marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.
Memaparkan catatan dengan label this is kota bharu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label this is kota bharu. Papar semua catatan

Selasa, 26 Mac 2024

RAMADAN 2024

 .: Assalamualaikum :.

Alhamdulillah, panas lip lip pun alhamdulillah dah masuk 15 ramadan sedar tak sedar. 

Syukur alhamdulillah walaupun demam jua tak ketinggalan nak join sekaki menguji diri ini. Seriously tahap ke-hotness-an tak boleh bincnag. Tu yang smpai kedemaman. Agak ujian juga kedemaman kali ni sebab I is tak de tempat nak bermanja. ~

Dulu boley la gak pegi gesek kat mommy sambil wak muka sedih sambil kata "che, demey.." 

pastu mommy pun letak tangan atas dahi pastu bagitau, "biasa dah gitu musim ni.. gi lah tido-tido nuh".

 I is like my arwah mommy yang tak pandai sangat nak show manja sebab beliau dilahirkan menjadi seorang yang kental. But me~, kental kat luar je, kat dalam manja nak mampuih klu gini.

So, I lagi la bergesek kat mommy macam Pippin selalu buat kat aku. Hmm.. Pippin pun dah arwah jugak so, ke mana harusku bawa diri ini~

But because aku ini mewarisi kekentalan mommy, maka demam ini segera aku cari cara untuk menyahkan dari diri. Masuk hari ni 3 harilah aku kedemaman. Jumpa doktor is my last opsen seperti biasa. Pengalaman-pengalaman lepas berjaya aku lepasi iaitu untuk mengelak tekak dari terus kering, aku minum air sejuk setiap 5 minit (lepas berbuka la sis) dan makan ubat (yang biasanya aku skip).

alfatihah omma appa

Aku sendiri jerelong (lap air kat kepala, dan badan) which was part paling sedih dalam hidup. sob sob sob. Biasa drama korea chagiya yang buat T.T. 

Ubat pun aku suh adik aku hantar stok penadol yang dia ade. Sadisss~.

Beginilah naseb si Forever Alone. Sakit pun kena hadap oneself. 

Tapi masalahnya aku ni waktu siang aktif kemain. Aku ingat aku stat dengan sakit kepala dan sakit tekak dulu. Waktu pun memang panas ceng ceng. Time tu jugak aku ditugaskan untuk pegi hantar and amik anak buah aku yang kecik sekolah sebab kakak n abang aku outstation. Even masa tu dia ngat ngat sakit aku just go on jugak.

2 hari jugak lah. Masa hantar pagi tu tak pe la x terik sangat mentari. Waktu kerja aku duk office je. Tapi masa nak gi amik diorang tu panas masyaAllah. Tapi sempat lagi menyinggah ke Eco Setia.

So, aku pikei antara punca aku demam ni sebab aku exhausted. Aku patut rehat je layan korea. Ni tak duduk diam. Ade je benda yang aku sengaja pegi buat. So, lepas berbuka, lepas semayang maghrib dia dah abes limit. Demam kus kus yang panas gile sampai aku tido atas kain basah kot sebab rasa bahang gile badan aku time ni. 

Naseb baek formula aku menjadi. Tengah malam aku terjaga, badan rasa ringan sikit, kepala pun tak berat, badan tak panas sangat. Kering kot kain yang aku alas tido tu~.

So, bangun solat isyak.

Feeling dia memang sadisss..huhuhu. Time sakit ni aku tertanya-tanya sendiri memang Mr. Left aku ni, dia dalam kesesatan yang nyata atau dah syahid atau memang tak wujud eh? 

Tapi don't worry sebab soalan itu hanyalah sekadar berbasi-basi mengenangkan kehidupan yang fana ini lantas aku sambung tidolah. Esok nak kena sahur lagi.

++++++++

Hari-hari yang seterusnya aku tempuhi dengan perasaan yang live must go on walaupun Mr. Left tiada. Aku ingatkan bila aku kehilangan both parents, akan muncul pelangi untuk menghiasi kehidupan ini agar berseri dengan kehadirannya. Namun, begitulah kehidupan. Untung adik aku yang ke 14 & 15,  diorang jugaklahyang bertemu dengan partner masing-masing after mommy dady tak de. So, once again, tinggallah aku sebatang kara.

So, Mr. Left, if you dare to come in this moment, you must be someone that strong enough to deal with me, becuase I already became a Queen. The Cold Queen.

 +++++++

Cold never bother me anyway. But hot like this aku pun dah start jadi orang super Sayyan ni aceane? 

Not my fault..kekeke.

+++++++

My sahur

Ekceli my life tak de la quite lonely mana pun. Just bila kita tak berupaya ni kita pun nak someone kita boleh rely kan. Ekceli my ramadan quite great-lah. Bila hujung minggu aku got time to berbuka puasa dengan adik-beradik semua. Siap awal ramadan lagi dah buat iftar jamae sebab my 4th sister's family balik kampung sekejap. So bila berkumpul, of coz la bukak reramai. 

Dataran peninggalan tokku sangatlah menghubung kiwa kami adik beradik

I ous pun sempat join iftar kat Madinah Ramadan buat kali pertama sejak Madinah Ramadan kat kota Bharu dibuka with family of coz. 

Dulu tak pernah pegi sebab zaman covid19 dan yang penting memang ouls x penah bukak posa kecuali dengan family. Dulu la..~

Selain tu juga berbuka puasa kat Masjid Muhammadi pun sempat. Jadi memang tak sunyilah my life ni.

Tahun lepas kerap bukak posa kat sini sebab lepas lawat omma kat wad, tak tahu hala tuju so singgah sini.
Sempat la kuar moreh reramai lepas balik terawih

 Aku adik beradik ramai ni jenis random tau. Datang tak berjanji tapi tiba-tiba jumpa kat situ. Pastu tak pulak stay situ utk solat terawih, kitorang pegi masjid lain yang area dekat rumah adik beradik yang lain. Pastu siap terawih gi serbu kedai pakcik kat stesen minyak reramai. Adeh & aneh kan. 😂😂😂😂. Kes cenggini la yang menyebabkan keFOMOan sorang-sorang. Memang rugi kalau missing out

Jarang-jarang join majlis ilmu

 Keberuntungan berada di Kelantan dan komuniti yang menyeru kepada kebaikan ni adalah sangatlah dihargai. Selama aku duk merantau ni aku rasa kerajaan negeri Kelantan je yang cakna dengan kesejahteraan rohani rakyat dia. Ada aje program-program rohani yang membina jiwa walaupun skit. 

Contohnya booklet yang ni adalah keluaran siri 32 yang maksud dia selama 32 tahun dah kerajaan negeri kelantan keluarkan petikan ayat al-quran yang sesuai dengan isu semasa untuk program tadarus. Ada ustazah yang akan kupas ayat tu.

Program yang aku pergi ni program Ramadan Delight untuk beliawanis. Sambil-sambil tunggu berbuka dapat la jugak ilmu kaaann

Malam pulak aku join geng tadarus kengkawan Najwa. Okey la tu, dapat gak bersosial..Ngeee 

Geng ngaji virtual

Hari-hari biasa, kalau rajin aku gi semayang terawih kat umah abang aku yang sulung. Kalau tak berapa rajin nak jalan, tambah-tambah waktu demam, aku semayang terawih kat umah je la. Laju skit. Ngeehh

Cuma, bila hidup sorang ni tak de orang yang lepas abes keja untuk aku borak-borak, berperang. Naseb baek ritu anak buah aku duk ngan aku 2 hari. Siap dia bagitau , "mujur Suha mari, bulih la cikDa kecek..." Hahahaha. Sadisnya

NAseb baik mereka pandai amik ati cikda masak sedap

Keja aku lps balek keja hanyalah skroll FB, TT, IG, Wasap dan repeat sampai jam 6.00 ptg. Barulah nak stat msak tapi kejap je lepas tu tak tau nak wat ape. Sambung skrol. Haha. Jarang-jarang turun pegi siram pokok bunga peninggalan mommy.

berbuka simple-simple jerr kalau duk rumah sorang

Mari aku tunjuk menu-menu berbuka dan sahurku yang sebatang kara ini~

Berbuka tak dak nasik

Kerabu Suon ni aku buat lepas aku macam tak tau nak buat apa dengan kerang yang aku rebus. Kalau zaman dulu, kerang rebus ni adalah yang direbut-rebutkan kan time moreh tau. beli sekilo dua tu meamng tak akan jadilah kat umah aku. Nak beli kurang-kurang 3-4 kg. Tapi bila duk sengsorang, aku beli sekilo tu pun bahagi dua pastu makan sengsorang no syiok oh.

Pastu aku pun buat la kerabu suon berlaukkan kerang dan fishball. Hari tu aku tak dak mood nak makan nasi

Ikan jeket sumbat

Hari yang paling aku rasa exhausted. Kemain buat air 2 jenis kau. Last-last nasi lauk tak abes, air tak abes. Lepas makan aku rasa tak larat gile..sadis oh bila kenang saat ni. Tu la orang kata makanan banyak tak menjamin kita gumbira kan kan kan.

Haa, camtulah Ramadanku untuk tahun ke 2024. Masih sendiri dan lebih advance tinggal sendiri sebatang kara~

Omma & appa. Bogoshoppo

Sabtu, 19 September 2020

Cuti-Cuti Malaysia: Sight Seeing sekitar Bandar Kota Bharu!

 .: Assalamualaikum:.

Ayeong yorobun 😊


Bukan dari hanggeng river okeyyy.

Hari tu ade kawan dari Terengganu datang rumah sedara dia kat Kota Bharu. A ah. Kawan la sangat. My lovely sister nih someone more than a friend tau. She is like a sister to me. 

Who was she?

Hai Kak Nisaaaaaa 😉

 Kak Nisa lah kawan tu.. ahaks. Kalau yang layan blog aku tau la sapa kak Nisa ni kan..

Masuk tahun ni boleh kalau dah 3 tahun lah kot tak jumpa kak Nisa in person. Kitorang selalu jugak lah contact each other even x jumpa in person pun. Yang nak gi Jeju ritu pon memang dengan dia lah sebenarnya. 

Semangat kemain duk discus beli tiket tahun lepas masa Air Asia buat promo hujung tahun. Teros angkut tiket gi Jeju 8 hari kalau tak silap. 

Berdua. Katanya gamble lah berdua pun berdua la. Berdua lebih baik bak kata Acha Septiasa.

Tapi tu lah. Kita hanya mampu merancang. Covid-19 tak beransur lagi so aku buat keputusan untuk buat self-volunteer canceling ticket AA so dapat la credit account kat situ.

Nanti bila everything dah ok kita jalan lagi.

Actually jugak banyak kali dah kak Nisa ajak nak jumpa setiap kali dia datang KB. Selalunya clash dengan aktiviti aku. Well umah aku kan aktiviti dia kalah citer Hum Sath Sath Hai. Ade je benda nak buat. Tapi di kesempatan yang ada ni. Bila kak Nisa kata umah sedara dia nak pegi ni dekat je dengan umah aku. Memang kena jadilah ni nak jumpa. Hohoho.

Susah, siyesly susah orang nak jumpa aku. Kalah president negara Uganda beta bilang. Hahaha. Ni pun after plan by plan ni. Last2 unplanning plan jugak yang jalannya.

Bermula dengan aku gi amik kak Nisa kat Hotel Perdana bawak dia breakfast kat Ayang Cafe. Ni je rancangan asal sebab masa mencemburui beliau sbb tgh hari tu dia kena gi umah sedara dia dengan family dia. Yep dia datang with family tu yang susah skit nak bg plan teratur.

Best breakfast sini. Macam-macam jenis roti ada tauu

Borak-borak-borak ada 15 minit lagi masa yang tinggal untuk dia check out dari Hotel so, masa aku nak bawak balik gi Hotel sempat la menyinggah kat area Dataran Rehal tengah bandar KB. Tak boleh jadi alang-alang dah ke sini bersama bukan orang kelantan ni, kak Nisa ayuh la kita bergambar barang sekeping dua kat sini sementara itu aku pun nama je orang Kota Bharu pastu sekolah kat area Kota Bharu, ingat ade masa nak menapak kat sini???!

Mari kita main tourist-tourist. Tiba-tiba kecek luar. hmm..

Kak Nisa pun dengan sepantas kilat jom maka bermain-main macam touristlah kami di sini. eheek..

Gaya 90an amik gambar berpropkan hanset. Tapi waktu ni kak nisa tgh bercakap nga adik dia.

Jam 2 minit lagi menunjukkan pukul 12 tengah hari lantas aku memberitahu plan baru kat kak Nisa pabila adiknya call bgtau diorang dah check out ready nak gerak ke Pasar Siti Khadijah sebelum gi umah sedara diorang tu. Deras otak aku berfikir why not aku je hantar kak Nisa ni umah sedara dia sementelaah itu jalan balik ke rumah adalah jalan yang sama jer ke rumah sedaranya.

Mula-mula tadi kak Nisa ade bgtau yang adik dia malas nak drive sebab tu dia kejar masa untuk balik hotel tapi bila sekarang ni Hafiz dah nak drive maka, rancangan playing tourist kami diteruskan. hikhikhik.

Knock knock..

Serius lah wei memang aku tak penah main sangat area Dataran Rehal ni tau. Kat sini banyak Place of Attraction seperti Dataran Rehal ni, Istana Jahar, Bank Pitis dan tempat-tempat bersejarah termasuklah kedai nasi ulam cikgu. Kalau nak ikutkan dulu kat bangunan Nasi Ulam Cikgu tu aku penah kot amik kelas Lukisan Seni Visual masa form 5 kat situ. Tapi tu lah. Manenya penah nak ajak geng jom kita amik gambar kat sini hoho.

Bukak la beta nak masuk ngeeehh.

So, Dari Dataran Rehal singgah bergambar di Bank Pitis kemudian pagar Istana yang gah itu (tak boleh masuk dalam). Pagar istana ni memang dari dulu lagi aku rasa menarik sangat senibinanya. tapi tu la nak pegi dekat memang tak penah hohoho. So inilah peluangnya.

Kalau wat muka camni dapat pitis tak??

Orang kelantan panggil duit pitis. So ni bank duit la ye dulu? Like..seriously?? hmm


Ingat kat A famosa je ade meriam ni??? (motip tanya??)


Antara masjid yang tertua di kelantan. Masjid Muhammadi.

Musim ni masjid pun tak leh masuk sangat. Bergambar tepi arca dia pun jadilah

Sight seeing diteruskan sehingga merentasi Masjid Muhammadi dan museum. Dan tak pernah aku tau kat sini ada bank Kerapu bangunan ala-ala british sangat teruja wow. Dah rasa macam Deja Vu kot-kot duk kat Vietnam ke. Hikhikhik. Mendaratkan diri di bandar sendiri. Aku yang teruja lebih kot. Kak Nisa mentain ayu dalam baju kurungnya. hahahaha.

Jika saudara bijaksana, sila teka bangunan apakah ini kerna hamba pun tak tahu juga..

Serius. Aku memang tak tau ade memorial memorial kat KB ni sebelum ni. Muka teruja giles ni

Kat tempat orang aku main sakan, apatah lagi kat tempat sendiri.hikhikhik

Menunggu sesuatu yang sulit bagi ku ~

Terus menerus ke Tambatan D'raja dan duk bergambar sakan kat belakang bangunan Hotel Riverview. Hurm elok sangat actually area kawasan ni sebab ade laluan untuk orang joging. Mirip area Hangang river gitu dengan kaler air sungai yang menyamai teh beng. hikhikhik. Best kot kalau-kalau orang ramai selain PBT jaga kebersihan area ni. Harus setanding dengan tempat-tempat luar.

Menara tinjau. Kat sini lah kot orang check jadi tak banjir tiap tahun..kot..

Selamat Datang ke Kota Bharu, kata orang Ganu

Orang kelantan yang darat. Aku rasa first time datang kat tambatan ni hahahaha

Jalan-jalan-jalan tekak rasa dahaga. Hidrate lah kot di bawah mentari 12 tengah hari. Untung tak terik sangat je cuaca hari tu. Nak kata mendung tak juga. Tapi bayang dia boleh tahan la. 12 tengah hari what do you expect?

Area belakang Hotel Riverview quite bersih sekarang. Memang sesuai untuk aktiviti riadah 

Jom kak Nisa kita lepak-lepak kat cafe sementara itu cafe tumbuh bagaikan cendawan di Kota Bharu ini. Pun begitu, lantas maklumat diinterprasikan oleh otak bahawasanya kan Kopi Mesin Heritage baru je bukak kat area sini.

 Yeah. 

Maka laju berjalan mencari arah kedai di tuju. Aku ingatkan area depan Tiny Elephant memang nak gi jalan kaki je tapi nasib naik google map dulu perghh..

Memang malas lah nak mengorak langkah sebab rupanya duk kat area Station Bas KB. Pastu nak kena patah balik amik keta. No Way. ngee.

I rasmi dulu naaa..

Maka ayuhlah kita mengambil Betsy dulu dan menghala ke Kopi Mesin Heritage. Nak aku review asing tak pasal Kopi Mesin Haritage ni?? K.. tunggu lah entri lain klu aku rajin hoho.

Bandar KB lengang je tapi kat sini ramai orang tak yah cite. Dua tingkat Kopi Mesin tu full house nasib bek je kitorang dapat seat tu pun duk sebelah mengebelah cam top kaunter gitu. Kopi Mesin Haritage ni lain sikit design dia dari Kopi Mesin yang sebelum-sebelum ni. Kalau sebelum ni aku penah review kat sini.  

Sebelum tu marilah kita sanitize dulu tangan kita yaa..

Kebanyakan Kopi Mesin guna theme kedai dia konsep simple minimalis industrial gitu tapi kat kedai ni diorang guna bangunan yang memang heritage ni dengan konsep heritage dia. Macam kedai nyonya baba gitu dengan sikit-skit barang vintage versi kelantan (demo tok kena barey) hoho.

Kata dahaga nak chill-chill sekali order mac & cheese haha. So slow dia punya service memang 1/5 la. 5 kali aku gi kaunter tanya 5 kali kena tunggu lepas staff kata sekejap~ hurmmm..

Craving for this food nowadays. hmmm

Siap kek yang sepatutnya makan kat situ kena tapau sbb lambat sangat. so sad kedai dah gempak tapi servis ke laut. Taste untuk makanan dan bavarage dia tak de lah wow sangat sama je dengan Kopi Mesin cawangan lain-lain.

First time minum sparking Blue logoon. Sedap. Not bad.

Honest review hew hew.

Jam menunjukkan pukul 2 ptg dan family kak Nisa pun dah mencari mana anaknya ni haha. So, nak tak nak perpisahan itu terjadi tanpa rela acehhh..

Memang umah sedara Kak Nisa tu tak jauh pun dari umah aku. oleh kata kampung sebelah je sebelum sampai umah aku. 

bff till jannah. Amin

Pape pun we have a good meeting, a good memory, a good talk and everything. Sehingga suatu masa kita bertemu lagi oh my sister. 

Semoga Allah menjaga orang-orang yang aku sayang. Amin.

saranghae *mini heart*


link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...