marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.
Memaparkan catatan dengan label kotabharu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kotabharu. Papar semua catatan

Rabu, 10 Jun 2020

Salam Aidilfitri 2020

.: Assalamualaikum :.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin buat semua seantero dunia yang mengenali beta 😄

Jadi hari ni adalah 18 Syawal 1441H. 
Still raya what. nge
Tapi kalau ikut netizen Malaysia hari ni hari raya pertama bersempena PKPP hihiihi.
PKPP bermaksud everyone dah boleh balik kampung sebab perintah kawalan pergerakan dah jadi longgar dah. Alhamdulillah MAlaysia tanah air terchenta makin hari makin baik keadaan covid-19.

Go away Carona. We don't need you here!

So, my hari raya camane. Best tak? huhu.

Bulan puasa beta meriah. Best ramadan everrrrr~.

Bayangkan. Feeling dia cam zaman lepas SPM dulu. No comitment at all.
Kecuali keja-keja crochet la. Order facemask bagaikan langit di sore hari. Eh silap.cendawan tumbuh selepas hujan kot.

 Hujung-hujung puasa bila kerajaan umumkan PKPB, opis terus bukak boleh la hilangkan rasa rindu kat komputer opis. tiber.

Raya? Ntah cite pasal raya tapi kencang cite pasal puasa hohoho.. Bianne.

So, my raya sangat-sangat simple. 

Baju raya tudung raya pelik tahun ni tak kalut-kalut cam tahun-tahun lalu. Order shoppee je. Saiz XS tapi kena modified skit kasi kecik lagi atas sebab-sebab tertentu. Mujur mesin jahit si kuning dan putih ade. Boleh la kerja-kerja pengecilan berjalan dengan lancar. Siap sempat tabur pearl kat tangan kire wow banyak masa. gittew.

Tudung?! alkisahnya order punya order, saat2 genting seller kata oh sorry tudung dah habis kena refund lah sebab memang barang tak restok. Oh no!

Nasib baik tudung periuk kat dapur tak jadi mangsa. Mengamuk omma tudung tefal dia hilang angkara siapa..hahaha. So, tak payah nak sedih--sedih sebab barang boleh recycle buat ape nak kalut nanges. So. Aku pakai jerr shawl lama yang dah tersedia wujud dalam almari. Pompuan ~.. what do you expect? Benda dah ade tapi tu lah, pun nak tambah lagi.

Menu raya kat umah macam tahun-tahun sudah. Tak berubah cuma kuantiti la tak sebanyak biasa. Menu utama raya first kami of coz la satay. Kita kan orang kelantan sejati,Satay order  tapi tak sampai seribu cucuk. Ntah berapa lupa. Lepas tu, menu turun temurun ketupat ketupat ketape (bekey chekmek woh ulu) (semua dalam kurungan tu tak termasuk dalam menu kami naa)..

Ketupat dan tapai tu warisan zaman berzaman wajib ada atas meja raya. So, tu kami pulun buat jugak. Cite best tahun ni aku pandai la pulak pulas ketupat daun palas jadi ketupat betina. Bertahun try selalu failed je memanjang. Bila dah menjadi ni, sampai ketupat yang ke 6 orang finish~.. Dasar.

Aku tak pelik sangat klu aku tak pandai pun. Adik aku boleh buat kan klu aku nak makan.. bhahahahha.

Oh ye. Biskut. Aku rasa tahun ni meriah sakan rumah aku dengan biskut. My 4th sister kan ade kat rumah. Dia dengan biskut ni memang kamcing habis. Sebab dia ade kat umah maka, aku ingat ade la dalam 10 jenis jugak la biskut yang dia buat. Biasa biskut tunjuk menunjuk je. Tapi raya ni. Wahhh sangat.

Buat macam raya ni ramai tetamu datang hohoho.

Bila tiba hari raya pulak. Pagi-pagi memasing bersiap untuk tunaikan solat surnat hari raya. Walaupun masjid ditutup namun, (gitu bahasa dia) my appa happy la sebab solat sunat aidilfiti boleh perform dengan jayanya. Ye lah korang bayangkan my siblings dah 16 orang, abang kakak ipar 10 orang, omma appa 2, anak buah kecik besar 37 orang situ pun 65 orang. Dan part paling best rumah kitorang ni dalam satu pagar yang sama. So, untuk perform solat sunat aidilfitri tu no hal lah!. 

Oh ya. my 11th brother and SIL tak balik tahun ni coz they are at Perlis and Frontliner team. So, mat ri ye abe 6 and kak zah haha.

So, solat dah siap, masa untuk menjamu selera. Actually best part of menjamu selera ni bila rumah memasing datang bawak juadah ke rumah besar ni dan makan beramai-ramai. So tak pasal2 makanan jadi meriah dengan aneka kek, mihun goreng, nasi dagang , satay etc etc. Memang tak menang tangan.

Dan lagi best part of me, bila pinggan mangkuk periuk belanga tak payah basuh banyak macam kebiasaan raya. FYI, kalau raya sebelum-sebelum ni, basuh pinggan mangkuk untuk trip pagi pun 3-4 kali tau. Tapi ni sekali je tu pun orang lain yang basuh hahhaha. Well my anak buah kan well train. diorang la amik alih keja macik-maciknya ini. Tahun ni tak sempat nak berbufet jadi selamat sekali lagi. bufet tak yah basuh. hohoho. 

My best part in my life! ever!

So, main activity for this hari raya nak tau ape? tangkap gambar! sampai ke sudahnya hahaha. Biasa pun camtu jugak, tapi yang kali ni extra. 

Suka atilah yang penting bahagia sentiasa.

Raya ke dua beraya umah my abang sulung sebelah umah. Makan nasik ayam kak long. Dan tetamunya? Muka yang sama dari hari pertama PKP berlangsung.

Raya ke 3 dan seterusnya..

eh raya ke ??? 😭😭😭😭


Gitu lah citenya.

And that's the end of my raya 2020.

p/s: Gambar?? hmm.. I am so malas nak buh. Bear with me okey??! 😘

 


Jumaat, 8 Februari 2019

Review: Kopi Mesin Kota Bharu

.: Assalamualaikum:.

Anyeong cinguya.

Sebelom blog ku mulai menjadi sarang sawang-sawang, aku amik keputusan untuk menyahkan mereka-mereka daripada memenuhi ruang. Lagipun menulis blog dah menjadi sebahagian dari GOAL 2019 katenya.

Doakan sis istiqomah. hahaha

Sape penah datang sini angkat tangaaaan..

Hari sabtu lepas, aku sempatlah jugak menjejak kaki ke satu kedai kopi hipster area Kota Bharu. Sekarang ni dah macam kacang hijau cukup air dah kecambahan kedai kopi kat Kelantan ni. Dah  berduyun-duyun dah wujudnya. Dengar cite Starbucks pun dah nak tambang cawangan baru nanti (ke dah bukak sis tak pasti). Kuat jugak penangan kopi kat Kelantan ni ye. Sis pon gile kopi gak hikhikhik. Kedai ni rasa baru je beroperasi dalam tahun ni. I think la.



Merasa jugak ada kampung minum kopi ala-ala hipster. Ingat kat Kota Damansara jerrr ade kedai hispter ala Fattah Amin (sis dah pegi kat situ keyy). Dah kat sini ade kita serbu je kat sini reramai.

Interior dalam Kopi Mesin ni memang ala-ala hipster la. ada elemen industrial tapi tak sarat sangat. Meja banyak jugak dia sediakan so tak bimbang la x sempat cop ke ape. Ada 2 partition masa ada nak duduk dalam kedai or kat luar. Menu kat situ menu western dan drinks pun ala-ala kedai kopi mat saleh la. Klu nak kopi 'o' tu kena gi warung sebelah. hehehe. 

Hipsterr skit gayanya..

kebanyakan sis tengok yang datang banyak muda remaja, dak-dak sekolah dak dak u gitu. Ade gak yang datang cam family tapi tak ramai sangat la. Sebab dak-dak remaja ni kan teruja jumpa kengkawan semua, agak bising hohoho. so sis pilih duk dalam. Sis actully bertiga dengan adik n anak buah.

Kalau datang ke kedai hipster kebanyakannya style dia same je. Gi kaunter n order. Bercicit tunggu kat meja jangan harap ade orang datang serve ye. Menu yang dia sediakan straight forward je. Pilih drinks & food. siap bayar dia bagi Bipper BUZZ untuk amik meals bila dah ready. Even meals pun kena amik sdiri kat kaunter bahagian dapur.

So, tunggu beberapa seketika, makanan dan minuman ready BUZZ tu bunyi dan kita tau lah meals kita dah siap. Gi amik n serah Bipper tu dan.... tangkap gambar meals. hahaha.



Haa..gayanya cenggini..
Ce teka sis minum mane satu..hee

Sis recommend Strawbery Blended dia. Sedap.

nak sedap buh toping..kena tambah singgit

Tikah punya, tapi hartamu hartaku jua. Tu konsep ALMS.hahaha

Sebagai penggemar kopi sis pilih Coffee Latte with whipping cream (kena add singgit). Sedap. Tapi pahit kit. Biasa Latte dia sedang-sedang aja kan.

Dan anak buah sis, Jida pilih drink Caremel Coffee with whipping cream (tambah gak singgit). Yang ni sedap tapi manis gilerrsss. Nak minum main-main boley la.

Untuk Food lak, Sis pilih carbonara.Tikah pilih Lamb Stick n Jida pilih bolognise.

Mak ai makanan dia. Portion dia memang banyak gilessss. I is cannot habih camni banyak. Thx to Jida sbb tulun habiskan b/p makcik dia yang comel ini.

Tips: pastikan datang bersama geng makan banyak.hahahaha.

portion dia tak ingat dunia kot..

Overall makanan dia boleh pergi la dengan tekak melayu ni. Malaysian style dia punya rasa. Pernah makan kat MURNI SHAH ALAM? haaa.. camtu la rasa dia lebih kurang.

Tapi jangan la banding  dengan rasa makan kat Jibby .. (memang tak terbanding kot..kekeke)

ha ha tak tahu ade budak makan tak habiss.  tak tahuu..ha ha..

Harga makanan &minuman kat sini tak de la mencekik sangat. Klu makan kepsi or mcD mampu, insyaAllah makan kat sini pun mampu.

Coffe Latte + Carbonara dalam RM18 camtu. Kire ok sngat klu nak keluar berjimba-jimba dengan friends makan kat sini. Klu rasa nak merasa banyak share makanan beli byk jenis pastu wat cam buffet. berbaloi kot sbb banyak giless.


*****

Tadi pun alang-alang ade kat area KB sbb ade urusan kat Bank Islam yang dekat dengan Kopi Mesin ni, sempat la merayap kat sini untuk beli Strawbery Blend (kan da kate dia punya rasa tu uhmpp skit). Tapi sebab tak leh nak melepak lama so tak away je. Kalau nak take away kena plus singgit lagi maybe charge for glass plastik tu. Ok la. sebab x mahal pun Strawbery Blended tu. RM6 + singgit. Ok la sbb byk dan besar. hikhikhik.

I kasi 3.5 star untuk restauran Kopi Mesin ni. Maybe banyak lagi boleh improve dari segi dekorasi n taste of food. lengkali rasa nak try yang lain pulak. heee..

kalau camni harga..aga2nya mahal ko idokk???

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...