.: Assalamualaikum:.
Da jia hao ni men,
Ngee..
So, demi untuk meng-defragmentkan folder dalam selebrem ini, haruslah aku memaksa jejari runcingku agar menyemadikan memori itu dalam blog. Senang, nanti bila dah lupa, kita ade reference gittew.
So, Dali adalah tempat ke-4 aku merantau setelah Guang Zhao, Shangrila dan Li Jiang. Ini menjadikan aku lebih kurang dihari ke 6 berada di tanah besar China. Besar tak besar China ni, Dali aje rasa kematu duduk dalam van bila pemandu bawak pusing Tasik Erhai. Pusingan dia tu dah cukup untuk buat kita menjadi musafir du Tanah Besar China walaupun telah musafir ni..Err.. Maksud dia diameter tasik tu aje dah lebih dari 2 marhalah. huhuhu.
Dah semalaman kitorang di Dali. Petang semalam sampai, lepas tu tourist guide bawak pegi makan di Ancient Town Dali. Berbanding dengan Shangrila & Li Jiang, makanan QingZhen lebih mudah didapati kat sini. Tapi mudah tak mudah pun, aku ingat breakfast pagi ni makan travel food la jugak.. hehehehe.
![]() |
| Kita chi zao can dalam bilik je |
So, untuk hari ini, kita nak berwanr-wanr di area Dali. First nak pegi Santorini Of Dali atau nama cina beliau Lixiangban. Aku pun tak tahu apa menariknya santorini ni tapi yeah, kita pegi ajer. hahahahha.
Makan masa dalam 40 minit -1 jam juga untuk tiba kat Santorini Of Dali ni. Sampai-sampai aje pakat cari tandas wei. haahahahaha. Tapi tandas kat sini kita just hmm.. hentah la.. at least toilet dia tak de la toilet separuh, yang orang lalu lalang boleh jenguk tengok kau sedang apa di situ~ Kat sini toilet masih tertutup helok cuma tu la.. bau dia..
So, kat sini kita kena tau ke mana hala tuju kita, nak masuk bangunan mana sebab bangunan kat sini kalau tak hotel ia adalah over price cafe. Nak masuk jenguk-jengok kena bayarlah. Tapi tak pelik pun sebabnya setiap bangunan tu owner lain-lain dan dia dah deco macam-macam benda untuk pengunjung yang datang.
![]() |
| Melayan jiwa kanak-kanak je la |
![]() |
| Masa ni duk main kat luar lagi sampai la ika ajak pegi masuk cafe |
So, tanpa banyak soal, ayuh la kita beli Strawbery Frappe. Dah selesai beli makanan minuman kita dibawa naik lif ke atas. Haa.. kat sini boleh la nak bergaya sambil menjamu mata melihat keindahan bandar Dali dari atas.
![]() |
| Kak Widad kasi pinjam dia punya spek. Terus bertukar jadi cheabol |
![]() |
| Dali from upper side |
![]() |
| Lupa dah harga |
![]() |
| Port bergambar is everywhere |
![]() |
Memang lama betul duk main kat dalam santorini ni.. adalah separuh hari. Bunga-bunga yang shantek. Pastu jumpa orang Malaysia lagi. Yang aneh kat sini, orang cina Malaysia bila datang China dia cakap Melayu. Siap no English dah. Hahahhaha.
![]() |
| Area nak keluar pun kemain menggoda suh kita bergambar |
![]() |
| Sape lagi comel, cpt cakap saya. Ngeeeh |
![]() |
| geram btol tgk bunga-bunga ni |
Lepas main kat Santorini, kita pergi cari makan. Budak-budak ni nak makan hot pot dah pulak tengah hari ni, so layan jela driver nya cari kedai makan yang Qing Zhen sambil pusing Tasik Ertai. Jalan raya dia pun memang mengikuti bulatan tasik tersebut.
![]() |
| Tetiba ada rumah ni kat dalam tasik ni |
Tasik Ertai ni sekali tengok dah macam lautan dah. Memang hujung sana, dengan hujung sini tak kelihatan langsung nak kata betapa besar dan luasnya tasik tu. Tak ketinggalan juga bukit dan gunung ganang kiri dan kanan.
Kitorang makan di kedai Qing Zhen dan solat kat sini. Mujur ada bilik solat.
![]() |
| Malatang di tengah hari |
Selepas makan, katanya ada beberapa destinasi lagi untuk dituju. Sebenarnya masa agak lama waktu di santorini tadi sebab masing-masing berpecah. Bila nak berkumpul, jadinya makan masa dengan perangai cekadak nak gitu gini lagi.
Nak pilih barang pun makan masa, belinya tak. (bukan aku la tapi)
Schedule hari ni sangat pax. Lebih-lebih lagi jalan raya kat Dali ni agak jem berbanding tempat sebelum ni. Mungkin sebab area ni area orang local juga sampai driver terpaksa masuk lorong tikus untuk elak jem. Pastu sangkut kat lorong-lorong kecik 😅😅😅
So, Ika kata pasni nak pegi Ancient Town di daerah Dali yang lain sebab kat situ biasanya ada bunga kuning sedang mekar berbunga. Weehhh.. tu impian aku tu untuk main dalam pokok bunga kuning yang tinggi dalam sawah. So, of couse la nak kan. Sebab bukan hari-hari ada peluang camni. Aku penah jumpa dulu kat atas gunung Fan Si Pan.. tapi cinonet jela.
![]() |
| Tak leh bergambar dengan pokok kuning, dengan tugu ni pun jadilah |
Actually cuaca kat Dali tak sesejuk di Lijiang, so bila berjalan kat Ancient Town sambil berlari (kejar masa) memang agak berpeluh. Aku heran kenapa la driver tu tak berenti je kat area sawah yang depan. Dia berenti van kat area jauhh dan memang kena maraton la dalam Ancient Town tu tak sempat dah nak usha kiri kanan. But, bila tiba di kawasan dikatakan syurga itu rupanya tak de pun. Kena pegi jaaauuuh lagi kalau betul-betul nak sebab dia ada titi kayu untuk ke sana.
Sampai-sampai kat jalan besar van tak de..Kemain berlari takut lambat..Hurrm
Jem, van kena uturn utk amik kitorang kat sini
![]() |
| Sini pun jadiklah sambil tunggu van |
Disebabkan suasana tegang dah masa lepas makan tadi, aku kalau ikut nak aku ni memang aku nak pegi aje kat area titi kayu tu. Ade la beberapa warga China sedang seronok bergambar kat situ dalam kelompok bunga-bunga kuning yang dah kembang. Tapi, pikei masa mencemburui kita sebab nanti nak pegi kat area orang nek basikal kat Tasik Ertai tu, pastu depa duk persalahkan kak Widad n aku sebab lambat, tak nak folo rules depa.
Aku bersabar aje dulu. (Kenapa nak kena folo rules depa kalau tourist guide dah ada? engko ke bayar tiket dan pakej aku datang sini?)
Kita dalam mood holiday ni. Tapi. Hentah. Mereka makin sedang mencuba untuk cari pasal. Aku pun malas dah nak melayan perangai mengada ahli group ni. Nak memilih something2 tu memang style pick me girl betul. Aku pun tak tau cane kak Nisa bley adapt dengan depa. Da la mulut dan ayat tu sedap-sedap juga.
Macam bodoh je kalau aku nak membalas ni.
Since then, aku jadi serabut. Depa nak cari gaduh. Aku tak boleh tengok muka depa so sorry la guys, aku tak nak join any activity bersama-sama. Maksudnya kau tak de la nak pegi menayang diri depan depa sebab aku perasan time kat Santorini pagi tadi pun, depa dah macam eh, ko kenapa nak join group ouls. Haa camtu.
So, kita back off je la non. Maybe aku tak masuk vibe pick me girl depa kot. Tour guide pun tak main peranan dia sebagai orang yang patut bertangungjawab dengan situasi ni. Dia ingat dia part of participant ke hape.
So, aku and kak Widad hepi-hepi main kat tepi tasik Ertai berdua. Naseb bek la aku n kak Widad masing-masing lone rangers jugak. Ade la geng boley kawan-kawan kan. Kat sini ramai giler manusia. Aku tertarik nak nek motosikal yang ade figure haiwan comel-comel tapi alipay aku tak membantu. Tak leh scan nak bayo.. Huhuhu.
Nak gi beli chage, tapi cha yang aku nak tak de kat sini. So, kita nak buat apa ni kak Widad. Hahahha. Kak Widad kata dia nak sewa basikal la. Nak saje2 amik gambar. Bukan beria pun nak berbasikal kat sini sebab ramai orang. Aku pulak dah seharian duk bermain camni muka dah macam ape dah.. Penat wooo. Lagipun siyes aku tak de mood nak berbasikal walaupun awal-awal trip ni, aktiviti ni la yang nak dibuat.
So, kak Widad pegi sewa basikal. Basikal tu sekali dua je naik, yang selebihnya buat prop gambar je berlatar belakangkan gunung balik Tasik Ertai. Suasana dia best. Tapi part yang tegang dalam van tadi memang aku sakit hati.
Ni terjadik masa dalam van masa lepas makan. Depa yang lambat naik van, pastu tuduh orang lain pulak yang slow.
Boleh-boleh dituduhnya kak Widad ni macam orang kampung baru datang bercuti kat tempat orang. Siap dia sebut " akak ni nanti kalau sesat,kami juga yang susah.. Nanti Ika nak cari akak kat mana? Kak Widad buat apa wei?" Seingat akulah, depa yang lambat naik van dari pagi lagi. Even driver tu pun duk bertanya-tanya ahli group da cukup ke belum.
Dia tak tahu kak Widad pun ahli perubatan yang kerja kat Arab Saudi. Boleh-boleh dia kata akak tu jakun just sebab kak Widad tegur budak-budak ni pasal makanan tu tak pe, makan lebih kurang kita bayar share-share. Kitorang (aku n kak widad tak amik air extra) tak berkira pun tapi tak payah la ulang banyak kali part minta halal tu.
Akak Widad rasa bebudak ni macam saje nak perli. Budak yang cakap camtu senyap je bila kak Widad tegur, kire dia terima la kot teguran tu. Tapi yang pelik ada sorang budak ni, baru je naik van tak tau cerita (maybe dia perasan suasana tegang) dia terus cucuk line.
Jem aku!
Dah tu budak tu siap cakap gini lagi dengan bangga" saya dah 11 kali travel tak penah lagi jumpa akak yang macam ni?" budak, ko ingat ni group assignment ko punya trip ke tegur-tegur orang camtu? Bercakap dengan ko pun kak widad boleh kira berapa patah perkataan la wei, ni buat macam dia kenal seluruh isi bumi kak widad. Aku yang jadi roomate 6 hari pun rasa tak tergamak nak cakap camtu. Aku tak leh brain dan aku pulak rasa nak meletup.
Before ni dia yang mengada-ngada komplen trip ni kat group wasap sebab panas dengan tourist guide. Sekali dia jumpa mangsa baru, dia tukar naratif pulak. Memang aku tak leh masuk gile dengan orang camni.
Btw, sesi berbasikal kat Tasik Ertai berakhir bila hari pun dah nak bertukar senja. Malam karang driver akan drop kitorang kat tempat kitorang dinner malam tadi. Actually aku ade dengar juga la suara sumbang dari belakang yang katanya nak pakat kutip duit nak bagi kat driver sebab driver sooo niceeeeeeeeeeeee, teringat kat baba kat rumah sebab driver ni sanggup layan depa sampai malam. Kalau ikutkan van ni sampai petang je. Tapi ni dah malam sanggup hantar kat Ancient Town lagi.
Malah aku nak layan! Actually driver tu charge bayaran OT pun kat Ika disebabkan dah lebih time dia keja Dah kenapa kena nak kutip duit tong tong pulakk??! Oh lupa. Sebab dia pandai cakap Cina. Rasanya dia sendiri yang bagi duit tu kat 'baba' tu tanpa melalui Ika. Entah. Ika dah hire assistant la kot.
So, aku siyes menyampah, so aku gtau Ika kitorang nanti balik sendiri kat guesthouse tau. Kitorang tu aku n Kak Widad la. Kalau duk dalam group tu pun confirm kena outcast. Baik aku jenjalan sendiri lagipun tempat ni dah familiar dah malam tadi dah jenjalan. Ika okey, so gerak dulu paper roger.
Aku and kak widad gi cari makan kat restaurant Qing Zhen. Malam ni makan mee tarik. Malam ni best sikit sebab tak de drama.
![]() |
| Kedai ni dah nampak hari first sampai |
![]() |
| Ni mangkuk ke periuk ayie? |
Nak gi toilet ke nak buat ape tak menunggu benda yang tak pasti. Malam tadi aku ternampak la jugak orang jual jajan exotic macam kala jengking, lipas dll. Malam ni aku berani nak gi dekat sikit kat gerai tu nak tengok. Hahahaha
Si penjualnya nampak lemah lembut aje. Tak de la species bengis. Aku tak ley brain bethol. Ade yang beli n makan. Fear Factor oh!
Kak Widad kata dia nak gi tengok-tengok barang cenderahati kat kedai kitorang pegi malam tadi. Wokeiiy. Rasa tu la kot destinasi last untuk hari ni. Siyes. Penat gile. Kat sini terserempak dengan Ika. ajak dia lepak sekali kat area kedai tu. Duk berbual-bual dengan dia asuk topik emas Hahha. Orang pompuan Pantai Timur ni bab emas jangan. Aku je kot orang pantai timur yang tak reti bab emas sangat.
Malam dah panjang so, we ouls pun pulang ke guesthouse. Kak Widad la yang deal dengan tuktuk. Tak payah cakap Cina pun boleh aje orang tu hantar sampai kat destinasinya. Malam ni tak berbelit macam malam tadi. Dah boleh jadi orang local dah!
So, malam ni just kemas sikit-sikit barang-barang sebab esok pagi kitorang nak nek train untuk ke destinasi seterusnya iaitu Kunming.
Penat dia tak usah cakap la ari ni. Penat fizikal dan penat mentah. Huhuhu
Kita sambungggg...lagi~




















