marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.
Memaparkan catatan dengan label jiwa kacau. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jiwa kacau. Papar semua catatan

Sabtu, 29 Februari 2020

Ada : A fragile me


.:Assalamualaikum:.

 

I don't but somehow I need somewhere to release my burdensome feeling. It makes me suffocated so much when everything wouldn't work properly. I may perfect handling overload works but still for burdensome feeling I am surrender and lastly I overcome it with  sleep overload. I know something happened to me when I choose to sleep all days. 

I am a person who not really open for people especially stranger that I triggered. I just knew that in these several years.  For me people meet for a reason. If there is no reason, then I am not in at all. Either you are my company or no one.  I tend to ignore surrounding if there was no chemistry between us. Not because I am cruel but just because I don't want me or you to get hurt  in other day.

I learn about myself so much before since I tend to distance myself from people. At first I thought I am weird one. But after self learning I understand, I do it just because I naturally trying to protect myself from getting hurt.

There are so many reasons why I not allow myself to meet new people,especially .
Because it cost me a lot when come the cure would phase.
So I met people. I put a boundary and limitation. So, at the end no one can get hurt.
Either you or me.
 
I am friendly. Yeah I know.
I am also cheerful.
Happy go lucky, someone has said to me.
People keep telling me that too.
That's why I knew.
And I was happy to up light the surrounding.
But still even I gave happiness to them I am still a loner.
A loner that try to cheer up the world.
Maybe start with a wonderful smile , I thought at least.


But then,

Once the nice me was being abused, mentally. Just because I was nice, some getting wrong idea and used me. Maybe my bad because thought others just like me. Sincerely give hands when needed. I was happily helping then. And until I found myself get so much wounds. I finally understand.

Just because I understand, I had no intention to revenge for what some did to me since it was really hurt inside. But I try to limit myself from getting involved with people. The people I can't stand. The people that hurt me so much. It was not escape road, but it was a process to grow up, I think.

As I took me long time to realize what people did to me, I also need to a very long time to get heal from deep wound. In the time of healing process, I found a bunch of people who allow me to not think skeptical about people. The people who I fonder because of their random behaviors. They never mistook me. They just kind and happening too. And I am happy to be side by side with them even they are younger than me. We understand each other even we not telling that to each other. I think.

And then after a long healing process I guess I am  strong enough to be extroverted me. The past me before getting abused by people. The me that always wear a smile to people. I hope so. With the courage that I cannot be a loner forever, I step out from my comfort zone. To finding somebody that can touch my fragile soul.


That took all of my courage to visible in crowds. I met some new people too. To prove for some people that I am trying my best to not being alone. Yeah.. at least when they say I don't go out to meet people. And I just understand that either me or people. It just hard to please when we were not meant to be. 

First impression is important to me. The way people talk, the way people behave, the way they response all I understand.

and to be truth, I am INFJ after all.



"For all I understand, I understand because I 💓"

Sabtu, 3 Jun 2017

Sepeninggalanku 6 Bulan yang lalu...

.: Assalamualaikum :.

Hi, long time no write.. Awkward tak tau nak start dengan tulis ape.



Btw, selamat menjalani ibadah puasa. Hari ni jatuh hari ke 8 kita berpuasa di tahun 2017 ni. Puasa masih lagi selamat. Hee..

Actually banyak benda nak sembang kat blog. Yelah last posting pun zaman bila entoh la. Betsy dah pun berusia 8 bulan kot. Kekekeke.. So much things happened, tapi tu lah, nak kate tak de mase tipu ah sebab aku da sebulan menganggur..kuikuikui.. ni lebih kepada malas ni..hahaha.

Btw, aku da dapat keja baru, dekat dengan rumah. Isnin depan lapor diri. Hope kat situ adalah company yang aku boleh bina career, insyaAllah. Da umur bape ase tukar keja je. ish.

Dari last posting sampailah sekarang, macam-macam changes aku buat. Tak kepada kerjaya je, even sekarang pun aku dah menetap kat tempat lain. Tak tinggal dengan kakak aku dah. Hee..

Satu persatu, Allah mudahkan urusan aku..Alhamdulillah. Seronok rasa walaupun kengkadang dibelenggui rasa ragu-ragu. Ada hikmah aku stay kat KL mencari rezeki ni.

Yelah, start dengan SL1M TM lagi aku terkial-kial nak men-stablekan diri seorang diri di perantauan. Half way SL1M aku dapat offer kerja kat company lain, so aku decide untuk terima offer tu.

Hanya Allah saja yang tahu betapa aku struggle kat company tu. Dengan staff 5 orang termasuk boss, bayangkan macam mana nak handle workload yang ada. Nak buat project mega-mega tapi, profit company ciput, benefit staff langsung tak de. Almost 8 bulan kat sana rasa insecure tahap gaban. Sebab tu lah aku terpaksa berpindah dari duk umah sewa ke rumah kakak aku buat sementara waktu sebelum decide nak berenti kerja kat situ. 

amal doa ni, insyaAllah Allah buka jalan
Yelah, nak berenti kerja kat situ jiwa kena kental sebab bersimpati dengan nasib company. Dalam tempoh aku keja tu (8 bulan) 4 orang staff cabut lari sebab tak tahan. So, demi tak nak diri ini diekploitasi secara berlebihan, so aku tekad untuk quit. Aku kalau boleh nak kerja dengan perasaan hablumminallah wahabluminannas. Tapi kalau hari-hari dengar perkataan makian (certain staff), perangai unmatured and any benefit tak de pun kecuali sales allowance (tu pun untuk cover duit minyak time kuar pegi site or meeting sebab tak leh claim mileage). OT tak yah cakap sebab memang tak de. Penah jugak sebulan aku jadi Admin kat office sbb staff yang cabut tak berganti-ganti. Aku bgtau bos, dia kate aku assist keja admin utk dia sedangkan keja aku pun berlambak. 

Gaji keja situ ciput je dan gaji lak tak tentu masa dapat. kejap awal bulan (penah dapat 5hb tu pun lepas tanya bila gaji, bila gaji), kejap hujung bulan. Kite ni pulak jenis yang nak settle commitment hujung bulan. So kengkadang tu kena dahulukan duit simpanan kecemasan kalau gaji tak dapat-dapat. Tu kalau ade simpanan, time tak de? Bayangkan struggle tiap-tiap bulan nak settle PT (btw da abes bayar yeaaa), MARA (tak terusik lagi, huhu), Betsy, belanja harian, takaful, minyak keta, tol, Umobile, itu dan ini. Kerja memang semata-mata untuk make sure comitment langsai.

Lepas bagitau bos aku nak berenti (atas sebab yang lain, aku tak pakai alasan yang sama dengan staff lain bagi), seriously beban rasa ringan even lepas ni aku tak tau cane nasib menyebelahi aku. Yang aku yakin, Allah akan beri peluang yang lebih baik. Itulah harapanku. Aku harapkan keputusan aku buat adalah keputusan yang tepat. Amiiin.

Actually aku suka je keja aku..tapi memandangkan bos cenggitu..

Site visit at Gurun, Kedah
Detik-detik hepi sepanjang tahun 2017 sepanjang keberadaaan aku di KL ni aku kire sebab satunya,aku enrole kelas BAHASA KOREA kat KTO buat aku rasa semangat untuk berjuang di KL ni. Sejujurnya aku lonely giles. Kengkawan dikala senang ade, tapi kengkawang dikala aku nak share my thought tu susah skit. Kawan-kawan baru kebanyakannya muda remaja, approach dia lain macam skit. So, aku pun duk la merindui kengkawan di zaman Hilton. Yang masa-masa rasa nikmat ukhuwah fillah till jannah. Yang jadi best lak, sekarang ni aku stay dengan saranghea cingguya kot. Hahaha. So, nikmat Allah yang mana nak aku dustai lagi sedangkan Allah dengar rintihan dan luahan hatiku yang dahaga kasih.. ngee (ayat nak lelebih). 

Lepas amik keputusan nak quit, everyday I read this surah. Pergantunganku..alhamdulillah
Things happened masa bulan 3 masa tu Fara gtau ade budak umah dia nak kuar. Ekceli tahun lepas lagi rasa nak menyewa sekali ngan Fara, tapi area tu MRT x siap lagi. Pastu lak Betsy belom wujud. So, tak leh la nak proceed lagi. Tapi masa bulan 3 baru ni tgh duk usha-usha umah sewa since tak elok menumpang umah kakak lame-lame, diorang sekeluarga pun nak privasi gak (aku pong..hee), rezeki aku tuk menyewa sekali ngan Fara. Pastu pun Dila pun sekali menyewa kat situ. Best gile rasa. Cam kembali ke alam MISDEV. Hee..

Saranghea Cingguya
Even time tu aku tak sure berape lama aku boleh bertahan untuk kerja kat company lama, tapi aku proceed plan untuk pindah ke rumah sewa baru. Aku sendiri pun takut dengan decision aku time tu. Takut menyusahkan ramai pihak. Takut aku wat keputusan tak tepat. Tapi time tu jiwa aku memang da lesap dari company tu. Aku doa banyak-banyak, minta dpermudahkan jalan. Dan inilah jalan yang aku lalui sekarang. I am no more working there. Hope new place bring me more happiness. Betullah doa itu senjata mukmin walaupun aku ni jenis liat nak bangun qiam..huhu..


Di bulan yang mulia ini, marilah kita banyak-banyak berdoa. Semoga kehidupan lebih indah pada hari mendatang. If my boss felt I was betrayed him, he should remember what was he done to his employee. I am the one who is victim here being overused. What ever reason I have made, my decision to quit the job is genuine. I also have my choice.





Selasa, 21 Jun 2016

Nice memory to remember at Seoul part 1


.: Assalamualaikum:.

Banyak kot memori dan pengalaman yang aku rasasenyum sorang kalau ingat balik masa travel ke Korea Selatan ni.. sebab pengalaman yang dilalui ni aku rasa aku pulak duk dalam drama korea..bhahaha..cuma watak utama tu bukan aku la.. Siyesly, datang sini.. tetiba ni keluar bercakap Hangul tanpa disedari.. maybe sebab dengar persekitaran yang cakap bahasa yang familiar.. but Hangul aku tak de nya deabak pun..sekadar yang basic-basic jer..kekeke..

btw..entri ni aku nak simpan memori yang aku dapat masa kat sana.. biar lengkali aku remind balik.. aku igt lagi suasana masa tu camane.. persekitaran yang camane.. dalam masa yang sama, ak nak kongsi jugak dengan korang tentang culture orang sini..

moh bace moh..

+++++

Masa  ni aku ngan Aniem nak gi check in kat FNSQuare Guesthouse. Masa tu actually da malam..janji dengan tuan rumah GH ni kitorang janji datang malam skit..dalam pukul 8 something.. berpisah dengan bebudak ni yang nak naik train ke Busan. Aniem lead jalan.. sebab aku pening-pening tak reti subway Korea.. kalau KL aku teror..haha..

Masa da sampai stesen Apgujeong, kitorang lost direction nak ke GH tu.. dalam gelap malam, dalam keadaaan sejuk bersama 14kg luggages yang berat oh.. aku rasa tak kuase gile nak berjalan.. AKU ngan ANIEM je..kat sepanjang jalan tu.. memang takde orang dah time ni..

SESAT!.. tak dapat track peta yang GH tu bagi..jalan punya jalan.. sampai kat area macam sekolah, sama ditulis kat peta tu.. tp.. location kitorang sekarang x dapat kesan kat mana.. Aniem da give up.. aku nampak ade orang Korean kat  depan hmm.. tak sure kedai barber ke kedai baju (lol!otak tak dapat berfungsi dengan baik..adeh)..

Aku approched  orang Korea pertengahan umur tu. Seorang Ahjumma.

"Chesoheyo, igo odiso?" Tanya aku dengan Hangul tak seberapa sambil tunjuk peta kat tangan..

"Yogi gueste housee issoyo?" Tanya aku lagi nak dapat perhatian ahjumma tersebut..


Peta ni la lebih kurang..tapi yang aku dapat tu,, lagi teruk nak tafsirnya..

"Igo.." sambil ambik peta tu, nak tengok. Macam blur dia pun tanya orang dalam kedai tu.. Keluar seorang ahjushi menolong untuk memahamkan peta tu.. lama dia berfikir.. tak tau nak kata tau ke tak tau..

Aku cuba tarik perhatian dia lagi dengan tunjuk logo Walkwogen yang dijadikan landmark kat peta tu.

"Walksegogen igo,odiso?" gaya cakap dah ala-ala local Korean dah aku pun dalam cuaca sejuk-sejuk ni..

Akhirnya ajushi tu bersuara, " Kego.. " berfikir sejenak.."anbuyo.." sambil tenyeh mata dia.."wenchoguruh.." sambil tunjuk ke arah depan.

Aniem dah memang jalan ke depan da pun sebenarnya. Peta masih ditangan ajushi, tapi nampak Aniem da semangat bergerak, aku pun cepat-cepat nak ikut dia..tapi beg ak pulak jauuh kat belakang aku parking..huhuhu..

Muka ajushi tu dah semacam, lama dia berfikir, dia mengomel something yang aku tak paham kat ahjumma, tapi tengok cara dia tu macam dia nak teman kan kitorang pegi kat sana dengan selamat.

"Kamsahamnida.." kata aku sambil nak berjalan menuju ke arah beg.

Maka ikotlah ajushi itu bersama-sama kami menyusuri gelap malam yang dingin itu.. sambil ajushi tu duk terangkan area kawasan ni.. aku tak berape nak paham.. tapi aku ngan Aniem "ne" je la.. nak cakap banyak-banyak ketandusan vocab.. ajushi pun naseb baik cakap vocab yang senang-senang, dapat la pick up skit-skit..

Beg aku tiba-tiba tergelecek tayar pastu rebah. Cepat-cepat aku cuba bangunkan beg tu..tapi agak degil jugak ini beg..maybe sebab aku pun da penat dan kedinginan.

"Gwencana?". Tanya ajushi nak menolong..
"Gwencana, gwencana". Cepat-cepat bangunkan beg tu. Aniem ngan ajushi aku suruh gi jalan depan dulu sambil aku betulkan beg.. Masa aku terkebelakang tu, ajushi tanya Aniem buat apa datang sini.. sejuk lagi.. malam lagi. bahaya..

Actually dia concern kat kitorang. Dia bercerita lagi yang dia ade anak lelaki muda dari kitorang kat Vietman, sebagai ayah dia pun bimbang kalau anak dia berjalan cenggini malam-malam.. dan kami pun berhuhu..naseb baik nak dekat dengan walkwogen punya kedai..tak sempat ajushi tazkirah panjang lebar.. =="..

(Even dia cakap dalam Hangul, tapi yang pelik kitorang paham, cuma nak reply je susah..kekeke)~

Sampai kat hujung jalan, kami cakap kamsahamnida kat ajushi yang bersusah-payah temankan kami, dia kalau boleh nak hantar sampai jumpa GH tu, tapi kami insist cakap gwencana.. gwencana kitorang cari sendiri sbb da jumpa da landmark yang terpenting..berpisah dengan ajushi tanpa sempat buat baik cukup melekat di hati.. Aku arap ajushi sentiasa dalam keadaan yang baik dan ingat kat kitorang lagi.. mane tau jumpa lagi lepas ni.. (macamla aku boleh cam muka orang dgn elok..huhuhu).

kalau ikutkan peta.. lepas jumpa Walkwagon punya kedai tu, location GH dekat dah.. cuma kena lintas jalan (6 line jalan raya, korea ni~).. nasib baik ade zebra cross.. laju kitorang seret beg sambil berlari anak. sampai seberang, katanya peta tu, masuk lorong tepi stesen minyak adalah GH tu.. tapi malangnya,dah masuk ke dalam lorong tu,tapi tak jumpa pun GH yang mirip FNSquare tu.. siyes tak de.. yang ada kanan kiri, kedai yang dah terkatup rapat yang langsung x de pun dalam peta tu..ha sudah sesat lagi..

"Kak Da, kita sesat da ni". Aniem menyedarkan keadaan kitorang sekarang ni.. a ah memang sesat da ni.. mmg tak tau da kat mana.. try pusing balik ikut arah yang peta tu tunjuk.. memang tak sama depan apa peta tu pun.. haa sudah.. tapi kami terus kedepan sebab, area tu sunyi dan gelap, lampu jalan pun tak de.. sampai jumpa cabang empat..sudah, nak wat cane ni..kedai yang ade mmg tutup.. hanya lampu kaki lima kedai yang memberi cahaya kat area situ....

Nampak keadaan Aniem yang da abes energy, ak tak bley la nak layu jugak, so aku suruh Aniem duk situ tgk barang-barang, sementara aku try carik jalan.. jalan kat depan sikit, aku ternampak seorang lelaki dan seorang ahjumma..laki tu kire dalam lingkungan 28-35 camtu..anak beranak kot, desis hati aku..

"Cogi..yo.." aku tengah ketar-ketar plus takut-takut nak bertanya..
"Guesthouse issoyo? FNSquare Guesthouse? Ara?.." siyesly aku pun tak perasan aku bercakap Hangul time ni..Kalau dengan ajushi ahjumma tak pe la nak cakap Hangul, tapi dengan oppa hensem depan mata ni..rasa malu la jugaak..haha..

Dia cam confuse seketika..rasa dia ade cakap obso..tapi aku tetap approach lagi sebab da terdesak ni..hahaha..aku tunjuk peta.. for sure diorang tak paham peta tu..lagipun ntah budak memane datang approch kan.. pastu oppa tu pun tunjuk handphone dia..

"Where is the place?.." skali dia speaking daa..dia nak search agaknya..
"QNSquare, Apgujeong" jawab aku . Yakin.

Dia tunjuk handphone dia kat aku, carian tak de pong!..haa sudahhh..
sekali aku tgk QNSquare bukan FNSquare..
Sekali lagi dia type..tapi carian gagal lagi..

FNNsquare pulak yang di search nya..=.='..

Tapi bukan salah dia pun sbb aku hentam taram je sebut..last last dia tgk peta aku bagi tu.. FNSquare dia type.. baru kuar ..biyaaan oppaa..kate aku dalam ati..

Lepas kuar carian tu.. dia tanya omma dia..omma dia mcam tau je kat mana tempat tu..omma dia semangat jalan dulu.. tinggal aku ngan oppa...kekekekkee..

Awkward moment jap..(aku la..haha..sebab terserempak dengan jodoh katenya)..pastu omma dia panggil sebab da jumpa lorong yang sepatutnya kitorang pegi..

Terus jalan ke tempat omma, sambil tu beramah mesra dengan oppa jap.. dia tanya dari mana?..nak ke mana?..buat ape??..dia siap bagi tau dia duk area sini-sini je..

Tapi aku tak bahasakan dia oppa la.. kemain hang nak beroppa-oppa..kang tetiba oppa cakap no na dongsaeng aniya..malu nanges sedu sedan celah dinding kedai kang..Sekali duk berbual..lupe lak Aniem duk menunggu seberang jalan..

Terus aku menjerit kat oppa tu tiba-tiba cut amende dia duk cakap ntah.

"Cakammal. Cingu" sambil tunjuk kat arah Aniem. "My friend at there..cakammal".. pastu berlalu pergi kat tempat Aniem..

"Jom Nim.. Kita da jumpa GH tu"..Ajak Aniem cepat-cepat.. Oppa ngan omma duk tunggu habaq hang.. dalam sejuk lagi ni..cepat-cepat gerak ke arah oppa tu..masuk je simpang kecik.. jalan depan skit.. akhirnya jumpa FNSquare Guesthouse. punya lah senang nak cari (kalau tau nama jalan tu la)..

Oppa cakap..haa..ni dia da jumpa..dalam BI..kalau dia cakap BM memang aku  wat balik oppa ni ke Malaysia sebagai cenderahati kat mak ayah aku..kuikuikui..behave sikit Da..haha..

Lepas cakap kamsahamnida dekat oppa nga omma, diorang berlalu.. ingat nak amik gambar kenangan..tapi sebab malam gelap gelita + sejuk membungkam ak tinggalkan angan-angan aku berlalu dalam keciwa..sambil melambai-lambai ke arah diorang..hahahha..

 Masa duk jalan tadi terlintas nak bagi energy bar dalam beg kat diorang sebagai ucapan tima kasih..tapi lepas jumpa GH teros lupa ingatan..

aigo!

Jumpa lagi oppa omma.. annyeonghae jumuseyo..

Maka..memboloslah kami kedalam FNSquare untuk check in.




 Kutip dalam blog orang sebab tak amik pun gambar GH ni..


 

Selasa, 17 Februari 2015

aku, dia dan disertasi

.: Assalamualaikum:.

Yess.. seriously.. aku tak dapat tido.. da banyak cara aku try buat agar segera belayar di alam mimpi.. tapi.. nampak gayanya.. malam ini seperti malam-malam sebelumnya jugak.. tak bley tido..

aku ingatkan malam-malam biasa aku tak dapat tido sebab siangnya aku tak wat something yang memenatkan.. so mata pown wat onarlah kan..tapi sangkaan aku meleset...

hm.. sepatutnya kalau ikutkan perancangan aku tahun lepas la kan (macam lama sangat bunyinya).. aku sepatutnya landing kat bumi penang nih semalam.. tiket flight memang aku booked 16/2/2015...tapi..tapi...tapi...

demi disertasiku demi masterku demi supervisorku.. aku merajinkan diri ini, mematangkan jiwa ini agar berkorban 15 hari lebih awal untuk berada di bumi penang ini.. sob..sob..sob.. sedih la sebab dalma 15 hari tu banyak benda yang berlaku tau kat tanah tumpah darahku.. termasuklah pemergian ayah Zik.. benda paling terkilan sebab tiket aku sepatutnya semalam..orang dari luar kelantan ke kelantan semata-mata untuk penghormatan terakhir kepada ulama'.. aku pulak terkontang kanting kat sini melayan disertasi terchenta.

al-fatihah buat tok guru Nik Aziz. bukan orang jauh, tapi tok sedara serumpun kerabat diraja jembal jugak.

bab 1 dan bab 2 aku teramatlah banyak contengan jalanannya walaupun dah mengalami beberapa tapisan oleh mama sue. pergh.. ingatkan mudah nak mengayat kajian gue.. tapi.. rupanya.. susah dan payah.. ku ingat dah sesedap rasa ku melontar idea menulis,namun,ia masih belum bersinar lagi di hati supervisor ku. maka.. berkali2 lagilah nampak gayanya aku akan menapak membuat correction. ha ha.. seriously.. menulis dalam bentuk penulisan akademik nih banyak cabaran dan dugaan. tapi bagus jugak banyak contengan jalanan kat draf tu.. sekurang-kurangnya ade guideline lepas ni nak menyorot kajian beta camno.. sejajarlah dengan muka beta yang makin masam mencuka sebab duk memerah otak.. haha..

ape pun.. dalam ke-stress-an berkarya yang asyik kena reject, mujurlah aktiviti crochet ku berjalan dengan lancar.. dalam 15 ari ni.. aku isi masa dengan crochet je la..

cronology citer asalnya cenggini

 29/1 dapat msg dr supervisorku bertanyakan apa kabar disertasi bab 1 dan 2, ho ho..disebabkan lepas exam teros aku cabut balik kg, maka proposalnya pown belumlah diambik dengan pemeriksa (ada markah- kerja khusus), sebab of courselah pada firasat aku belom dicheck sbb baru lepas exam kot.. maka selumberlah beta bukak sem baru fikir.. haha.. cuti sape tak hepi ke sana ke mari, buat itu dan buat ini..

30/1 sebabkan teguran supervisorku itu maka aku insap, dan mintak tolong kawan yang kat campus ambikkan n pos for me lah, tapi ade problem skit so tak dapat nak pos..

31/1 so aku teros tukar planning, balik campus ari ahad. isnin pada firasat beta dah boleh pegi jumpa pemeriksa sendiri untuk dapatkan proposal tu utk dibuat apa2 pembetulan. i sayang malindo air, pasni malindo air akan menjadik kenderaan ruji beta untuk balik kg (sila ambik saya jadi duta malindo air plis.. tapi x nak la pakai skirt singkat dan baju jarang..hiks) sebabnya, i boleh change tarikh tiket tanpa charge (sebab sebelum tu malindo da tukar time nak berlepas).

2/2 gi jumpa pemeriksa utk dapatkan proposal. banyak bertanda merah, tapi benda tak de la aku larik konsep kajian ke ape.. merah bertanda sebab tak berapa nak ikut format APA style.. haha.. aku kan menulis gaya ADA style nak wat camno.. nasib x masukkan Gaya UMS jew tau.. gi library carik bhn bacaan utk menyedapkan karya disertasi beta. bertemu dengan hamba Allah ni (budak PJJ).. hebat.. ciap dia baca ayat dalam surah al-mukminun kat aku lps dia tau tajuk disertasi gue.. dia cakap time dip dulu dia amik syariah undang-undang.. pergh patut la.. dia ajak gi minum ayaq sambil berbual2 tapi beta time tu tengah fokus carik bahan.. so sori la bro.. bukan beta sombong.. tapi try lagi lain kali k..

3/2 cuti-cuti malaysia. cuti ari wesak. ape aku buat ari ni eh.. ape lagi.. betulkan bab 1 untuk tatapan mama sue aku untuk keesokan hari lah sebab dah janji nak hantar 4/2.. ho ho..orang lain da berzaman hantar draf bab 1 (time masa Dr. tanya kabar disertasiku ape cerita tu..) so kelam kabut la jugakkan.. pulun buat, tambah itu dan ini dan betulkan ape yang dikomen oleh pemeriksa dalam proposal itu.

4/2 fuh.. waktu mendebarkan untuk bertemu dengan mama. mama sue ni tak ade lah macam rimau ke ape ke..tapi sebab kita respect dia.. so setiap tutur kata dia boleh wat kita terasa zup-zup dijiwa.. so rasa nak wat yang terbaek laah..tapi terrbaek- terbaekk pown habis jahanam lingkop kalau dapatkan kat aku.. well me and protocol mana bersatu.. hoho.. then, mama sue tak de la on the spot bincang draf aku tu. just bincang skit2 je pasal ape yang dikomen oleh pemeriksa.. mama bizi dengan stuff2 keja dia so tak lama pown kitorang bincang. yang penting 10/2 kena hantar bab 2 pulak.. ho ho

5-6/2 kononnya protest sebab tak bersedia datang campus awal 15 hari dari dirancang, pas jew anto bab 1, teros le i layan marathon korean drama.. kekekeke.. (padahal itu sahaja yang mampu buat sebab orang lain mana balik campus lagi, aku je terover sayang usm) sambil2 tu usha blog2 crochet dan marathon one piece buat yang ke seratus lima puluh juta kali...kekekeke..

7-9/2 insap balik. selak balik disertasi terchenta. bab 2 rumit skit. sebab kena buat literature review. masa degree dulu aku tak de la rasa susah sangat (dah aku wat website system)..tapi yang ni siyes.. kena mentelaah buku-buku akademik, tesis orang, kertas kerja dengan istilah-istilah sains sosial yang bagi aku amatlah susah nak telan.. haha.. yela.. kita maksudkan pengurusan nih camni-camnih-camnih, alih-alih dalam tulisan orang tu orang ni pengurusan nih blablablabla.. naseb ler.. nak muntah ijau pown ade.. tu baru mengedit karya proposal sendirik da nak muntah ijau..belum lagi bab nak proses aku tulis ape tahun lepas sambil memuji diri sdiri sebab hebatnya boleh buat proposal tebal-tebal (48 muka surat jew pun)  haha.. jadi begitulah diri ini 3 hari sebelum nk kena hantar bab 2 disertasi.. haha..sempatlah join aniem ngan kak E jenjalan kat padang kota lama makan pasamboq ngan ABC. nak jogging katenya.. last2 tibai makanan.. kekekeke

10/2 hantar via kerani opis je sebab mama I cuti kecemasan, so tak jumpa lah dan lepas tu enjoyyyyy.. kononn.. enjoy tak enjoy.. hari seterusnya terperap kat bilik sebab tak dapat nak ke mana jugak, first tak de transport, second tak de geng.. berkawan dengan Gan depan bilik jew gi lunch n dinner kat cafe sebab dia pown balik campus awal.. same case ke kita..hahaha.. Gan sambung Master bahagian Planning ape ntah.. dulu dia study architecture (wah!)..tak jadi nak jealous sebab dia cakap dulu dia lagi teruk sebab tak mandi berhari-hari sebab berkurung dalam studio nak kena siapkan project. perghh!

10-15/2 menghabiskan sisa-sisa dan saki baki hari ku di campus dengan mengait dan movie. sesekali merayap ke tesco (padahal sekali je) sebab siyes boring. i ajak abang i jenjalan dia bizi je manjang..hepi giles masa hanim ajak gi beli barang nak wat cupcakes sebab dia dapat order yang banyak. so, akibat keboringan yang melanda, aku meng-offer-kan diri untuk menjadik assistant. naseb bek time ni ak bermastautin kat umah sewa aniem, sebab malam tu yang dapat tau ayah zik tak de.. kalau aku duk sengsorang dalam bilik ostel, siyes aku pown tak tau ape aku buat. at least duk kat umah orang, cool skit. malam tu, tak bulih tidur sebab mengenangkan ayah zik. mungkin sebab roh dia dah sebati dengan kitorang orang kelantan, jadi amat terasalah kehilangan tu. kami sayang tok guru.

16/2 maka hari yang ditunggu-tunggu, supervision class bersama misdev 14 dan mama sue kami. masa bincang sebelum aku balik cuti sem ari tu, aku just ingat kitorang ade supervision class ni je. sebab tu pasal bab-bab disertasi tu aku tak pikei pun masa cuti, rupanya dr. ade bincang dengan budak2 ni dia nak draf setiap bab dalam sem break tu. padan muka gue. sapa suh awal-awal dah cabut. well, time tu kan banjir, of course lah saya nak cepat-cepat berada di tanah tumpah darah untuk memberi sumbangan apa yang patut dan time tu jalan udara je yang boleh lalu, jalan darat semua tersekat kan. maka, masa supervision kelas tadi, mama terangkan lah dengan detail perkara yang perlu ada pada sebuah desertasi dengan sedetail-detail-detailnya. tentang kesalahan-kesalahan yang kena baiki. overall bab 1 dan bab 2 aku punya organisasi dah betul (salah lagi tak tau la sebab memang aku rujuk desertasi lepas sebijik2)..tapi..tapi..tapi.. as aspected-lah budak yang baru belajar nak menulis penulisan akademik. semua muka surat kena conteng.. ha ha..  tak sure berbaloi ke tak 15 hari beta mengorbankan hari beta demi desertasi.. insyaAllah.. semoga ada hikmah :D (ade..ade.. aku dah jadi pro crochet sebab macam-macam benda aku try kait)


So, nak tak nak.. kena selak berkali-kali lagilah disertasi gue. makan mr D, minum mr D tido mr D.. moto terbaru.. bertekad cemerlang.. rilex la da.. setahun je.. pastu kita kawen.. eh tak.. kita ke korea...hahahaha



ingat senang ke batu nak jadi berkilat macam berlian..so..polish lagi.. polish lagi..dan polish lagi.. Ada.. jalan malas.. kalau malas, ingat berapa riban yuran kos.. haha..


p/s: bagi idea camna untuk aku mengantuk? dan tido?.. pelis..
p/s 2: lagi sekali entry tanpa gambar, sila imagine saya tengah mengira bintang k.. silap-silap dapat carik bintang Do Min Jo.

Selasa, 4 November 2014

Manusia dan perangainya

.: Assalamualaikum:.

Ari ni aku nak berstory morey pasal manusia.. keh3.. tak de.. aku tak akan bercakap dalam bahasa buku teks yang penuh dengan falsafah-falsafah yang kengkadang mata aku akan terus tertutup biarpun satu muka surat aku baru baca..~ ahaks.. pelisla nik nur syuhada.. behave skit..anda tu student master..katenye~..

hee.. disclaimer :aku bercakap berdasarkan experience sdiri.. so.. x de refer2 mane-mane buku MEN ARE FROM MARS,WOMEN ARE FROM VENUS ke hape k.. aku tulis tajuk tu sebab aku duk tgh baca buku tu.. beli dah berzaman dah..tp bacanya.. slow skit.. sebab x se best heri poter.. haha..

ni experience yang aku kutip masa jadik numerator untuk soal selidik geran universiti untuk Wakaf. baca kat sini ek nanti..

aku pown x tau camana operasi wakaf di malaysia secara kursus.. tapi dengan membaca introduction depan ni.. orang boleh paham lah istilah-istilahnya..

 masa buat survey baru-baru ni..pelbagai jenis orang aku ngan Najwa jumpa.. ada yang mudah bicara.. bagi kerjasama.. dan ada juga yangggg... isemennn. da la x nak bagi kerjasama.. ciap kondem lagi borang soal selidik tu cakap x sepatutnya cenggini.. cenggitu.. huhuhu.. ajushi.. bukan kami pun yang wat soalan tu.. hadoi..

tapi tak pe.. sume tu kita amik wat pengalaman sebab kita kena tau.. atas dunia ni.. memang Tuhan ciptakan makhluk diaa berbeza-beza perangai kan.. sabo jew.. kita pown blom tentu lagi camane layanan kita bagi kat orang kalau kita duk dalam kasut orang tu..kan kan kan :D

pape pun tima kasih kat volunteers yang bagi kerjasama.. rata-rata orang KB nih orang kerja besaq2.. gaji pown best-best..pegawai tu ..pegawai ni.. ada yang okei.. ade gak yang KO.. heee..

contohnya...

ade akak tu.. aku tengok dia cam tak rushing.. so mintak izin dia tuk jawab questionnaire tu.. dia pun tanpa banyak bicara.. senyum je.. orangnya pun x agah (sombong) dan senang nak beramah mesra...terus sudi jawab...aku akui la soklan tu banyak gile.. dalam 10 muka surat.. agak orang yang x de kesabaran yang tinggi malas kot nak jawab.. soalan pun pakai istilah2 yang tinggikan.. lagi lah malas..haha.. tapi akak ni rilex je amik masa dia tuk baca soalan tu.. dalam 15 min gak kot dia selesai borang tu.. riak muka dia x de pown menyesal jawab.. lepas ucapan tima kasih dan bagi token penghargaan tu.. akak tu pun pegi.. aku check lah borang tu..kot2 ade yang tertinggal..haru lak nanti.. overall aku tgk borang akaktu dia jawab dengan baik lah ciap ade komen membina lagi.. tgk bahagian pekerjaan dan gaji... wow.. bukan calang2 orang.. pegawai kott.. gaji pun mmg tinggi la RM9000 sebulan duk kelantan memang mewah la..huhuhu.. see.. orang cam kakak ni..aku respect sangattt.. x berlagak.. x persoalankan byk tricky2 soalan yang wat kita rasa down..

berbanding dengan sorang pakcik ni..

katenya dia pesara PTD..PTD kita pun boleh tau la kan dia nih orang hebat,, banyak jugak lah songeh pakcik ni.. mula-mula dia agak ego lah.. persoalankan tentang soalan2 dalam tu.. pastu diackp..awak patut buat cam ni.. camtu.. da.. aku ckp kat dia elok2 kalau pakcik tak leh jawab tak pe lah.. bagi balik lah question sheet tu sbb malas nak bertekak dengan orang-orang camni.. satu of course lah kita kena hormat orang tua.. second.. berdebat pun.. sekali pun aku menang cantas jawapan dia.. x selesaikan pape pown.. wat pakcik tu berang lagi ade la kot.. sampai satu tahap tu dia maybe nak buktikan bahawa dia tu betul dia tanya kitorang.. tau tak harta wakaf di malaysia ade byk mana?..tanya aku mane aku tau..aku ngan Najwa berpandangan.. dia jawap dengan bangga.. ade 6 Billion katenyeee... aku ngan Najwa wat muka.. so what??~... bukan duit kita pun..~

sadiss.. satu sebab perangai tak matang pakcik PTD tu.. second.. pandangan dia terhadap question tu cam tak berguna kot.. dan ketiga.. sadis sebab kena print/potostet balik soalan baru sebab pakcik tu.. sampai ati..kalau tak nak jawab pun..jgn lah rosakkan kertas soalan tu.. tanpa baca soalan.. dia teros je wat bulatan besar kat 1 jawapan bagi langsung tak bersetuju.. penat lah klu semua rakyat malaysia camni.. kan.. kan.. kan.. sape yang bersetuju dengan perangai pakcik ni.. angkat tangan..huuuuu..

camane pun..bagi aku ni pengalaman.. pengalaman yang boleh kita guna dikemudian ari.. bagi aku..sebab aku tak bersetuju dengan perangai orang yang cenggitu.. aku berharap sangat aku tak kan ade perangai yang cenggitu di kemudian ari kelak :D

heee.. tu je la i nak cakap..

Jumaat, 31 Mei 2013

Dear heart

" dear heart, please stop getting involved in anything. Your job is to pump blood, that's all"

" sometimes the hardest things to say are those that come straight from heart"

" the rain falls because the cloud can no longer handle the weight. The tears fall because the heart no longer can handle the pain"

" one of the most difficult tasks in life is removing someone from your heart "

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...