marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.
Memaparkan catatan dengan label #colid19 #perintahawalanpergerakan #mydayHAri ni. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label #colid19 #perintahawalanpergerakan #mydayHAri ni. Papar semua catatan

Ahad, 3 Mei 2020

Kenangan PKP 2020: Suatu kelainan

.: Assalamualaikum:.

Salam Ramadan al-Mubarak.

Wah. cepat masa berlalu dah masuk ramadan yang ke 10 dah hari ni. Puasa masih ok ke semua? Hik Hik Hik...

Tahun ni puasa boleh tahan lain macamnya. 10 hari berlalu dengan cepat. 10 hari lepas hujan mencurah-curah ke ladang gandum seolah-olah musim tengkujuh tapi hari ni mentari dah tak malu-malu kucing mengeluarkan sinarnya. Fuh terasa betullah ni musim kemarau. 

Kan. Lain sangat-sangat tahun ni. Kalau tahun-tahun sebelum ni pakat busy kerja. Balik kerja baru menyempat-nyempat tengok menu juadah berbuka omma. Tapi tahun ni, memang pagi-pagi lagi dah kena kerahan tenaga untuk bersiap siaga. Ho Ho Ho.


Btw kat umah sekarang ramai jugaklah yang ada. My 4th sister's family, Kak Niey masih lagi kat umah sejak balik bercuti sekolah hari tu. Lucunya lepas dua hari sekolah umum cuti tetiba PKP pulak diumumkan dan sampai sekaranglah diorang kat umah besar ni. Ha Ha Ha.

Kak Niey and anak-anak hepilah sebab selalunya seminggu atau dua je paling lama boleh balik kampung tokku. Ni dua bulan setengah. Abang iparku dah tak sedap duduk dah. Yelah kan. Walaupun duduk kampung best mestilah hati ingat kat umah dia di KL dan kampung dia kat Perlis. Sekali tersadai kat kelantan. kui kui kui. Orang utara nih bagi aku perangai dia sama je ngan orang kelantan.

" Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik negeri sendiri" 

Kalau tak, mane mungkin pekat loghat perlis dia tak ubah-ubah 😂

Waktu minggu ketiga PKP je dia hepi sikit sebab dapat menjahit PPE untuk frontliner. Menjahit is passion dia kot. So hepi lah tuan badan bila buat benda yang kena dengan emosi dia.

My sis dan anak-anak? My sis tentu tentulah hepi kepalang. 2 bulan beb. Dah la sekolah pun cuti. Huntung. Lebih tahun dah katanya tinggalkan umah omma ni. Bayangkan kak aku nih waktu umur 20 something dia sambung mengaji kat Jordan 6 tahun klu tak silap. 

Pastu kawen dengan abang ipar aku yang menetap kat KL. Dia pun dapat mengajar kat KL. Anak sulung dia umur 16 da sekarang. Balik kampung time raya dan cuti sekolah je lah. tu pun bergilir dengan balik Perlis. Maunya tak hepi kan.

 Adik-adik dia pulak evil. Huhu. Membuli kakak tak ingat dunia. Dah la tuannya kecik comel. Kena pulak buli dengan adik-adik yang comel ni. Dari start PKP sampai ke bulan puasa request nak masak itu dan ini je manjang. Hahahhaha. Dah kak aku pun dia layan kan je la.Mood omma pun makin okey sebab ade geng kat dapur. Boleh la jadi assistant baru.. Bila lagi nak tunjuk skill katanye. kui kui kui. 

Agak happening la rumah ni bila budak-budak pun ade sekali. Sakit kepada tak usah cakap lah. Haha. Tu nasib baik kakak aku yang ke 6 Kak Biey and family dah balik ke umah dia kat Machang before PKP diperketatkan. Kalau tak memang masak la keadaan kat umah ni. 

Dengan kena berebut tandas lagi. Gaduh dengan anak buah tak usah diceritakan lah. hahaha.. Tu belum lagi semua-semua orang kat rumah sebelah berkumpul. Kalau berkumpul memang selalunya dari kendurilah kat umah ni. 

Kalau biasa kita suka mendengar cerita-cerita orang tua yang pasal Jepun naik ke darat, peristiwa kemerdekaan, cerita tu cerita ni. Hope bila aku dah tulis kat sini sikit sebanyak boley jadi modal untuk anak cucu seksok. 

Tu kalau kawen. Kalau tak kawen anak sedara dan cucu sedara seksok. Aku nak cerita kat Naseeh masa tahun dia lahir niiii lah waktu itu cikda rasa sangat berbakti kepada negara dengan hanya #dudukdirumah kikikiki.


p/s: siyes x de mood nak buh gambar.. hoho.. mian..

Isnin, 13 April 2020

Perintah Pergerakan Kawalan dilanjutkan lagi

.: Assalamualaikum:.

Hi everything!

Yes. Hari ni dah masuk 27 hari PKP dilaksanakan di Malaysia. Semua orang ingat hepi sebab hari yang ditunggu-tunggu dah nak habis tapi once doesn't simply simple sebab covid-19 masih lagi bermaharajalela di dunia. Ye. bertabahlah kita semua sebab PKP fasa 3 akan berjalan sampai 28 April 2020 which means bulan puasa pun kita akan berkurung jugak.

Mungkin iblis tengah gelak kat kita sekarang sebab kena kurung awal dari diorang. opss.

Nevermind coz kalau ikutkan situasi pelan rangsangan ekonomi negara sekarang ni kerajaan nak bendung covid-19 ni paling kurang pun amik masa 3 bulan. Tu paling minimum lah kot. So, nak tak nak kita ni rakyat yang elok perangainya eloklah dengar cakap. Tak payah nak bersungut sangat sebab semua benda kat dunia ni tengah mengalami benda yang sama. Tak payah nak keruhkan keadaan lagi.

Yang penting dalam tempoh PKP ni apa yang dah kita capai. Maybe before ni kita busy sangat sampai terabai apa yang sepatutnya dibuat boleh lah slow-slow take care balik. Misalnya buat posting di blog ke (heee..mengata diri sendiri adalah dimaafkan) gittew.

Macam yang aku kata kat posting lepas, aku is ok dengan kehidupan camni. Bukan aku tak berdukacita dengan apa yang jadi sekarang tapi sebab ada masa yang banyak kat umah. Bila banyak masa dekat rumah, dengan orang lain pun ada kat umah dia jadi banyak aktiviti bersama boleh dibuat.

Kalau sebelum ni memang buat sesama jugak, tapi keadaan everyone busy jadi masa nak bergurau senda jadi singkat. Sekarang nih, start subuh semayang berjemaah sampai isyak. Ayah dah boleh cuci tangan tak yah jadi imam sebab bangbil or abe E akan naik jadi imam. Lepas semayang sempat borak-borak dengan family. Topik apa tengok atas benda apa yang jadi. Ayah and che pun dah pandai bergurau jadi suasana jadi happening lah dengan lawak abe E lagi.

Tang dapur pun camtu jugak. walaupun penat asek duk membasuh pinggan mangkuk periuk belanga tapi benda ni la bagi family jadi happening. Tu tak masuk lagi pakej tetiba yang ni nak buat resepi dia. yang ni nak buat resepi dia dalam waktu yang sama. kecoh dapur tak yah cakaplah.

Lasak tak lasak dapur musim PKP ni sampai dapur masak pun dah bertukar. Semangat memasak katanya. Dari makan pagi sampai ke makan malam. Ni kalah restaurant 5 bintang tau.


urhm..

harap semua masih bertenanglah menghadapi tahun 2020. Maybe ini adalah peluang untuk kita rest kejap sementara menunggu 100 tahun akan datang (kalau panjang umur). Semoga semua dalam lindungan Ilahi


p/s: later i update with picture. So malas huhuhuhu.




Sabtu, 21 Mac 2020

OhMyCountry : Perintah Kawalan Pergerakan

.: Assalamualaikum :.



Kerana mu..oh Carona


Hari ni dah masuk #day4 Perintah Kawalan Pergerakan berlangsung kat negara terchenta angara covid-19. Kalau diingatkan ni adalah first time aku merasa sendiri bagaimana orang dulu-dulu hadapi ancaman wabak merbahaya dan berjangkit. Merbahaya sangat si Covid-19 ni yang menyerang tak kira siapa tua, muda ,miskin, kaya orang kenamaan, orang x de nama, orang kuat agama atau tak kuat agama semua dia serang. Seram pulak bila angka yang positive tu meningkat dari hari ke hari. Kat Malaysia sehingga hari ni dah ada 2 kematian. Takziah kepada 2 orang jemaah tabligh yang pergi mengadap Ilahi angkara virus jahat ni.



Ada logik kerajaan suruh kawal pergerakan. Terutamanya dari segi nak putuskan rantaian virus tu sendiri. Ye lah kita tak tahu sama ada kita yang segar bugar sihat ni entah-entah pembawa. Virus ni dia bertahan selama 14 hari dalam badan manusia dan apabila lebih 14 hari dia akan mula nak cari perumah lain. Sebab tulah kerajaan tetapkan untuk waktu ni Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari. Sabarlah wahai rakyat Malaysia. Jangan disebabkan kita satu negara merana.


Situasi kat kelantan pula boleh dikatakan peningkatan yang agak ketara. Waktu #day0 Perintah Kawalan Pergerakan di laksanakan, 17 orang yang disahkan positif covid-19, #day1 bertambah lagi 25 dan #day2 seramai 30. dan semalam #day3 naik mendadak 44 orang. Astagfirullah. Rasa virus ni makin dekat dengan kita. Lagi seram bila orang yang kita kenal pun dijangkiti sama.


Kilang tutup. Kerja dari rumah (walaupun banyaknya duk main..hikhikhik). Satu langkah yang baik sebenarnya apabila semua premis-premis ditutup. Selain aku dapat cuti yang panjang (hikhikhik), pergerakan orang dapatlah dikurangkan dan kontek kita dengan manusia lain dapat diperlahankan. Walaupun keja aku tak de lah jumpa ramai sangat manusia,yang jumpa orang yang sama je. Yang penting i have a lot meeee timeee. 2 minggu kot. heeee..



#day 1 #day2 #day3 telah berlangsung dengan jayanya.. maka marilah kita hadapi days seterusnya dengan berlapang dada. Doa supaya kemelut wabak ini berakhir sebelum ramadan tiba. #pray for Malaysia.



Wabak ini menular di negara kita seawal awal tahun pada 25 Jan 2020 namun kerajaan waktu itu masih mengamalkan dasar keterbukaan dengan menerima warganegara China dan merawat di negara kita. Masih terkawal kata mereka. Dan sebenarnya 22 kes berjaya dirawat sehinggakan selepas 11 hari bebas daripada wabak ini dan penerbangan  dari serata dunia masih lagi berjalan, tiba-tiba negara dikejutkan dengan kes covid-19 yang baru (gelombang ke-2) hasil daripada perhimpunan Tabligh di Masjid Sri Petaling. Kes demi kes dilaporkan dan sehingga #day3 1030 kes positif dengan 3 kematian.

Update sehingga 11.00 mlm:Hari ni makin bertambah menjadikan jumlah 1183 orang degan 8 kematian

Itu baru dari cluster tabligh, lepas ni tak tahulah cluster mana akan menyusul sebabnya dalam ketegangan situasi perintah kawalan pergerakan banyak pulak event besar-besaran yang berlaku. Perta kat Penanglah,Panic buying orang ramai lah. Perantau yang balik kampung lagi. so..

Bertabahlah kita kalau-kalau kerajaan buat kerahan tentera atau paling worst bila kena #lockdown. Minta dijauhkanlah.

Lagipun kesian bila staff KKM bertungkus lumus buat kerja diorang, kita pulak sedap duk merayap. adeh. cannot brain betul.

Doakan keselamatan dan kemakmuran negara. Kenapa perlu gelabah bila kita boleh jadi tenang. gittew.



link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...