Anyeong guysss..
Ari jumaat baru ni sempat #jalanjalancarimakan area pengkalan Chepa. Bosan katanya. Nak mengarut- ngarut katenye. Yelah biasa kalau hari jumaat seantero keluarga akan berkumpul untuk makan tengah hari berjemaah kat umah besar. Tapi for today, dapur tutup sebab pakat ade jemputan kenduri kahwin. Jadi tak payah masak, tak payah kemas dapur yuhuuuu!
Tapi tu lah. Bila kerja yang selalu dibuat tapi tak dibuat, maka disitu lah timbul, eh jommmmmmm..
maka 3 saat selepas itu, readylah semua untuk ke mana? haa.. yang tu belum tahu.
Hasil perbincangan yang kelaut. Tapi semua dah ready membolos masuk ke dalam perut kereta jadi ayuh lah semuaa.. hahahaha..
Dalam kereta sesi, " kito nok gi mano? " berlangsung dan cadangan demi cadangan menjelma tapi camtu lah. tak pernah nak dapat keputusan yang jitu sampai last2 mari kita try kedai bingsu kat Pengkalan Chepa.
Huii.. Mane tu?? Siyeslah i memang tak tahu kedai kedai hipster klu bukan kimah or iwa yang update. diorang have-have punya style. We ouls serbu aja.
Sementara kita bertekak nak berjimba-jimba di mana.. MArilah kita ber wefie dolu. Mak buyung kat tengah |
yuhuuu..marilah kita kemana mana sajaaa asal bahagiaa.. |
Ni antara menu yang menjadi pilihan kami setelah lama duk membelek. Actually we oul serah kat hakimah je untuk pilih menu kekekeke. So pilihannya adalah:
Strawberry Waffle | RM9.90
Sedap. Seriously tak gebang. Rasa dia rich dengan strawberry yang besar gabak. Padan la dengan rega tu. Dia bagi pisau n garfu so makan x de la sepah-sepah boleh potong ikut kedudukan strawberi tu. Dan lagi coklat dia bagi memang melimpah ruah. Pastu calit ais krim vanila tu.. pergh.. sedap rasa x cukup je order satu..hehehe.
4.5 bintang
Bingsu Snow Manggo Ice Cream | RM11.00
Banyak tempat aku makan manggo bingsu cenggini. Dan manggo bingsu antara pencuci mulut yang aku rasa masuk dengan citarasa aku. Klu ade kat memane kedai dah jadi kewajipan dah kena order. Ni gara-gara makan manggo bingu kat MekQelate punya hal la ni sampai terawang-awang nikmat menikmati manggo bingsu.
So kalau dah camnji rupanya order Bingsu Snow Manggo Ice Cream dah menjadi kewajipan dah. Dan rasa dia. Sumpah. Sedap. hingga menjilat mangkuk kekeke. Rasa ice cream dia tu memang tak boleh nak kate ape dah. Lembut lemak manis berkrim sememangnya sangat lazat. oh!
5 bintang!
Milk Snow Ice with M&M | RM11.00
Pun great combination juga mereka ini. tang yang kureng pun sebab aku tak bape suka chocolate so dalam kemanisan ade kepahitannya. tapi still lagi sedap sebab ice cream dia tu sedap. memang sedap lah sebenarnya. Aku je yang ngada x makan chocolate sebab tu kate kureng.
4.5 bintang!
Milk Snow Ice with Mix Fruits | RM13.00
Yang ni pun sedap sangat. Snow dia macam rasa masam-masam yogurt gitu. Yang bestnya sebab texture ice cream tu memang rasa dia macam makan elsa eh. ntah .. susah nak bgtau. yang penting dia memang blend well dengan buah dan susu tu.
5 Bintang!
Perasan tak semua bingsu yang kitorang makan kaler putih-putih? haa.. sebab flavor dia adalah milk. Menu dia agak banyak juga lah..ade flavor chocolate, ade flavor strawberi. tapi ouls semua memang satu lidah yang sama, kureng sikit makan flavor chocolate. and strawberi is to mainstream. So we go to the basic iaitu milk. kekekeke.
Dekorasi kedai ni ala-ala cafe yang kontemporary style. Nak kata industrial deco design ade jugak. Kaler dia byk main hitam kelabu. Lagu dia pasang pun slow-slow.Memang kalu nak gi date elok sangatlah asal tak banyak abe e, tikah iwa kimah sekali. klu tak bising. Dengar suara diorang pun dah boleh ajak gaduh hahahaha.
Staf friendly. kire tak de la yang kerek. Dia layan saja dengan perangai random bebudak ini.
memang sekejap je licin hahahha. Silapnya ade 5 orang tapi order 4 mangkuk katanya share-share tapi 3 saat dah licin huhuhuhu.
Tak apa sebab lepas tu ayuh ke pantai lah kita makan mee celup. Ade ke orang makan dessert lepas makan appetizer. dapat kat bebudak ni dessert dulu.
hmm.. klu tanya aku akan kembali ke tak ke Bingsu Snow Town Cafe ni? YES definitely aku na datang lagi ta nak bawak bebudak ni na makan sorang-sorang manggo ice cream tu huhuhuhu.
I is forever alone. makan sengsorang i is no hal k. kekekkeeke.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan