marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.
Memaparkan catatan dengan label #k-pop. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label #k-pop. Papar semua catatan

Khamis, 4 Julai 2019

I'm like TT, just like TT

.: Assalamualaikum :.

Annyeong yorobun..





Out of my ordinary, i can't keep me straight.
I know the reason.
but ..
ottokaji?


이미 난 다 컸다고 생각하는데
어쩌면 내 맘인데 왜
내 맘대로 할 수 없는 건데
밀어내려고 하면 할수록
자꾸 끌려 왜 자꾸 자꾸 끌려 baby
I'm like TT, just like TT
이런 내 맘 모르고 너무해 너무해
I'm like TT, just like TT
Tell me that you'll be my baby

T . T

Rabu, 26 Jun 2019

Sembang Korea dengan Orang Korea

.: Assalamualaikum:.

Tak jawab dosa. Jawab sayang hiks.

Biasenya tak de nya beta rajin nak memblog so sudden cenggini. Tapi malam ni why not.
hew hew hew. Sebenarnya beta rasa beta masih berada di tahap excited state bila terkenang memory masa atas flight tadi. Jadi sebelum ingatan beta lost ada baiknya beta benamkan cerita itu di sini.
Sekurang-kurangnya bila beta lupa, beta tahu beta pernah bercerita di sini.

ekceli tak de lah ape sangat pun. Cuma tadi beta memang tak expect sangat. Sebab tu rasa wow sangat. ekekeke. Cite dia cenggini sebenarnya. Minggu lepas beta ada training pasal perabot kat Batu Muda FITEC ni. So beta stay lah KL barang sehari dua untuk menghadiri kursus tersebut. Tadi waktu nak balik ke Kota Bharu. Beta naiklah flight sebab beta tak kuad nak memboringkn diri 8 jam atas bas. Lagipun tiket flight murah huuhu. Sampai kat gate tetiba penuh lak mat saleh duk tunggu nak masuk. Berapa kali duk tgk kat tiket betul tak ni gate aku jugak. Kang salah kang naya.

Ok ok.. berbalik cerita yang excited tu..

cerita nya gini. waktu itu apabila membolosi perut kapal terbang Air Asia everyone can fly, niat aku nak tido je la. Biasanya nek je flight sengsorang ni memang tu je la hobi perdana aku. Tapi sbb kedudukan seat aku adalah tengah maka ada baiknya aku tunggu gerangan siapa yang duduk tepi tingkap. yeah.. aku memang lah baik.

Sedang asyik duduk atas seat yang tak berapa luas itu, orang sebelah  kiri aku sampai dan duduklah dia. senyum je lah sebab aku memang murah dengan senyuman gitew. tetiba aku terdengar orng duk sebut kabang kabang sambil duk letak atas ruang penyimpanan barang.

"Uish, orang korea" desis hati ini sementelaah tutup playlist lagu kat phone. Aku tengok orang sebelah aku duk menolong orang Korea ini lantas bila dia dah selesai masukkan beg dalam ruang tersebut, aku dengan curiousnya bertanya

" Hangul sarami eyo?" Tanya aku dengan nada paling sopan atas dunia. Orang tu seakan terkejut dan bagitau.. A ah betul. Wow aku excited. Maksud aku awk ni orang korea ke? Pastu rajin pulak tanya dia buat apa kat sini? dan maka dengan itu perbualan kami meleret-leret sehingga flight naik sampai turun kota bharu aku duk bersembang cam kawan dah kenal 10 tahun. kekekeke.

Seriyes lah. Aku pun tak sangka pulak memang aku berkomunikasi dengan orang tu dalam bahasa korea. Mesti bangga Park Song Seon Nim kalau tau aku guna bahasa korea ni. Thx to KTO dan K-drama, oppa SuJu  huhuhu.

Memula bila dah tahu aku boleh cakap Korea, teros orang Korea tu tanya aku macammana aku pandai cakap Korea. Aku katalah belajar sendiri sebab K-Wave. Dia tanya aku oh minat idol ke.. aku kata adelah, minat Super Junior. Pastu dia gelak kat aku. Haahaha.. dah agak dah dia gelak mesti dia tak sangka peminat SuJu. SuJu dah tua kot. Dia x tau aku ni Ever Lasting Friends (ELF). Aku kata kat dia SuJu boleh buat apa saja kecuali disbanding. Quoted by LeeTeuk. ngee..

Sementara itu, giliran aku pulak bersoal jawab. Dia katalah nak turun Kota Bharu sebab nak gi Pulau Perhentian. Oh betullah kalau nak gi PP kena turun kat airport KB dulu baru van bawak sana. Dia kata ahli rombongan cikkiah dia 3 orang termasuk dia dan sepasang couple. Berani jugak diorang datang. Rupanya 4 kali dah datang Malaysia. Rupenya.. Dia kata dia suka Malaysia sebab cuaca panas dan selamat. Selamat sebab kat sini jarang ada pemabuk bawak keta. Negara Islam. Dia kata. Sebagai rakyat Malaysia aku bangga la kejap.hahhaha..

Pastu kitorang bertukar-tukar cerita sampai part aku bgtau dia pasal family. Dah dia tanya. terkejut dia bila aku kate aku ada 16 orang adik beradik. Klu bagitau orang Malaysia pun diorang ternganga mulut, apatah lagi orang Korea. Deabak katanya..pasti bagitaulah yang orang Malaysia tak ramai camni kalau adik beradik pun, cuma family aku je rezeki telebih..kekekeke..

Pastu aku tanya dia pula pasal anak-anak dia. Sekali dia kata tak pernah kahwin. What?? guess bape umur dia?? 50 tahun kalau tak silap aku. Pergghhh..aku igtkan umur dia dalam 30-40 cam tu. tgk2 dah 50 tahun. tanjat boboi sebab dia nampak sihat sangat. siyes..

Dia tanya umur aku lak. aku bagitaulah aku pun belom kawen lagi. dia tanya umur aku bagitau jujur je lah. Dia tanya namja cingu?? eerrr..ni pun aku jujur je jawab obsoyo. Nak tipu buat ape. kang dia kata nak tgk muka namja cingu kang aku nak amik mane??.. dia terkejut jugak lah bila aku cakap obso tu. siap tak puas ati lagi sebab dia kata takkan la tak de sebb aku yeppo..gitewww.. kembang semangkuk orang korea puji wehh..hahahaha..tapi tulah kita orang melayu yang penuh dengan adat maka aku pendam saya pujian itu dengan kata tak de..betul tak de. nak kata tak de orang nak klise pulak so aku bergurau lah aku tunggu Hae oppa date ngan aku.. adeh.

Gelak pulak dia siap bgtau laki korea bukannya baik sangat pun.Cam tau tau lak aku berkenan kat uri nara namja. huhuhu. Aku gtau dia. belum masanya lg kot menyebabkan dia konfius kot2 susah sangat prosedur kawen kat Malaysia. Aku gtau same je procedur dia, kenal, date, kawen. Basic. aku je special case.

Dan macam-macam kitorang borak sampai lupa dah nak tido. Stewardess siap menegur lagi suruh switch off phone sebab isyarat pasang tali pinggang dipasangkan. Time tu tgh duk sembang-sembang pasal pergi melawat Korea sambil tunjuk-tunjuk gambar. kekeke..

Aku pun tak tau sejak bila self esteem aku meninggi ni. Aku biasa jumpa stranger tak de la ramah tamah. Tapi kali ni memang layan ah. Aku perasan kiri kanan pakat duk kelih aku sembang dengan ounnie tu. Mesti diorang teruja cam aku kan..hahaha.

Dah sampai airport KB, aku pun meninggalkan Yebee ounnie tu kat bahagian amik beg. Sempat lagi dia gtau dengan rakan-rakan dia pasal aku. kihkihkih. Nak mintak wat menantu pun lupa diorang mane ade anak eh. So aku sengih la. Sampai aku tinggalkan diorang tu sayup-sayup ounnie tu duk bercerita pasal aku boleh cakap korea la, dari mana..Dia memang excited. Aku pong exciteeeed jugak. sebab tu post ni di tulis.

hikhikhik

hangul sarami jinja cakkan saram. :)





Jumaat, 4 Januari 2019

#KeKoreaKita:SM TOWN I am coming!

.: Assalamualaikum:.

Anyeong cinguyaa..

ganti jessica lulus tak.LOL

Tahu..dah lama sangat dah cerita ni. Dah boleh jadi cirita hikayat dah tapi since cerita #kekoreakita belum lagi tamat (kekeke) dan draft pun memang dah buat 2 tahun yang lau. Rasa sayang pulak biarkan ia mereput di sini. So, korang layan saja..huhuhu.

Bagi yang terlepas cerita #kekoreakita boley tekan link bawah




Okeyy.. Last cerita Korea ni adalah aku gi jenjalang kat K-POP STREET selepas sesat. Aku stay Apgeujong sebab nak gi K-pop street nanti. Dekat katanya kalau duk Apgeujong ni. Jalan kaki pun boleh sampai. Katanya.
jalan kaki katanya..jimat katanyaa.
Perjalanan tak rasa lenguh. Semangat katakan. Selepas Hyundai Aparte, jumpa pulak Beak Hwa Jom Galleria. Masih lagi mengorak langkah. Dah rasa bahang-bahang iye ke ni K-pop Street kat sini. Nak tanya orang tak serempak dengan sesiapa, jadi dalam cuaca sejuk tu terus mara straight ke Depan. Katanya dekat dengan station Subway Apgeujong-Radio. Maybe kalau naek subway dah lama sampai dah. Tapi semangat punya pasal, jalan kaki sanggup ku redah. HA HA HA.

tahniah..anda berjaya sampai sini
Selamat tiba kat K-Pop street yang penuh dengan gangnamdol. Selepas bermain-main chenta dengan patung tu, Misi utama diteruskan.

E.X.O!
Heh heh heh. Misi utama aku adalah nak gi skodeng kat mana tempat kerja oppaku sayang. Alang-alang dah sampai Gangnam ni, haruslah mencari dimana dia SM Town sayang. Hiks. Walaupun time ni Lee Dong Hea oppa duk tengah buat khidmat negara, tapi semangat aku tetap berkobar nak mancari celah mana bangunan SM Town nih.

tak jumpa tuan badan jumpa poster gergasi pun ok jelah 

Jenuh gile mencarinya. Tak jumpa-jumpa. Pusing situ pusing sini. Lintas seberang, u-turn balik, memang tak ade bayang pun. Siap sesat sampai jumpa JYP punya hotel lagi. Sempat la jugak merasa toilet kat situ..hikhikhik. Makin ke tengah hari makin menjadi-jadi pulak cuaca sejuk nih. memang mencari toilet lah jawab dia.

maceh ajushi atas toiletnyaaa..
Nakk tanya orang korea SM Town kat mana malu pulak rasanya. Nasib bek kitorang terserempak dengan budak Indonesia yang sebijik lah cam kitorang duk menempel kat gangnamdol tu. Sah-sah la dakdak k-pop ni dan tanpa membuang masa sebab sejuk tak leh nak tahan ni. Aku menebal muka tanya dakdak tu SM Town kat ne ye dik? terus dia gitau kat sini-sini-sini. Diorang dah pegi dah kat sana tapi x de pape yang best pun. Katanya.


Kalau aku tau dari awal dakdak ni dah pegi SM Town, aku ikot kot. Tu la..pagi tadi sombong tak nak tegur dakdak tu.. hahaha.

tak jumpa-jumpa
sambil-sambil tu..moh la kita tangkap gambar..
lorong umah orang pun boleh
Aku insaf dan perjalanan mencari SM Town diteruskan. Selepas berbukit-bukit dilalui sayup-sayup, SM Town dalam peta minda. Nak kata sayup-sayup nampak tak boley sbb memang tak nampak bayang. Bayang la camane tersoroknya SM Town ni. Aku tau dah nak sampai tu sebab aku perasan ade tanda arah tulisan tangan pakai A4 paper je kata SM Town kom muel 100m lagi.

ku mencari..ku mencarii..
nak sampai dah katanyaa

Laju lah aku bila tau 100m je lagi. yang berjalan ala zombi tadi terus pecut cam bolt kuikuikui.

50m..
20m..
10m..

eh yeke SM Town kat sini. sempat jadi psyduck kejap sambil duk tunggu Anim sampai. Yelah excited terus lupa sahabat. Sebabnya bangunan tu cam apartment yang tak de pagar tu pun ade. Aku duk imagine bagunan dia gah cam KBS tu ke.. kuikuikui. Kuat tengok drama camni la.

keta boss SM Town la kot nya tuuu
betul la ni kan bangunan nya kaaaaannn..
Ye.. Tak syak lagi tepat sebab Anim tunjuk ade banner SM Town kat ujung parking lot. Ntah-ntah keta depan tu kepunyaan Lee So Man pun ta tau. keke. Dan aku pulak lagi excited tahap 2 bila nampak signboard SM TOWN kat bangunan tu dan tanpa membuang masa lagi.

malu-malu kucing lagi
ahaks.. dah start buat cam rumah sdiri dah

Posing lah kat situ alang-alang dah sampai. Nak tunggu pak guard bukak pintu suh masuk alamatnya tunggu oppa sampai depan tu lah kot. Tahun berapa masihi pun aku tak rasa sempat nak masuk kekekeke.

Asyik saja berposing tetiba ramai kanak-kanak (fangirl) dari mana ntah munculnya melulu kat depan bangunan ni . terpaksalah aku bangun dari situ ..kot kot la diorang pun nak bergambar sakan cam aku. Baik sungguh ati aku siap imagine kot-kot diorang pun sesat cam aku ke ape ke tadi..huhu..

Group tu ramai kot berkerumun kat depan bangunan tu cam duk tunggu idol kuar. Aku tak sure tapi ntah nape. Maybe aku memang tak berasa masuk kalau crowd reramai camni so aku pun gi la nak main kat taman depan bangunan tu..

Tetiba MPV hitam keluar or masuk (aku tak sure sangat) bebudak tu bersorak-sorak. group mane aku tak sure la jugak. yang pasti bukan EXO or Suju so aku pun rilex je lah tak nak fangirling sangat. giteew (padahal nyesal apsal aku ta join group tu td..hahahha)

Maka pergi lah aku dan aniem meniggalkan riuh suara bebudak tu kat bangunan SM Town tu dan cuba membayangkan oppa-oppa duk berlari berkejaran sesama diorang kat taman tu. Ok lah oppa.

sini lah kot bang-bang suju duk main kejar mengejar kot.
bangku hae oppa cari ilham buat lagu. Tuju lagu satuuuu..
actually sebelah tu sungai gangnam..
Sejuk dah sampai ke tulang sum-sum ni. pastu nak check out FNSquare lak ni. nak cari jalan balik lagi. Maka aku membiarkan imiginasiku terhenti di situ. Ade masa kita sambung lagi na oppa.

nak balik dah
Maka pulanglah kami membawa kejayaan yang dirakam dalam hendapon. Sekurang-kurangnya hepi tak terperi ni. Aku ingat ni la second time mengejar retis. Klu dulu teringat lak mengejar Adam AF kat Tamu Gadang. Kuikuikui. Yang ni tengok bangunan pun dah jadilah. kekekek.

dakdak cuti rini.
dua ni je rajin.katanya ni skolah Kyu dulu ni..aku pun tak sure sangat..haha
Merentasi rumah-rumah orang,sekolah, padang, dan apartment, kitorang kembali ke Kpop Street. Tak seik mengeret kaki, maka perjalanan diteruskan sampai la kat guesthouse. Gile ah.. memang jauh dia tak usah kate. Memang jauh. Tapi tak tau lah aku ngan Aniem ni spesies ape. Selamba je jalan cam la kaki tu tak sakit. hahaha.


Sejuk kemain dah. Baju pun naseb baik Aniem sedekahkan..hahaha
Masuk bilik. kemas luggage. Kitorang pun mengheret luggage tu ke Apgujeong Station. Sebab ni siang hari dan dah tau camane peritnya melalui jalan malam tadi. Kali ni aku cuba baca peta dengan sebaik mungkin. Lebih kurang 10 min je kitorang sampai kat station tu. Dan kitorang dah jumpa Naoh yang dimaksudkan dalam peta malam tadi.

Rupanya yang menjadi antara punca kitorang salah adalah sewaktu kitorang naik dari station tu menggunakan elovator sedangkan sebenarnya peta itu penggunakan tangga. Arah tangga dan elovator pula bertentangan antara satu sama lain. Jadi jalan yang kami lalui malam tadi adalah mengadap jalan raya besar dan perjalanan kami terasa lebih jauh sebab kena keliling bangunan tepi jalan besar.

Kalau kami naik melalui tangga kami akan melalui lorong-lorong kecil sehingga terjumpa sekolah. Dan kemungkinann tak akan terserempak dengan ajushi semalam. Mungkin ada hikmah yang tersembunyi. Sebab lorong tu agak sunyi waktu kami lalu, jadi kalau siang pun macam tu tak mustahil malamnya kawasan lepak gelandangan. sebab tu malam tadi ajushi pesan macam-macam. huhuhu.

Masa untuk ke guesthouse baru yang berdekatan dengan Seoul Station. entri tu boleh baca di sini. Dan tinggal 2 hari lagi untuk dihabiskan di negara han yang sejuk ni.

Oh ya. Selepas sampai kat 24 Guesthouse Seoul Station Premier kitorang teruja gilesss. Walaupun tingkat 5 tapi tiada lif, bilik yang diberikan jauh 100% berbeza dengan FNSquare. dan tandas siap attach lagi dengan bilik. Sempat jugak lah rendam kaki dalam air panas untuk hilanhkan lenguh berjalan jauh. hahaha.

Malam nya sempat lagi aku ngan aniem keluar pergi Nandaemun. Ape barang datang tempat orang duk kat bilik je (kunun).

Ok. next entri kita story-story lagi key ;D


uppa..yaaa.

Sabtu, 19 Ogos 2017

ME TIME: Belajar Bahasa Korea di Plaza Korea (KTO Malaysia), Menara Hap Seng

.: Assalamualaikum:.

Annyeong cingu..




 Meh nak sambung citer yang mengujakan nih.. kekeke..Aku tau ramai yang tanya. wah betul ke ni..FOC..wayang je ni..

No No No *gerakjaritelunjukkiridankanan*

YES, aku cakap sekali lagi, FREE OF CHARGE.

bukan je korang tak caya aku pun awal-awal tak caya. Tapi aku yakin Allah memudahkan jalan untuk aku. Belajarkan satu jihad jugak. So, no wonder Allah bukakan jalan. kan.

Kat mana aku belajar Bahasa Korea secara FREE tu. Ni nak cite.

Korang ade dengar tak pasal Plaza Korea kat menara Hap Seng, KL. Alah. Dulu aku penah cite kan. Tula cite yang aku dapatkan kupon percuma & diskaun masa nak gi Korea tahun lepas tu. Discover Korea on Your Way 2016 tu. Haa..tahun ni pun ade gak. Pun aku dah grab DKYW 2017 awal-awal lagi untuk ku and adik-beradikku untuk trip Autumn nanti. Teruja tak. Haha.

Ok,aku lari tajuk. Sekarang baru nak sebenar-benar cerita.

Time tu kan aku duk tgh usha-usha kat mana boley aku teruskan semangat bertekad cemerlang aku untuk memperkasakan BK aku ni. So, last-last aku jumpa website KTO yang telah buka registration untuk belajar BK. Memang KTO ade buat kelas ni, tapi tak sangka pulak time tu ngam pulak dengan aku yang tengah mencari ni. 2 hari lagi tak silap aku registration nak tutup so, aku dengan tak berlengah terus nak register. Harap-harap nasib mengena. Satu kelas at least full 30 orang, maybe aku masih berpeluang memandangkan kelas yang ditawarkan banyak. Ade 4 level. Level 1 untuk beginner. Level 2 intermediate beginner. Level 3 Intermediate. Level 4 advance. Kalau tak silap aku camtu la.

So, aku yang teruja ni register untuk level 1. Tapi time tu aku rasa cam membazir lak kalau register level 1 sebab aku dah ade basic sikit-sikit kan. End up aku register 2 kelas. kekeke. Level 1 & Level 2. Masa dia pun ngam time abes kerja. Berharap lepas la. Aku nak sangat-sangat ni. Tambah lagi free. Kalau tak dapat, aku usaha untuk kelas berbayarlah. Tapi memang naaaak sangat yang ni.Huhuhu.

Berdebar-debar jantungku menunggu result macam tunggu UPU you. Hohoho. Hari-hari berdoa moga-moga terpilih. Hari yang ditunggu telah tiba, so aku tak zabarrr check website KTO untuk tengok nama aku terlist ke tak dalam kelas. Check punya check.. Urmm.. Level 1 cam tak de je nama aku. Ngam-ngam cukup 30 orang. Tak de rezeki ke ni. Lepas tu check lagi Level 2.. Nak nanges dah tak de jugak. Tapi yang peliknya, apsal dalam kelas level 2 nama yang dalam list tu ade dalam lima orang je. sebab katanya at least 30 orang. Hmmmm..




Maka tanpa berlengah aku mencoba nasib lagi dengan menghantar email kepada KTO agar bagi aku enrole masuk Kelas Level 2 sebab banyak kosong lagi.Atk setakat tu je aku siap bagi sebab-sebab lagi yang aku ni memang nak gile-gile enrole kelas tu. Dah macam masuk contest dah gayanya bagi sebab, karang berbunga-bunga lagi.

Tak sampai sehari email aku dibalas dengan ayat "Congratulation you are selected to enrole in Sejong 2B class blablabla..". Lepas tu dapat call dari KTO kate yang aku boleh enrole masuk kelas BK. Wah. Wah. Wah. Aku teruja terharu terkesima! Aku rasa nak muah muah akak KTO tu boleh? ahahaha.. Tima kasih Allah sebab lembutkan hati pengurusan KTO untuk terima aku belajar BK. heee.. Cakap kat Boss belum lagi ni nak dismiss keja awal nanti.

Hai oppa, tiap-tiap minggukita jumpa pun oppa still pilih kakak Song jugak. Sob Sob


Maka bermula dengan itu, setiap hari Rabu,aku akan make sure everything related dengan kerja settle before benda-benda mengarut timbul. Yang dapatku tangkis dapatlah. Bos pun baik hati bagi aku ubah time keja aku dari kul 9pagi-5.30ptg ke 8.30pg-5ptg.Yes!! Bagus Boss aku ni siap kata 'saya tak halang pekerja saya untuk tambah ilmu'.. Gitteww

Bermulanya sesi pembelajaran BK aku secara official. Ke kelas pertama yang penuh mengujakan ever terlewat 5 minit akibat kesesakan jalan raya (KL what do you expect~). Masa kelas pertama, bertemu dengan classmates dan seongsengnim rasa janggal la jugak.

Ape taknya sebab aku sorang je tak amik level 1 kat sini. Rata-rata memang students yang lulus level 1. Rasa berdebar tu wajiblah. Lebih-lebih lagi seongsengnim bertutur 90% dalam BK . English berapa kerat je. Matilah aku. Hoho.Ottokaji? Bolos sajaaaaaa. Yang herannya aku boleh dikatakan paham la apa yang seongsengnim aku cakap. Cuma nak reply tu OOoo..Ne.. je yang spontan kuar. HAHAHA.

Me and Classmates
Uri saranghaneun Park Seongsengnim immida




Dalam kelas tu, I ouls diberikan BUKU TEKS secara PERCUMA (lagi). Aku ni berapa kali dalam hati betul ke ape yang aku dengar ni? Kalau bayar pun aku rasa aku tak berkira.

Belek buku teks, mak aiii. Buya igo (tetiba kuar cakap korea dalam ati)..tulisan dalam buku tu 100% dalam character Hangul. Adakah aku tersilap perkiraan dengan enrole masuk kelas ini?? sob sob sob dalam hati. Seongsengnim siap brief lagi exam besar akan diadakan apabila tamat silibus. Dalam bulan 5. Masa aku enrole ni bulan 1.

Ni lah buku teks Korea yang 99.9% adalah dalam Hangul dari Sejung Hakdang

Erk. aku telan air liur.EXAM? aku? Btw sesi pembelajaran memang best. Sebab seongsengnim akan terangkan dulu ape benda itu dan ini. Lagipun seongsengnim mengajar tak syok sendiri. Dia buat contact la dengan kita, so kita akan more focus la.

Tajuk chapter 1 pun nasib baik aku penah study dalam buku BK yang aku beli tu. So, tak susah la untuk aku kenal character huruf dan baca even tergagap-gagap. Haruslah.Huhu. Yelah sendiri baca bunyi konfident betul sekali dengan sekalian kelas baca bunyi macam mualaf masuk Islam duk mengaji. kekeke.

uri cingu

Seronok tak terkira dengan enrole kelas ni. Tak timbul rasa menyesal langsung even pernah masuk kelas kul 6.30 ptg sebab jalan jem. Dari PJ nak masuk KL what do you expect?

Hari Rabu adalah hari membahagiakan aku biarpun orang lain wordless wednesday. THis one is not applicable to me. Sebab rasa terharu dengan KTO, setiap Rabu aku make sure kelas boleh hadir sbb tak nak take for granted. Free kot. Lagi aku double appreciate. Kalau tak dapat hadir sebab urusan keja (ade time tu aku kena gi site kat Gurun, Kedah) aku akan bagi email siap-siap kat KTO. Pastu sedih sorang diri sebab tak masuk kelas. HAHAHA.

Kelas terakhir Park Seongsengnim belanje Big Apple
Dalam kelas, dari segi pembelajaran aku boleh rasa aku macam slow sikit la sebab terus langkau level 1. Tapi tak mematahkan semangat aku. Aku teruja nak membaca kalau seongsengnim suruh baca (even macam mualaf pun). Best lagi sebab seongsengnim support bagi award gula-gula ke chocolate ke ape ke kalau kita baca. Pastu classmates pun membantu. Dalam kelas aku boley paham seongsengnim cakap aku tapi nak reply tu susah sikit, so yang aku selalu buat bagi reaction lah. cam Chan Yeol selalu buat. hahaha. "Cincayo?", "Oooo", "ajik..", "Ne", "Aniyo", "Cuaheyo" =)

First homework.Not bad for beginner though



Sehingga 5 bulan, aku bertahan. Dari bab 1 sampai bab 12 berjaya dihabiskan sehingga exam berjalan. Pengurusan kelas aku smooth thanks to pengurusan KTO. Yang aku kenal Kak Munirah yang comel dan Hazim yang banyak membantu kitorang.Diorang spoting moting kot.


Ala-ala Tour Guide da aku nih
So, kalau korang pun nak join Kelas Korea di KTO, apa kata jadi member kelab kakikorea kat website KTO Malaysia. Banyak benefits selain belajar BK ni. Nak pegi Korea pun dapat banyak benda dengan diskaun price. Nak join aktiviti lain pun boleh.

Untuk kelas Korea ni, registration maybe dalam bulan 11, so korang be alerted la ye. Ritu aku dapat offer untuk level 3 tapi dek kekangan kerja (sebab aku dah bertukar tempat kerja), aku terpaksa tolak offer tu dengan hati bagaikan dicarik-carik oleh pisau yang tajam..huuu..

Saranghea KTO
Sim kaji..tamat cite belajar BK aku. hahaha

p/s: tak sure kenape setiap kali entri panjang berjela =.='' Harap korang terima seadanya..huhuhu

ME TIME: Aku dan Bahasa Korea Part 2

.: Assalamualaikum :.
Annyeong cingu..


Annyeonghaseyo! Jeoneun yongguk saram ieyo.. aku tulis cara nak baca tulisan Hangul besar tu
 Haa.. ade yang da tak zabar-zabar nak dengar sambungan citer Aku & Bahasa Korea kan. Korang bukannya nak tau sangat pasal tu kan. Tapi korang nak tau camane aku dapat masuk Kelas Korea secara percuma kan..kan..kan.. Hahaha..Busted!

Tapi tak pe. Even korang tak nak tau, aku NAAAK jugak bagitau. Hee.. Kalau korang nak tahu, lagilah aku nak bercerita rancak. sep sikit sebab geng aku. kekekeke

citer dia cani..

Yelah, dulukan masa duk UMS aku ade enrole masuk kelas Bahasa Mandarin, tapi alang-alang Mandarin dan Bahasa Arab aku dah kelaut sebab tak berape nak praktis, marilah aku ikhtiar untuk menceburi Bahasa Korea pulak. Dah pulak tu  Hea Oppa duk melambai tangan jemput aku kat Incheon Airport, haruslah aku perkasakan impian untuk menguasai Bahasa Korea. Dalam mimpi aku la yang Hae oppa tu duk melambai-lambai. Kalau in reality aku pun tak sure ape nasib aku untuk dikenang kalau benda ni sampai kat ELF yang saseang. tak rela oh!

Hmm..lama jugak sebenarnya masa untuk aku amik mood nbelajar BK (Bahasa Korea) ni. Masa 2009 baru berjinak dengan Kdrama + Kpop + Variety Show bagai. Masa 2012 tu pulak berazam nak belajar, tapi hangat-hangat taik ayam je lebih. Download modul BK je, tapi tak study pun. Busy kerja katanya. Time ni duk tengok romanization lirik-lirik lagu Kpop je. Bizi katenya. Masa 2015, masa duk USM barulah dapat pecahkan mood malas tu. Plus ada masa kan. Boleh la celah barang sejam dua untuk study tu.

Start dari situ, aku slow-slow belajar sendiri. Kenal alphabet hangul, grammar sikit-sikit plus cara pronouns. Urm, tu pun aku blajar dengan Jenny seong seng nim kat channel youtube je. ade mase sejam dua seminggu blaja pun jadilah. Kenal sikit sebanyak perkataan Korea, ok lah.

yorobun, insaheyo. yoginan uni Jenny Seongsengnim ieyo. Yeppoeun seongsengnim.
 Berkat semangat bertekad cemerlang yang inilah kita mahu. Kalaulah aku apply time duk uni dulu, ade four flat ni.kekekeke. ok. (buat muka).

Berkat semangat bertekad cemerlang yang inilah aku berjaya survive di Seoul..Kekekeke.. suker nau bile ajumma ajushi puji titew " Hangul caranea.." biarpun cakap berterabur ku rasa..kekeke. (orang lain pegi korea tak reti cakap Hangul pun bley survive je kat sana *Mata keatastangankatbahu*).

Ni Hangul numbering system. Ade 2 jenis.

Papepun, aku rasa teruja dan hepi bila mana aku rasa yeah, inilah bahasa yang aku rasa perlu perkasakan selepas BI. Biaq jadi bahasa ke-3 utama ku rasa. Mandarin aku biar terkuburlah dulu.bai. Kita dah tak serasi. Bahasa Arab tu stay guna la kan sebab bahasa al-Quran..hee..

So, balik dari Korea, semakin teruja untuk teros belajar dan belajar dan belajar BK. Even orang dah start *matakeatastangankatbahu* sebab maybe diorang rasa aku da over sangat kot. tapi itu tak mematahkan semangat bertekad cemerlang aku. Aku siap beli BUKU BK kot nak belajar..pakai Baucer Buku 1 Malaysia kot. Literally aku dapat FREE la kot.  Malaysia tanah tumpah darahku yang bayar kot.Semangat dia haruslah lain macam. Barang free kita kena more appreciate. Kena belajar bersungguh-sungguh. Kot la gi second time jumpa jodoh *batuk-batuk*

Tima Kasih BB1M. Beli buku nipakai 2 keping BB1M nau
Maka, belajarlah daku bersungguh-sungguh lagi. kali ni aku tak refer Jenny seong seng nim dah. Totally from buku BK yang aku beli tu, lagipun ade audio. Aku install masuk dalam Vivo so, boleh dgr Speaker cakap mende. kekeke.

Masuk 2017 ni, semangat aku kemain menjadi lebih jitu. Aku rasa aku nak amik kelas BK. Belajar secara formal. Bertentang mata, berinteraksi dua hala dengan seongsengnim. Bukan ape, mane ade orang belajar sorang-sorang tanpa guru. Boleh jadi sesat. Papepun guru is must. Individu yang boleh betulkan salah silap kita. kan.kan.kan

Aku try usha-usha kat mane aku boleh dapatkan kelas BK dengan harga yang berpatutan. Tentu sekali kat KL ni byk tempat yang tawarkan khidmat belajar BK kan. kan. kan..

Cari punya cari, jumpa jugaklah kelasnya tu. Harga pun boleh tahan. Satu sem RM6++. hmm.. mampukah daku?..hmmm..

Kemuncaknya. Jeng jeng jeng. aku dapat enrole kelas BK secara percuma. APA? PERCUMA. FOC. tak caya?..haa.. nanti next time aku cite lagi.. eh.. ade lagi sambungan??Haruslah..~

Ha.. teruja la tu. siap da abes satu sem aku blajar kat situ dengan seongsengnim yang baik hati.

Haa.. sila jelous. ekeke..

Post PART 3 ni aku buat dalam masa yang terdekat k? ala, jangan la majuk. Kate nak jumpa Lee Jae Suk Oppa nanti. Tahun ni dia tak pegi military lagi. Ade chance lagi jumpa dia ni. Kekekeke..

Stay Tunee..

Show off sikit dapat cert level 2




Jumaat, 18 Ogos 2017

ME TIME : Aku dan Bahasa Korea PART 1

.: Assalamualaikum:.

Annyeong cingu..

Hmm..

oppa saranghea.
 Sejak kecik lagi aku memang suka dengan bahasa. Tak terhad kepada Bahasa Melayu atau Bahasa Kelantan saja tau. Mase sekolah rendah zaman tu memang cerita hindustan Bollywood hot bagaikan goreng pisang. Apatah lagi 2 kali seminggu semua orang akan berkumpul depan TV2 (hari Jumaat) dan TV3 (hari Sabtu) untuk layan Panggung Bollywood.

Aku lah heroin yang selalu berjaya conquer tempat paling depan..kuikuikui..Kalau tak caye betapa citer hindustan ni memberi impak maksima, tanya la kengkawan or sedara korang yg lahir tahun 80-90 an. Kompem eh semua cenggitu.

All time favourite. Skrip dia lekat kat kepaladahcite Hum Sath Sath Hai ni




Tak kire, cite Shah Rukh Khan ke, Ameer Khan ke, Salman Khan ke, Karisma Kapoor ke, Karena Kapoor, Pretty Zinta, Aisywaria Rai, Tabbu dan ramai lagi , semua memang laku keras la. Tu tak lagi dengar lagu diorang, satu persatu perkataan fasih meniti kat bibir mendendangkan lagu hindi.

'Boley curiyaaa..Boley kang gena~'..ehem..ehem..test suara..

huhuhu.. Kerlas kau jah. Nasib baik time tu tak jatuh hati dengan actor bollywood, kalau tak jumpa Bangla tepi jalan pun jadi nih. hahaha.

Tapi pada aku pengaruh cite Bollywood tu biase-biase je. Sebabnya time tu minat aku lebih kepada drama historical Cina. Alah yang petang-petang kul 6 kat TV3 tu. Cite yang beratus episod amik masa 2 tahun nak habis. 2 tahun baru tahu konspirasi yang berlaku. 2 tahun baru dapat jumpa penjenayah yang terulung. Hahaha. Suka sangat. Cite cina petang-petang ni satu family aku jugak yang layan. Antaranya macam Secret Battle of The Majesty, Supreme Master, My Fair Princess 1, My Fair Princess 2, Crushing Tiger Hidden Dragon, Master Ma, The Lagend of the Condo Lovers dan macam-macam lagi lah. Tak abes pukul 6 tu, ade jugak kul 8.30 mlm kat NTV7. Tak cukup dengan tu sambung lagi tengok yang kul 10 mlm TV2. Pendek kata, TV itu aku yang conquered. HAHAHA.

Minat aku kat cite cina ni siap aku rasa akulah heroin dalam cite tu.. tak kire..aku nak jugak jadi heroin dia. kalau tak leh jadi heroin..aku nak jadi hero..HAHAHA.

Time tu pun, cite Vanezuala pun laku keras jugak. Jadi 3 bahasa ni akan terselit dalam perbualan seharian kat umah dengan adik beradik. Kalau pegi sekolah jumpa kawan kaki TV, memang syok la. Kadang-kadang cakap mengarut je lebih..HAHAHA..

Nak sebut umah tapi sebut 'mikasa', nak cakap hati cakap 'mere dil', nak tanya gi mane 'ni qu nali?' Multilanguage mung..hoho.. ko ade?

Hebat tak. Bahasa Kelate + Hindustan + Cina (Mandarin, jarang tgk cite cina Hongkong) + Vanezuala

Ha.. elok lah..kat sekolah pulak add on lagi satu Bahasa Arab.

Pastu bila dah mengenjak alam universiti, aku dah terpengaruh dengan satu lagi bangsa. Yang buat aku terus jatuh cinta more than drama cina aku tuh. Aku rasa la. Semua ni bermula tatkala aku tertengok MV Super Junior cover lagu Haengbok.

Bangsa apakah ini, para lelakinya sungguh mulus kulit mukanya dan bersinar bibirnya mengalahkan aku gadis sejati ini tapi masih mengekalkan ke-gentleman-nya. Bangsa apakah ini???????? 

P/S:Oh ya. Ekceli aku dengan Bahasa Korea ni dulu-dulu penah dah bertemu. Alah first Drama Korea masuk Malaysiakan Autumn in My Heart. Eh ke Winter Sonata. Tapi aku tak berapa nak layan la juga sebab timing dia betul-betul time orang nak semayang maghrib. Lagipun tak tercerna bahasa dia sebab cakap slow macam berbisik pastu cerita air mata je memanjang. Tak de masa aku nak layang. HAHAHA.

Disebabkan Super Junior inilah maka pencarianku bermula. Dari tak paham sepatah haram perkataan diorang, aku cerna sikit demi sikit. Demi SuJu. Demi Hea Oppa. Sanggup mencari english sub untuk setiap video di youtube yang wujud. Tak pasal-pasal English aku pun improved. Kill two bird with one stone. HAHAHA.

MasyaAllah, bangsa hape ni? sopannyaa oppa baju putih kat depan tu



Dan dari saat itu, aku menyimpan angan-angan untuk menguasai Bahasa Korea. Demi Hea Oppa terchenta. KOt-kot la terserempak boleh la juga ber'anyeong anyeong'. (annoying ade lah ==") Tinggikan cita-citanya. Hahahaha.. Yelah. Takkan kipas-susah-mati drama Korea + Kpop pandai cakap ' yaa!' je.. tak macho la cenggini. Kuikuikui. Haruslah penuhkan vocab, sesat kat Korea nanti senang.


nak belajar punya pasal sanggup tampal kat pintu umah sewa..ngee
kekeke..korang caya tak last-last aku berjaya enrole masuk Kelas Bahasa Korea.. Lepas tu FREE OF CHARGE pulak tu. Korang caya tak?..Caya tak..caya tak?? caya tak ni??

HEee.. Tau pun nak caya. So, akhirnya berkat minatku yang mendapat akhirnya dapatlah aku belajar Bahasa Korea..

dan entrinya..

bersambung kemudian...kekekeke.. tunggguuu..


link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...