marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.
Memaparkan catatan dengan label ntah la. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ntah la. Papar semua catatan

Isnin, 18 Mei 2020

Aktiviti sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan

.: Assalamualaikum:.

So, hari ni dah masuk fasa ke berapa eh kita berkurung?
Awal-awal ritu rajin la nak countdown bagai tapi bila dah selalu sangat dah lupa dah..huhu..
Ni dah ramadan. Siap dah masuk 10 malam terakhir dah pun.
Tapi masih lagi dalam PKP yang ditambah B iaitu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

Sepanjang PKP nak masuk 3 bulan ni banyaklah pulak benda terjadikan. 
Dengan mula-mula in my own POV, hepi hikhikhik. Sebab boleh rehat seketika dengan kesibukan duniawi kerja-kerja nih. Tahun lepas siap pikei boleh tak aku nak mintak cuti sebulan tak buat ape-ape just tido dalam bilik dan merefleksi diri. huhuhu.

Rasa tahun 2019 soo much extrovert thingy aku buat sampai penat sangat huhuhu. Penat dengan ape aku pun tak sure. Sebab tu siap mengarut nak apply cuti sebulan boley tak boss?? hohoho.

So, benda dah melanda negara. Bukan negara je. Tapi satu dunia kena lockdown. So, cuba berfikiran positif dan nilah masanya kita nak berehat kununnya. Minggu first and second best la. Bangun tido sambung tido. Kemas bilik, sambung tido. Sambung tido, bukak FB, tengok drama dan repeat. Perghh!.. Macam dunia ini ana yang punya. 

Tak habis dengan tu aktiviti mendapur pulak. Dapur kat umah time ni ibarat restaurant. Nak makan bagitau je. Tukang beli barang ade. Tukang buat pun ade. Tukang sepah pun tak ketinggalan. kan kan kan.

Omma dan appa dah tersenyum lebar dah bila sama anak-anak solat berjemaah setiap kali masuk waktu. Terubat lah kot rasa dihati ayah bila semua solat berjemaah macam kecik2 dulu walaupun tak dapat nak solat jumaat. Imam kampung ada.. imam import mesir pun ade. 

Untungnya walaupun berkurung, adik beradik aku duk dalam Pagar Rumah yang sama jadi tak de rasa berkurunglah sangat. Petang-petang siap boleh form 2 team untuk main bola kadut kat halaman rumah. Stay fit katenya. Kalau biasa tak sempat nak berkumpul time ni la menjadi. 

Memang kitorang tak keluar langsung waktu awal-awal. Hanya ketua interim je yang keluar. Nampak tak betapa patuhnya kita kepada arahan negara.. Gittew. 

Macam aku sendiri kalau keluar pun sebab gi ambil ubat ayah kat hospital. Lepas amik terus balik umah. Dah tak boleh nak merawang ke tempat lain dah. First sebab malas. Second sebab tak de keperluan. Barang dapur atau toiletries sume dah kirim kat abang dan adik aku untuk dibeli.

 Minggu ke-2 PKP pulak dapat tawaran dari Urusetia Pembangunan dan Kebajikan Wanita Negeri Kelantan (uKekwa) untuk jahit PPE bagi kegunaan frontliners KKM. Satu family join yang ni memang rare! Abang ipar aku la yang paling semangat nak jahit. Ye la kat KL dia ade kedai jahit. Haruslah tunjuk bakat terpendam. 

Yang kedua bersemangat abang-abang aku. masing-masing tak nak kalah jugak terus bawak mini portable mesin jahit untuk turut mengembleng tenaga buat PPE. Nampak macam mudah, tapi terkial2 jugaklah mula-mula tu. Nak potong kain lagi nak jahit camane lagi. Tapi memang best lah sebab semua join sampai anak-anak buah pun datang menolong. 

3 hari kitorang berjaya menyiapkan 50 hoodie dan 104 sarung kasut. Okey la dengan pertolongan 3 mesin portable biasa dan 2 mini portable. Ruang tamu omma jadi mangsa tapi tuan badan redha dan seronok kalau tengok riak muka tu. Tak yah tolong masak kat dapur pun tak pe waktu ni.hikhikhik.

masuk minggu ke 5, baru datang otak business bila ramai yang menempah mask muka kait. Memang tak de niat nak amik tempahan crochet tapi "dia mari denga tok kaba sobat' (baca:rezeki) bila beta up dan status mask muka ku yang merah membara semangat waja. Tujuan asal post tu hanya nak bgtau je yang i pown ade mask jugak hikhikhik walaupun negara kekurangan sumber mask ni. Dengan kata lain nak show off skill la 😂. 

Sekali ramai yang nak tempah dan time tu dah tak de aktiviti ape dah nak buat. Oklah tempahan dibuka. Apabila dibuka, jadi mimpi ngeri pulak sebab tak cukup tido 😂. Tapi tak pe. Sebab dapat duet extra yang mana dah selamat beli barang-barang keperluan Pippin + cadar baru hikhikhik. Orang lain sibuk dengan baju raya kasut raya aku sibuk nak cadar raya.. hew

Tu la lebih kurang cerita yang berlaku dalam kehidupan beta sepanjang PKP. Tahun 2020 yang penuh dengan kesukaran tapi dalam kesukaran tetap ada kesenangan. Kenangan yang akan tetap ukuh di sanubari jadi esok-esok bolehlah bercerita kepada generasi akan datang pasal wabak ni. 

Since aku paling suka dengar cerita orang-orang tua dari POV mereka sendiri pasal sesuatu perkara berlaku zaman diorang macam pendaratan jepun, perang blabla, jadi aku nak save something yang boleh aku pulak tukang bercerita kepada anak cucu esok-esok. Mirip Bilbo Baggins bercerita pengembaraannya menentang Smaug kepada Frodo Baggins and da friends. Aku pun tengah menentang jugak. Menentang makhluk halus si Covid -19~

Khamis, 23 Mei 2019

Baik tak payah keja!~

.: Assalamualaikum:.


Hari ni penat skit. Bukan hari ni je. Dah beberapa minggu penat nak melayan karenah orang. Kerja lah apa lagi. Kengkadang benda tak susah mane tapi ego kan. Orang feeling kerja penjawat awam ni kerek dia boleh tahan. Tak tahu bukannya nak mengaku. Nak bagitau lagilah tak mungkin. Sistem sendiri pun tak reti nak handle ade hati nak handle benda lain. Last-last supplier cam aku nih la yang kena hadap karenah birokrasi diorang. Serious tak reti matang.

Pelis la get up guys. Buat kerja tu bagi elok sikit. Kita wasap boleh dia bluetick je. sampai kakitangan agensi pun minta kita yang berurusan dengan si mamat ni. Padahal satu jabatan. Siyes aku sakit hati. Tak pasal-pasal payment sampai hari ni tak clear-clear. Ape dia ingat syarikat cetak duit bagti gaji kat pekerja. Dah nak masuk 3-4 bulan payment tak clear-clear. tak ke hangin??!

Haa..tu la dugaan dia. abang aku boleh suruh aku bersabar. Wait n see. Nak wait n see apenye kalau berurusan dengan orang tak buat kerja. Orang account dia duk kejar kita tnya bila nak jana invoice. Camane nak jana kalau sistem bagitau tak dapat nak buat sebab kontrak tak lengkap. Kontrak tu patut bahagian mamat tu la yang masuk dalam sistem yang sepatutnya kena masuk awal-awal lagi.Aku wasap bagitau mamat tu boleh dia bluetick je. memang kurang asam tempoyak betullah. Payah bebenor nak dapatkan duet sdiri dengan agensi ni. makan gaji buta ke ape mamat ni.

Aku memang agak hangin. Sebab kita dah buat dah part kita. Even hari tu diorang bgtau ade mistake kitorang terus settle kan mistake tu. Actually bukan mistake sangat pun. Sebab tarikh untuk satu dokumen ni dia cam tak tally dengan tarikh dia keluarkan LO, sedangkan diorang yang lambat2 kan keluar LO dalam sistem, tapi barang suruh hantar sejenak saja SST keluar. Sebabnya diorang takut kena dengan Audit. Tau lak takut. Tak pasal-pasal kitorang kena kerah ke seluruh pelusuk daerah untuk dapatkan sign baru gara-gara tarikh tu. Kuang asam kan.

Aku memang arap sangat lah payment tu cepat-cepat settle before raya since dokumen baru pun dah dihantar. Tapi macam  tak leh nak jana lagi je invoice dalam sistem sebab part mamat tu belom settle. 
Aku hairan la ape yang susah sangat nak upload masuk benda tu dalam sistem. Aku yang baru jumpa sistem tu pun boleh pakai elok je. Dia yang group dia buat sistem tu takkan tak reti nak bertanya kalau dah benak tak reti pakai. Siyes aku tak penah rasa nak marah kat orang kecuali orang tu emang sengaja cari masalah.

Benda ni dah berbulan berlarutan. Orang dah guna barang yang kita supply dari bulan 2 lagi. tak ke mamat tu rasa yakin dan hebat dengan buat dono je benda ni. Tolong la..kalau tak nak keja..resgn je la. bagi orang yang layak keja kat goven. klu sekadar cam ni buat keja. orang kata menyusahkan. baik tak de dari ade.

Aku bukan ape. Heran la dengan perangai certain orang ni. Buat memain je dengan kerja. Tak tau ke yang keja yang hampa duk buat ni adalah satu amanah. 23hb (gomen),gaji berdesup masuk. tak ke pikir duet gaji yang korang dapat tu memang layak tu korang ke tak. Masuk keja mengular dulu ke buat keja terus. Cakap lagi banyak dari action? Pelis la.jangan merasa hepi dpt keja pangkat tinggi kalau keja tak reti nak settle.

Aku membebel pun bukan mamat tu tahu aku tuju kat dia post ni. tapi tak pelah. at leaast aku boleh luahkan betapa aku geram dengan orang macam ni. menyusahkan orang. huh!



o Allah. let me strong to face everything. aameen.

Rabu, 22 Jun 2016

Throw Back: Softskill Class SL1M TM 8.0 at MMU


.: Assalamualaikum :.

Hi annyeong ouls..

Alhamdulillah..ari ni da masuk ari yang ke 17 da kan kita berpuasa.. siyesly masa cepat je berlalu..ari ni bestlah sebab cuti sempena Hari Nuzul al-Quran.

Hari cuti yang tenang sebab tak payah keluar umah.. ari ni hari kite dedicate untuk rumah je..kekeke.. hangpa taulah kecintaan beta kepada indoor ni camane.. memang tak kesah la duk kat umah kan..kekeke.. tu belum ade bengbarang crochetkat tangan.. kalau tak lupe dunia jap..hahaha..(rindu nak mengait.. balik dari korea tak sempat nak mengait-ngait dah!)..

Saat ni jugak teringat memori yang terlakar dekat MMU yang berlalu hampir nak sebulan ni.. bersama-sama roomates.. bersama-sama classmate.. walaupun kejap..sebulan 10 hari tapi banyak benda yang dapat.. insyaAllah..

Btw..nak #throwback sikit..kekekeke


NI aktiviti dalam kelas. Most of the class activities memang best untuk paticipated.. yang comel tu kitorang punya trainer..yang pakai shawl coklat tu.. kiut sangat eh..


Presentation  adalah perkara biasa dan hari-hari berlaku kat sini..

 

 Tengah bercerita pasal managing changes kat TM punya product.. Thanks to ISDEV, level confident nak cakap depan aku makin ok.. kalau tak.. ntah pape ntah..



 Ha.. yang ni first time aku buat.. sebelum ni takpenah lagi try aktiviti ni.. nak imbangkan paku-paku tu..trick dia mudah je sebenarnya.. tapi kena pandai susun-susun.. minda berhubung kejap..haha

+++



 Rehearsal untuk perbarisan sempena Sport Carnival.. aku rasa deja vu gile..rasa duk macam kat matrik pulak.. sebab masa matrik je aku aktif-aktif dengan hari sukan bagai.. kat sekolah aku tukang duk tepi longkang je tengok orang berbaris.. tu pun kalau aku tengok la.. biasanya duk menggila dengan geng..haha..



+++



Minggu last, bebudak kelas ajak buat BBQ kat Pengkalan Balak.. memang satu kelas la mengangkut.. 6 bijik keta rasanya konvoi.. Thanks to Murni sebab sponsor menu Nasi Kerabu n BBQ.. sedap ngat-ngat lebih-lebih lagi makan kat tepi pantai panas nak mati pun time tu..hahaha..


 Sampai-sampai kat Pengkalan Balak, inilah yang harus dibuat ya tuan dan puan.. let us wefiee... perasan tak bebudak kat belakang tu.. amboi.. nak masuk frame jagak nau..

 

 Cai.. ataupun Kuchai.. ataupun Qushairi, ketua kelas kitorang yang minat K-pop..haha.. siyesly.. aku memang rasa amazing aah dengan bebudak yang muda2 sekarang sbb laki pun minat k-pop.. memang bley jadi kawan ak ah.. kalau laki yang bebaya aku...hareeeeem nak minat k-pop apatah lagi nak memahami why us love it.. mengutuk ade la..So, as K-poppers Cai banyak la stok citer korea..ko tanya pasal entertainment Korea..semua dalam tangan dia.. haha.. aku sekadar minat Ahn Jae Hyun pun cukup la..

that's the reason We Love Our GL..da la spoting moting.. mane nak carik..hahahaha..


Tengah show off skill menghidupkan api kat Rais



 G8 adalah group kelas kitorang, Tourmaline kau nama canggih tapi tak penah pulak di panggil Tourmaline.. kena panggil G8 jugak bagi nama canggih pun..haha.. Azreen antara budak kelas yang aku rapat la.. kongsi cite sesame.. main lari dalam guni sesame..kekekeke..

+++ 

Mango milk shake RM4.00

Char kue tiaw RM4.00

 Lepas abes BBQ party, lepas ciap solat sume, tetiba ade yang mengajak pekena mango milk shake kat Klebang. Since ni last time da duk kat Melaka.. ayuh..mari pekene menu-menu yang dikatenya sedap tu..

For my honest opinion.. rasa dia biase-biase je..nothing amazing pun..ngee..


 Us @ Pantai Klebang

+++


2 hari sebelum Majlis Penutup Softskill Class ni.. kitorang ada interview session. Masa ni Din tengah cerita pengalaman dia dengan interviewer..khusyuk nau memasing dengar ye..


Hmm.. sekarang memansing dah berada kat devision memasing da.. kat kelas aku paling rapat ngan Ecah la..Ecah dapat kat Negeri Sembilan.. So..me here again.. alone la.. even ramai gak bebudak kelas dapat kat KL.. tapi ramai kat menara TM..aku kat Annexe 1..huhuhu..

Tapi naseb bek budak kelas aku sorang dapat same level dengan aku.. so..kamcing jugak la ngan Zul.. Pastu lagi.. mujur ade 2 orang gurls yang sesame level aku even kelas lain masa kat MMU dulu.. so dengan Tira n Zida la ke sana ke mari..

Alhamdulillah..Allah permudahkan.. aku..even aku suka alone.. tapi tak nak la lone ranger...huhuhu..




Isnin, 23 Jun 2014

Idea Storage yang ringkas dan padat untuk ruang rumah yang kecil

.: Assalamualaikum :.

Uhm.. hai :D

okei jangan gelak dekat title tajuk entri yang panjang kalah LRT PUTRA tu.. kemain kan tajuk dia.. haha..

Dulu cecita I ouls sebenarnya nak jadi interior designer.. tapi biasalah..dah terlarik course tu..terlarik jugak la kan.. takpe lah..kalau tak jadik interior designer dalam realiti pun.. jadi ID dalam blog pown jadik la kann... kekekkee..

meh Miss Ada (cara baca: Ei Da) nak mengajar bab tips nak menggunakan ruang rumah secara maksima. ..

okei oul.. no need to refer any slide.. just make my blog entry as your references.. kekekeke.. ade bakat jadik lecturer ke ni..haha..

tanpa sebarang lalut- melalut.. jom layan gambar jew.. lagi banyak pekdah...hehehe


 haa..idea  design storage macam laci di corner bawah tangga adalah idea sangat bijak bagi aku. yelah.. biasanya orang tak titik beratkan sangat space bawah tangga.. last2 jadik gobak sarang tikus dan lipas membiak generasi diorang kan.. bagi aku idea ni sangat smart.  kot ye pun nak wat space bawah tangga sebagai  store, at least kemas cenggini sedap mata memandangkan.



idea cenggini lebih kurang idea atas la cuma yang ni konsep terbukak.. so.. kalau nak wat konsep rak cenggini.. make sure la barang-barang dan buku2 yang anda pamerkan adalah tersusun cam gambar ni.. jangan lak tetiba nak wat konsep terbukak..tapi pemalas nak kemas.. memang tobat semak mata memandang boleh mengundang rasa nak terbalik umah..okei..overrr sangat.. kekeke.. kalau anda jenis yang tak rajin, mintak bantuan suami anda pasangkan pintu kat tiap rak..k :D



 konsep camni biasanya boleh apply kat students.. tapi ku rasa kalau la student comfirm tak kan lah sebersih ni meja study diorang.. haha..  atas katil tido..bawah tempat study dan rak2 storage.. lawa kan.. ni seswai gak untuk orang bujang duk bilik sempit.. tak pepasal ruang bilik ade layer :D



agak2 berapa square feet je umah dia ni kalau dapur pun sekali sumer.. yes memang lawa jimat ruang. tapi agak2 la dapur dengan tempat tido di ruang yang sama =="

bagi aku tak masuk akal gak la.. ye la bayangkan.. petang tu sonok menumis sambal petai.. agak2 nak tido karang lekat tak bau dia kat tempat tido??.. kekekke..sabo je la kan..

kalau aku better tempat dapur tu ganti ngan tempat lepak santai tv or pc.. tapi yang paling aku suke adalah almari dia.. smart kan almari bersambung dengan katil dan selain tu jadi sebagai pemisah dua ruang..smaaart !
Add caption
I loike konsep ruang tamu yang dah ber- rak2 ni.. well.. i kan suker membaca.. so op coz la memerlukan rak.. konsep gini aku suke.. terasa cam library dalam cite beauty and da beast :D.. tu ruang impian aku.. hehehe.. but- but-but.. ruang kosong yang tak de buku tu nak tumpang letak yarn boley tak *wat muka kiut*..heeee..


okei tu je yang dapat i ouls share dengan u ouls.. nanti lengkali i ouls jumpe barang baek.. i ouls share lagi k :D

selamat make over umah memasing..hehehe


Khamis, 24 Oktober 2013

Random

.: Assalamualaikum:.

Annyeong :D

Urmm.. btol ke da 4 minggu aku x tulis entri kat cini??.. betol ke..betol ke..cam tak caye lak rasenya meng- abandon blog terchenta ni dewasa ini saat2 aku rasa agak aktif berblog ni..kikiki.. adakah telah tiba masanya utk aku kembali menjadi blogger yang pasif.. aaahh..ku tak rasa mahu untuk jadi yang pasif berbloging sudah sebab klu jadi  pasif..byk benda2 yang best aku terlepas.. kan..kan..kan..

Tapi.. demikian pun.. masih jugak aku tak tahu nak buat entri ape.. mungkin sudah masuk musim sejuk-sejuk ni.. otak pown nak membeku sekali..kekekke..

memang pown..tak di nafikan..penyakit mim alif lam alif sin mulai membalut perasaan dan sanubariku..huhu..

Bengbarang kait da stat pandang sebelah mata.. one piece pown da lama da x layan.. oppa2 pown da lama x skodeng.. aaa..apsal dgn aku ni.. ni penyakit kronik ni..

So..ape nak buat ek..

Ujung tahun dah nak tiba.. minggu depan da masuk bulan 11.. means ade 2 bulan je lagi tinggal tuk tahun ni.. 2 bulan yang tak tau ape cite yang akan berlaku.. huhu..

Azam tahun ni baru satu je tercapai; bercuti kat dalam negeri..huhu..

2 lagi cam tak tercapai lagi (delay) kot.. until one fine day.. keh3..mesti curious nak tau ape dua lagi tu kan..kan..kan.. hahaha.. meh cheq kabokan agar tidak berlaku sebarang pergolakan perasaan di hati-hatimu (cam la orang ade byk ati kan). itu..azamku yang ke 2 nya adalahhh.. nak beli keta..

tapi pikei-punya pikei.. cam bley delay lagilah benda ni for good sake.. yelah di zaman minyak petrol nek ni.. aku rsa tak berbaloi kot nak memiliki keta sedangkan aku bukannya nak guna secara optimum pon ..tempat keja ngan umah sepelaung pown dengar kot..mase nak memiliki keta giler2 tu hanya duk pikei.. nanti nak gi jenjalan kan senang..nanti nak balik kg kan senang..nanti tu kan senang.. nanti ni kann..senang.. padahal klu start beli keta.. kena laaaaaa komit bayar tiap-tiap bulan selama 9 thn (tu klu installment 9 la kan) lak tu..cam x de pekdah je byr semat-mata jadi pekasam kat parking lot.. tak guna pown.. kekekeke.. da tau da aku ni camane.. so..dengan itu.. buat masa ni cukup lah sekadar ber -lrt jew.. naseb bek umah titew dekat kat stesen lrt ..hihihi

pakai ni je la klu nak cepat..hihi
er.. satu lagi.. erkk.. hmm..yang tu biarlah ku abadikan di dalam benak ku ini sehingga suatu ari nnti ku rela untuk meluahkannya..kekekkee..

Tapi skarang ni.. semenjak dua menjak ni..aku btol2 nak komit dari segi penjagaan diri.. tak kire la tang kesihatan ker..kecantikan kerr.. personality kerr.. aku rasa x membazir kot klu aku melabur tuk  memanja-manja diri sdiri.. kekeke..

so until then..

Doa lah aku kembali bersemangat nak menempuhi hidup yang penuh dengan ranjau disamping duri-duri yang tak segan nak mencucuk diri.. ish.ish..ish.. cukup lah berfalsafah..










Isnin, 9 Julai 2012

Hari bizi sedunia..

.: Bismillahirahmanirahim:.

Bizi kot ari ni..
sejak dr awal (awal la sgt~) pagi sampai le skrg..
x berhenti2 lagi kot bekerja (cikgu physics saye ckp kerja maksud die same dgn daya x jarak)
maksudnya..
daya tu beban la kan..jarak tu..ukuran yang perlu kita amik tuk bergerak la kan..
so maksudnya..ari ni..kire x henti la saye bergerak2..wat tu wat ni (konunnya..cam le keja berat sgt~~~..)
haha..
tapi keje paling tragis ari ni adalah mencari2 sony experia mini x10 pro yang ghaib tetiba..
punya la lama mencari..sampai pikei..pasni x yah pakai phone dah la..
nak ckp ape2 pakai telepati...haha..tu klu frekuensi kite same ngan orang yg nak di hantar msg tu..
klu tak..4 tahun hantar msg tetap le pending..haruuuuuu~~~~..

haa..gini le lebey kurang rupa mere pyar karte muhabbat karega


cite dia gini..
lps je kemas dpur lps breakfast, tetiba kakak kesayangan ni ajak gi Tesco..
saye besa la kan..anak dara yang terlampau rajin duk umah..rase malas gile kot nak kuar..
tapi kakak kesayangan ni..duk asyik2 pakse gak..akhirnya mengalah jela..cian kat akakku tersayang itu..
haha..mase tu duk tgh men msg mase dia duk lemah longlai merayu kat diri ini..so..campak jela tepon tu atas katil lps siap send msg..kire nak gi siap2 la ni..

lps je siap, perasan..oh mana lalink kuuuuuuu...ilang kot~..siap bajet kak aku men aci sorok2 agi..tanye dia mane my pyar karte muhabbat karega..dia ckp x de mase nak amik..dia pun tolong duk bizi2 cri gak mase tu..tp mmg tak de la..bazir mase kat situ 1/2 jam duk cari my lalink itu...nyesal lak pasai gi silent mode kan beliau..huhu..dah le kecik....terbantut skjp nak gi Tesco..tp tetap gak pegi..haha..

2 jam lebih kurang gitu gi Tesco termasuk la shopping2 barang dapur.. makan2..window shopping..gi popular..igtanku terhadap sony experia tak pnh padam..asyik duk pikei mane aku ter missplace ni..huhu..haru kot..klu ade org anta msg..sorry la mmg x leh bls le..

balik je umah..misi pencarian ttp diteruskan lagi..kali ni lagak ak kalah kot CSI cari suspect..kekeke..siap abes barang2 ak selongkar..bawah katil brape lagi ak duk check..sampai dalam tong sampah..tmpat ak rase x logik pun still gak ak check..mane tau..tetibe ak buang tabiat campak xperia tu sesuka ati kan..pastu tetiba ak igt..mase kak ak masuk bilik ak tadi..anak buahku yang buas ade dtg sekali..aa..mesti beliau yang amik ni~~..last2 ak dah x larat dah nak cari..ak pun wat gile pegi tanya Nik Aulia Sufiya yang berumur setahun setengah tu yg of coz dia compem x akan phm pun betapa seriousnya ak sedang tanya beliau mane dia  letak tepon ituuuuu...~..ak give up!..

kakak aku plak dah bising suh tolong siangkan ikan dan ayam yang beli tadi..so..ak ngan ati yang longlainya pg la wat keja yang dia suh sambil2 mumbling mane teponku..mane tepon kuu..lame duk siangkan ikan kat sinki..tetiba dari ats ak dgr kakakku menjeriittttt dr atas " dah jumpaaa... HAHAHAHHAHA.." amboi sukernye ketawa.. dia turun ke dapur tunjuk dia dah jumpa my mere pyar karte muhabbat kat tangan dia..rupa2nya duk dalam almari baju kakak kepada Nik Aulia Sufiyya ini..mmg dia la yg tolong simpankan mase ak campak atas katil td..==" Aulia2..cian cik Da mu yang dah separuh nyawa mencari..hoho..basuh2 tgn check tepon tu..eleh..bknnye ade org antar msg pun..ade 4 msgs..dan 32 miss calls..dan compem2nya misscall tu ak yang buat mase misi mencari tepon tu..

 beliau yang saannnnngatttttttt buass~..

soo..tamat suda misi pencarian sony experia..naseb bek ak tak gi wat report polis..HAHAHA~..

lps tu..ak pun tetiba je jadi rajin tolong kakak aku kat dapur.. tolong dia wat makaroni bakar (heh!..bukan dah name tolong ni klu 99.9% mmg aku yang buat)..dia guide ak dr segi barg2 yang nak kena guna je...hoho..naseb bek sedappp..bleh thn gak air tgn aku neih! kui3

 haa..gini la rupa makaroni bakar ni..nanti lengkali saye letak resepi yee...pes time wat kot..kui3


Sbb ari ni gak Che, ayah, abe yom, kak long, che Chicha, Mariha n abang kesayangan ak yang mereng, abe E datang umah kak niey..terpakse la sekali lagi ak jd ciri2 surirumah tangga yang mithali..sediakan bhn2 wat tom yam..kakak aku cam biasa..jd tok mandur yang berjaya..haha.. 

aku dan memasak??... haha.. aku memang pandai sejak kecik agi kot..pandai masak..pandai masak secara teorinya jela..haha..practicalnya..ari ni baru ak tol2 msk by my own style..hihihi..~ naseb bek sedap..walaupun diorg x ckp..tp tgk seperiuk kuah tom yam abes tu kire sedap la tu kot...kekeke..


haa..gitu la citenye di suatu ari minggu yang biiiiiziiiiiii gillllee..haha..
maceh kerana sudi luangkan mase membace cite ini..
haha..~~~~



Ahad, 24 Jun 2012

Seigil Chukka Hamnida, Ada :)

.: Bismillahirahmanirahim:.


Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan Nik Nur Syuhada..
Allah selamatkan kamuuuuuu..

Sengil chukka hamnida..
Sengil Chukka Hamnida..
Sarangeyo Ada,
Sengil Chukka Hamnida...

Alhamdulillah..
Di kesempatan ruang dan waktu..
sedar x sedar..umur aku dah pun menganjak ke angka 24..
tua plak ku rase..
selama ni rasa cam kiut2 je umur 23 (pasai date lahir aku)
ni dah pun 24 tahun..
hhmm..
so nik nur syuhada..
apakah impian dan harapan anda sebagai orang yang meningkat dewasa ini??
kaweeenn..ops~

this is a birthday gift from mira..beautiful pic taken by polariod camera :D

"Ya Allah, Terima Kasih atas nikmat kehidupan yang telah Kau berikan kepada ku, nikmat persahabatan yang utuh biar pun adakala kami sering tak bersefahaman, nikmat kekeluargaan yang semakin hari semakin membara biarpun kadang kala kami berselisih pendapat..

Ya Allah, di hari lahirku yang ke 24 ini, ku mohon agar Kau ampunilah segala ketelanjuranku dalam meniti kehidupanku sebgai hambaMu, redhailah ibu bapaku, adik beradik ku, anak-anak buahku dan saudara maraku dan sahabat2ku..

Ya Allah.. terima kasih atas pertemuan yang telah Kau atur bersama spikers.. terasa 6 bulan ini cukup singkat..tapi sesungguhnya aku bahagia bersama mereka..



*to be continue ..cite sehari suntuk di suatu hari di hari ulang tahun kelahiran blom tercerita lagi..hoho*

Rabu, 6 Julai 2011

konvo..konvo..konvo..~

.: In The Name Of Allah
The Most Glorious and The Most Merciful:.

yeahhh...
tarikh konvo UMS dah kuar baru2 ni..
punya la lama tunggu...
well..ye lah..
kalu I duk kat Kota Kinabalu..
tarikh nak bagitau sehari sebelum konvo pun rasanya tak kesah la kan..tp..
tp disbbkan duduk kat Semenanjung malaysia..a. k. a..
Kelantan bumi bertuah ini..
maka ..nya.. macam apa dah menunggu2 tarikh keramat ni..
akhirnya...
26, 28, 29 november 2011
insyaAllah..
bebudak UMS sesi 2008/2009 terutamanya lah..
bakal bergraduate..
happy^^..


tapi..tapi..
part paling tak hepi..
lepas bukak je semakan hutang..
(siap rasa kompem dah bleh grad tanpa sebarang utang~)
tengok2..


ahhhhh...sejak bila I berhutang dgn UMS!!!!!!!
ahhh~~~
~~~~~~~



Rabu, 20 April 2011

i wanna know~

.: Bismillahirahmaanirahim:.

it's done...
VIVA dah abess...
;D
dan automatik debaran selama satu sem berlalu pergi..
begitu saja..
err..
tapi cerah x selalunya ada..
so..overall presentation tadi ok la..cuma sempat lagi encik examinerku mintak suruh buat button delete all kat system tu..macam ala2 email gitu tu..puan penal pulak tanya kenapa x buat archive...so..conclusionnya..terpaksa la aku menahan muntah ijau untuk menyeru diri ini ke alam bermain dengan dreamweaver n php..*igt best ke tulis coding???~..itulah nasib si pembuat website..tapi demi segulung ijazah..akan ku sanggup menghadapinya..sedangkan gunung kinabalu yang 8.5 km sanggup didaki..apatah lagi menulis coding berjela-jela..iya tak??;P


errm..
ada yang best jadik ari ni..ada gak yang suam2 kuku..ada gak yang fanassssss..so..mana satu korang nak tau dulu?..
tau..mesti yang fanasssss...kan ;P..
biasa la tuuuu..
so..jom kita bergosip skit..;D..
....al kisahnya begini...
err..sebenarnya..ia benda yang tak berapa pasti sangat..tp sudah di yakini oleh seorang kawan..maka..rasa2 nak percaya tu ada la kan..well..lebih2 lagi apabila berkaitan dgn orang-yang-selama- ni-kita -dapat-tengok-dia -dari-suatu-sudut-yang-terpencil~..
jealous kah anda?? cemburu kah anda??..terasa tak hati anda bagai dicakar harimau?;P
anda? O_o..
betlkah apa yang kawan saya bgtau tadi??..
err..kalau betul itu berlaku..jadi..saya andai dalam hati anda..saya wujudlah kan..;P
terasa macam nak try test sekali lagi lah..saya nak tgk sendiri riak muka anda..sama atau tak dgn apa yangkawan saya bgtau itu..;P..
(sejak bila aku ada power buat orang jealous2 ni~)..
____________________________________

err...itu lah cerita fanasss yang tak menggeleggak..nge3..cerita yang sebenar biar lah saya simpan dalam memory selembrum saja..tak mahu bgtau..~

(huhu..mesti korang rasa hangin x puas ati kan dgn citer panas ni..langsung x panas kan..hehe...)
....
cerita lain...
lepas VIVA abes..bermaksud bleh la bersenang lenang skit..
ringan skit bahu berjalan..beban FYP sudah boleh dicampak..sikit demi skit..
so..apa lagi..kita enjoy~..(heh..banyak la enjoy nye~)..opss..lupa..final exam..next week da...ari kamis..paper han yu..~....
...................
tolak tepi dulu benda2 yang akedemik tu..buang berat otak je nak pikei(haisshhhhhh!)..
nak buat hebahan skit..nanti saya nak gi main water rafting..kat Tamparuli..first time ni..extreme lagi tu..tp..x pe..nak try gak sebelum peluang ilang..~..yeahhh..
...pastu dinner Hc05 pulak....
ceh..tiba2 terpikir nak pakai apa nanti~..rilex aa Da..pakai biasa2 je..hihihi
....
hmm..barang2 dah siap packing..macam esok la nak balik kelantan gamaknya kan..huhu..besa la umah jauh..kena la anta kargo...so kena la packing awal2 mana yang x nak..tinggal je lagi 20kg untuk ikut sama naik flight nanti..harap betul la 20kg..kalau lebih...huh..jenuhnya nak tinggalkan barang..
.....
errm..sori la posting kali ni macam no feeling..ye la..tgk la jam brapa..kala ini org semua dah pun bermimpi indah..aku boleh2 jadi kelawar pulak..huhu....so..papai la..nak tito dulu..


*bismikallahumma ahyawaamut...zZzZ"..




p/s:motif post posting ni sekadar nak abdikan perassan ari ni je..biar tulis macam x ada feeling pun~

Khamis, 6 Ogos 2009

cannot find server~

masa : 5.51 pm
tempat: bilikku~
suasana: bunyi deruman bas UMS~..


.: BISMILLAHIRAHMANIRAHIM :.


topik ape ek nak berbicara ari ni??
emm....
okehh..

first at all...

credit to my 3rd bro..

sbb byr bil broadband yang tertangguh 2 minggu kot..
huhu..
macih be..

bule depe buleh bayar lagiii..

hehehe..
ader ke patut..

bukan apa..

sebab x kuar pg bandar KK sejak sebulan menjdi penghuni di sabah..
nak cakap sibuk..
iya..iyalah...

nak cakap takut nak kuar soram..

ye.
memang tepat tekaan anda...

10 markah...

al kisahnya...
terpaksalah abang yang jauh di sebalik laut cina selatan yang pegi bayar...
dan...

untuk penghargaan..
meh Ada perkenalkan abe dehh...




nik aminuddin nik abdullah
pelajar separuh masa uitm

sudah kawin

isteri beliau.. kak chik..
anak: nik iyad hakimi yang sangat auta..
[owhh..ni iklan periuk nasi sebenarnya]

dan lagi...
bohot2 syukria kpd my eldest brother gak...
sebab disaat ptptn wat hal..

beliau dengan senang ati menyapport [marah la mrs tan klu tau aku munah bi] kwanganku~..

gambar???
banyak lajok gambar abe..
sapa Ada x tau nak pilih mana satu...

link je la kat sini sapa nak berkenalan yee...
tapi...

harus diingat bahawa beliau sudah berkahwin
isteri beliau : kak long
anak 4 dah...
dan
seorang tok lawyer[ Ada loywar jugakk..tapi loyar buruk la]
caring tapi bengkem...
hahahha...

ermm..sebelum lupa..
tQ gak kat oram2 kolumpur..
sebab memenuhi akaunku..hihihi..
dan maap lah sebab x dan nak gi kelih masa mari sini..
cBuk nga program PMi09...
x pow..
mari lain kali plop..
mari blako dehhh ('-')...

beruntung ado adik bradik yang bleh wat kecek kiroo~

apa masalahku ini...
hau lahh...

k la..
next !!

kita sentuh skit pasal citer hangat nih...
ape lagi...
H1N1 lah..
U tikah tutup dos..
U abe E tutup dos..
ums jah masih bertahan..
dengar citer pljr civil dah 2 org +ve H1N1..
aii..kesian tol..
dan yang turut kena tempias kitorang yang kat SKTM la..
tapi x pe lah..
arap semua bleh jaga diri ek..
klu demam..sila la pg klinik..
klu yang batuk..
makan ubat batuk..ye..
we scare but we care..
keadan kat sini pom ramai dah yang bertopeng..


mrs kakashi..
hehehe


yup..protection...
sapa nak topeng free pg la pejabat am SKTM...
kat sini pom sangat berjerebu..
sampai..
gunung yang tersergam indah pom dah ilang dari pandangan..
semua kelabu...
ilang satu nikmat mata...



ok lah...
tak tau nak tulis ape lagi...
owhhh...
laptopku sakit jiwa

printerku
sakit jiwa..
nasib baek jiwaku still ok...
hehehehe...
alhamdulillah...

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...