marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.
Memaparkan catatan dengan label #Sejarah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label #Sejarah. Papar semua catatan

Rabu, 1 Jun 2016

SL1M TM 8.0: Program Softskill Training review

.: Assalamualaikum :.


Hai.. haa..aku tau ramai duk tunggu ak update kan.. lebih2 lagi yang duk carik maklumat pasal program SL1M ni kan..ngaku je la..sebab aku dulu pun mencari2 cari jugak ihsan orang yang baek ati wat review program Sl1M ni..feedback kate orang putihnya..ngee



So, setakat 27hb Mei 2016, aku dah pun berjaya bergraduasi (sekali lagi) atas tiket program SL1M TM 8.0 untuk kelas softskill. Lebih kurang sebulan lapan hari la kot aku dan seangkatan berjaya direkrutkan di MMU tuh.. okey..yang terlepas citer.. Klik la kat tajuk entri ni..SL1M TM

Overall out of 5 aku bagi markah 3 untuk softskill training ni.. bagi aku kelas softskill ni best sebab para trainer dia memang bombastik sampai aku rasa nak apply jadi lecturer MMU. Aura positif sorang2 trainer ni aku rasa.. beruntung gilerr bebudak MMU ni..padanlah dengan mahal diorang bayar yurankan..kekeke..

satu mata yang tersangat failed tu adalah dari segi management la.. siyes.. failed gilerr..

sebabnya satu. boleh-boleh dokumen yang aku serahkan masa awal2 register masuk SL1M tu ilang.. 4 helai dokumen yang beria-ria diorang mintak tu ilang.. logik tak?.. bukan aku sorang..tapi 29 orang orang yang lain pun terima naseb yang seangkatan dengannya.. menyebabkan..sampai rini.. elaun bulan empat aku dan rakan-rakan senasib tak terima-terima..bayangkan.. kemain lagi waktu kelas dulu nak bagi full attendant, sampai nak mintak cuti konvo pun kalau boleh x nak apply (last minit apply gak..hiks) supaya rekod bersih..pastu asignment, assessment complete sebab tak mau masalah timbul dikemudian hari.. pendek kata everything yang boleh bagi rekod kotor tu memang nak elak la..tapi alih-alih Cnergy (the one yang incharge kitorang) hilangkan.. sungguh..sungguh merasa resahhh..untuk menilai..~ pastu wat tak bersalah..

Second, kate untuk penempatan On-Job-Training (OJT) akan ditempatkan dilokasi yang berdekatan dengan alamat umah.. aku siyes hepi sebab tu aku accept nak join SL1M ni sebab dia cakap cenggitu diawal cerita.. aku ciap call HR tanya betul ke cenggini.. abes 2 bulan softskill training..alih2 KL jugaaaaak aku dapat.. huh..bukan aku sorang je, berape kerat je yang dapat berada di kampung halaman sdiri.. yang selebihnya merata TM letak.. tapi ramainya kat KL la..huuu..

nak nanges rase bila dapat tau OJT kat KL.. Bukan sebab x nak terima cabaran ke ape ke.. tapi hati ini sudah di Kelantan sana setelah bertahun ku merantau di negeri orang.. kemain aku renovate bilik pas balik dari Penang ritu.. yela.ingat bley berjimba2 dulu sebelum pikei nak keja atau sambung ngaji lagi...ngeee..

Rezeki SL1M.. sape tau..huu..

atas dua sebab yang utama ni lah..aku boleh buh 3 markah je out of 5.. kelas best even pack..bayangkan hujung minggu pun ade aktiviti, kelas pun ciap kena extent masa sebab nak bagi cukup jam kredit.. lunyai.. naseb je trainer best..


Urm..budak kelas aku pun bley tahan havoc.. masuk air..budak2..layan sajalah...haha..

And now.. ari ni.. start da lapor diri kat Annexe 1. Aku bawah devision Network Infrastructure Management System. Aku rasa hepi la juga sebab ni bidang aku kot masa degree dulu..hope aku masih boleh catch up ape yang Madam Hazila ngan Sir Nordin cite dulu2 pasal network ni..atau at least.. ak paham term2 yang SV ak pakai..huhuhu..

Ku harap ku performlah 6 bulan mendatang ni..kot mane tau rezekiku di sini..heeee...


p/S: erm.. tak sure entri ni patut ade pic ke tak..padahal issuenya adalah internet slow..dan dia x bagi aku upload..so?..nak kire cane ni..~



Isnin, 14 Julai 2014

Gaza bergolak lagi

.: Assalamualaikum :.

hype.. yup.. terbangun.. terbangun dari tido di kala dinihari.. di bulan posa aku kire agak beruntung la buat aku yang memang tuan puteri yang sangatttt suka tido.. ahaks..bola? sori lah sebab tak reti sangat nak melayan tengok bola..op coz ku rela tido..~

so.. terjaga. settle kan ape yang patot lah kan.. rugi-rugi klu da terjaga dan berada dalam paras sedar tapi nak tahajud skit pown malas kan.. kekeke..

 so.. apabila da terbangun.. dalam pukul 3.45 pagi ni.. melepasi lebih kurang sejam dari waktu aku terjaga tadi.. nak tido balik memang tak la sebab nnti kul 4.30 compem kena bgn nak ciapkan makanan bersahur tuk famili terchennta nih.. dan of coz la.. sebagai tuan puteri yang sangatttt suka tido.. tido selama 45 minit tu adalah satu bebanan.. bangun tido silap2 dah bertukar jadik gorillaz. sebab x cukup tido katenyeerrr...~ kekeke..

++++

hmm.. x nak cakap ape.. tak nak tulis ape.. tapi cam rugi lak kan klu tak menconteng tentang isu2 terhot yang terjadik dimuka bumi tuhan ni kan.. Atas kesedaran, tiba je bulan posa, bumi Gaza bergolak lagi T_T. sadis.. dan menyayat hati sampai kadang-kadang aku tertanya-tanya, apakah sumbangan terbaek yang boleh aku sampaikan agar keadaan boleh berubah.

Aku pernah menulis isu boikot dulu kat sini. Ada Ape Dengan Boikot?
atau pun kat sini yang sikit sebanyak video dari soldier of islam mengesahkan  camane Jews amik alih tanah Palestin dan tanggapan dunia mengenai Islam dan orang islam.

aku ikuti fb kedua-dua belah pihak sama ada update dari Israel Defense Forces  ataupun update dari Aqsa Syarif dan lain-lain untuk mengetahui perkembangan semasa yang terjadi di bumi sana, dan aku dapati update dari Aqsa Syarif, Aman Palastine lebih menyayatkan hati.

Bayangkan, kesan daripada pengeboman, seorang suami meninggalkan isteri, seorang ayah kehilangan anak-anak, seorang anak kehilangan ibu dan bapa. Ya Allah, aku nak tengok gambar yang di siar pun, aku rasa tak sanggup.

dikatakan untuk bunuh seorang lelaki, tentera Israel telah mengebom rumah beliau yang menyebabkan kematian 18 orang ahli keluarga dan saudara-mara. Lebih daripada 50 orang sekitar rumahnya turut tercedera. Info dari Anti- Violence & Killings


Tapi aku yakin, mereka, palastine tak gentar dan tabah menghadapi dugaan ini. insyaAllah.

dikatakan jenis bom yang digunakan oleh tentera Israel untuk mengebom Gaza. Info dari Aqsa Syarif


Tapi jauh dari sudut hati aku, walaupun mereka tak gentar dan tabah, tak bermaksud diorang tak memerlukan  sokongan dunia. kita patut tahu bahawa tanah mereka dirampas! mereka diperlakukan macam bukan pemilik lagi. Astagfirullahala'zim.

So guys, maybe kita tak rasa kita x dapat bantu diorg dari sudut ketenteraan, tapi aku yakin kita boleh bantu palestin dari sudut kewangan. Salurlah sumbangan korang kat mane2 badan yang bertanggungjawab yang korang memang confirm 100% sumbangan korang akan disalurkan kepada penduduk Gaza. Kalau korang tak yakin, jom kita main psyco pulak. Jom reramai bertekad cemerlang lumpuhkan ekonomi geng Zionis dengan memboikot. yep.. still one simply said tak de effect pun dengan boikot.. guys.. trust me.. kalau satu dunia boikot zionis.. aku rasa kita mampu ubah something. Jangan cakap asal boikot je Malaysia..asal palestin je Malaysia yang kecoh.. nope.. silap.. US lagi kuat bab2 memboikot.. siap non-muslim join sekaki. sebab ni selain isu akidah, isu kemanusiaan pun turut serta..

buat selagi mampu, tapi kalau mcD tu kalau dah jadi darah daging anda, macam ubat yang nak tak nak wajib makan, maka.. x payah lah anda bersusah nak boikot. nak buat macam mana kan.. ~

Jom.. kita boikot mana2 barang yang salurkan kepada Zionist.Acctually X semua product Yahudi bagi kat Israel yakni zionist.. so korang check it out la ye pabenda yang kena boikot. jangan mengba*i buta lak boikot.. kui3. :D

UBAH.. KITA MAMPU !

Jom kita hayati sikit sebanyak cara Israel menguasai bumi Palestin. Sangat-sangat halus sampai orang palestin pulak yang terpaksa menjadi pelarian di tanah sendiri. Licik!




apa2 pun.. Mungkin Israel boleh membunuh sejuta rakyat Palestin yang tak berdosa, tapi mereka tak mungkin dapat menghancurkan iman di dalam jiwa rakyat palestin.

InsyaAllah, moga-moga selepas bertahun-tahun kemelut ini, palestin akan menjadi palestin kembali.


Ahad, 13 Januari 2013

Mencari Titik persamaan

.: Bismillahirahmanirahim :.




Cerita ini mengisahkan tentang cerita semalam, ku ingin abadikan cerita itu agar esok2 boleh menjadi kenangan yang selalu di kenang.

Aku berjalan bersama mereka yang inginkan perubahan demi masa depan. Kecil besar tua muda, melayu cina, india, bah kan dari Borneo turut serta.. Terasa begitu berupaya.

Pagi itu, tanpa persiapan yang begitu rapi disebabkan kesibukan kerja sejak akhir-akhir ini menyebabkan aku masih dilamun perasaan ragu-ragu untuk keluar berhimpun. Penat, lelah, sering menjadi alasan unutk bermanja dengan diri. apatah lagi hari itu aku sedang bercuti hujung minggu.lebih-lebih lagi mengetahui aku bakal keseorangan keluar ke arah sana nanti.Namun, kehadiran ahli keluargaku jauh bertebaran di pelosok negeri, ada dari Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah membangkitkan perasaan ingin meluangkan masa bersama-sama berhimpun di Stadium Merdeka nanti. Penat sudah tidak aku hirau lagi.Mereka dari jauh sanggup turun, sedangkan aku yang teramatlah dekat masih lagi terawang perasaan negatif. 

Pagi itu, setelah abangku yang ke 11 telah memberitahu kedudukan lokasi mereka sekarang adalah di Pasar Seni, aku bergegas bersiap untuk ke sana. Memakai serba kuning, aku andai menepati tema hari ini sementelaah warna kuning adalah warna kegemaranku. Sebenarnya himpunan tersebut menggabungkan beberapa kumpulan tertentu. Ada Kuning (BERSIH), ada merah (ROYALTI), ada oren (FELDA), ada hijau(LYNAS). Warna warni.

Pagi itu juga, aku menaiki LRT untuk ke Pasar Seni. Dari Stesen Sentul Timur turun ke Stasen Majid Jamek. Masih lagi keseorangan walaupun sekali sekala bertembung dengan peserta yang lain (aku andai saja, sebab nampak mereka berjalan dalam kumpulan, dan ragu-ragu nak guna LRT). Sewaktu perjalanan ke Pasar Seni, suasana boleh di katakan meriah dengan peserta-peserta HKRKL112. Mereka berjalan beramai-ramai dan menuju ke tempat masing-masing berkumpul dan dengan megah mereka berjalan memakai baju mewakili apa yang mereka pertengahkan. Kuning-merah-oren-hijau dan lain-lain. Mereka berani. Masakan tidak, sedangkan Himpunan ini sudah dapat permit kelulusan kan.. *smile*. Sedang aku meneruskan perjalanan ke Pasar Seni, tiba-tiba terserempak dengan orang yang aku kenali. wah, Ya Allah sungguh aku tak sangka bertemu dengan Adik Usrah ketika di UMS dulu. Hampir 2 tahun x bertemu. Aini, sungguh waktu kami berpelukan ak dapat merasakan ada bening air mata di kelopak, tapi tidak pula aku biarkan ia mengalir keluar.. Berbual2 sementara menunggu LRT putra tiba, rupanya Aini dan kawannya juga salah seorang peserta HKRKL112. Di sini, di celahan ramai manusia, kami bertemu. siapa sangka. Semua diatur baik oleh Allah. Sesampainya di Pasar Seni, ratusan manusia sudah memenuhi Stesen Pasar Seni. Dari loghat mereka, aku pasti mereka datang dari jauh merata negeri. mencari-cari arah Hotel tempat menginap abangku yang pertama, akhirnya aku bertemu dengan adikku yang ke 14. Aku di bawa ke sana. 

Belum sempat menaiki lif, Abang pertama, kakak ipar dan abang yang ke 11 keluar dari lif tersebut, jadi kami teruskan sahaja perjalanan kami menuju destinasi. Setelah berbincang beberapa minit, kami putuskan untuk berkumpul di KLCC kerana di situ kebanyakan orang kelantan mulakan perarakan untuk ke Stadium Merdeka. Maka, ke sana kami pergi setelah membeli bekalan untuk berjalan nanti.

Setibanya kami di lapangan KLCC, ruangan telah dipenuhi oleh pemakai-pemakai baju merah. Ucapan dari orang-orang kuat HKRKL112 baru saja bermula, Wakil R kelantan, R Terengganu, R Pahang , R Sabah dan lain-lain lagi.. Masing-masing mengingatkan agar peserta menjaga moral dan etika semasa perarakan nanti.






Perarakan bermula. Kami satu keluarga bergandingan berjalan bersama-sama. Abangku yang ke 9 kemudiannya muncul dan berjalan bersama-sama kami. Menarik. satu, sebab ini adalah pengalaman pertama menghadiri Himpunan Besar sebegini. kedua, ku lihat YB-YB sama ada perempuan atau lelaki, tua atau muda turut serta. Anak- anak muda dengan laungan- laungan masing2. Dua laung yang menarik bagi aku, pertama adalah "Talaalbadrul alaina".. ramai2 mengalunkan nasyid ini.. dan kedua.. semasa melintasi kedai HONDA.. masa tu ada sebuah motosikal lalu, anak2 muda ini bagi laluan pada motosikal tersebut, dan tiba-tiba seorang daripada mereka melaungkan.. HIDUP! HIDUP! HIDUP HONDA!.. dan yang lain ikut.. aku dengan adik beradikku masa tu saling berpandangan.. "apekahhh???" pastu diorang sambung, "KAMI SOKONG TURUNKAN HARGA KERETA HONDA!"..hahahha.. memang la diorg ni.. wat lawak plak..hahahaha.. Sempat abang aku berseloroh sewktu kami duduk berehat di jalan, "tak best himpunan kali ni, x de hujan asid, x ada bom asap"..haha.. lepas tu abang aku yang lain pintas, " alah kalau ade pun abang long la yang lari dahulu"..haha..macam-macam la mereka ni.


Aku dan adikku mulakan operasi kutip sampah akibat tak tahan melihat segelintir yang senang-senang membuang sampah tanpa rasa perasaan bersalah. dari plastik yang kecil, bertukar menjadi plastik sampah  yang besar. Mujur ada adikku ini pegang pastik sampah..kekekekke..aku tukang kutip aja.. Hampir dengan Stadium Merdeka, masing-masing kelaparan. Boleh dikatakan kiri dan kanan di sepanjang jalan menuju ke Stadium Merdeka dipenuhi oleh manusia membeli. aku hairan kenapalah ada akhbar dan media yang bagitahu semasa tahun-tahun sudah peniaga rugi disebabkan himpunan sebegini. Aku rasa masa ini lah mereka dapat keuntungan berganda kalau melihat ramainya manusia di situ.


Kami tiba di Stadium Merdeka. Suasana yang sangat mengkagumkan. Penuh..Penuh satu stadium, kalau kami lewat beberapa minit. Pasti kami tak dapat masuk ke dalam waktu tu. Ucapan dari pimpinan baru sahaja bermula..  Semua ucap tahniah atas kehadiran yang sangat mengkagumkan ini. teruja. InsyaAllah.. Putrajaya milik kita nanti :)

Kami bersurai kira-kira jam 5.00 ptg selepas menyanyikan lagu negaraku. Disebabkan masing-masing adalah musafir, maka mereka jamak Qasar di bilik hotel sejurus tiba di hotel. Aku ABC :)


*Fakta:
1. Stadium disewa dengan jumlah harga RM100,000 berdasarkan ucapan pengerusi HKRKL112
2. Stadium dipenuhi oleh peserta tak kira apa bangsa dan agama
3. Kedai makan, 7E, kedai tepi jalan memang laku habis
4. Polis yang menjaga HKRKL112 adalah polis yang paling hensem di dunia sebab baik-baik saja.
5. Ombak manusia sewaktu lagu Ito berkumandang adalah ombak yang sangat best sampai x reti nak berhenti. hahaha



Jumaat, 30 November 2012

Hari ini dalam sejarah part 1

.: Bismillahirahmanirahim:.


Hmm..morning peeps..huhu.. orang lain tgh syoik tido.. aku plak baru aje terjaga dr tido.. ntah nape ari ni.. tetiba je plak tertido lps ngaji Quran lepas maghrib tadi.. nak cakap ari ni penat keja.. hmm.. x de la gak.. keja tu..sampai bila2 pun blum tentu abes.. so.. rasanya tak de kaitan ngan stress keja ke ape laa kan.. tapi aku suspect suasana baru lepas ujan ngan ketiadaan housemates mase ak balik dari keja punca sebenar nape bleh terlelap lps ngaji tadi.. kalau tak.. biasanye.. kitorang da heboh da kat dapur sama ade heboh ngan suara2 kitorang duk menyakat ataupun bunyi kletang-kletong kuali menyanyi (kuali ye yang menyanyi bukan aku..kekeke)..huhu..


Hmm.. ade sesape rinduw-winduan same kiteww x sepanjang kitew x post ape2 ni???...ala..cedihhnyeer..x dew pown owang2 nak windu-winduan same kiteeew.. taperrrr  taperrrr.. kitewww sedooo shapew la kitewwww ni khannnnn~ *tetiba tulis camni..hahaha..mulut pun da senget2 nak sebut tulisan merepek2 ni* maaf la.. mase zaman I membesar, I jarang msg dgn org.. apatah lagi tulis2 perkataan camniii...huuuuu~

so, alang-alang da terjaga ni, ade baeknya ak sapu2 skit sawang2 yang membiak dgn jayanya kat blog terchentaku ini.. biar pun x pemes.. tapi update selalu tu wajibbbb..klu tak sila putuskan hubungan cinta anda dgn bloggers...I mean dgn blogspot..sila..sila.. anda telah membazir space di alam maya ini dgn buat account blog tapi dump it terkontang-kanting sorang- sorang.. ciann diewww tauuu~.. *datang balik da perkataan konon-konon-chomel-itu, anda gediks tau dakk?*


Hmm.. so.. rasa nak share something nice la dgn kalian *wah, KALIAN nah~*... 

Ingat ari tu ak ade tulis post sal boikot-memboikot tu?.. malas nak cari kat mane?..okey.. tauu.. kalian memang suke barang2 friendly user katenye (padahal pemalas tahap cipan kannn~)..so..sila klik di sini..

Haaa.. di kala dinihari, suasana yang tenang tanda gangguan..jom..kite layan video ni.. ala..kejap je..lebih kurang 8 minit plus2 je.. x rugi klu korang dengar... sebab dia bercerita mengenai kronologi apa yang berlaku dari zaman Tamadun Islam sampai klimaksnya hilang satu persatu negara Islam.. Video ni kirenye pencerahan bagi sesape rasa proses boikot-memboikot ini adalah sesuatu yang sia2..

eheemm.. *sambil tangan betul2kan spek supaya betul2 terletak atas batang hidung yang x brapa mancung

layannnnn..

"Better listen Up coz you never learn in College !"- katenya SOA


Haaa.. betulkan..sume benda ni..mane ade bagitau dalam buku teks masa zmn sekolah kan?? kan??kan?? dan korang pun sure2 kurang tau pasal ni kan??.. korang tau nama2 tokoh2 yang SOA sebut, tapi tak tau sape2 kan.. so.. inilah dia..

Seksok, nanti kalu aku ade masa.. ak nak memperincikan cite sal Palestin Vs Israel.. okei??? *smile*

sebelum akhiri post ni, aku harapkan kite sume masih teruskan apa2 usaha kita x kire la dgn boikot produk Israel ke, nak bagi sumbangan ke, nak tulis dalam blog ke, buku ke, speech ke..ape ke..hanya demi tuk mengembalikan cahaya agama kita.. semua pun boleh sama ada secara individu ataupun berjemaah. *but make sure sumber yang korang dapat tu adalah sumber yang betul, no point klu sumber yang salah, terpesong plak kang, susah gak*

The Prophet (PBUH) said: "The nations will soon crowd against you like gluttons crowd around their dish".. One asked," Will it be because we are few in number at time?".. The Prophet (PBUH) replied: "No, at the time you will be many, but will be (like) scum as the scum of flood..and Allah will remove the awe of you from the heartd of your enemiies, and Allah will throw wahn into your hearts"..One asked: "What is wahn, O Messenger of Allah?".. The Prophet (PBUH) replied: " THE LOVE OF THIS LIFE AND THE HATRED OF DEATH".
(Abu Dawud and Ahmed)

Adakah kita golongan yang cintakan dunia dan takutkan kematian??? nauzubillahiminzali'

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...