marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.
Memaparkan catatan dengan label hariku indah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hariku indah. Papar semua catatan

Rabu, 14 Januari 2026

Selamat Tahun Baharu 2026!

 .: Assalamualaikum:.

Annyeong!

lepas buat cerita sensasi terus senyap blog ini ye. Heee.. Sorry, I is busy sangat masa November tahun lepas membawa sampai ke hari ni, yakni ready atau tak kita dah tiba di tahun baharu 2026. Hari ni baru clear sikit ke-busy-an itu maka marilah kita mengambil kesempatan untuk menulis tinta.

Anyway guys, Happy New Year!. New year, new me. Ha gitu.  

Update sikit hal yang menyerabutkan otak pada post yang lalu, kes tu dah jadi kes polis. At least, rasalah keselamatan tu terjaga. Dan my big-big brother pun dah slow talk dengan my 8th brother so, harap gila dia under control.

Dan, harapan aku yang paling akbar adalah my 8th brother ni datanglah sense dia kembali. Takde keturunan dalam family ada pe'il cenggini. Darah yang sama  jugak  mengalir dalam tubuh dia dan tubuh aku.

kita tangguh cerita tersebut dengan surah al-asr. 

------------  +++  ---------------

So, apa yang busy sangat sepanjang 2 bulan peninggalanku ini?

Sebenarnya tahun lepas adalah tahun di mana sekali lagi aku dijemput oleh Allah untuk menjadi duyufunrahman di Tanah Suci. 

Alhamdulillah. 

Terima kasih Allah atas rezekiMu tak terhingga

 Selesai umrah kali ke 2 seumur hidup. Masih lagi merasa kenikmatan dan kemanisan iman apabila ziarah kali ini dengan membawa sesuatu yang lebih matang dan terjamin walaupun dah dua bulan berlalu

Aku, abang ke 9 serta adik bongsu dijemput Allah ke sana pada 16 November-28 November 2025. Waktu ni peralihan diantara musim panas ke musim sejuk. 

Yangke12, Yangke9 & Bongsu

 Seronok rasanya dan dalam tahun 2025, aku rasa masa paling barakah adalah pada waktu aku berada di Haramain. Bestnya kalau tiap-tiap tahun dapat jemputan camni kan kan kan.

The feeling after siap umrah ke 2
Ada hari kita naik ke Sutoh

Takpe. Puasa dah nak dekat. Kalau tak ada peluang untuk menunaikan umrah lagi, waktu Ramadan pun waktu marvelous untuk kejar halawatul iman.

 Haa.. Posa dah abes ganti kee semuaa? Hiks.

Balik dari umrah (aku harap aku akan ada masa untuk buat blog pasal umrahku nanti), ada lawatan kerja ke Guangzhao pulak. Hikhikhik. Aku ingat gi Umrah tu last travel untuk 2025, tapi Allah bagi extra 1 lagi trip. Seronok bukan kepalang.

suka outfit ni

 Lawatan ini dianjurkan oleh PEKA, Persatuan Pengusaha Kayu Kayan Malaysia. Jadi, sebagai seoarang yang lama berkecimpung dalam kayu kayan ni, haruslah kita ambil peluang untuk bersama para pengusaha lain dalam lawatan ke China ni

Lawatan ke kilang pengusaha cina di Guangzhau

 Tahun 2025 jadual kehidupan aku agak pack, tapi best juga. Harap 2026 ni pun akan memberi kehidupan yang lebih bermakna.

Bulan 12-1 perkumpulan anak-anak di rantauan. Teros buat Family day

Untuk 2026 ni, Aku tengah berkira-kira untuk keluar dari zon selesa. Nak mengisi hidup yang kekosongan  dan  bersendirian. Maka. pada saat ini aku pahamlah masa adik aku bagitau dia sunyi ssebelum dia kawen dulu.

Hidup single memang best, tak payah nak ade komitmen but once kita tau perkahwinan itu pelengkap kepada kehidupan, kau akan rasa betapa ruginya hidup ini.  

Berdua lebih baik katanya.

Yela, dari kau duk merayau-rayau sengsorang di alam fana ini, better kau ade teman. At least dapat level up hidup kau. Tak la duk berpusing-pusing di tempat yang sama. kan. 

Tapi tu la.. tak de idea la nak proceed objektifnya. 

Subjek pun tak de. Acaane?

Aku tengok orang dalam sodmac macam senang je dapat pasangan. Kenal sekejap dah boleh cintan cintun siap ke alam perkahwinan. 

Aku ni apsal susah ngat? Huhuhuhuhuhuhu.

Help! 

Bantui seketul Ada ini ya Allah! 

Khamis, 7 Mac 2024

Cuti-Cuti Malaysia : Train To Dabong

 .: Assalamualaikum :.

Annyeong yorobundeul.

Minggu lepas bersamaan 1 Mac 2024 (wow siap tarikh) aku akhirnya berjaya memecahkan bucket list 2020 aku dimana ianya adalah untuk menjejakkan kaki ke hulu Kelantan dengan keretapi. Train to Dabong!

Akhirnyaa..

Well, teringat masa zaman pengakhiran PKP dulu bila Train to Dabong ni saaangatlah pemes amos tapi nak buat camane, untuk ke sana memang memerlukan masa dan team yang baek. Barulah berjaya expedisi itu. Gittew.

Actually seminggu sebelum kejadian, Najwa ade ajak aku untuk pegi berjimba-jimba ke Penang untuk tujuan aktiviti sosialnya. Beliau mengajak aku sebagai temannyalah kirenya. Mula-mula aku rasa nak jugak pegi tapi sebab tentatifnya kurang menarik iaitu pegi jumpa Kak Izah & Dayah (rakan Misdev yang sedang menunggu due untuk beranak), dan melawat kampus USM. Pulak tu perginya bersama prof UMK. Lagilah idok aku mau.

Jadi aku berkira-kira sama ada patutkah aku mengekori xpdc ini?

Dalam pada itu juga, tanpa adik aku yang bongsu sadari dia terrlepas cakap bahawa dia busy minggu depan untuk membuat aktiviti sosialnya bersama rakan dan taulan phDnya untuk berjimba-jimba naik Train to Dabonggggg, aku tanpa segan silunya memaksa beliau agar memasukkan namaku dalam aktiviti terrrsebut.. Untung ada adik bongsu, boleh la aku join sekaki shamelessly.

Jadi, tanpa lewat seminit pun aku bagitau Najwa aku tak nak folo dia. Ngeeh.

Tapi cerita disebalik cerita, actually Najwa tak jadi pun nak naik Penang tu. Alasannya tak tahu bila dayah nak beranak. Pong boleh la wa. Legalah aku sebab at least tak de la aku penyebab kepada kecancelan aktiviti sosialnya.

Bangunnnnnn..

Maka, tepat jam 3 pagi kala dinihari pada 1 Mac 2024 yakni hari Jumaat, aku bangkit dari katil untuk bersiap-siap ke Wakaf Bharu kerana station kereta api yang terdekat itu ada di sana dan kereta api akan tiba tidak lebih dan tidak kurang pada jam 4.26 minit.

Untuk ke sana biasanya sejam or lebih tp pada pagi dinihari itu, setgh jam dah sampai. Lajulah. Ye lah. Sape je yang rajin keluar dikala dinihari ini tanbahan pulak cuti-cuti ni. Hanya budak-budak yang tak sabar ke Dabong aje yang buang tebiat ini.

Apsal cikda napok mace mok2 jah duk nga adi 😱

Untung, selain aku selaku orang luar, rupanya cik Tsu (iaitu adikku yang bongsu) ajak Majdi jua untuk menggantikan temannya yang tidak dapat bersama. 

Bagusss. Boleh la cikda bbuaah skit. 

Rombongan Train to Dabong ini hanyalah seramai 8 orang termasuk aku, adi, adik bongsu yang aku panggilnya sebagai maknae dan sahabat seperjuangan Master/PhD USMnya seramai 5 orang. 

Tepat jam 4.26 pagi, semua berpusu-pusu menembus perut kereta api KTM itu dengan jayanya. Masing-masing mengambil tempat dan boleh tahan ramai orang dalam perut kereta api pada waktu ini. 

Sementara menunggu subuh 2 jam dari sekarang, aku tidur-tidur ayam, sekadar untuk membuang rasa bosan sambil menjaga wudukku yang telah diambil dari rumah. Peristiwa masa kat Korea masa naik Train to Busan masih lagi terngiang-ngiang di ingatan walaupun telah berlalu 8 tahun yang lalu. 

Tapi bila teringat balik terasa kelakar dan sadis. 

Wudukku terbatal gara-gara kekalutan dan tertukar train. Punyalah bersusah payah amik wuduk kat tandas awam di stesen Seoul, dah la sejuk, kena marah dengan ahjumma sebab air berselerak kat sink. Alih-alih batal disebabkan ade ahjushi baik tolong angkat beg terpegang tangan. 

Bukan aku sorang yang kena tapi semua adik-adik aku yang batal sama.😁😁😁. Masuk dalam train punyalah dasyat bau haprak (hancing) dan susah nak wuduk (train myugunghwa). Last-last solat isyak jam 3.45 pagi kat stesen Busan.

Punyalah panjang throwbackku. Ngee.

Usai masuk waktu, dan wudukku masih terjaga, aku bingung kerana bilik solat dah penuh dan beratur panjang. Di belakangku ada keluarga yang sedang solat berjemaah di ruangan lapang dalam perut kereta api tempat mereka duduk. 

Pandai diorang pilih seat iaitu seat jenis berhadapan antara satu sama lain, jadi boleh lah mereka bentang tikar dan solat.

Aku pun segera melakukan hal yang sama, apabila kiblat dah ditetapkan, maka solatlah aku buat kali pertama seumur hidup dalam train. Pengalaman berharga bagiku. Yang lain juga turut solat subuh dengan tatacara yang sama. 

Aku gabra mula-mula sebab air tak ada dalam toilet waktu subuh itu. Tapi tak menjadi masalah kerana aku masih berwuduk. Kedua, kerana teringat waktu dalam penerbangan pergi dan balik dari umrah tempoh hari, waktu subuh hanya 5 minit sahaja dah siang. Kelam kabut nak sembahyang subuh. Dalam train ni pula pergerakan hanya dalam 100-45km per jam. Jadi masa tu masih lagi banyak. So, boleh solat dengan selesa.

Usai semua solat, jam menunjukkan 7.18 pagi, dan tibalah kami di stesen yang dinanti-nanti kan, iaitu stesen Dabong. 

Sempat bergambar-gambar dulu kat situ sementara menunggu maling atau guide kami tiba. Oh ya, kalau nak datang Dabong untuk melakukan aktiviti wajib ambil guide ye. Jangan korang pepandai naik gunung or panjat bukit or masuk gua sendiri-sendiri. 

Menempah orang kata.

hai Dabong. We are here!

So, datanglah maling gunung kami iaitu err.. ape eh nama beliau. Ok Fine. aku da lupa. 

Eh..Ingat dah. Nama dia nama nabi nabi, dan unik pulak tu, maka ingatlah, iaitu Idris. Muda lagi tuannya 24 tahun. Sempat berkenalan dalam gua bila lama-lama melayan karenah memasing lantas tetiba dia pun jadi geng xpdc kami. 

See, betapa mudahnya geng Gen-Z ni buat kawan dengan geng geng Gen-Y.

Sebelum kena marah kat abang polis sebab duk posing kat rel ketapi. Aku baru nak tunjuk cite hindustan kat anak buah aku

First kitorang check in kat Gua Ikan. Kat situ kami breakfast dulu yang disediakan oleh Idrus. Selepas breakfast kitorang menuju ke aktiviti mencabar iaitu meneroka gua-gua di sekitar Gua Ikan ni, iaitu Gua Sempit, Gua Keris, Gua Pagar dan last Gua Ikan.

Sebelum: Muka riang ria lagi sebelum masuk ke gua Gelap..

I is malas nak bercerita panjang takut menjadi part 1 blablabla.. So..Let's gambar berbicara okeyyy~

Selepas: Muka punyala letih padahal baru siap meneroka Gua Gelap

 Gelap sungguh kabaq kat hang! Dah la sempit, gelap dia memang tak nampak ape satu. Siap kena merangkak nak habis dia punya trail tu. Bayangkan. 

Kami berlapan bersama seorang Idris.

Siap jumpa kelawar lagi. Baru siap meneroka satu gua tapi semua dah lencun 😂😂😂

Setelah berjaya menawan Gua Gelap, xpdc diteruskan dengan menyusur Gua Keris. Melayu sangat namanya. Entah ape ke bendalah ade kat sini. Desis hati ini yang sudah layu. Ngee. 

Masuk je pintu Gua Keris, eh

Ada port tangkap gambar, maka ayuhh lah.

Idris kata sini port amik gambar sebab batuan dia macam frame. So, jangan dilengahkan saat ini. Btw, Gua-gua yang ada ni memang gelap gelita dan anda memang wajib bawak headlight sendiri setiap orang. 

Gambar bersinar tu sebba ade orang sponsor spotlight setiap kali amik gambar. Huhu..

Kalau stalagtite bertemu stalagmite dia akan menjadi Column, Tapi kalau saya bertemu awak?

Okey, sempat pulak aku cuba mengayat di dalam hati. Btw, kenapa gua yang kitorang jejaki ni nama dia Gua Keris sebab Column yang terjadik kat sini telah menghasilkan bentuk keris yang besarrrr. 

Tu tengoklah betapa terujanya saya kat situ. Well mudah detect diri sdiri sebab aku je yang begemerlapan kat situ. Mungkin namaku ada Nur jadi memberi cahaya kepada insan-insan lain jua.

Okey bai. Mengarut paling A. hahahaha

Btw (again), Gua keris adalah gua yang saaangat luas. Aku siap bila nak kuar ni, kerana dalamnya hanya kami bersembilan dan boleh-boleh pulak Idris membuka cerita-cerita mistik kat sini. 

Ehh la budak ni. Jam pula menunjukkan baru pukul 9.00 pagi. Dia punya penat~

Penat oh!

Area ni gelap gileee.. Tapi ada cahaya masuk dari atas

Area kat sini dia panggil God's Light. Entah sape yang bagi nama entah lah. Tengoklah bayang-bayang Adi yang real tu. Gambar ni terang sebab kean suluh lampu je. Tapi hakikatnya gelap gulita oh!

Dah macam rancangan National Geography dah ni

Tahukah anda pembentukan staligmite mengambil masa selama 60 tahun untuk terhasil?

 Ok. Info ni aku dapat dari Idris okey~

Kat sini jugak terhasil juga ukhuwah fillah till jannah dengan kanak-kanak rebina ini dan secara officialnya akulah yang paling tua. Sambil-sambil berjalan melihat kebesaran Allah, sempat la berkenal-kenalan sehingga Idris ni dah jadi member kamceng dah melayan kanak-kanak rebina yang lain. 

Aku pun dah berkenalan dah dengan kengkawan maknae aku nih.

kat area ni juga mengajar erti kifarah. Allah tegur cash ngee..

Bukan akulah tapi syuhada yang lain.. ngeeeeh. Tak de la, bergurau je. Berjalan dalam gua ni grip kaki kena bagus sebab laluan licin tiada siapa yang tahu.

Syuhada yang kuning tu tak boleh tengok macam tempat duduk jadi dia akn kalau boleh tak nak berjalan-jalan dah lantas mengajak assyuhada mengikut jejaknya.. hahhahaa
Setelah sejam tak jumpa cahaya matahari, bila jumpa.. wefie first

Berlalu masa di Gua Keris, kitorang patah balik untuk ke Gua Pagar pula. Gua pagar ni sama ada menjadi laluan pertama atau terakhir depends on guide korang bawak la. Sama juga dengan Gua Gelap. 

Boleh jadi pintu masuk atau laluan keluar. 

Gua Pagar ni tak seluas gua Keris, so memang rugi kalau kat Gua Keris tu korang tak go deep untuk melihat kebesaran Allah SWT.

Masih tersenyum tu kire okey la kaaan.

Di Gua Pagar ni tak banyak benda untuk dipelajari sebab sama je dengan pelajaran di Gua Keris. Cuma kat sini banyakla spider web yang dikatakan menjadi penghalang lubang gua untuk di tembusi. Mungkin selama ni kita tengok kat dalam movie or buku cerita, tapi kat sini real la wei walaupun kecik2 je barangnya. 

Kita budak-budak gen Y ni maybe selalu jumpa masa kecik-kecik tapi bagi budak2 Gen Z, maybe diorang tau spiderman je kot. Ngeee..

Tamat lawatan kita ke kompleks gua di Dabong, but masih ada satu gua yang belum diterokai, iaitu Gua Ikan yang terletak di seberang jalan. Actually bila korang dah dapat adventure ke kompleks gua tadi, ke Gua Ikan itu meh je la..hahahhaa. Sebab kat situ tempat rekriasi tak macam gua-gua tadi.

Kata reakreasi, senyuummm..

Kat sini lautan manusia memenuhi Gua Ikan sebab kalau untuk trip anakberanak yang ade anak-anak kecil, biasa tour guide dia bawak ke sini je la. 

Nasib baik hakimah selitkan aktiviti adventure kompleks gua tadi dalam aktiviti ni jadi rasalah berbaloi tu walaupun seluar baju dah comot-comot masa kat gua sempit td 😂😂😂

Syuhada dan assyuhada sedang meneleport rasa hati  masing-masing~

Jam menunjukkan pukul 11.30 pagi. Jadi kemanakah destinasi yang Idris bawa kami. Maka ayuhlah kita keeeee.. alah dah lupa nama tempatnya. Ape resort ntah untuk buat aktiviti flying fox. 

Btw, benda-benda cenggini memang my bucketlist la. Masa ni lah nak tunjuk ke'teror'an kita masa zaman kanak-kanak dulu oh!

Kalau tak buat aktiviti cenggini ingat senang-senang nak pegi panjat pokok macam dulu-dulu?

Hello world. Walaupun rel dia sekejap boleh laa~

Abes je aktiviti lasak, ouls dibawa Idris ke monumen ataupun lokasi bergambar di Gunung Stong. Gunung ke 3 tertinggi di Malaysia? (let correct me if I wrong). 

Kita dah kat Dabong, haruslah bergambar walaupun gunung stong aku belum pernah jejaki.

Hello Thereee~

Kat sini ada insiden menyayat mata dan menggelikan ketiak berlaku apabila hakimah dan assyuhada terlanggar antara satu sama lain. Buaas la kanak-kanak rebina ni.

Jam menunjukkan pukul 12.30 petang. Idris nak tak nak kena la pegi solat Jumaatkan. Sementara itu dia drop kitorang kat jeram dulu, jauhhhhhhhhhh masuk ke dalam. Line pun tak de kat situ. 

Macam biasa aku tak ingat nama tempat tu tapi kat situ ada kawasan hidro. Jeram air terjun ni macam tempat orang mengaji pondok. Ramai juga duk berkelah kat situ. Alhamdulillah, terjaga.

So kat situ kiotrang bentang tikar dan berkelah sampailah Idris menjemput lagi. Jangan dilupai bahawa train kami pada jam 4.46 petang.

Berkemah sama si Nopal

Tak tahannya, syahir siap bawak peralatan berkhemah siap ada dapur portable lagi. Naseb baik dapat la merasa megi cup kat situ.. Ngeee..Padahal tak kesah sangat pun pasal makan. Entah. Bermain seronok sangat makan pun lupa

Kat situ ouls solat jamak qasar zohor & asar. Best area ni. Walaupun tak mewah tapi toilet dan surau elok terjaga. 

tepat pukul 3.00 petang Idris datang untuk menjemput kami. Hajatnya sebelum balik nak pekena dulu makanan panas di Dabong. Katanya megi ketam thorrbaekk kat sini. 

Aku order lah satu untuk dinikmati. Idris bawa kami ke kedai masakan panas milik family dia. Baguis Idris ni bagi aku. Dia memang guide yang bagus. Dah la tu ikut je perangai budak-budak ni. Actually budak-budak ni bergurau dengan dia tanya dia tinggal kat mana. 

Makan tengah hari kat umah dia la dan blablabl (sembang budak-budak), sekali betul dia bawak datang kedai mak dia. Family dia pun baik-baik. Orang Kelantan terima tetamu, what do you expect~

Masa mencemburui kami, aku siap kena tapau lagi megi ketam sebab mengejar train. Ni kalau lambat ni memang masak la kan. Dah la megi ketam tu sedap. Aku rasa 16 ringgit je. Bukan takat ketam, ayam telur sebijik, telur hancur pun ada dalam tu. Megi tu memang kaya dengan kasih sayang.

Aku sambung makan dalam train. Tapi tak abes gak. Aku wat balik umah buh dalam freezer, esok sambung makan. Still the best lagi ketam tu.

Btw, lama juga perjalanan train ni pkl 4.46 petang naik. Pukul 7.30 Petang sampai kat Wakaf Bharu. Aku siap tidur puassss. Bangun-bangun baru sampai Tanah Merah. Tu pun tersedar sebab ade geng t-shirt Merah Train to Dabong buat bising sebab terjumpa kawan dia kat stesen tu. Dah bangun tu ape lagi, aku bukak plastik makan megi ketam, ngeee.

Cite tak abes kat situ je tau. Kitorang sampai molek-molek azan maghriob berkumandang kat Stesen Wakaf Bharu. Ouls amik keputusan untuk gi solat kat Masjid Putih kat Bulatan Wakaf Bharu tu. Siap solat ingat program ni dah abes, akan balik ke destinasi masing-masing? No- No-No.

Raung for coffee always open bro!, So kitorang berpakat untuk ke ATAS CAFE kat area Lotus, KB. Actually 1 Mac 2024 ni birthday Justin Bieber. How I know? Aku ni not fan dia tapi HAKIMAH WAS HIS DIED FAN last time. Sampai aku kena tahu bila JB dilahirkan. 

Tapi selain JB yang aku tak kenali itu, ada lagi orang lain yang dilahirkan pada tarikh yang sama, iaitu NIK AHMAD MAJDI!

So, let's go to Atas Adi. CikDa and the gang are celebrating your birthday!

Mujur ado Adi jadi social activity cikda become smooth~


CikDa was happy for this trip. Thanks to all making it happened!

Naseb baek cikDa take noted aktiviti cikTsu ngeee~

Last, but not least!

Khamis, 16 Mac 2023

Girls Fun Run 2023 best!!

 .: Assalamualaikum:.

Anyeong yorobun...

Bersama orang kuat negeri..heee~

Sebelum ingatan mulai padam dalam selebrum aku, adalah lebih baik aku meluncur laju mengarang sepatah dua kata cerita minggu lepas.

Aku ni ntah la kenapa.. nak kata makan semut tu idok le, tapi macam banyak benda aku da start lupa. Adakah ini tanda penuaan atau hatiku dalam fasa denial?! Hmm.. ayat kemain..haha

okey jugak ni tak makan semut pun boleh melupakan kisah lalu dengan begitu saja.

Tak kesah la. Yang penting memang bulan 3 ni bulan yang agak pax untuk aku. Aktiviti fullhouse!

everything kena buat sebelom puasa ye tuan dan puan

Amende yang sampai full house tu.. Ce habaq skit.

So, nak habaq yang minggu lepas ari jumaat aku join event kerajaan negeriuntuk beliawanis Kelantan iaitu Girls Fun Run. Event berlangsung di perkarangan Stadium IV Muhammad.

satu kampunggg~

Happening amatlah daku rasa sementelaah itu last aku berlari-lari ku mencarimuuu ni masa zaman duk USM, fun run jugak yang berlangsung kat Penang. Hepi dapat medal padahal tak sure lari ke berjalan. Time tu tak pe ade saranghae cingguya, pagi-pagi dah buat kimbap buat bekal lepas penat berlari.

Oh sungguh ku rindu waktu hidup dengan The Saranghae Cingguya.

So, demi untuk me'repeat' (pun bolehlah) moment-moment indah walaupun keseorangan tapi ahaks.. aku saje je nak bagi ade aktiviti je sementelaah itu sejak aku kepatahan kaki tempoh hari, kakiku memang tak lasak dah. 

Dah hampir setahun da berlalu, alhamdulillah, tak sia-sia KPJ bedah, terbang total hangus 11K untuk rawat kakiku dahulu... Huhuu..

Silalah amik medical card ye anak-anak kalau nak merasa pembedahan minor (tapi bius satu badan) yang mahal.. ngee~

 Eh.. macam lari tajuk cerita nih.. ngeeeee..

So, cite dia camni.. Aku registerlah fun run ni dengan adik beradik and anak-anak sedara aku kononnya nak berlari ku mencarimu.. Kitorang ade la dalam seploh orang jugak la camtu termasuk Fatimah anak buah ku yang ke #40. Ibu dia rajin nak tolak stroller katenya..

Jumpa kawan baru.. Tak tahan duk berkak-kak kat dia..tgk2 adik lagi sis

Tapi sampai kat tempat kejadian, aku extra excited pegi berlari sorang tanpa toleh kat diorang dah.. ahahhaha. Susah nak berlari kalau nak beriringan-iringan ni.. So, aku berlari la. 

conquer depan-depan tak tahan

Tapi-tapi-tapi.. aku lari 5 minit je la.. tu pun masa pelepasan tu sebab semua orang berlari..kalau tak berlari alamatnya mati katak la kena pijak .. ngeehh..

Lepas tu 4.5 km yang lain tu aku berjalan dan jogging sahaja.. Sedar diri sikit umur dah dewasa x boleh nak macam dulu-dulu dah 😂😂😂😂.. Dulu gunung kinabalu pun sanggup di daki sampai member terkejut bila aku sampai kat puncak Law's Peak. 

Siap dia cakap " I under estimated u, Ada." 

Padahal same-sama sampai puncak .. Jangan ingat ku kecik stamina ku lembek. 

Tapi tu dulu la 😂😂

Ni cite sekarang ni.. 2 minit berlari..dah pancit~. Dah jadi camtu janganlah kita menyerah kalah.. Kita masih boleh lagi makin ku kejar makin kau menjauh secara anak-anak (berlari anak dengan kata lainnya).

Dah alang macam tu, aku pun on je la bud earphone supaya kita tak pikei sangat 4.5km yang masih lagi berbaki. Repeat lagu Jenny Blackpink SOLO 40 kali sampai ke sudah..

Jalan-jalan -jalan.. Aku nampak kelibat lepas sorang-sorang anak buah aku. Eh..laju hampa.. bila masa pintas cikda ini, desis hatiku sambil pegi menegur diorang yang dah tercungap-cungap. Cikda pun apa kurangnya..muka dah jadi humairah dah.. Nak bercakap pun sempoott..

Akhirnya.. tiba di garisan penamat. Ye lah.. Memang tak dapat nombor pun. Orang kutip nombor tadi lagi 1-30. Kita ni yang ke berapa hentah la..hahahah. Tapi amazingnya 5.0km tu siap dalam satu jam je. Laju lah kot aku kire. Macam tak de la rasa penat sangat.. Sementara itu perut daku pun masih kosong. Air dan roti dari tadi duk pegang tak sempat nak makan..

penat berlari katanya

Abes je larian tu masih lagi ade event lain yang menunggu kat perkarangan stadium. Katanya ada talk talk dengan artis jemputan iaitu Zara Zya. Haa..aku ade tengok kat tiktok Zara Zya promote event ni..So..Kena tunggu ni.. Titew nak jumpa artis~..

hai zara zya

Semangat amik tempat kat depan.. Hahaha.. Ye la dah la malam ni x bley join event da sebab nanti nak kena gerak gi KL. Malam ni event bersama Heliza & Hazwani Helmi (baru nak jumpa kak Ijada x boley), pastu Wani Hasrita lagi..Hmm

Dah alang-alang kat masih kat sini ni, ayuh la kita jumpa Zara Zya. Overall program kerajaan negeri ni berlangsung selama 4 hari 10&11& 17&18 Mac. Gege Gegok Anak Muda Kelate nama program ini. Lebih lanjut folo je FB Jabatan Belia & Sukan Negeri Kelantan

Aku nak cakap lebiy-lebih pun da tak jadi sukarelawan dah..Sekarang kita tukang support program je.. Ngee.. 

Forum Pemudi Dirindui Syurga ni pun best jugak. Penal dia ustazah dan Zara Zya la. Event ni berbentuk ilmu tapi santai.. Haaa.. camtu lah.. Dan part paling best diselangi dengan cabutan bertuah.

Part cabutan bertuah ni best!. Sebab pada hari jumaat yang mulia tu aku pun dapat cabutan bertuah tersebut.. Rezeki tak salah alamat orang kata...ngee..

Najwa bagi gambar ni tanya..aku ke ni dpt hadiah sbb dia jumpa gmbr ni kat FB

Naseb baek rajin duduk situ sampai abes event, maka dapat la dhadiah cabutan bertuah. kekekekkekekee..

Hepi haa.. dah tu yang bagi hadiah tu Uztaz Wan Roslan Exco Belia, merangkap ex mudir aku dulu..ngee. Pastu yang seronok peluk aku tu sebenarnya cousin aku. Ngeee.. Dia orang kuat program. Rasanya pengarah program. Aku tukang join je.

Oppo pun oppo la.. Kalau dapat Oppa i loike~ ngee

Seronok nau sementelaah itu jarang benar diri ini setuah ini..

datang dengan harapan, pulang dengan hadiah cabutan bertuah.ngee

Isnin, 29 November 2021

Cafe Review: Lepak-lepak di The Layers

 .: Assalamualaikum:.

Burrsss.. Sejuk nau sehari dua hari tiga hari ni di tempat beta. Terasa cam duk Amsterdam walaupun tak penah pegi situ ngee..

Tapi siyes, bila cuaca cenggini rasa x nak dah gi tempat orang dan nikmati je suasana kat tempat sendiri. Kelantan nowadays sangat-sangat worthy tau. Ade je banyak tempat menarik,  makan sedap dan murah. Yang penting bab halalal toyyiba tu dah dijamin!

Anyway bila dah masuk musim tengkujuh ni, taburan hujan yang tinggi ape-ape pun hati-hati la guys. Bawak keta cermat, Jangan duk gi mandi kat lata sungai or laut. Bahaya. Remember kalau kau rasa tak de orang sayang kau, kau sebenarnya masih ada untuk sayangi sungai kita. eh. Lain je ayatnya. Ye la sayangilah sungai kita supaya tak berhantu tempat tu nnti.. ngee

Ok sorry gurau jerr.

So, hari tu whixh was ari Sabtu aku dan the ALMS (aku n da adik beradik pompuanku) (hilir gittew ade group ngehh) with unclear plan decide nak gi melepaks. 

Asalnya cousin aku lah yang beriya nak melepaks sementelaah dia baru jer balik kelantan sebab abang dia kawen. Alih-alih dia tak jadi sebab time tu sesi fotoshoot bersama keluarga diorang still berlansung. Takkan la dia nak angkat punggung lak kan. Memang kena la klu dia wat gitteww 😌 


Selamat pengantin baru rakan sepermainan waktu kecik!

So we ouls yang lps majlis tu dah ready tunggu beliau dalam kereta ni decide we ouls lepaks lepaks we oul je la sebab dah alang-alang duk dalam keta siap dah semayang zohor siap touch up balek takkan la nak balek umah cenggitu jewww. Hahaha.

So, program diteruskan walaupun 4 serangkai ni (me-tikah-iwa-kimah) hari-hari pun bertemu duk gaduh kat dapur bhabhahabha.

Jarang-jarang terjadi mari lah kita. So, dalam kereta masih lagi segmen "kita nok gi lepok mano?" sampai la sorang decide kita gi The Layers yang terletak di hurmm.. aku pun susah nak cakap location tu.. Kat Rambutan Rendang kot.. Area roundabout Chempaka, Pengkalan Chepa. Sila map untuk dapatkan lokasi yang tepat na..

Since keempat-empat ouls tak penah jejak kaki kat sini maka setujunya terus cepat. Dalam kehujanan maka sampailah kami 15 min dari Sabak. 

Cafe ni siyes lawa. Kaler hijau. 

Parking depan kedai fenuh.

 Jalan area ni memang sedap kalau korang suka makan jem.. bhahaha.. Nak selamat datang menghala dari Kubang Kerian or Panchor. Kalau menghala dari Pengkalan Chepa nasib laa..~

Exterior depan kedai. Lawa tapi kosong jew





Kalau ade bunga or frame hipster maybe berbaloi utk OOTD. Dalam pulak dalam ade 2 je meja tu pun dah full house. So kitorang tunggu la kat luar. Musim covid covid ni social distancing katanya. Tetiba staff dia datang dan gitau boleh je masuk order dan meja ade kat kedai sebelah lagi. 

Maka semua pun ehh??! Rupanya sebelah lagi tu kedai diorang jugak tapi kena lalu kat sebelah kedai lagi. Maksudnya cafe tu 2 pintu tapi dipisahkan oleh kedai lain. Aneh gile sebab exterior tak match dengan cafe asal.  Siap kitorang ingat kedai tu tutup sebab dark gile. Macam masuk area lain hahaha.

Mostly cake dah nak abes.
Premium cake



Sebab ni first time kitorang kat sini, so tak de sape perasan yang pasal tu. K takpe. So berlalu lah kami kesitu lepas order.

kalau aku best friend barista tanpa segan silu aku duduk kat sini haha. Tapi sabo je la bunyik blender tu

 

 

pakai baju mace donghae. eh zizan razak haha

Boleh dikatakan pintu cafe satu lagi dark area punya style. Kaler dalam pun dia wat ala-ala pub underground. Lampu pun malap dan kalau hujan memang masuk la.

New york cheese cake.

Actually The Layers ni dia punya specialty cake la.  Even dia bukak cafe ni pasai cake dia famos amos. Dulu dia supply cakes kat cafe-cafe lain but now dia bukak je sdiri senang. Dulu waktu PKP memang masyuukkk sangat tempahan keknya so why not bukak cake sdiri kan.

ape masalah diorang hujan menggila kat luar pastu order ais?

Selain cake and coffee of coz la ade gak  menu-menu hipster yang lain. Sedap jugak

Saje order grill chicken nak rase-rase jew.

Actually dah kenyang telan nasi ayam penyet dan aneka kuih muih kenduri td.Tapi we ouls kan berempat so boleh la merasa sikit sorang huhuhu.

Tapi malangnya, suasana sangat meriah macam pasar borong. Dengan suara-suara yang bercakap dengan nada tinggi sebab nak lawan bunyi mesin blender dan hujan menggila kat luar. Klu nak dating sini not recomended. Hahahaha. Siyes bising.

total 4 orang makan
Berbaloi ke idok?

For me harga dia a bit pricey berbanding cafe cafe lain. Tapi jarang-jarang sekali why not.

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...