenuh.

 Jalan area ni memang sedap kalau korang suka makan jem.. bhahaha.. Nak selamat datang menghala dari Kubang Kerian or Panchor. Kalau menghala dari Pengkalan Chepa nasib laa..~

Exterior depan kedai. Lawa tapi kosong jew





Kalau ade bunga or frame hipster maybe berbaloi utk OOTD. Dalam pulak dalam ade 2 je meja tu pun dah full house. So kitorang tunggu la kat luar. Musim covid covid ni social distancing katanya. Tetiba staff dia datang dan gitau boleh je masuk order dan meja ade kat kedai sebelah lagi. 

Maka semua pun ehh??! Rupanya sebelah lagi tu kedai diorang jugak tapi kena lalu kat sebelah kedai lagi. Maksudnya cafe tu 2 pintu tapi dipisahkan oleh kedai lain. Aneh gile sebab exterior tak match dengan cafe asal.  Siap kitorang ingat kedai tu tutup sebab dark gile. Macam masuk area lain hahaha.

Mostly cake dah nak abes.
Premium cake



Sebab ni first time kitorang kat sini, so tak de sape perasan yang pasal tu. K takpe. So berlalu lah kami kesitu lepas order.

kalau aku best friend barista tanpa segan silu aku duduk kat sini haha. Tapi sabo je la bunyik blender tu

 

 

pakai baju mace donghae. eh zizan razak haha

Boleh dikatakan pintu cafe satu lagi dark area punya style. Kaler dalam pun dia wat ala-ala pub underground. Lampu pun malap dan kalau hujan memang masuk la.

New york cheese cake.

Actually The Layers ni dia punya specialty cake la.  Even dia bukak cafe ni pasai cake dia famos amos. Dulu dia supply cakes kat cafe-cafe lain but now dia bukak je sdiri senang. Dulu waktu PKP memang masyuukkk sangat tempahan keknya so why not bukak cake sdiri kan.

ape masalah diorang hujan menggila kat luar pastu order ais?

Selain cake and coffee of coz la ade gak  menu-menu hipster yang lain. Sedap jugak

Saje order grill chicken nak rase-rase jew.

Actually dah kenyang telan nasi ayam penyet dan aneka kuih muih kenduri td.Tapi we ouls kan berempat so boleh la merasa sikit sorang huhuhu.

Tapi malangnya, suasana sangat meriah macam pasar borong. Dengan suara-suara yang bercakap dengan nada tinggi sebab nak lawan bunyi mesin blender dan hujan menggila kat luar. Klu nak dating sini not recomended. Hahahaha. Siyes bising.

total 4 orang makan
Berbaloi ke idok?

For me harga dia a bit pricey berbanding cafe cafe lain. Tapi jarang-jarang sekali why not.

Isnin, 25 Januari 2021

Cafe Review: VOLT COFFEE

 .: Assalamualaikum:.


exterior kedai

Salam PKP 2.0 buat warga Kelantan terchenta.

Hmm.. Siapa sangka masuk 2021 kes aktif covid-19 makin menjadi-jadi. Memang kena la. Tapi ape pun berdoalah kita dijauhkan. Vaksin otw katenya. Kita tungggguuu..

Ingat tak tahun lepas kan aku ade cakap keja aku hujung tahun lepas makan aje keja nya.. ahaks.. So meh la I gebang-gebang pasal makan-makan tu. Kot la after PKP, PKBP, PKPP everything dah smooth kita dapat berhoping-hoping ke kedai makan viral.

VOLT COFFEE

Nama cafe ni pun dah hebat. Makanan dan minuman kat situ pun haruslah. kan.

Cafe ni dekat je di area Pengkalan Chepa. Tepi post office PC. So bila dah dekat ni memang best la untuk melayan secangkir dua kopi kat situ.

Kedai dia depan jalan je.. tapi agak tersorok sikit. Tapi boleh perasan
Perasan cam ni.ngee

Best!. Sedap!

Waktu ni datang ngan kakak ipaq baruuuu~




interior dalam. Memang cozy la kalau kedai x busy
Antara menu yang ditawarkan kat Volt
Lawa kan art latte diorang.
Ni kalau tak silap mocha
Capucino

Tu yang boleh I bagitau secara overallnya tentang kedai kopi ni.  Kat sini banyak jenis latte. So art dia pun jadi macam-macam. Bagi aku latte kat sini sedap. SANGAT!

Pastu kalau minum latte panas jangan lupa pair dengan pastry or kek. Terangkat and syiok oh!

Minum kopi pulak lawan dengan kek.perghh..

Makan camni baru double heaven

Pasta ni best. sedap. Tomyam pok tek tapi diberi nafas kontemporari makan dengan angel hair.

Berani cakap tak sedap tanpa disedari abes kopi segelas yang lain tak sempat jamah lagi..ngee


Interior dia perfect. I suka. Rasa best je kalau duk lepak lama-lama kat sini. Tapi kedai dia tak de la besar mana so x de la tempat yang boleh dikatakan favourite sebab tak de tempat tersorok nge.. 

 Nak duk berejam tak leh mane sebab customer asek kuar masuk. So makan cepat-cepat tangkap-tangkap gambar. 

Balik. 5 minit sampai umah. uih laju?? heee.

Korang yang datang dari KL melalui udara tu elok sangat singgah sini sebelum ke destinasi. Kalau tak nyesal. Hahahha. Dekat jugak lah dengan airport asalkan korang tak jalan kaki.

Sabtu, 2 Mei 2020

Cafe Review: KB Brewster

.: Assalamualaikum:.

Disclaimer: 
Entri ni dah lama buat sebelum puasa lagi tapi saja peram dulu sbb PKP. Tapi masuk pkp4 ni dah jd PKPB. maka tadaaa.. i post la. Modal nak menaip banyak tapi setiap kali nak menaip..hurrm.. tak de mood..hikhikhik.

Kb.Brewster
Hari tu aku ada pegi KB.Brewster. Kedai kopi hipsters kat bandar Kota Bharu nih. Actually tak susah pun nak minum kopi sekarang kat Kelantan. Aku rasa sekarang nih selang dua kedai kedai kopi.. selang 3 kedai, kedai kopi lagi. Tapi kedai kopi style hipster la.. baru remaja masuk situ. Klu kedai kopi pakcik-pakcik.. memang pakcik pakcik2 la yang masuknya..hukhukhuk..Tapi yang pentingnya kedai kopi hipsters ni tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan kat Kelantan ni.

me & coffee. we're just in committed relationship.
Baguslah bila tumbuh bagaikan cendawan. Bolehlah beta membawa diri menikmati secangkir kupi ke mana-mana tempat yang beta suka. So, yang latest ni KB.Brewster. KB.Brewster ada dua tiga cawangan kat Kelantan ni dan yang aku pegi yang paling dekat dengan aku lah yang area Kota Bharu. Dekat Berek 12 tepi shell.

sila membaca
Interior design dalam kedai boleh tahan lawa. Nak slow-slow lepak situ kire on la..tapi seat kat dalam tak banyak. Ada 3 bijik meja je. Kat luar bertimbun.

Ni second time aku menapak kat sini. First time masa dengan kanak-kanak rebina. Nak merasa apa yang best kat sini.

Second time dia datang perasaan membuak-buak nak merasa meatball and Rainbow Crepe cake yang aku rasa sedappppnyaaaaaa. 😍😍😍


Hari tu yang aku sempat merasa beberapa menu je. Aku biasa kalau dah makan yang tu.. yang tu je la. Payah dah nak tukar menu lain bila dah lekat dengan satu tu. Biasalah storage limited.

makanan dating yang harus dicobaa
So antara menu yang aku suka adalah: 

Meatball


Sedaaaap sangattt. Kalau rindu meatball ikea, boley makan meatball KB.Brewster. Walaupun 8 ketul je tapi alhamdulillah. kenyang. dapat pulak sos blackpaper dia yang umph!. Tak dilupakan jem blue beri. Oh ya.. Aku suka makan meatball cicah jem. Rasa dia memang sodap hikhikhik. Ikea la yang mengajar aku makan meatball dengan jem. hikhikhik

Fettuccine Carbonara

Sungguh lazat dimakan begitu sajaaa~
berbanding bolognise, aku suka pasta yang berkuahkan carbonara. Sebab aku suka sos carbonara

Rainbow Crepe cake

Macam comel je macam sedap je.

Suka Suka Suka. 

Actually mengikut firasat aku. Rainbow cake ni dia crepe yang dilapis-lapis tanpa pakai tepung kek yang orang selalu pakai buat kek tuu.. Tapi just lempeng yang dilapis berselangkan whipping cream. (eh lempeng bukan pakai tepung ke). Entah camane nak cakap yang penting kek ni tak muat. Aku boleh tekan. Perut boleh terima hoho. Aku tak berapa makan kek tapi kek ni aku tak tolak hoho. 

Satu slice RM10. Klu nak celebrate besday beli je seslice pastu makan reramai hhohohoho.

+++++++++++

Untuk bulan puasa ni aku tak sure diorang bukak ke tak memandangkan pkp dah jadi pkpb. Kalau bukak untunglah boleh merasa lagi. Tapi kalau tak bukak tak pe. Kita buat semua sendiri. 

Silap-silap bila keadaan kembali normal kita pulak yang bukak cafe ala KB.Brewster kat tepi umah hikhikhik. Sila datang beramai ramai..hohoho

Isnin, 2 Disember 2019

Review Dessert Cafe : Bingsu Snow Town Cafe, Pengkalan Chepa

.: Assalamualaikum :.

Anyeong guysss..

 Ari jumaat baru ni sempat #jalanjalancarimakan area pengkalan Chepa. Bosan katanya. Nak mengarut- ngarut katenye. Yelah biasa kalau hari jumaat seantero keluarga akan berkumpul untuk makan tengah hari berjemaah kat umah besar. Tapi for today, dapur tutup sebab pakat ade jemputan kenduri kahwin. Jadi tak payah masak, tak payah kemas dapur yuhuuuu!

Tapi tu lah. Bila kerja yang selalu dibuat tapi tak dibuat, maka disitu lah timbul, eh jommmmmmm..

maka 3 saat selepas itu, readylah semua untuk ke mana? haa.. yang tu belum tahu.


 Hasil perbincangan yang kelaut. Tapi semua dah ready membolos masuk ke dalam perut kereta jadi ayuh lah semuaa.. hahahaha..

Dalam kereta sesi, " kito nok gi mano? " berlangsung dan cadangan demi cadangan menjelma tapi camtu lah. tak pernah nak dapat keputusan yang jitu sampai last2 mari kita try kedai bingsu kat Pengkalan Chepa.

Huii.. Mane tu?? Siyeslah i memang tak tahu kedai kedai hipster klu bukan kimah or iwa yang update. diorang have-have punya style. We ouls serbu aja.

Sementara kita bertekak nak berjimba-jimba di mana.. MArilah kita ber wefie dolu. Mak buyung kat tengah 

yuhuuu..marilah kita kemana mana sajaaa asal bahagiaa..
So, Sesampainya kami kat  Bingsu Snow Town Cafe  nak memilih makanan pula satu hal. Yeah masalah terbesar di dunia sebab masing-masing banyak cakadak.. kekekeke. Bingsu Snow Town Cafe ni terletak kat Taman Uda Murni, Pengkalan Chepa bersebelahan dengan Pasaraya Ten Ten. Tepi jalan raya besar tu je.

Ni antara menu yang menjadi pilihan kami setelah lama duk membelek. Actually we oul serah kat hakimah je untuk pilih menu kekekeke. So pilihannya adalah:


Strawberry Waffle | RM9.90

Sedap. Seriously tak gebang. Rasa dia rich dengan strawberry yang besar gabak. Padan la dengan rega tu. Dia bagi pisau n garfu so makan x de la sepah-sepah boleh potong ikut kedudukan strawberi tu. Dan lagi coklat dia bagi memang melimpah ruah. Pastu calit ais krim vanila tu.. pergh.. sedap rasa x cukup je order satu..hehehe.

4.5 bintang



Bingsu Snow Manggo Ice Cream | RM11.00

Banyak tempat aku makan manggo bingsu cenggini. Dan manggo bingsu antara pencuci mulut yang aku rasa masuk dengan citarasa aku. Klu ade kat memane kedai dah jadi kewajipan dah kena order. Ni gara-gara makan manggo bingu kat MekQelate punya hal la ni sampai terawang-awang nikmat menikmati manggo bingsu.

So kalau dah camnji rupanya order Bingsu Snow Manggo Ice Cream dah menjadi kewajipan dah. Dan rasa dia. Sumpah. Sedap. hingga menjilat mangkuk kekeke. Rasa ice cream dia tu memang tak boleh nak kate ape dah. Lembut lemak manis berkrim sememangnya sangat lazat. oh!

5 bintang!


Milk Snow Ice with M&M | RM11.00

Pun great combination juga mereka ini. tang yang kureng pun sebab aku tak bape suka chocolate so dalam kemanisan ade kepahitannya. tapi still lagi sedap sebab ice cream dia tu sedap. memang sedap lah sebenarnya. Aku je yang ngada x makan chocolate sebab tu kate kureng.

4.5 bintang!



Milk Snow Ice with Mix Fruits | RM13.00

Yang  ni pun sedap sangat. Snow dia macam rasa masam-masam yogurt gitu. Yang bestnya sebab texture ice cream tu memang rasa dia macam makan elsa eh. ntah .. susah nak bgtau. yang penting dia memang blend well dengan buah dan susu tu. 

5 Bintang!

Perasan tak semua bingsu yang kitorang makan kaler putih-putih? haa.. sebab flavor dia adalah milk. Menu dia agak banyak juga lah..ade flavor chocolate, ade flavor strawberi. tapi ouls semua memang satu lidah yang sama, kureng sikit makan flavor  chocolate. and strawberi is to mainstream. So we go to the basic iaitu milk. kekekeke.

Dekorasi kedai ni ala-ala cafe yang kontemporary style. Nak kata industrial deco design ade jugak. Kaler dia byk main hitam kelabu. Lagu dia pasang pun slow-slow.Memang kalu nak gi date elok sangatlah asal tak banyak abe e, tikah iwa kimah sekali. klu tak bising. Dengar suara diorang pun dah boleh ajak gaduh hahahaha.

Staf friendly. kire tak de la yang kerek. Dia layan saja dengan perangai random bebudak ini. 




LICIN!

memang sekejap je licin hahahha. Silapnya ade 5 orang tapi order 4 mangkuk katanya share-share tapi 3 saat dah licin huhuhuhu.

Tak apa sebab lepas tu ayuh ke pantai lah kita makan mee celup. Ade ke orang makan dessert lepas makan appetizer. dapat kat bebudak ni dessert dulu.

hmm.. klu tanya aku akan kembali ke tak ke Bingsu Snow Town Cafe ni? YES definitely aku na datang lagi ta nak bawak bebudak ni na makan sorang-sorang manggo ice cream tu huhuhuhu.

I is forever alone. makan sengsorang i is no hal k. kekekkeeke.


Jumaat, 8 Februari 2019

Review: Kopi Mesin Kota Bharu

.: Assalamualaikum:.

Anyeong cinguya.

Sebelom blog ku mulai menjadi sarang sawang-sawang, aku amik keputusan untuk menyahkan mereka-mereka daripada memenuhi ruang. Lagipun menulis blog dah menjadi sebahagian dari GOAL 2019 katenya.

Doakan sis istiqomah. hahaha

Sape penah datang sini angkat tangaaaan..

Hari sabtu lepas, aku sempatlah jugak menjejak kaki ke satu kedai kopi hipster area Kota Bharu. Sekarang ni dah macam kacang hijau cukup air dah kecambahan kedai kopi kat Kelantan ni. Dah  berduyun-duyun dah wujudnya. Dengar cite Starbucks pun dah nak tambang cawangan baru nanti (ke dah bukak sis tak pasti). Kuat jugak penangan kopi kat Kelantan ni ye. Sis pon gile kopi gak hikhikhik. Kedai ni rasa baru je beroperasi dalam tahun ni. I think la.



Merasa jugak ada kampung minum kopi ala-ala hipster. Ingat kat Kota Damansara jerrr ade kedai hispter ala Fattah Amin (sis dah pegi kat situ keyy). Dah kat sini ade kita serbu je kat sini reramai.

Interior dalam Kopi Mesin ni memang ala-ala hipster la. ada elemen industrial tapi tak sarat sangat. Meja banyak jugak dia sediakan so tak bimbang la x sempat cop ke ape. Ada 2 partition masa ada nak duduk dalam kedai or kat luar. Menu kat situ menu western dan drinks pun ala-ala kedai kopi mat saleh la. Klu nak kopi 'o' tu kena gi warung sebelah. hehehe. 

Hipsterr skit gayanya..

kebanyakan sis tengok yang datang banyak muda remaja, dak-dak sekolah dak dak u gitu. Ade gak yang datang cam family tapi tak ramai sangat la. Sebab dak-dak remaja ni kan teruja jumpa kengkawan semua, agak bising hohoho. so sis pilih duk dalam. Sis actully bertiga dengan adik n anak buah.

Kalau datang ke kedai hipster kebanyakannya style dia same je. Gi kaunter n order. Bercicit tunggu kat meja jangan harap ade orang datang serve ye. Menu yang dia sediakan straight forward je. Pilih drinks & food. siap bayar dia bagi Bipper BUZZ untuk amik meals bila dah ready. Even meals pun kena amik sdiri kat kaunter bahagian dapur.

So, tunggu beberapa seketika, makanan dan minuman ready BUZZ tu bunyi dan kita tau lah meals kita dah siap. Gi amik n serah Bipper tu dan.... tangkap gambar meals. hahaha.



Haa..gayanya cenggini..
Ce teka sis minum mane satu..hee

Sis recommend Strawbery Blended dia. Sedap.

nak sedap buh toping..kena tambah singgit

Tikah punya, tapi hartamu hartaku jua. Tu konsep ALMS.hahaha

Sebagai penggemar kopi sis pilih Coffee Latte with whipping cream (kena add singgit). Sedap. Tapi pahit kit. Biasa Latte dia sedang-sedang aja kan.

Dan anak buah sis, Jida pilih drink Caremel Coffee with whipping cream (tambah gak singgit). Yang ni sedap tapi manis gilerrsss. Nak minum main-main boley la.

Untuk Food lak, Sis pilih carbonara.Tikah pilih Lamb Stick n Jida pilih bolognise.

Mak ai makanan dia. Portion dia memang banyak gilessss. I is cannot habih camni banyak. Thx to Jida sbb tulun habiskan b/p makcik dia yang comel ini.

Tips: pastikan datang bersama geng makan banyak.hahahaha.

portion dia tak ingat dunia kot..

Overall makanan dia boleh pergi la dengan tekak melayu ni. Malaysian style dia punya rasa. Pernah makan kat MURNI SHAH ALAM? haaa.. camtu la rasa dia lebih kurang.

Tapi jangan la banding  dengan rasa makan kat Jibby .. (memang tak terbanding kot..kekeke)

ha ha tak tahu ade budak makan tak habiss.  tak tahuu..ha ha..

Harga makanan &minuman kat sini tak de la mencekik sangat. Klu makan kepsi or mcD mampu, insyaAllah makan kat sini pun mampu.

Coffe Latte + Carbonara dalam RM18 camtu. Kire ok sngat klu nak keluar berjimba-jimba dengan friends makan kat sini. Klu rasa nak merasa banyak share makanan beli byk jenis pastu wat cam buffet. berbaloi kot sbb banyak giless.


*****

Tadi pun alang-alang ade kat area KB sbb ade urusan kat Bank Islam yang dekat dengan Kopi Mesin ni, sempat la merayap kat sini untuk beli Strawbery Blend (kan da kate dia punya rasa tu uhmpp skit). Tapi sebab tak leh nak melepak lama so tak away je. Kalau nak take away kena plus singgit lagi maybe charge for glass plastik tu. Ok la. sebab x mahal pun Strawbery Blended tu. RM6 + singgit. Ok la sbb byk dan besar. hikhikhik.

I kasi 3.5 star untuk restauran Kopi Mesin ni. Maybe banyak lagi boleh improve dari segi dekorasi n taste of food. lengkali rasa nak try yang lain pulak. heee..

kalau camni harga..aga2nya mahal ko idokk???

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...