Love dari Dali, Yunan
![]() |
| sorang-sorang dah macam ape da lepas abes main pakai baju pwinces kekeke |
Tapi Alhamdulillah, malam tadi aku dapat tido yang proper. Nyenyak tanpa terganggu. Rasanya lah.. Ahahahha. Kalau terjaga pun sebab aku batuk. Baru baik dari demam kot.
So, pagi-pagi ni kitorang sambil bersiap sambil kemas lugagge. Tengah hari nanti kitorang akan naik train ke Dali. Jadi untuk apa bersiap-siap ni?
Of course la untuk menyusuri jalan-jalan di kota lama Li Jiang sambil bergambar kenangan. 2 Malam dah kat sini tapi tak sempat nak sight seeing pun. Hanya menyusur jalan untuk makan malam waktu sampai Li Jiang dan malam tadi berfotoshoot Lagi pun bila waktu malam, meriah kat sini lain macam dengan lampu-lampu dan orang yang sangat ramai.
![]() |
| With love at Li Jiang Ancient Town |
So, pagi ni udara di Li Jiang tak sesejuk subuh semalam. Pakai selapis 2 baju kira dah memadai. Cuma baju tu kena jenis thermal heat la agar aku tak kesejukan apabila disapa uadara dingin. Lagipun aku tak suka pakai jaket tebal-tebal ni. Rimas dan berat.
Kat sini aku hanya berdua dengan kak Widad melalui lorong dan jalan-jalan kecil di sekitar kota lama ini. Yang lain entah mungkin dah bertebaran kat pelosok lorong ancient town.
![]() |
Banyak kedai masih terkatup rapat tapi yang pasti pemandangan di sini sangatlah indah bak cerita hikayat cina. Kitorang pun singgah-singgah je mana tempat lawoo dan kita start mengada. Hahahhaa.
![]() |
| Tengah cari panglima perang |
Tujuan utama sebenarnya nak cari kedai makan halal. Entah kat mana ntah. Tak pula sibuk mencari kerana fokus kini dah teralih nak ambil gambar dan video kenang- kenangan aja. Katanya kedai makan halal tu ada di area luar dari ancient town ni.
![]() |
| Tengah tunggu panglima perang Wu An |
Sedang kami seronok bergambar, tiba-tiba kak Nisa n buddies muncul dari selekoh lorong tempat kitorang bergambar. Aku tegur dan depa pun tengah cari kedai makan yang sama sambil jalan-jalan sekeliling. So apa lagi, alang-alang tu helok la kitorang join untuk breakfast sesama. Bukannya banyak kedai halal yang ada.
So, setibanya kedai makan halal, kitorang duk satu meja bulat untuk menikmati menu breakfast di hari ke 4 dan makanan kat kedai ni sangatlah aku nikmati. Sedap oh!. At least tak de la spoil dari segi rasa. Pagi-pagi dah merasa nasi persis macam duk di kampung halaman.. Hahahaha.
![]() |
| Makanan cina yang paling best selepasi megi cup dia |
Pagi ni kitorang share-share beli lauk, so dapatlah makan proper gitu. Kalau hari-hari sebelum ni, nafsi-nafsi kan dah tu makan mee memanjang. Alhamdulillah atas nikmat makanan di atas meja. Yang penting halal dan anak tokey hesmes. Hehehehe.
![]() |
| "Jom acik ikut saya jalan-jalan kat Yunan ni". Nak aje aku ajak makcik ni sebab makanan dia kena dengan tekak aku |
Selesai makan, kitorang berpecah sebab aku pun tak tau kak Nisa n da geng ke mana lepas tu sama ada balik hotel atau meneruskan agenda meneruskan mengukur kelebaran ancient town.
Dan Aku dan kak widad masih meneruskan misi mengukur kelebaran sebab tak jumpa lagi any mercu of Li Jiang Ancient Town ni. Orang kata kat sini mercu dia kincir air kat dataran yang sempat aku lalu malam pertama kat sini. Tapi dari tempat aku menapak ni memang jauuuh la.
![]() |
![]() |
![]() |
| "ni hao" |
Tapi dah alang-alang masa masih ada sebelum nak seret luggage ni, ayuh la kita. Barang-barang pun da ciap kemas. Kot-kot boley pekena kopi Yunan ke nanti kan. So, misi menyusuri lorong dan jalan diteruskan.
![]() |
| Walaupun sesat tapi jumpa tempat ni, terus duduk ahhaha |
![]() |
| Ade makcik cina duk menjaja strawberi maka aku beli lah |
Menggilalah kami berdua di dalam ancient town itu dengan pelbagai aktiviti. Sampai sesat dan actually masa dah suntuk tapi kincir angin tu tak jumpa! Last-last kena patah balik untuk ke hotel sebab nanti tertinggal train baru menyesal erti travel. Ahaks.
![]() |
| Harap paham la kita dah sesat ni |
Sampai hotel, buat kemasan akhir dan terus check out beramai-ramai. Misi mengheret luggage. Eh tak, orang hotel hantar luggage sampai keluar dari ancient town. Kalau seret sendiri boleh rosak tayar luggage. Jalan kat situ memang ancient. Jalan berbatu besar-besar.
![]() |
| Owner guesthouse cam muka anak sdara aku dah aku tengok ni. " Bea, nok gamba so".usha makcik |
![]() |
| Abang anj yang jinak tapi besar nak mamp** |
Keluar aje dari ancient town, kami tunggu kereta yang bawa kitorang ke terminal train. Area kat situ memang busy sebab kereta tak dibenarkan masuk dalam ancient town jadi, drop orang ke apa akan bermula kat luar ni. Kereta sampai dan aku pun tanpa berlengah membolosi perut setelah luggage dah aku perati masuk ke dalam bonet. Diikuti oleh kak widad dan ika. Depa yang 4 orang naik kereta asing.
Waktu tiba kat terminal memang ngam-ngam dengan jadual train sampai dan tanpa berlengah kitorang terus masuk dalam perut train dan train laju menyusur laluan.
Lebih kurang 3 jam perjalanan dari Li Jiang ke Dali. Dan dalam train masing-masing dengan hal masing-masing. Aku kali ni nak try masuk toilet dalam train. Saje nak tengok mana canggih dari yang Malaysia or Korea punya. hihihi. Same je. Malaysia pakai teknologi China juga. Kekekeke
Tiba di Dali lebih kurang petang. Entah jam berapa aku pun lupa. Tapi yang aku ingat, perjalanan dari terminal train ke hotel agak jauh! Dalam 1-2 jam. Dali ni saaaangat besar. Kat sini kita boleh tengok suasana dia agak berbeza dari Li Jiang dan komuniti muslim banyak. Qing zhen every where. Bandar yang kitorang menginap nanti area old town yang dibikin. China kan gred ciplak AAA. Bandar lama pun depa boleh ciplak.
![]() |
| Banyak kedai makan halal kat Dali tapi tour guide cari kedai yang paling hujung dunia |
Oh Ya. Maksud Dali ni adalah marble, so no wonder la kalau kat sini pengusahaan marble everywhere. Pintu gerbang atau tanda mercu memang akan dibuat dengan menggunakan batu yang besar. Kalau kat Malaysia batu besar yang terjadi dari alam, tapi di sini, diorang buat weh! sejibik.
Kitorang tiba di hotel dan start unpacking rehat dan solat. Kejap lagi nak senja tapi jadual trip kitorang adalah nak pegi cari dinner kat old town. Okeyy.. Cuaca kat sini tak sesejuk di Li Jiang dan Shangri La. Tapi nice aje. Aku dah tak perlukan sweater untuk panaskan badan. Cuaca sangat selesa.
![]() |
| Kita ampai-ampai dulu strawberi kita beli tadi dah lembik2 |
Agak jauh gile perjalanan nak pegi old town ni. Berjalan lebih kurang 2km. Dari cerah terus gelap masih lagi duk berjalan ke kedai untuk dinner. Sambil berjalan sambil usha kiri dan kanan. Suasana meriah betul. Kat old town ni baru aku nampak pagoda (?) atau bangunan ape ek yang depa panggil tu. Kalau tengok dalam drama cina kita akan perasan satu bangunan ni dia ade pagar untuk masuk ke bandar tu. Hentah la apa namanya. Tapi kat old town ni ade 2 buah bangunan yang gah camtu.
![]() |
| Rasa nak bertukar Fan Changyu la pulak..Ngee |
Rupanya lepas lalu bangunan tu, kita dah berada kat luar dari old town tu. Bermaksud jauhhhhhh gile ouls berjalan malam ni demi mencari satay cina. Dari luar old town, merentasi old town sampai keluar dari kawasan old town tu. Lagi jauh aku berjalan waktu pegi water tarrace baru ni. huhuhu.
Bayangkan dari petang sampai senja siap dah magrib baru sampai.
Pape je la. Naseb baek satay kat kedai tu sedap. Boleh tahan la rasa dia. Aku beli ayam bakar + nasi goreng cina untuk isi perut setelah hanya berbekalkan makan pagi tadi.
![]() |
| Siyes tak paham dengan gambar kat atas tapi sbb ni qing zhen, makan aja |
![]() |
![]() |
| Char fan dia biashe2 je |
![]() |
| Sedap tapi tak suka sangat msg dia. pelik |
![]() |
| try la snek ni korang.. hukkhukk |
Lepas siap makan, kitorang usha-usha baju kat tepi jalan. Dah macam pasar malam dah. Kak Widad sempat beli 1 set baju baru. Baju baju kat sini memang taste aku tapi memandangkan aku malas nak tambah beban untuk luggage jadi aku tak beli. Aku just tolong sesi tawar menawar untuk kak Widad je la.
Since nilai matawang kita lagi tinggi so, harga baju-baju kat sini memang affordable tu pun still nak gak diskaun hahahhaha.
Malam tu kitorang habiskan masa kat old town yang panjang dan jauh. Since ni dah day 4 kat bumi Yunnan tapi tak sempat lagi nak mengusha keychain atau magnet fridge so ada masa free kat sini ayuhlah kita. Kat sini aku terover spent.
BELI TEH BUNGA ROSE DAH HABIS RM300. Gile!
![]() |
| Panda kecek beli sajo~ |
Tu la. Bila pikei balik ntah tak tau nyesal ke tak. Hahahahha. Aku ni memang kalu orang dah terover promote memang satu kedai boleh aku bawak balik. Hahahaha.
Lepas siap shopping, time tuk balik sebab kaki dah memang sakit dah ni. 4 hari ni memang over used kaki gue. Bila da penat ni kitorang pun tahan je tuk tuk. Memang rasa nak merangkak da time ni. Tuk tuk pulak dia bawak jalan lain untuk pegi hotel. Takod pun ada tapi tawakal je la. Time ni aku n kak Widad je.
![]() |
| Maka minta bantal tapi sempat lagi bergambar dengan pagoda |
Yang lain ntah la. Lost contact lepas masing-masing pegi wanr-wanr. Orang kat Yunnan ni jenis juruh je walaupun nampak kasar. So, tawakal dan dia hntar betul-betul kat area kitorang turun dari kereta petang tadi. Lega rasanya.
![]() |
| Bila duk jauh ni tawakal je la |
Bilik kat hotel ni aku duk sekali dgn kak Widad dan Iqa, our tour guide. Kak Nisa sebilik dengan buddies dia.
Malam tu, tidorlah kami senyenyaknya sebab esok pula kita seharian akan berjalan-jalan di Dali....
Akan, bersambung...


























