marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.
Memaparkan catatan dengan label kisah-dulu-kala. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kisah-dulu-kala. Papar semua catatan

Isnin, 11 Januari 2021

Recap 2020

 .: Assalamualaikum:.

 

Dah masuk 2021 ni nak recap lah ape kenangan terindah 2020. Kang kalau lambat-lambat post nanti mood hilang nak mengarang susah pulak tak de recap.. Hahaha.

Recap ni penting la untuk aku selaku orang yang selalu lupa ingatan benda simple-simple. Tapi kalau gaduh. perkara masa zaman tamadun Mesopotamia laju je synaps aku berhubung siap recovery data-data lost tu. Hahahaha. Perempuan, what do you expect?!

Jadi tahun 2020 ni orang kata tahun yang berwawasan lah kan. Ingat lagi tak waktu zaman sekolah rendah dulu selalu je dilaung-laungkan Wawasan 2020. Time tu aku duk imagine waaahh mungkin kehidupan canggih. Makan pun tak payah bukak mulut. Ahaks.

Tapi itulah. kita hanya merancang. Tuhan yang tentukan semua. Teknologi hanyalah alat untuk menjadikan kehidupan lebih mudah namunn... 

Batas manusia tetap tak boleh lawan dengan sunnatullah. Maka.. dengan itu. marilah kita hidup dalam keadaan wasatiyyah. Jangan cabar hukum alam. Jangan di usik benda-benda yang luar dari batas kehidupan.

Gittew.

(Tazkirah ini disampaikan oleh Ustazah Nikki Ada..ngee)

Okok..

So, mana recapnya. Tazkirah dah melebar ni. hee.

Tahun lepas tahun yang penuh dugaan buat dunia. Yeah. Biasa kalau wabak atau penyakit atau virus-virus ni biasa berlaku kat certain tempat je. tapi 2020 ni lain macam dia punya pendemik. Habis seluruh dunia yang terkesan. Walaupun kat Malaysia bulan 2 baru nak kecoh-kecoh tapi masa bulan 1 ni memang dah rasa bahang dia. Disposal mask seluruh kedai aku pegi tak dakk. Pastu FB laju je duk mengaupdate pasal corona virus. That's why la cheq ade kesedaran awai pasai corona ni huhuhu.

Nak demam pun takut time ni huhuhuhu.

Pippin The Grey Kena Sporo

Pippin sakit awal tahun ni, tapi sebab aku busy ke sana ke mari. (Wah.. rindunya nak gi kursus kat FITEC) Jadi memang tak sempat nak melayan Pippin yang luka situ sini. Dah dia cari penyakit. Nasib la Pin. hmm..

Oh my Pippin

Pastu yang susah hati dikemudian hari I la..huuuu.. Boleh baca di sini (Oh My Pippin: Pipin The Grey kena Sporo) apa onar yang Pippin The Grey buat sampai kena sporo πŸ˜ͺπŸ˜ͺπŸ˜ͺ

Alhamdulillah dah hensem balik

Aku dapat anak buah yang ke-39

Bertambahlah keturunan keluarga Legasi Tokku Ahmad bila adik aku melahirkan anak buah yang ke-39 awal Januari tahun lepas. 16 Jan 2020. Nik Ahmad Naseeh. OK. Sebenarnya tak dak pun Nik. huhu. Saja letak Nik sebab kitorang kan Nik's Family huhu. 

Makcik mithali

Sebab suami adik aku tak dak Nik jadi JPN tak bagi buh Nik kat pangkal nama anak dia sebab Nik ni gelaran keturunan. Kena ikut dia punya SOP. Hmm.. Klu buh Nik tengah aci tak? Ahmad Nik Naseeh πŸ˜‚

Klu nak ikutkan nasab keturunan ouls (tiber) gelaran Nik di pangkal nama kitorang tu memang 100 % original tau sebab sebelah omma dan appa dua-dua dari keturunan kerabat diraja Jembal Kelantan. 100% ori (perlu ke mention dua kali hahaha)

Kat sini aku pernah tulis tentang keturunan Kerabat Diraja Jembal. Posting lama. heee.. Jadi sampai aku adalah lapisan yang ke 13. Hilir gitteww hahahaha.

Sesetengah orang dia nak jaga nasab keturunan ni so diorang akan kahwin dengan rumpun yang sama. Tapi special family aku ramai-ramai ni tak de sorang pun kawen dengan orang yang ade gelaran Wan, Nik, Che, Tengku, Raja ataupun Tuan πŸ˜…. Biasanya kalau berkahwin dengan gelaran-gelaran pangkal nama tu legit la. 

Tapi..tapi tapi.. Abang kakak adik semua adik beradik aku kawen dengan orang yang tak de pangkal tu kat depan. Walaubgai mana pun nama anak-anak buah aku kebanyakan ade Nik diperolehi dari pangkal nama abang aku. Tapi kitorang yang pompuan ni berputih mata la kalau anak tak dapat letak Nik. 

Tapi untung kakak aku dia kawin muda sebab dulu-dulu peraturan tak strict macam sekarang ni so dapat la dia letak nama anak-anak dia Nik jugak. 8 orang jugaklah anak-anak dia semua dapat Nik. 

Kenapa peraturan dah jadi strict sebab ade satu masa nama gelaran Nik dah macam famous amos. Orang yang tak de sangkut paut dengan keturunan Diraja Jembal pun letak pangkal Nik jugak pada nama anak-anak diorang. Dah bila orang kerabat tak puas hati diorang pun minta la JPN ketatkan peraturan. So, nasib lah anak-anak aku nanti. hahahaa.

Hurmm.. Pastu klu aku nak buh nama anak aku Nik jugak kena kawen dengan Nik mana weh?! 

Jadi nak kena buat misi menjadi jodoh yang berpangkal Nik jugak kah ini? hurmm. Tak kesah lah kot sebab aku dah ade planning lain kekekeke.

Ceh terpanjang pulak recap yang ni. Hihihi.

Tengah malam tunggu orang beranak tak beranak-anak. Semangat kot semua join. Waktu ni bulan 1

  Daftar nama dalam Persatuan Kerabat diRaja Jembal

Memandangkan situasi adik aku ni gawat nampak gayanya since nama anak dia tak leh buh Nik so ianya sangat reflect la kat aku and adik adik pompuan aku kalau-kalau we ouls pun berkahwin dengan orang tak de gelaran seperti aku habaq kat atas. Aku personally tak kesah pun sebenarnya but once doesn't simply simple sebab dia berkaitan dengan keturunan hahaha. 

Let's say la semua anak-anak buah aku ada nama Nik, pastu nama anak aku tak de Nik. Tak ke FOMO tu. Pastu buat pulak aku dan anak aku pergi berhijrah ke Korea (misalnya) lamaaaaa bertahun tinggalkan kampung halaman, bila tiba satu saat rindu menjengah dan nak balik ke teratak lama tiba-tiba nobody kenal aku anak beranak sebab identity tak lengkap.

Drama sangat~

So, demi kesenangan di kemudian hari aku dan adik-adik aku dengan penuh takzimnya buat pendaftaran dalam Persatuan Kerabat diRaja Jembal secara sah. So dapat la identity card. Jadi lepas ni kalau nak ke pelusuk dunia mana aku pergi at least nama aku dah register dalam persatuan Kerabat diRaja Jembal.Silap-silap dalam carta susur galur pun nama dah bersemadi kat situ. Ntah persatuan muat ke tak masukkan nama aku dalam tu. Al-maklumlah 16 orang adik beradik. Aku pulak yang ke-12. Kalau dapat masuk huntunglah. hikhikhik. Tuan Puteri ke 12.

So bila dah register nama dalam persatuan ni dan dapat dah cad boleh la jadi lesen nanti boleh je kawin dengan anyone tanpa mengira pangkal nama. Nama anak nanti boleh kautim buh Nik jugak. Keturunan ke 13 legit kot. hihi.

Jadi tahun 2020 ni tahun aku sah la jadi geng-geng keturunan diRaja Jembal. 

Ngee~ 

Call me princess noww πŸ˜‚

Sporo hits me too

Ni sedih sangat kot untuk diabadikan jadi kenangan. Tapi benda dah jadi kan.. Nak buat camane 😭. Hadap je la dengan tabah. Bayangkan muka aku yang ok ok ini K.O gara-gara sporo Pippin ni. Asal dia dari jerawat je terus merebak jd kulat sporo rosak tisu muka area bawah mata. 

Sedih sangat and down la jugak masa jadi camtu. Tapi alhamdulillah sebab dalam masa 2-3 bulan waktu PKP luka tu dah elok cuma tinggalkan parut yang buruk kat muka i ni. 

Sadis. sadis. sadis. Orang lain muka rosak sebab breakout. Aku muka rosak sebab sporo.

Sekarang dah OK. Parut pun a beransur-ansur pudar. Semua benda yang  aade kaitan dengan skin repair aku try. Lepas tu bia rasa insecure aku pun gi buat rawatan kat Hannan Medi Spa secara berkala. Alhamdulillah dari hari ke hari parut pun dah nak nyah dari sini dah. InsyaAllah kalau ada masa I buat review OK ke tak OK buat treatment ni.

Cerita sedih pasal kena sporo boleh baca kat sini. Camane I rawat sampai kulat tu mati dan tak naik-naik dah. 

Sedih muka kena sporo pun sempat la jugak join Annual Dinner Bar Kelantan. Hiks


Waktu PKP ni absolutely my favourite me-time everrrr! Hihi. Kan dalam tempoh waktu ni aku kena sporo tu, tapi masih lagi selumber pergi ke sana ke mari dengan muka yang cenggitu la. Aku pun tak sure dari mana datangnya keyakinan berjumpa orang dengan muka buh  plaster camtu. Memang lahπŸ˜…

Yakin nya kamu~ 

Selumber je kuar jumpa orang ngan muka berplaster camni  *gelengkepala*

So bila PKP dilaksanakan all time memang duk rumah dan dapat la aku membelai wajahku yang ntah pape jadi ni disamping menjaga seekor Pippin. Waktu ni ape kaedah aku tak try utk hapuskan kulat sporo tu. Hampir give up tapi bila belek-belek balik  gambar- gambar zaman waktu duk study + keja kat KL dulu, insaf balik. Tak boleh give up oi.. Tuhan dah buat muka cantik-cantik yang aku tak nak jaga apsal oii...

me time with movie, crochet and myself

So waktu tu la dah semangat balik buat rutin skin care dan bila raya menjelma. Gumbira lah walaupun berparut. Kire ok lah dari yang luka-luka dulu. Muka dah rasa cam Prince Zuko dalam Avatar dah. Dia kire  hensem lah kot so aku kena jadi lawa la hahhaha.

Perintah Kawalan Pergerakan PKP

Teringat mase kecik-kecik

Waktu PKP ni heaven sebab aku sempat buat aktiviti crochet balik. Lepas tu program main masak-masak kat dapur. Yang lagi best setiap waktu solat berjemaah dengan family macam duk hostel dah pulak. Petang pulak kitorang main bola kaki tiga macam waktu kecik-kecik. Anak-anak buah join kakak abang adik aku pun join. Seronok! Untungkan berada di kampung halaman 😊

Terus imagine camane la keadaan aku kalau-kalau masa PKP ritu jadi time aku keja kl. Nangesss😭

Perform solat beramai-ramai. Hari jumaat pertama yang solat zuhur tuu. diorang yang lelaki la.
Bulan Puasa dapat join tadarus beramai-ramai.

Oh ya. Aku baru ingat yang kitorang satu family ade buat PPE untuk Frontliner KKM waktu minggu ketiga PKP. Semangat satu family buat huhu. Siap masing-masing tak nak kalah dengan mesin jahit. 

Siap abang-abang aku cari balik mana dia letak mesin mini portable diorang untuk buat PPE ni. Waktu tu kan PPE tak mencukupi jadi pasukan perubatan Kelantan dengan Kerjasama Ukekwa kot sediakan bahan PPE dan aku selaku alumni Pusat jahitan yang dapat anugerah Gunting Emas diberi mandat untuk buat PPE tu. Bangga jugak lah rasa dia.. hikhikhik. 

Sape nampak gunting emas aku belanje..heee

First time beli bahagian lembu masa Aidiladha

 Ni antara perkara yang aku nak kenang jugak. Sebab first time kot beli bahagian lembu untuk aidiladha buat korban. As for me bila orang beli bahagian waktu raya qurban ni something simbolik la kan. Macam setengah orang dia buat untuk aqiqah anak ke, dia kaya ke or ape-ape la niat diakan. Macam aku pulak aku hold on dulu-dulu niat baik ni sebab ingat seksok aku nak wat ibadah ni ngan insan bernama suami. ngee..

But since hidung pun tak nampak aku rasa dah tiba masa untuk aku buat pengorbanan ni sorang diri.. sob sob sob. Cerita sedih seorang Forever Alone. Sob sob sob.

Bila terlibat dalam ibadah ni, rasa alhamdulillah aku berjaya unlock satu ibadat lagi. Gittew. Bila lagi nak bagi orang merasa daging lembu fresh dari kita punya bahagian kaaaaann..

Bila tiba hari raya haji adik beradik yang pompuan n anak2 buah aku mula lah buat perangai pakai baju arwah peninggalan nenek ouls. Baju aku pakai tu baju arwah pakai hari-hari


Cuti-cuti Malaysiaaa

 Akhirnya pada bulan 9 boleh juga pergi bercuti-cuti Malaysia bila PKP dah longgar sikit. Time ni kes aktif boleh kira dengan jari kot. Siap seminggu kes 0 pun ade. Tapi tu lah..

So bila kempen cuti-cuti dalam Malaysia dicanang, we ouls pun tak lepaskan peluang untuk ke Pulau Perhentian. Macam biasalah dengan adik beradik sokmo-sokmo. Kalau 2019 dapat menjelajah Ho Chi Minh dan Haramain, 2017 lepas ke Seoul-Busan jadi tahun 2020 menjelajah negeri sebelah pun OK.

SOP kena jaga

Sebenarnya aku jarang join trip ke Pulau ni tapi teringat bestnyaa waktu gi Pulau Redang waktu family Day NBC ritu tetiba aku paksa my brothers arrange trip ni.. hahaha. Bila ramai adik beradik pegi barulah datang green light dari omma. ngee.

Antara pulau-pulau kat Malaysia pernah aku jelajah Pulau Langkawi πŸ˜‚, Pulau Mamutik, Pulau Manukan, Pulau Sapi, Pulau Pangkor, Pulau Redang dan last Pulau Perhentian la. Waktu gi Pulau Redang je baru aku tahu erti betapa nikmatnya snorking hahahhaa.

Lepas tu my dear bestie datang Kelantan so, aku tarik dia untuk buat aktiviti sight seeing kat Bandar Kota Bharu yang aku sendiri pun tak pernah pegi. hahhaha. Waktu-waktu macam ni la baru lah nampak gajah depan mata. Kalau tak duk fokus nyamuk diseberang je kaaan. 

Actually tahun 2019 ritu aku ade book tiket pegi ke Jeju Island, tapi covid-19 punya pasal we ouls cancel.So sad baru nak asah hangul caranne hurmm..

Takpe lah.. tunggu rezeki next time.

My brother of Ten Kahwin

 

Maka kawenlah beliau

Geng bridemates

Akhirnya turn abang aku yang ke 10 kawenn. Huntung la dah kawen. huhu. Huntung pulak kakak ipar aku ig femes haaa tak pasal2 Siakap Keli buat article pasal majlis diorang ritu ngee. Benda rare kann harus lah siakap keli pun join memeriahkan page dia. Bukan ape. Kan biasa majlis kahwin pengantin hiburkan orang datang dengan karaoke la berpantun la camtu camni.


Waktu majlis belah pengantin perempuan. Rombongan kitorang yang ramai dari orang yang datang kihkihkih

Kakak ipar aku ni bukan calang-calang orang jugak bab taranum. Waktu majlis hari tu, ayah su dia saje2 nak pekena pengantin pastu dia tau pulak kawan tu pandai mengaji di suruhnya mengaji. Elok waktu tu mic ade ngan dia. Memang bahan la jawabnya. Naseb bek orang dah biasa naik pentas so takat taranum tu basic ajerr. Terus viral dan tu la Siakap Keli berminat.

Pakai shawl biru tu kakak ipaq aku. Beza umur kitorang 9 tahun. Of coz la dia lagi muda ahahahha.
Waktu majlis akad nikah orang yang penting je pegi. Kitorang tgk live kat ig siap pasang kat TV lagiπŸ˜‚

Nampak gaya tahun ni bakal dapat anak buah ke 40 pulak.

Orang lain dah anda bila lagi?

Bulan makan-makan

Sejak kerajaan umum PKPP, kerja aku sejak tu hanyalah jalan-jalan cari makan area KB ni je. Nak gi main jejauh rasa insecure pulak. Kalau tak menjelajah cari cafe situ sini pulak ade ke rumah buat makan-makan. Kenduri kendara macam biasa. Memang makan-makan dan makan. Mujur berat still maintain bawah 45kg. heee..

Ade bertimbun cafe baru bukak area PC ni so, memanglah tak de keja pegi merayap kat situ haha. Alah bukan dengan orang lain pun.. dengan adik beradik aku gak.

 Banyak sangat pulak recapnya.. 

Ok lah. Sampai sini jerr.. Yang lain kita post dari masa ke semasalah.

Sabtu, 10 Oktober 2020

Memori di 10102020

 .: Assalamualaikum:.

Anyeong!

Cantik tarikh hari ni. Nak tak nak cuba gagahi diri untuk menconteng di blog barang serangkap dua sebagai tanda. Minggu lepas lepas mood menulis datang tanpa dipaksa. Tapi minggu ni macam kena ade catalyst untuk bagi feeling nak menulis. huhu.

Di tarikh yang cantik ini rasa rugi pulak tak mengarangkan. Yes. Kenalah tinggal sikit memori so next time bila godek blog sendiri ade jejak. huhu. Walaupun covid19 masih bermaharajalela bahkan makin sengit pulak gelombang dia lepas PRN Sabah baru-baru ni majlis kahwin untuk 10102020 tetap onzz. Tahniah lah bagi yang kawen hari ni naa.. Kahwin kahwin gak SOP jangan tinggal tau. Pastu respect sikit kat orang single nieh! adeh.

Bila dah tahu hari ni 10102020 baru tersedar wah dah 10 bulan berlalu untuk tahun ni. Rasa laju pulak waktu berlalu. Rasa baru ni PKP start bulan 3 tup tup dah bulan 10. Tinggal 2 bulan lagi unutk mengakhiri tahun 2020 ni.

Tahun ni aku more to crochet-crochet thingy plus bela Pippin. Aku rasa memang tahun ni tahun aku jaga Pippin lah pendek cerita sampai bila sporo Pippin dah hilang bulan ni rasa tak bermakna hidup sekejap. Fikir nak buat ape pulak lepas ni. Well my whole life tak de la happening sangat kalau tak campak aktiviti kenduri kendara kat rumah , jaga Pippin, keja and crochet. Kurang dari 1 bulan abang aku yang ke #10 pulak nak kawen, berkenduri kendara lagilah jawabnya. hoho.

Berbalik kepada cerita hari ni. Oh actually aku rasa memang tahun ni tahun aku jaga Pippin la sebabnya dah beberapa hari Pippin kena cirit birit. Rasa ni first time da cirit birit habis 3 tingkat rumah dia penuh dengan bahan nyah tinja dia. Kesian pulak kat dia. Terpaksa kena kuarantin lagi πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

Tadi aku bagi dia teh pekat memandangkan cirit birit dia macam dah macam orang dah. Aku takut jugak nanti kena kecam tapi nak wat camane eh. Takkan nak bg dia makan ubat pil chi ki tek on. Aku cirit birit pun tak penah makan ubat tu! Kalau aku cirit birit memang duk dalam tandas sampai ok. 

Minum air teh pekat, tido kalau penat minum air kosong sampai ok. Biasa x amik masa lama pun sebab body aku memang dah paham sangat dengan aku takkan senang-senang nak makan ubat hahaha. Kengkadang tu aku gasak je makan je ape-ape aku nak kecuali benda yang bergoreng dan pedas. Yang lain gasak aja.

Tapi tu lah. Pippin kucing bukan orang. Kesian dia hari ni aku puasakan dia. Bagi minum air je. Pastu aku cari rumput helikopter. Katanya ubat untuk kucing???! sabo je lah Pippin kata.

Aku pun tak surelah kenapa dia boleh cirit birit sampai camtu sekali. Tapi seingat aku ade letak anak kucing yang sesat masuk dalam umah Pippin. Duk dengan dia ade jugak dalam seminggu. Anak kucing tu liar sangat. Abes makanan Pippin dia makan,naseb baiklah Pippin kini tak macam Pippin dulu. Rilex je anak kucing tu bedal makanan dia. Pastu time tu aku perasan anak kucing tu macam cirit. Tapi buat biase je la anak kucing kan.. tengok-tengok Pippin pulak yang kena cirit birit tu..aah sudahh.. Anak kucing tu pun dah kemana menghilangnya ntah dah ok ke belom ciritnya.

Sorry la anak kucing i cannot affort to berbahagi kasih. Betullah. Aku nak kata mahkluk penyayang sangat tak jugak tapi aku sayang Pippin sekor lah. 

nge;D

So, tu je la memori 10102020 aku. Cerita berkisar pasal Pippin je pun boleh. Sbb i is so malas nak transfer gambar so, hmm.. paham paham je la yer..

Selasa, 6 Ogos 2019

Pengembaraan ke Dunia Luar : Oh My Passport

.: Assalamualaikum:.

Annyeong yorobun..

ni zmn memula buat passport kegemilangan dulu. Tujuan buat nak gi tempat lain. Tapi tempat lain yang diseru. Tapi takpe sbb sampai jugak^^

Semalam aku terbelek passport aku. Terbelek sebab nak check bila expired sementelaah itu last aku pakai passport ni masa gi wat umrah ritu. Aku ingat memang expired tahun ni tp tak igt berapa haribulan. Bulan berapa..

So klu expired so what? gittew..
Klu expired  kena lah gi renew. gittew.

Anyway proud jugaklah rasanya sebab passport yang aku buat masa zmn study USM ni (tahun 2014) aku guna dengan sepenuh hati. Ari tu masa buat aku buat untuk 5 tahun. Tahun ni dah sampai masa untuk renew. Tu pun kalau nak gi oversea lah. Kalau tak pergi nak buat ape renew. kuikuikui.

Dah check dah. 15 Oct 2019 expired. Bukan ari jadi oppa ke 15 oct tu? oh mo!

Actually sejak ade passport ni lah aku baru merasa menjelajah bermusafir melihat negara orang. Dari Thailand ke Indonesia sampai Brunei jalan lagi pergi Korea Selatan lepas tu ke Korea Selatan lagi dan lepas tu ke Madinah dan last ke Mekah untuk ibadah umrah. Bahagia juga rasanya sebab berjaya melebarkan peta siri penjelajahan merasai nikmat bermusafir melihat kebesaran Tuhan.

Rindu pula rasanya bila teringat kenangan terindah bersama teman dan taulan semasa bermusafir. Banyak sangat lah benda-benda yang buat kita merasa nilai ukhuwah dan kasih sayang bila berjalan-jalan bersama. Tolerate dengan perangai each other, back up mane yang kurang situ dan sini.

Paper pong moh la kita throwback kenangan merantau ke luar negara bersama buku merah selama 5 tahun ni.

SONGKLA, THAILAND


 Aku kira Thailand ni first time lah aku jejak. Dulu masa aku kecik sangat (4 or 5 tahun) family aku penah datang jenjalan ke Thailand jumpa sedara mara kat Patanni semua, tapi time tu aku kecik sangat. ingat-ingat lupa je. Tapi walaupun ingat-ingat lupa aku tetap kagum masa van ayah lalu kat jalan pantai. Lawa sangat pantai dia, sungai ngan laut dekat-dekat tapi ombak dia haluss je. Kecik kan.. kaguuum sangat sebab ombak kat tepi pantai umah aku garang sangat berdetum. hik hik hik.

Ni bila dah besar, pegi oversea, sendiri tanpa family di sini ku rasa diri cam dah dewasa sangat..hahhaha.. Padahal time ni aku gi dengan rombongan ISDEV untuk program Sosio culture Lab ape dah lupe..ngee.. Even pegi atas dasar kerja universiti tetap hepi sebab dapat berjalan kat negara orang. Orang sini tak makan nasik. Diorang makan pulut. Pagi-pagi makan pulut (nasi) kerabu..ngeee


MEDAN, INDONESIA


 Second time pulak ouls menjejak kaki ke Bandar Medan, Indonesia. NI pun atas urusan universiti jugak. Waktu ni ade international conference antara universitas. Aku sempat jadi pembentang jugak. Nervous dia hanya tuhan yang tahu sebab aku ni bukannya spesies suka duduk kat depan untuk bercakap-cakap. Naseb bek aniem temankan time aku kena present tu, so aku buat contact ngan Aniem je la time tu..kekekeke.

Lepas sesi perbentangan ouls jenjalan melihat kawasan la. Shopping, main sana main sini. Hahahhaa. Dan disinilah #SarangheaCingguya terhasil. Geng buas kat belakang bas yang sikit-sikit cakap nak relate dengan korea. So orang yang terpilih je la boleh tahan dgn we ouls hahaha.

BRUNEI



 Brunei lagi lah. kalau biasa 3 hari je, tapi untuk trip ke Brunei yang jugak merupakan program universiti aku sempat merasai 30 hari di sana. Seluruh Brunei sempat dijajah dari timur, selatan, Barat dan Utara..hikhikhik. Yelah semua sudah maklum Brunei negara yang kecil jadi 30 hari duk sana memang sempat la melebarkan jarak ke tempat-tempat menarik di sana. 

Selain dari Brunei kitorang siap sempat masuk Serawak lagi..hikhikhik. Rindu kat negara sendiri. Sewaktu duk Brunei ni dapat la jugak aku cakap bahasa Borneo Sabah. Rindu kat Sabah kot. Rindu kat Gunung Kinabalu.


Seronok sangat. Mase ni kamcing sangat la ngan Fara. Fara ni lagi clean freak dari aku. Dia suka betul basuh baju setiap hari. Cam aku kumpul dulu sehari dua baru nak basuh. Tapi Fara tak. Siap offer lagi "Meh saya basuh baju kok da". (kok da is nama panggilan they guys untuk aku sbb kak da is too mainstream). Aku ni kalau dak2 UPNM dah lama buli si Fara ni. Tapi sebab aku baek, terpaksa lah aku yang tgh tido bangun dan pegi basuh baju sesama dengan Fara klu tak dia amik je baju aku basuh sekali. Dulu mula-mula tu memang aku cakap tak yang nanti kak da basuh sdiri sambil ZzzZZz. Tengok-tengok baju aku dah siap basuh siap tolong sidai kan lagi =.=" We roomate after all kat sini. Fara baeeek sangat kot. 

Kat sini pong aku suka bercakaran ngan AAB yang also roomate tapi bilik lain. Kitorang gaduh sebab benda kecik je. Cam stokin sape bersepah atas lantai? Ari ni nak keluar gi makan tak? Membuli sorok2 barang. Orang tengok cam serious je gaduh. bising je bilik. Tapi masa lain, boleh lak duduk menempel sesama.AAB ni satu ari tu penah di ilang kunci bilik dia, bising satu dorm untuk misi penyelamat dan kasih sayang nak bukak pintu bilik dia. Abes cara orang Brunei buat nak bukak bilik dia time tu. Tapi time tu aku rilex je tido kat bilik sebelah. hahahha.

Bak kate Ade Yunita " Mereka ini aneh betul, kadang-kadang bercakaran, kadang-kadang berciuman" mase lepas solat maghrib berjemaah. 

We are #sarangheacingguya after all. Oh time ni Aniem tak pegi sbb dia ade plan lain masa ni. 

 tempek gambr yang mane rasa nak sudah le sebab gambar kat Brunei ade la

KOREA SELATAN

my first trip to Seoul ever..
 Haaa.. yang ni tak yah citer ahh.. 


Walaupun 80% complete tapi sudi-sudi lah membaca ya.. dah bertahun tapi travel log tak sempat nak siap lagi...ngeee..

Setahun kemudian...
 

Hai bertemu lagi kita di Tanah Air Oppa. hahahha..

 Time ni sebab adik beradik aku tak puas hati aku gi Korea jadi mereka pun plan nak buat trip ke Korea jugak. I is tak boleh dengar Korea nak pegi juggggaaaaaaaaak. Maka pada musim Autumn yang menguning, sekali lagi menjejak kaki ke negara oppa. huhuhu


Trip yang second ni happening lah sangat biar pun itinerary dah berkubang sebab pergi dengan adik beradik dia lain macam sikit QA/QC nya. Trip ni walaupun tempat yang aku pergi lebih kurang time first trip tapi lain macam jugak rasa dia sbb transport and laluan tak same dengan yang aku pergi dulu. So benda baru jugak lah ape yang aku lalui.


 yes.. we are this kind of family. ngenak ore no. 1 tapi we ouls jugak lovely one so don't worry


MADINAH & MEKAH

 Alhamdulillah dapat menjadi duyyufurrahman di usia yang muda. Nak gi buat umrah adalah cita-cita setiap umat Islam aku rasa so, rasa beruntung sangat bila dapat pergi sini. Aku dah faham kenapa setiap umat yang dah pergi umrah kalau balik diorang kata nak pergi lagi. Sebab aku pun rasa camtu. InsyaAllah ada kesempatan aku pun nak merasai lagi suasana damai berada di Tanah Haram. Kalaulah bentuk ganjaran yang Allah bagi tu nampak aku rasa tak ada sorang pun sanggup keluar dari tempat ni. Perasaan tu antara kita dan Allah je tahu. Jom kita pegi kalau nak tahu camane feeling tu.

............................................ 

Jadi inilah pengalaman bermusafir ke negara orang. Jasa passport aku tu sangatlah aku hargai. Tak sia-sia buat 5 tahun sebab betul-betul guna. So 5 tahun dah tamat. Maka adakah aku perlu renew lagi ni?

Kata nak menawan dunia menjadi Mugiwara Icibhi atas darat. 
Kemanakah kita selepas ini??

Tungguuu...


Ahad, 23 Disember 2018

Shui Fan Zai berwajah baru dengan LOFT BED yang bombastik!

.: Assalamualaikum:.

Anyeong cingu..

my shui fan zai
Aku rasa dari kecik lagi aku memang species yang tak boleh duduk diam dan tengok benda yang sama setiap masa. Kena ade movement walau sikit. Kalau tak aku akan nervous sengsorang pastu overthinking. Species homosapien yang lagu mana. aku pun tak berapa pasti. Yang pasti lepas sekian lama. Aku boring tengok katil bilik aku. dan tang-tang tu jugak aku nak ubah. HAHAHA.

actually bilik aku kecik. tak besar pun. Tapi sejak balik kampung makin menjadik-jadik reta aku nih. Semua nak kena sumbat dalam bilik. Dengan benang kaitnya lagi. Dengan pertambahan rak dan baju-bajan dengan bantal-bantalnya. Serba mak niko ade. JAdi kalau boleh aku nak optimis segala ruang yang ada dalam bilik nih. siling rumah lak tinggi bak gunung kinabalu. Ni membuatkan aku membuak-buak berangan kan baguih klu aku betul-betul buat rooftop dibilik sendiri. Hua hua hua.. persis istana kayangan gitteww...anganku.

katil idamanku oh. 


Satu-satu cara nak menjadikan mimpiku nan satu ni kenyataan ada caranya. Iaitu bina katil style loftbed. Isk. Ritu waktu mengukur kelebaran IKEA. Aku selalu berangan-angan itulah space impianku. Rooftop tempat tido bawak working space.


biasalah bujaangggg..
apabila busy itu menjadi asam garam
Since IKEA tu 370KM dari rumah aku, maka aku kurangkan hasrat dihati supaya tidak meroyan dikemudian hari. Menjalankan hari-hariku dengan penuh rasa bersyukur dan macam biasa, bila time gian mula timbul, kerja aku duk scroll pin interest duk tengok design-design loft apartment kot-kot la ade idea muncul. Selain pin interest, lazada jugak tak ketinggalan untuk di scrollkan. Yelah. Kita tak tau kot-kot ade rezeki boleh merasa LOFTBED. hahaha.

lawa tak..lawa tak

Rupanya, mimpi aku bakal menjadi kenyataan pabila ade satu online shop kat Lazada tengah wat promotion perabot-perabot terpilih. Kitchenz & Homez time tu ade buat promotion termasuklah katil double dacker la, katil single la, queen la dan tak ketinggalan LOFTBED yang dirindui. Maka cepat-cepatlah aku check dia punya spec menepati tak spesifikasi bilikku nan kecik molek. Bilik aku nih klu katil single lepas la ruang nak semayang. Tapi klu saiz queen or King alamatnya semayang kat luar la nnti. Ntah-ntah semayang atas katil pun boleh nnti. 

Check punya check, ukur punya ukur dalam penuh debaran, LULUS. AKU NAK BELI! sbb katil tu memang muat bilik aku. saiz single je. tapi kaki dia tinggi lah. ape lagi. dah la tu bapaaaak murah giless. kalau yang ikea tu ade dalam tujuh lapan ratus, tapi yang ni dalam 5++ (lupa) cenggitu je termasuk delivery. Biar betik nih. Aku tak puas ati, aku try google siyes la wujud benda cenggini. kot la scammer ke taubao ke..kekekkee..berhati-hati kata orang. Check kat google tak de lak responnya. Tapi kat Lazada tu ade la komen-komen pembeli yang rata-rata suka benda alah ni. pastu aku try gak compare-compare dengan kedai online yang lain. Aku tengok harga satu lagi jual tanpa less ade dekat 1k plus.. uiish.. ta ke nak kena sekarang jugak aku cart to buy kalau cenggini caranya sbb stock tak banyak dah!

Maka selamatlah aku membeli belah di Lazada sepantas kilat. hahahahaa. Dah kepingin ni kang tak pasal2 menangis di bucu bilik mengenangkan katil loftbed, mantan bakal milikku..huhu. tak ke sadis cenggitu.

Penantian katilku bererti bila Gdex sampai kat rumah. Actually lepas aku beli tu takut jugak kang tak sampai, kang scam kang tu kang ni sbb lama giles nak sampai. tgk tracking no duk stuck kat hub Jerantut ade dalam seminggu dua yang buat aku gundah gulana. Bagitau mak ayah tang aku beli katil ni pun belum jugak. hahaha. Sampai je katil tu kat umah dan proses sign men-sign berlalu, maka aku mengerahkan engineers cilik supaya pasang katil ni kat bilik aku. Well, apa guna ade anak buah yang hensem dan perkasa kalau tak mampu membantu makcik dia yang lemah dan lembut ini. kekeke..

hai E yang hensem..
Maka aktiviti pasang memasang berjalan lancarrrrrr..

3 engineers + sorang amaturrrr..

baguih engineer cikda. sekejap je dah siap pasang..

Selesai diorang pasang katil baru ku yang dirindui selalu ni, sebagai makcik yang baik maka aku belanja they ouls coconut shake tersohor di kelantan..kuikuikui..

Bestnya tentang loftbed ni sebab attach sekali rak angan meja. Jimat duet i tak yah dah nak merapu cari meja ngan rak yang sesuai letak kat sini. Nanti nak cari kerusi yang seswai je nanti. Sementara ni, pakai jerr kerusi mane ade.

lengkap dengan rak lagi..

amboii

Keesokan hari tetiba pagi-pagi lagi ade tetamu datang.." na tengok katil baru cikda..."
Nak tengok katenya tapi tiba-tiba dah naik atas doh ><"

Selepas beberapa bulan, tetiba terorder kelambu cenggini.. opsss..


Pastu terorder lagi langsir IKEA kat shoppe ni pulak..Oppss.. dan kerusi SNILE IKEA jugak..OPPPss sangat..

bukanlah seorang Ada klu tiada rambu rambai flowy2 bak princess

my favourite underground lepak place

Anak-anak buah, gumawooo <3 p="">
Kukuh ke idok??

Of kos kukuh. Ade la shaking tapi biaselah katil double dacker pun camtu gak kan.. Overall I bagi 4.75 bintang tuk LOFTBED dari KITCHENZ ni.

Semua puas hati kecuali tang bawah tu dia tak tinggi sangat. aku yang 154cm ni pun terpaksa menunduk bila lalu bawah ni, oppa yang 175 cm ntah cane rupenya..kena merangkak la kot..hiks..

Pastu ade orang tanya.

"Ada tok sey nikoh lagi ko?"

Errr..
dan suasana bertukar menjadi krik krik krik..~

Sabtu, 22 Disember 2018

LIFE COULD'NT GET BETTER!

.: Assalamualaikum:.

Tak jawap dose. Hiks.

ni lah super hyper junior
My life sekarang dia umpama lagu Suju 'Miracle'. Itu lah yang boleh aku conclude after beberapa tahun merantau berkelana di bumi orang."'Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, bai negeri sendiri". Cewahhh, ade can jadi sasterawan negara tak? huhuhu

Dia actually camni. Sebab aku antara ribuan orang Kelantan yang merantau jauh demi mencari erti hidup dan rezeki. Lepas SPM, seriously said rezeki aku bertebaran jauh dari negeri sendiri. Aku syukur Allah bagi laluan yang berliku jadi dapatlah aku rasa sikit hidup berdikari.

Sebelum SPM, aku rasa Kota Bharu lah tempat yang paling jauh aku bergerak sendiri sbb waktu sekolah menengah aku sekolah kat bandar. Even amik masa satu jam nak sampai but still itulah yang aku tempuhi waktu sekolah peralihan sampai separuh form 6 (rajin amik STAM before result SPM kuar).

After result SPM, aku dapat offer sambung study kat Kolej Matrikulasi Kulim, Kedah. Daerah baru yang bakal mencorakkan peta hidup aku. Kat matrik Kulim, aku habiskan lebih kurang 2 sem and after tamat matrikulasi rezeki aku untuk terus mendepang sayap membelah awan. Aku sambung lagi study kat Universiti Malaysia Sabah. Jauh. Sungguh jauh. Kalau orang lain kata diorang sambung oversea, aku pun sama redah Laut China Selatan sebelum sampai negeri bawah bayu tu. Hilir kata orang Kelantan.Cukup 3 tahun berada di Sabah membuat aku membuka mata, tak pandang belakang. Sebenarnya aku bersedia untuk merasai realiti kehidupan bekerjaya di kota!

Tamat sahaja konvokesyen UMS, aku dapat tawaran bekerja di Syarikat IT kat Kuala Lumpur. First time datang KL dengan feeling yang penuh debaran. Mudah sungguh untuk aku memiliki kerjaya nampak gaya. Fikirku. Dalam hati rasa takut. Kang tak pasal-pasal kena scam ke ape ke. HUHUHU..

Tapi disebabkan senior UMS aku yang juga dari Kelantan pun pernah mengikuti internship di syarikat Skali Web Sdn Bhd, jadi aku rasa yakin untuk mengikuti internship kat situ. Dan best jugak sebab seorang lagi senior dari Terengganu pun join internship kat sini. So, aku harap kehidupanku di kota yang penuh dugaan ini terjaga. Paling penting mak ayah restu.

Skali banyak memberi pengalaman bekerja yang best!
Hampir dua tahun berada di KL, masanya tiba untuk aku melebarkan sayap ke bandar lain. Aku memilih untuk sambung Master di Pulau Pinang. Universiti Sains Malaysia. Pertama kali untuk aku berada di bandar satelit ini. Tapi sungguh, dua tahun di USM sungguh cepat berlalu. Belajar di ISDEV membawa aku supaya mengembalikan nastalgia di Maahad Muhammadi Perempuan. Banyak perkara yang aku lepas peluang di Maahad aku tebus di ISDEV. Mencapai result yang cemerlang (3.84) aku kira kejayaan yang membanggakan. Suasana pembelajaran yang kondusif dengan para pensyarah yang mahir dan Saranghea Cingguya yang very supportive membuat aku rasa sangat bertuah.

The Saranghea Cingguya
Selepas program master, aku meneruskan lakaran peta ke Melaka. Mengikuti program SL1M dibawah Telekom Malaysia adalah pengalaman OJT yang bagus aku kira. Program selama setahun, tapi aku hanya berada di Melaka selama 2 bulan untuk mantapkan softskill di Universiti Multimedia dan selebihnya berada di headquarter TM di menara rebung, Kuala Lumpur.

ni geng SL1M 
Selepas 2 tahun, aku kembali ke Kuala Lumpur lagi. Hampir 6 bulan melalui program SL1M, aku mendapat offer bekerja di syarikat CCTV (networking) di Petaling Jaya. Di sini bermula sekali lagi kehidupan di kota yang penuh mencabar. Tak sama seperti kali pertama bekerja di KL, kali ini lebih mencabar. Tiada sahabat tempat mengadu domba. Kehidupan penuh sunyi sepi hanya hiruk pikuk dengan bebanan kerja yang tidak habis hingga kesudah.

tempat lepak utama di KL
Dua perkara yang memujuk aku supaya bertahan. Satu, kelas korea di KTO, Dua apabila aku menyewa bersama Saranghea Cinguya. Aku rasa lega untuk seketika. Tapi kerjaya tidak menjamin masa depan yang cerah. Mungkin disebabkan aku terpaksa mula all over again dalam kerjaya dan suasana persekitaran kerja juga tidak memberangsangkan. Lebih-lebih lagi perasaan nak balik kampung membuak-buak. 

Aku pernah merasa down disebabkan nenek kesayangan aku meninggal waktu baru 2 hari aku berkelana di KL. Dengan tiada siapa yang boleh aku bergantung, terpinga-pinga mengharapkan simpati orang. Mujur waktu tu kakak housemate sudi menghantar aku ke stesen bas untuk pulang ke kampung yang jaraknya agak jauh dari rumah sewa.aku segan ,lebih-lebih lagi baru 2 hari aku kenal mereka. Sampai sekarang aku masih lagi terhutang budi dengan mereka. 

Sejak hari tu, aku tidak senang duduk di KL. Kalau mak ayah aku pula yang pergi. Sejauh mana aku akan korban kan masa dan jarak nanti? adakah urusanku dipermudahkan?aku tertanya-tanya. aku meragui diri sendiri kerana kerjaya sekarang membuatkan aku benar-benar tiada masa untuk buat  perkara lain. 

Hampir 2 tahun persoalan itu bermain di fikiran, akhirnya, offer kerja di Kelantan datang menjelma. Tidak memikirkan baik buruk (sebab time tu aku dah tak boleh enrole kelas korea lantaran komitmen kerja), aku terus bersetuju untuk balik kampung. Aku pulang untuk selamanya. Rasa payah nak tinggalkan KL sebab sepayah itu jugalah aku berusaha untuk menyewa bersama Saranghea Cingguya. Aku harapkan mereka my #sisterhood sepanjang keberadaan di KL.

aktiviti rumah sewa

ne saranghanuen saranghea cingguya
Walaupun aku sebenarnya tidak menerima tawaran kerja di Kelantan disebabkan tawaran itu ditangguhkan kerana premis tersebut sedang buat renovation, aku tetap rasa lega kerana berada di samping keluarga. Aku tidak pula mencari kerja yang sesuai tapi sebaliknya mendaftar masuk Kelas Jahitan PPWK Chempaka yang dikelola oleh Urusetia Kebajikan, Pembangunan Keluarga & Wanita Kerajaan Negeri Kelantan.

Sewaktu keberadaan di KL tempoh hari, aku cuba untuk mencari-cari kelas jahitan sebagai supporting job kalau-kalau aku rasa tak mahu kerja lagi. Di Kelantan aku rasa bersyukur sebab kelas ini wujud dan yuran bulanan murah malah apabila tamat pelatih akan bergraduasi dan diberi sijil! Seolah-olah pujuk dicita, ulam mendatang.

Kembali ke Kelantan. Di sini sekali lagi aku terpaksa set up balik routine harian. Sebabnya sure-lah rutin harian aku sewaktu di perantauan 180 darjah berbeza dengan rutin di rumah. Kalau sewaktu di perantauan everything aku buat sendiri but kat rumah keadaannya tentulah kena sami'na waato'na. kekekeke.

ni memula join kelas jahitan kat KL dengan kak nisa. Baju I jahit tuuu..

Aku sebenarnya pursue salah satu impian aku untuk belajar menjahit. Dulu aku pernah belajar di PPWK yang sama tapi hanya separuh jalan aku quit. Tapi untuk kali ini, seolah-olah memaksa aku untuk habiskan module, aku diberi tanggungjawab oleh cikgu Sheeda supaya menjadi Class Leader. Disamping itu, aku bertanggungjawab untuk tidak ponteng kelas sebab membawa 2 orang pelatih lain bersama-sama membolos Betsy ke kelas.

siapa sangka tangan yang tahu main fb ini mampu menghasilkan 6 modul jahitan dengan jayanyaa

Sudah hampir setahun berlalu. Kelas menjahit sesi 2017/2018 pun dah tamat. Aku dan pelatih lain bergraduasi dengan jayanya. Dan aku masih meneruskan kehidupan di bumi bertuah ini dengan penuh rasa semangat!


with PPWK cingu
arwah cikgu Sheeda yang ambil gambar ketika aku kusyuukk melukis pola

Walaupun offer kerja aku tolak, tapi disebalik itulah menjadi asbab aku ambil keputusan untuk tinggalkan kota yang penuh godaan. Walaupun kadang-kadang terlintas untuk kembali bekerja di sana (kerana aku nak sambung kelas koreaaaaaaaa), aku rasa inilah tempat terbaik untuk aku berkerjaya (oh ya, aku dah kerja sekarang anyway) buat masa sekarang. Aku rindu kepada Saranghea Cingguya. Aku rindu untuk menaiki MRT pergi IKEA dan macam-macam benda aku buat di KL, tapi demi kasihku terhadap keluarga, demi untuk tidak lagi kesepian, aku hanya mampu berserah kepada Allah. 


Terima kasih Allah kerana mencorakkan peta yang penuh warna-warni ini. Kalau tidak kerana pengalaman-pengalaman ini, aku rasa aku tak akan keluar dari zon selesa. Dengan pengalaman yang ada, aku berazam untuk salurkan kepada perkara-perkara yang boleh menguntungkan syarikat dan agama.

Segalanyaku harap padamu, Rab!

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...