.: Assalamualaikum:.
Dajia hao!
Rajin na hari ni nak buat entri. Hehehehe. Sebenarnya bosan duk tunggu website MyTax duk loading dari tadi. Musim-musim tengkujuh ni dia nak stat berhibernasi gamaknya. Nak berhibernasi pun agak la, tunggu aku siap buat segala mak nenek payment dulu baru nak buat hal.
Huhuhu.. Gitulah kerja beta kalau awal bulan setiap bulan ni.. kalau tak siap settle KWSP, SOCSO, HRDC & LHDN on time memang tak leh duduk bertenang.
Pape pun yang jadik bagi aku settle benda-benda ni dulu sebelum tetiba dapat surat warning ke ape ke. Tak de mase aku nak bayar penalti bukan sebab kesalahan dari pihak syarikat. Selalu yang buat hal padahal site depa yang sikit-sikti loading-sikit sikit duk upgrade.
Kite yang hari-hari duk bukak nak buat payment ni macam hape duk menunggu nak kasi settle satu-satu.
Berchentalah citenya.
Dan, alang-alang tu marilah aku melayan mencoret barang sepatah dua kata disini dengan mengingatkan kembali apa yang da terjadi dalam seminggu ni.
Oh ya. Cuti sempena Deepavali kali ni meriah! Abang aku ke 11 & family balik ke kampung, Adik aku yang ke 14 & family pun balik ke kampung. Anak-anak sedara (anak-anak kak long abe yom) pun ada jugak.
Tapi, bila semua dah dewasa ni, pendek kata semua tak sebest dulu dah. hahahaha. Dulu Suko Dulu.
Masa tu semua masih innocent dan tak banyak halnya. Hahahha
So, demi untuk memeriahkan suasana, kak long buat cadangan untuk gi camping kat Lata Pok Nik kat Jeli sempena anak-anaknya balik ke kampung.
Nak suasana katanya.
Jadi macam biasa, kak long punya program kita mesti nak kena menempel, so adik-adik mereka tanpa segan dan sipu menempel bersama hahahaa. (ayat kemain)
So, family kak long, family Kak Na, Family Kak Biey, family Abe E , family Une , family Iwa, aku & kimah (yang tiada family) turut serta untuk aktiviti ni. Ramai kemain huhuuhu. Teringat masa kecik-kecik Che Ayah selalu jugak bawak kitorang gi mandi kat Lata atau air terjun kat belah Kuala Krai sebab kat situ ada waris yang ada kebun durian dan kolam ikan talapia.
Haji Mat Mengkebang. Tak sure waris atau kawan ayah hehehhe. Kalau waris yang aku betul betul sure Che Ye dengan ayah Ok tu memang sure. Sebab Che Ye ni kakak ayah merangkap mak sedara aku la. So, kalau pegi Sungai Sok, sepupu-sepupu bawak main kat sungai Pas.
Pun Best feeling ever.
Dari awal pagi sampai nak senja, main air sungai sampai biru kediri. Tapi tak pandai-pandai berenang jugak. Hahahahha.
Ye la.. Baru nak buat aksi kuak lentang dah kena tegur, tak bagi main tempat dalam dalam.. so, menyelam ajelah yang boleh dengan air paras dada itik.. kuikuikui.
Sekarang semua dah ade family masing-masing. Aku pun dah siap ade cucu sedara lagi yang nama Abdullah Muhammad. Comel budaknya. Ngee. Tapi tulah, bila duk jauh-jauh ni hanya setahun 2-3 kali aje boleh jumpanya. Tu pun sekejap aje. So.. Camtu lah.
Rindu nak anak sendiri. Eh!
Ritu bulan 8 rasa dah pegi Lata dah rasanya hikhikhik. Jeli juga. Tido dalam khemah siap. Hahahha. Ritu gi Lata Ummi Jaj tepi Lata Kashmir. Pun best juga.
Kali ni kita pegi main kat Lata Pok Nik pulak.
![]() |
| Lata Pok Nik |
Kak Long sebagai penaja utama, sponsor chalet untuk si bujang forever & anak-anaknya, bertambahlah aiqing di hati 😍. Itineri pulak antara kalau tak mandi air, makan. Hehehehe.. Kak Na bawak anak ramai-ramai, bab makan A lah.
Dari awal sampai hingga balik, makan tak tala.
Bila ramai-ramai camni aktiviti camni sangatlah best untuk dibuat dari duk sebek kat rumah (refer une, kak zah & afif, hehehhe)
Kitorang bertolak hari Sabtu sampai dalam lepas zohor kat Jeli. Siap solat terus bentang menu pertama, iaitu nasi tengah hari, ikan aye singgang & budu. Aku in charge bahagian ulam-ulaman dan goreng ikan dengan Mizah, adik ipar aku kat dapur.
![]() |
| Menu supo sekalo |
Nasib baik cuaca OK, tak panas, tak hujan sangat. Just nice untuk mandi manda. air sejukk.. Tapi best.. maybe sebab tak ramai orang, kite-kite je. Yang seronok ditengok budak-budak kecik la. Pelbagai gaya dan kerenah.
Lepas siap main, kita sambung makan pulak. hahahaha. Aktiviti malam pulak, BBQ dan steamboat, tapi waktu ni perut aku dah tak bagi kerjasama. Dia nak bbbuak. Terpaksa aku amik Galvescon. Walaupun tak makan banyak dan just follow activiti depa aje lah.
![]() |
| Menu ringkas tapi budak budak sukaa |
![]() |
| Tukang balik balik bbq dari singapura |
![]() |
| Didi sempat mengail ikan sebaru masa orang lain duk mandi manda |
Dah tu aku pun masuk tido awal sebab perut aku memang tak selesa dan badan pun lenguh gile. (Gini ke perasaan jadi orang tua ahahahaha). Aku kemas meja sikit & kutip-kutip sampah yang bertebaran sebelum pergi meninggalkan suasana meriah bersukaria itu.
![]() |
| Saje nak meriah-meriah, sambut besday afif anak une |
Aku dah la malam, memang tak berapa nak function sangat la.
Seumur hidup aku rasa ni first time kot aku berkompromi dengan ubat-ubatan. Biasa makan penadol aje. Tapi dah tau ni bukan masalah badan tapi masalah ketidakhadaman atau pun tak selesa kat ulu hati. Jadi kita amik la ubat tu untuk legakan diri.
Alhamdulillah. Pagi tu okey dan mantop.
Perut dah tak meragam dan mari kita splashkan diri ke dalam ayaq lagi buat kali akhir sebelum balik. Hahahhaa.. Aku masuk dalam ayaq sungai dari jam 8 pagi camtu. Tapi-tapi-tapi, bebudak lain seawal jam 7 pagi depa dah pun main ayaq sungai tu..
Huhuhuhu.. tak sejuk ke wei? Tanya aku dalam hati.
Cuaca hari kedua ni pun ok jugak. sedap aje untuk mandi dan main. Naik kejap untuk makan pagi. my sisters masak nasik goreng & kepok keping.. Fuhhh.. sedaaaap. Lepas makan kita main ayaq lagi.. sambil masak megi dalam air. Hahahhaa.. barang-barang camping Hakimah ade, ayuh la kita bermain.
Nak dekat pukul 11 pagi camtu kitorang naek dan sambil kemas-kemas barang kat dapur.
Manyak syiok oh bila tak de ape-ape komitmen nih. Hahahhahaa.. Tak payah pikei. Orang mintak tolong kita buat kita buat aje. Dah la orang sponsor bilik.
So, pukul 12 lebih kitorang pun check out dan balik dan sakit tubuh! Ngee. Lenguh tangan mendayun atas pelampung lawan arus sebab arus sungai boleh tahan kuat juga
![]() |
| Sempat singgah kat Clan Cafe, Jeli sebelum sampai umah |










