marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.
Memaparkan catatan dengan label product review. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label product review. Papar semua catatan

Khamis, 21 Oktober 2021

12 L Mini Fridge Review

 .: Assalamualaikum:.

Anyong yorobun

Dikesempatan yang ada (baca: rajin menulis) ingin sekali diri ini membuat review mengenai mini fridge yang comey lotey macam tuan dia. ngee. Peti ni aku sampai kat aku dalam bulan 6 jauhh merantau dari China ngeh ngeh ngeh

Biasalah ape guna account shopee kalau kita tak ter'add cart' terbayar dan tersampai. Tu la jangan memandai skroll shopee sebelum tido. Bahaya.

Hari ni ter add to cart. Lusa eh dah terbayar demi free shipping punya pasal. Ntah-ntah waktu tido tu roh merayap tekan add to payment.. bhahahah. adeh.

 Dan elok-helok dia tiba time bufday i lantas ini menjadikan ia adalah hadiah bufday utk diri sendiri. Love yourself. haa ghisau..ghisau..

memperkenalkan peti kecik molek ini SAST

Saiz: 12L

Brand: SAST

 

Tak de benda yang complicated pun nak pasang peti comel ni. Just play & plug.

Di bagi tingkat untuk susun dalam peti tu dan plug. Plug ade dua. Satu utk keta kot-kot nak gi picnic nak merasa ayak sejuk. Satu lagi plug pasang kat rumah. Tapi plug china la dia bg tapi tak pe kita boleh pakai travel plug attach sekali

Uniknya peti comel ni sebab boleh buat warmer jugak tapi kat Malaysia ni macam tak valid la nak buat warmer sebab even musim tengkujuh pun selumber je makan aiskrim kan.. haha. so jadi cooler je la peti oii.

Jadi ni lah rupanya bila aku letak dalam bilik. Macam kedai runcit bak kata anak buah aku. Kedai runcit pun kedai runcit la sebab bilik ni la yang tersedia jajan-jajan bila diorang datang melepak kat atas ni ha. 

Bila rak yang sedia ada ni agak besaq untuk letak peti ni , maka secara automatik aku pun mintak Pok Loh selaku tukang kayu terhebat di abad ini untuk wat rak makanan yang comel supaya seswai dengan peti comel dan aku ini.

comeeel.. kaan..
Tadaaa!

Laju siap sebab kilang baru bukak time ni jadi order tak masuk so order aku dulu la siap..ngee.

Tima kasih Pok Loh!

So, bila dah ade kabinet comel ni apa lagi.

Jom la mengisi.

comelnya keetle ni beli kat mr diy

quite big la sebab boleh muat banyak ayaq.

pelbagai jenis ayaq

bahagian bawah buh jajan-jajan.


i loike

i loike

i loike !!!
 

Sabtu, 28 Ogos 2021

Review Produk : Nano White

 .: Assalamualaikum:.

Anyeong yorobun

Pose popularku 2020

Masuk bulan ni dah 8 bulan aku guna Nano White skincare. Sangat memberangsangkan perubahannya. Well kalau kita stick dengan satu-satu skincare dalam tempoh lebih dari setengah tahun means skincare tu menjadilah dengan kulit kita kaaaan!

Seriously aku memang happy sangat bila parut sporo makin hari makin nipis kat muka. Yang tak tahu camane kulat sporo boleh hinggap kat muka boleh baca kat sini. πŸ˜₯

Tahun lepas walaupun luka sporo dah berjaya dikekang tapi parut peninggalannya..masyaAllah. Sangat menakutkan. Bayangkan muka yang helok tetiba terpalit parut sebesar duit syiling 50 sen . memang rasa insecure. 

Insecure insecure pun membelek muka di cermin tak pernah jelekπŸ˜†. Konfiden kena tinggi baru up senantiasa. ngeh..

So dalam rasa tak secure tu aku pun try la macam-macam petua dan cara untuk mengembalikan kecantikan wajah. Menangis bila terkenangkan kulitku tulus dan mulus dahulu kala~tapi bila dah jadi gini.. ibarat jadi macam putera Wang So yang terbuang dan tersakiti. 

Hai.. Saya lah Putera Wang So itu.

Kemuncak rasa macam jadi Wang So bila balik dari Pulau Perhentian. Muka time tu burn dan parut pun jadi gelap dan timbul. Fuh lagilah rasa insecure tahap infiniti. Muka dah la hangit tambah pulak parut isk.

So, masa tu ade akak yang suggest buat dermapen. So, of coz. I buat. Ade orang promote some products untuk hilangkan parut dekat drugstore, yes. I beli! Flevettes is my night sweets. Demimu parut yang jelek. Tak hingin jadi Putera Wang So.

Tapi tu lah. Nak kulit elok balik, tapi just main pakai skincare yang dipromote, apa diaa. Orang promote bio oil, kita sapu bio oil, orang promote vit c oil kita buh vit c oil. Orang promote shaklee kita order shaklee.

Lepas buat dermapen sekali dua, kulit muka jadi elok tapi parut still ade..
Ni awal bulan Disember 2020..

Mula-mula cam wahh.. ade la perubahan tu.. tapi lama-lama.. keseluruhan n kulit nampak muka start kering merekah, gelap dan pigmentation start buat onar. Dengan kata lain kusam dan tak sihat.

Pesen amik gambar camni. Kalau boleh lubang hidung pun nak di zoom kann...

Masa ni memang kulit muka agak kusam. Sadis dengan diri sendiri hurm..

Sangat teruk. 

Memang waktu ni rasa malu ngan cermin. sob sob sob. (Baru rasa jelek dengan diri sendiri huhuhu)

Terfikir-fikir produk ape yang seswai dengan mukaku buat masa ni sebab Safi, cosmodern, dan lain-lain macam dah tak functions dah ni.

Sedih kan.

Teringat yang waktu muda remaja dulu aku pernah guna produk Nano White.

Zaman study kat USM dulu. Adelah dalam 5 tahun lepas kan. Bagus produk Nano White menurut aku dulu. Aku stop pakai sebab masa tu Nano White susah nak dapat kat kedai.. Abes tak de stok je kat Watson. Sebab tu aku kembali kepada Safi Balqis. 

Skincare yang aku constant pakai dari sekolah menengah sampai uni produk Safi, Syahirah, Garnier Kuning(sebab masa ni terpengaruh ngan kak ija (heliza helmi) dan Nano White dan Hadalabo (tak menjadi sgt kat aku)

Lebih kurang tu je selain yang sesaje aku test. Produk merkuri timbang kilo pernah gak kena hahha. Tapi seminggu je sebab aku tak suka texture cream dia yang ntah pape.

Macam Safi Balqis pula menurut aku lah kan, Safi ni elok untuk kulit yang dah elok atau jerawat sikit2 camtu. Untuk kulit jadi cerah je.. Untuk parut cam aku ni tak efektif sangat. 

Tapi citer dia, muka aku berparut teruk Safi Balqis tak mampu merawat dari dalam.

That's why lah aku kembali mencari Nano white sebab stok Nano White macam selalu ade je kat drugstore area rumah aku. 

Tanpa ragu lagi maka, aku start pakai Nano White exactly pada tarikh 1.1.2021. Haa tu dia. Aku igt la sebab hujung tahun tu bufday my omma.

2 minggu lepas pakai produk Nano White

Produk Nano White sangat elok untuk merawat kulit muka aku. Dia punya menjadi tu rasa happy sangat. Takut jugak just menjadi awal-awal je macam produk aku pakai sebelum ni kan.. Tapi ternyata..

Makin hari makin menunjukkan kesan yang baik.

3 Minggu selepas menggunakan Nano White.

Muka dah ketara cerah. Kulit kusam tu dah tak de dah. Jerawat yang tak surut tepi hidung dah tak muncul dah. Pigmentation bawah area mata pun makin kurang. Kulit kering tepi bibir pun dah makin elok. Sooo Hepi.. πŸ’ƒπŸ’ƒπŸ’ƒ


Selepas sebulan..

Alhamdulillah. Kulit muka menjadi makin sihat sangat-sangat. Kire dah mencapai tahap hydration yang betul (kalau tengok dengan mata kasar hehe).

Anyway, aku sebenarnya ada study lah sikit sebanyak pasal penjagaan kulit muka before pakai Nano White ni. Sebab dah tau dalam Nano White ade ingredient yang baik utk protect skin barrier, untuk tambah hydration kulit dan untuk kurangkan pigmentasi. Kirenya aku pakai produk Nano White ni atas dasar pengetahuan la. Gitteww.

Tiktok dan youtube helps me a lot pasal tips penjagaan kulit muka ni tau. Tapi review pasal produk Nano White tu macam tak banyak sangat.Here we go for the Nano White skin care Review. Biar aku yang  menceritakan kepada semesta betapa kagumnya dengan Nano White ngeee..

Antara first few products Nano White yang digunakan waktu bulan Feb 2021.

Satu lagi. Sorang aunty cina promoter kat Watson yang suggest pakai Nano White ni. Dia cakap Nano bagus. Aku tau dia promoter Nano White of coz la dia promte barang dia tapi the way dia wat aku yakin untuk berabis duit beli product ni memang aku ingat la. Klu tak time tu aku ingat nak beli Wardah.. Atau Safi .. (lagi)

Me on Mac 2021

Sorry my face kinda boring sebab aku bukan jenis yang suka pakai make up. Tak reti sangat nak buat eyeline kat mata atau pakai contour atau highlight cam orang lainπŸ˜…

Basically my make up rountine until foundation je. Even sekarang compact powder pun dah tak pakai. 

Foundation, lip gloss tu je yang aku pakai kalau hangpa tanya make up aku πŸ˜‚. Jimat banyak.

 So, let me tempek gambar perubahan kulit muka sepanjang guna product Nano White

Beza Memang berbeza!

Bayangkan setahun aku ambil masa untuk kurangkan parut sporo tu. Alhamdulillah sangat memberangsangkan produk Nano White ni. Yelah, sebelum tahun 2021 masuk aku memang dah try banyak produk lain last-last produk tu rosakkan skin barrier muka aku huhuhu.

Sekarang bila skin barrier dah ok, kulit dah hydrated dan cerah rasa senang hati. So sekarang masa untuk hapuskan parut yang kian pudar itu. Hope berjayalah!~

Raya Haji 2021

Feeling happy sebab dah boleh pakai shawl style pin kat belakang.. Hew Hew. Antara style shawl yang aku selalu gayakan (dulu). Sepanjang kena sporo ni aku memang rasa insecure pakai shawl. Bawal je. hee.

Introducing the latest me~

 

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...