marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.
Memaparkan catatan dengan label menghitung hari. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label menghitung hari. Papar semua catatan

Ahad, 3 Mei 2020

Kenangan PKP 2020: Suatu kelainan

.: Assalamualaikum:.

Salam Ramadan al-Mubarak.

Wah. cepat masa berlalu dah masuk ramadan yang ke 10 dah hari ni. Puasa masih ok ke semua? Hik Hik Hik...

Tahun ni puasa boleh tahan lain macamnya. 10 hari berlalu dengan cepat. 10 hari lepas hujan mencurah-curah ke ladang gandum seolah-olah musim tengkujuh tapi hari ni mentari dah tak malu-malu kucing mengeluarkan sinarnya. Fuh terasa betullah ni musim kemarau. 

Kan. Lain sangat-sangat tahun ni. Kalau tahun-tahun sebelum ni pakat busy kerja. Balik kerja baru menyempat-nyempat tengok menu juadah berbuka omma. Tapi tahun ni, memang pagi-pagi lagi dah kena kerahan tenaga untuk bersiap siaga. Ho Ho Ho.


Btw kat umah sekarang ramai jugaklah yang ada. My 4th sister's family, Kak Niey masih lagi kat umah sejak balik bercuti sekolah hari tu. Lucunya lepas dua hari sekolah umum cuti tetiba PKP pulak diumumkan dan sampai sekaranglah diorang kat umah besar ni. Ha Ha Ha.

Kak Niey and anak-anak hepilah sebab selalunya seminggu atau dua je paling lama boleh balik kampung tokku. Ni dua bulan setengah. Abang iparku dah tak sedap duduk dah. Yelah kan. Walaupun duduk kampung best mestilah hati ingat kat umah dia di KL dan kampung dia kat Perlis. Sekali tersadai kat kelantan. kui kui kui. Orang utara nih bagi aku perangai dia sama je ngan orang kelantan.

" Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik negeri sendiri" 

Kalau tak, mane mungkin pekat loghat perlis dia tak ubah-ubah 😂

Waktu minggu ketiga PKP je dia hepi sikit sebab dapat menjahit PPE untuk frontliner. Menjahit is passion dia kot. So hepi lah tuan badan bila buat benda yang kena dengan emosi dia.

My sis dan anak-anak? My sis tentu tentulah hepi kepalang. 2 bulan beb. Dah la sekolah pun cuti. Huntung. Lebih tahun dah katanya tinggalkan umah omma ni. Bayangkan kak aku nih waktu umur 20 something dia sambung mengaji kat Jordan 6 tahun klu tak silap. 

Pastu kawen dengan abang ipar aku yang menetap kat KL. Dia pun dapat mengajar kat KL. Anak sulung dia umur 16 da sekarang. Balik kampung time raya dan cuti sekolah je lah. tu pun bergilir dengan balik Perlis. Maunya tak hepi kan.

 Adik-adik dia pulak evil. Huhu. Membuli kakak tak ingat dunia. Dah la tuannya kecik comel. Kena pulak buli dengan adik-adik yang comel ni. Dari start PKP sampai ke bulan puasa request nak masak itu dan ini je manjang. Hahahhaha. Dah kak aku pun dia layan kan je la.Mood omma pun makin okey sebab ade geng kat dapur. Boleh la jadi assistant baru.. Bila lagi nak tunjuk skill katanye. kui kui kui. 

Agak happening la rumah ni bila budak-budak pun ade sekali. Sakit kepada tak usah cakap lah. Haha. Tu nasib baik kakak aku yang ke 6 Kak Biey and family dah balik ke umah dia kat Machang before PKP diperketatkan. Kalau tak memang masak la keadaan kat umah ni. 

Dengan kena berebut tandas lagi. Gaduh dengan anak buah tak usah diceritakan lah. hahaha.. Tu belum lagi semua-semua orang kat rumah sebelah berkumpul. Kalau berkumpul memang selalunya dari kendurilah kat umah ni. 

Kalau biasa kita suka mendengar cerita-cerita orang tua yang pasal Jepun naik ke darat, peristiwa kemerdekaan, cerita tu cerita ni. Hope bila aku dah tulis kat sini sikit sebanyak boley jadi modal untuk anak cucu seksok. 

Tu kalau kawen. Kalau tak kawen anak sedara dan cucu sedara seksok. Aku nak cerita kat Naseeh masa tahun dia lahir niiii lah waktu itu cikda rasa sangat berbakti kepada negara dengan hanya #dudukdirumah kikikiki.


p/s: siyes x de mood nak buh gambar.. hoho.. mian..

Sabtu, 3 Jun 2017

Sepeninggalanku 6 Bulan yang lalu...

.: Assalamualaikum :.

Hi, long time no write.. Awkward tak tau nak start dengan tulis ape.



Btw, selamat menjalani ibadah puasa. Hari ni jatuh hari ke 8 kita berpuasa di tahun 2017 ni. Puasa masih lagi selamat. Hee..

Actually banyak benda nak sembang kat blog. Yelah last posting pun zaman bila entoh la. Betsy dah pun berusia 8 bulan kot. Kekekeke.. So much things happened, tapi tu lah, nak kate tak de mase tipu ah sebab aku da sebulan menganggur..kuikuikui.. ni lebih kepada malas ni..hahaha.

Btw, aku da dapat keja baru, dekat dengan rumah. Isnin depan lapor diri. Hope kat situ adalah company yang aku boleh bina career, insyaAllah. Da umur bape ase tukar keja je. ish.

Dari last posting sampailah sekarang, macam-macam changes aku buat. Tak kepada kerjaya je, even sekarang pun aku dah menetap kat tempat lain. Tak tinggal dengan kakak aku dah. Hee..

Satu persatu, Allah mudahkan urusan aku..Alhamdulillah. Seronok rasa walaupun kengkadang dibelenggui rasa ragu-ragu. Ada hikmah aku stay kat KL mencari rezeki ni.

Yelah, start dengan SL1M TM lagi aku terkial-kial nak men-stablekan diri seorang diri di perantauan. Half way SL1M aku dapat offer kerja kat company lain, so aku decide untuk terima offer tu.

Hanya Allah saja yang tahu betapa aku struggle kat company tu. Dengan staff 5 orang termasuk boss, bayangkan macam mana nak handle workload yang ada. Nak buat project mega-mega tapi, profit company ciput, benefit staff langsung tak de. Almost 8 bulan kat sana rasa insecure tahap gaban. Sebab tu lah aku terpaksa berpindah dari duk umah sewa ke rumah kakak aku buat sementara waktu sebelum decide nak berenti kerja kat situ. 

amal doa ni, insyaAllah Allah buka jalan
Yelah, nak berenti kerja kat situ jiwa kena kental sebab bersimpati dengan nasib company. Dalam tempoh aku keja tu (8 bulan) 4 orang staff cabut lari sebab tak tahan. So, demi tak nak diri ini diekploitasi secara berlebihan, so aku tekad untuk quit. Aku kalau boleh nak kerja dengan perasaan hablumminallah wahabluminannas. Tapi kalau hari-hari dengar perkataan makian (certain staff), perangai unmatured and any benefit tak de pun kecuali sales allowance (tu pun untuk cover duit minyak time kuar pegi site or meeting sebab tak leh claim mileage). OT tak yah cakap sebab memang tak de. Penah jugak sebulan aku jadi Admin kat office sbb staff yang cabut tak berganti-ganti. Aku bgtau bos, dia kate aku assist keja admin utk dia sedangkan keja aku pun berlambak. 

Gaji keja situ ciput je dan gaji lak tak tentu masa dapat. kejap awal bulan (penah dapat 5hb tu pun lepas tanya bila gaji, bila gaji), kejap hujung bulan. Kite ni pulak jenis yang nak settle commitment hujung bulan. So kengkadang tu kena dahulukan duit simpanan kecemasan kalau gaji tak dapat-dapat. Tu kalau ade simpanan, time tak de? Bayangkan struggle tiap-tiap bulan nak settle PT (btw da abes bayar yeaaa), MARA (tak terusik lagi, huhu), Betsy, belanja harian, takaful, minyak keta, tol, Umobile, itu dan ini. Kerja memang semata-mata untuk make sure comitment langsai.

Lepas bagitau bos aku nak berenti (atas sebab yang lain, aku tak pakai alasan yang sama dengan staff lain bagi), seriously beban rasa ringan even lepas ni aku tak tau cane nasib menyebelahi aku. Yang aku yakin, Allah akan beri peluang yang lebih baik. Itulah harapanku. Aku harapkan keputusan aku buat adalah keputusan yang tepat. Amiiin.

Actually aku suka je keja aku..tapi memandangkan bos cenggitu..

Site visit at Gurun, Kedah
Detik-detik hepi sepanjang tahun 2017 sepanjang keberadaaan aku di KL ni aku kire sebab satunya,aku enrole kelas BAHASA KOREA kat KTO buat aku rasa semangat untuk berjuang di KL ni. Sejujurnya aku lonely giles. Kengkawan dikala senang ade, tapi kengkawang dikala aku nak share my thought tu susah skit. Kawan-kawan baru kebanyakannya muda remaja, approach dia lain macam skit. So, aku pun duk la merindui kengkawan di zaman Hilton. Yang masa-masa rasa nikmat ukhuwah fillah till jannah. Yang jadi best lak, sekarang ni aku stay dengan saranghea cingguya kot. Hahaha. So, nikmat Allah yang mana nak aku dustai lagi sedangkan Allah dengar rintihan dan luahan hatiku yang dahaga kasih.. ngee (ayat nak lelebih). 

Lepas amik keputusan nak quit, everyday I read this surah. Pergantunganku..alhamdulillah
Things happened masa bulan 3 masa tu Fara gtau ade budak umah dia nak kuar. Ekceli tahun lepas lagi rasa nak menyewa sekali ngan Fara, tapi area tu MRT x siap lagi. Pastu lak Betsy belom wujud. So, tak leh la nak proceed lagi. Tapi masa bulan 3 baru ni tgh duk usha-usha umah sewa since tak elok menumpang umah kakak lame-lame, diorang sekeluarga pun nak privasi gak (aku pong..hee), rezeki aku tuk menyewa sekali ngan Fara. Pastu pun Dila pun sekali menyewa kat situ. Best gile rasa. Cam kembali ke alam MISDEV. Hee..

Saranghea Cingguya
Even time tu aku tak sure berape lama aku boleh bertahan untuk kerja kat company lama, tapi aku proceed plan untuk pindah ke rumah sewa baru. Aku sendiri pun takut dengan decision aku time tu. Takut menyusahkan ramai pihak. Takut aku wat keputusan tak tepat. Tapi time tu jiwa aku memang da lesap dari company tu. Aku doa banyak-banyak, minta dpermudahkan jalan. Dan inilah jalan yang aku lalui sekarang. I am no more working there. Hope new place bring me more happiness. Betullah doa itu senjata mukmin walaupun aku ni jenis liat nak bangun qiam..huhu..


Di bulan yang mulia ini, marilah kita banyak-banyak berdoa. Semoga kehidupan lebih indah pada hari mendatang. If my boss felt I was betrayed him, he should remember what was he done to his employee. I am the one who is victim here being overused. What ever reason I have made, my decision to quit the job is genuine. I also have my choice.





Isnin, 16 Januari 2017

Aku dan Betsy Areumdaun

.: Assalamualaikum :.

My first car-Axia Advance

Nak memiliki keta adalah antara salah satu impian aku. Yelah.tengok sonoknyaaaa orang ade keta senang gerak sane sini. Kite jugaklah yang pakai bas nombor 11 (aka kakiku kaku kok kaku kaku kuku kaki kakakku) ke sana kemari. Bertemankan driver bas dan kengkadang tak de driver pong (LRT).


Impian tu aku simpan sejak mula-mula aku stat keja Skali Web Services Sdn Bhd dulu. Maklum la, berkerjaya katenya. Tapi disebabkan masa tu kereta bukan satu keperluan yang penting untuk aku miliki sebab office tepi umah, x de kuasa aku nak beli keta pastu park je. Parking lak kena bayar. Tak berbaloi. Maka duet gajiku perlahan-lahan aku kebumikan dalam bank agar suatu ari nanti aku boleh pakai at least buat bayaq muka kereta pun jadilah..


Tu cite 2013. 2014 aku continue study kat Penang. Thx to Aniem and her beloved Saga Arobat bernama Azizah, sepanjang pengajian di sana Azizah adalah penyelamat terlaju di abad ini. Hmm.. tapi sepanjang 2 thn tak pulak aku berani bawak Azizah huhuhu.. Bukan ape, cheq x berani bwk manual..ahahahaha.

2016. Masuk TM, bahang-bahang ingin memiliki kereta mulai timbul lagi. Ape taknya, terasa gak la ngan staff sane sbb aku tak berkenderaan jd sukar ak nak gi ikut utk pegi site. Lantaran time tu rajin pulak nak kena standby malam kat Cyberjaya. Nasib baik aku SLIM, so x de kenderaan bley jadi excuse paling munasabah la klu tak pegi. Tapi still rasa tak best sbb tak perform. amboi.haha..

Dan, bila da dpt keja baru, aku banyak nak kena travel keja luar even position aku time tu Inside Technical Engineer. Patutnya tak payah kena gi kuar, tapi staff x cukup, terpaksalah aku juuugaaaak yang kena. Back up keja orang je nasibnya.

Pulak tu pandai janji ngan boss masa interview 3 bln lps keja, insyaAllah aku ade kenderaan sdiri. Nak perform katenya, janji kena tepati. Tapi aku dapat keta awal sebulan.  

So, keluarlah Betsy Areumdaun merahku officially bulan Oktober 29, 2016.

Betsy Areumdaun keluaran Perodua jenis Axia. Aku pilih kaler merah sebab aku rasa kuning Axia tak lawa. Nak keluarkan Betsy pun ade jugak pancalobanya, tapi segeera aku selesaikan.kekekeke.

BETSY Areumdaun. Kata orang, lebih mesra kalau kita letakkan nama untuk kenderaan kita. Axia tu nama standard, kat kiri kanan pun berlambak Axia. Lebih-lebih lagi kaler merah. Dari jauh da nampak. That's the main reason aku letak nama Betsy.

Gugusan kunci-kunci

Ape maksud Betsy Areumdaun? Betsy tu aku just google je nama apa seswai untuk kereta. Bermacam-macam nama kuar, tapi last sekali aku pilih Betsy coz I bet my life to get Betsy this time. BET become Betsy. Areumdaun ape benda pulak. Haa.. Second name Betsy adalah perkataan Korea. Maksud dia cantik, Beautiful. Seswai dengan Betsy yang merelip lap lip lap tu..kekeke. 

Coz this is must to picture picture. kekekeke


First present for Betsy Areumdaun. 

Sebelum aku keluarkan Betsy ni, aku kalau boleh nak second hand car je. Tak kesah sangat second hand pun janji sampai ke destinasi. Tapi second hand pun ak tanak keta lain. Aku nak Kelisa je. Aku memang dari kecik lagi mata aku duk pandang Kelisa je. Macam comel je. Macam kecik je. ku suka. Semangat sampai contact agen cane nak beli keta second hand Kelisa. Harga yang ditawarkan time tu boleh tahan mahal jugak even Kelisa ni dah lama dah dihentikan pengeluaran tahun 2007 kalau tak silap.Dia ganti Viva, adik Viva, Axia bentuk nak same sepupu dia MyVi tapi enjin kakak dia. Tapi harga Kelisa boleh tahan. Paling murah agen tu cakap RM15k. Masih cantik dan elok katanya.

Since aku pikei, bayar sekali harung terus x yah bayar bulan-bulan dah. Kata teori aku, memang aku nak angkat jadi dah tapi pandangan family aku lain. Diorang cakap kalau nak beli elok beli yang baru, tak banyak karenah. Second hand belum tentu lagi. Lebih2 lagi keta yang berusia nak dekat 10 tahun. Process nak beli keta second hand stuck jugak la jadinya lebih-lebih lagi agen tu duk kelantan, aku duk KL. Memang susah la benda x de depan mata. Sape nak carik keta second hand area KB bley la contact Fizi (013 924 1907). Dia sebenarnya suami kawan aku.


Tak jadi amik keta second hand, teros angkut keta first hand. ngee.. terpaksa la komit tiap2 bulan. Btw, aku hepi bertemankan Betsy ke sana ke mari. Sebelum ni, skill drive aku tak de elok sangat pasal bukan selalu ade peluang bawak keta. Tapi sekarang insyaAllah improve sikit demi sikit. Thx gak kat opis mate aku sbb diorang sudi kasi aku bwk keta diorang sebelum ade Betsy.

Mujur ade WSE Tira yang banyak kali aku drive sebelum dpt Betsy..kekeke

106 bulan terikat ku dan Betsy. HAPPY 77 DAYS Betsy Areumdaun!

Isnin, 8 Februari 2016

Ke Korea Tourism Organization (KTO)


.: Assalamualaikum :.


Hari Selasa lepas aku berkesempatan wat lawatan mengejut ke KL. Tujuan asal untuk gi iv keja, pastu tetiba jadi backpacker di negara sendiri pulak..kua kua kua..

Pape pown, lawatan mengejut ni berjaya dijalankan dengan jayanya.. ahahha.. ade cenggitu.. Niat asal memang gi iv, tapi da alang-alang iv kat KL, ape lagi.. ke KTO lah kita untuk amik mood aura Seoul.. bhahahaha..giteww..


Tunggu Nara shi punya pasal 7 kali monorel datang tau..

Actually, tujuan ke KTO ni ade hajattt besaq, iaitu utk dapatkan T-Money n tiket shuttle Bus (Gapyeong City Tour) secara FREE.. diulangi...FREE..

Sebelum menjadikan kedua-duan benda tu free, kena la jawab survey dulu tau..baru dapat.. 

Nak ke Korea katenya bulan Mac nanti..heee *Happy* jadi kedua-dua ni penting tau.. jimat dalam 10,000 won tau..

Maka tanpa melengahkan masa sambil excited untuk dapatkan dua perkara utama tu, sampailah aku, Fara and Nara Shi kat bangunan Hap Seng Plaza, KL.

Hap Seng Plaza ni senang je nak cari.. dari KL Sentral, naik monorel ke Bukit Nanas or Raja Chulan, nanti korang kena jalan dalam 10 minit untuk sampai ke Hap Seng Plaza tu, tingkat bawah .. tips dia..tanya orang mane bangunan Hap Seng in case orang tak tau KTO tu ape..kekekeke.. untuk maklumat lanjut layari website dia..hee


Yang sepatutnya 10 minit akan jadi lebih dari tu sebab setiap langkah mari kita selfie dulu..kekekke


Sampai je kat ground floor Bangunan Hap Seng tu, korang akan jumpa office diorang, bertemakan Jeoson Era.. So, korang akan excited cam kitorang la nanti..haha..btw.. office dia kecik je..







Btw, unnie yang jaga counter tu orang korea, jadi bonus la kalau korang reti cakap korea..kekeke.. siyes lawa.. sorang lagi orang Malaysia, tapi langsung tak pandang kitorang atau buat contact pong, tak tau la busy benor packing coupon or sombong.. langsung tak layan even aku tegor.. unnie korea tu okey la jugak..tapi x ramah dan mesra, tapi at least dia respon la kalau tanya pong.. kekekke


So, keadaan office dia sunyi je, tak de orang sangat, so cepat la settle keja kitorang..lepas dapatkan T-money n tiket shuttle bus Gapyeong ( ade jugak coupon lain-lain cam Deamyung Vivaldi Park, Yongpyong Resort, High 1 Resort, mount Sorak shuttle bus dll).. kitorang pun meninjau la dalam office tu..


 Siyes, banyak templete yang berguna untuk di tengok-tengokkan...



Tanpa membuang masa, kita pun ambik lah apa yang berkaitan..kekekkeke


ape lagi.. masa untuk pakai hanbok :D... tu pun antara tujuan datang ke KTO ni..hahhaha.. Janga tak tau, setiap jenis hanbok ade function dia sediri.. sape tengok cite Sungkyunkwan Scandal (Joong Ki Oppa belakon), Aarang and The Majistret (Shin Min Ah) atau mane-mane historical Korean drama akan tau la kan function hanbok-hanbok ni kan.. hanbok ni comel tau.. menutup aurat lagi...kekekkeke..

 

 Comel kan hanbok ni..

 
 Ade gaya jadi unnie tak?.. ahjumma tolak tepi...kekekkeke

Baju ni banyak kuar dalam cite Sungkyunkwan Scandal.. sebab ni hanbok tuk scholar.. baju sekolah la kot..hahhaha

 Ni sape hanbok untuk ape??.. aku agak ni hanbok warrior sebab masa tengokcite Empress Ki, Tal Tal selalu pakai baju ni..eh..yeke..kekekke..



 Ni hanbok Hua Guk Mama kot..kekekkeke..

Add caption
King Sajong...kekekkeke


 Splash Splash Love!..LOL!



 Amboi.. ade gaya tak..kekekke

Twist plot ..Kawen ngan Raja.. berchenta dengan scholar.. isk..

Selumber je kitorang duk main tukar-tukar hanbok kat situ.. unnies kaunter tu tak layan kitorang pong, tak marah..x melarang..makin galak la kitorang duk salin-salin hanbok ni.. lagipun tak susah pun nak pakai..sarung je..

penat main kat situ.. kami pun chow.. kekekeke..

Gi Time Square, makan dan main lagi till drop.. kekekkeke...




to be continue ?.....

Jumaat, 18 Disember 2015

Sem 3: Disertasi, I heart You!

.: Assalamualaikum :.

Hee.. I'm coming home, tell them I'm coming home..


jangot skit...


Selepas beberapa seketika menyepi..akhirnya rajin jugak jari jemari ni menekan keyboard mengarang cerita kat blog..hee..

Well, apa boleh buat..kehidupan sem 3 sebagai Master student ni tak sesenang biasa... Banyak aktiviti dan kerja-kerja kena buat..kena uruskan..sampai tak ade masa nak menaip blog.. huuu..

Tapi jangan risau.. cerita beta akan disambung balik..lantaran beta telah pun hantar disertasi kepada ISDEV.. Alhamdulillah.. ala kulli hal.. disertasi dapat disiapkan dalam masa yang agak terhad.. bayangkan untuk sem 3 ni.. banyak benda MISDEV14 terpaksa handle.. nak tak nak.. kena lalui dengan hati yang tabah dan penuh bertekad cemerlang.. sekarang..tinggal final exam je lagi..

heee.. alhamdulillah..syukur kepada Allah SWT atas rahmah dan kasih-sayangnya..

Kelas MISDEV 14 pun dah berakhir dengan berakhirnya kelas Pembangunan Insaniah yang di-lecture-kan oleh Dr. Syakir. Kelas last pun ade jugak kelakornya..kekeke.. ciyes nak gelak kalu throw back..kekekeke..


Sepanjang peninggalan beta dari blog ni.. kebanyakan antara moment-moment indah adalah bersama MISDEV14 dan ISDEV la..dengan sape lagikan.. nama lagi student ISDEV..kui3..


Lepas je Majlis Hari Raya Aidiladha ritu..kitorang tak boleh duduk diam pun..ade je tugas menanti..

Dua minggu kemudian, aku kena bentang draf disertasi..oh no!..masa ni sangat lah tak bersedia, sebab bab 4 dan bab 5 aku masih tak bertulis lagi.. bayangkan masa cuti sem 2 ritu, masa aku digunakan di Brunei.. bila masanya otak nak ready nak menulis.. bab 4 dan 5 bab kritikal kot.. bab nak menganalisis.. nak mendapatkan dapatan kajian bagai.. dan sebenarnya aku tak prepare mentally yang aku kena present 2 minggu lagi.. masa undian dibuat..aku minggu ketiga!..


done presentation!


Well, berkat belajar kat ISDEV dan hasil desakan (secara berhemah) oleh Mama supervisorku..maka..dalam masa seminggu aku berjaya memerah otak dan membuat analisis secara kritis (la sangat).. haha.. So.. masa hari present (ala-ala viva, tapi since we ouls mixed mode x de viva).. tak ade hentaman padu yang dapat..dan penambah baikan dikeutarakan oleh setiap lecturers dan of coz dari penilai sendiri.. banyak jugaklah idea bernas yang dicadangkan oleh penilai.. untuk itu..sangat-sangat lah berterima kasih kepada Dr. Shukri atas cadangan yang bernas.. ngee..

Katanya, bab 1,2 dan 3 dah cantek dah.. cuma bab 4 dan bab 5 kurang umph!...

(seminggu je kot mengarang bab 4 dan bab 5).. kui3..

bab1, 2 dan 3 tak umph! lagi tak tau la.. sem 2 tu boleh cakap tiap2 minggu berguru dengan Dr. Sue.. kekekeke..


lepas abis presentation, kitorang ade masa lebih kurang sebulan untuk repair dan repair sebelum dihantar untuk evaluated..

maka..dalam tempoh sebulan yang macam2 ada tu lah.. kitorang merepair dengan penuh kasih-sayang..hohohho..


Uri cingu!


dalam me-repair disertasi, jangan dilupa bahawa, workshop INGRAW pun hangat berlangsung, dan dan INGRAW ni wajibbb kepada MISDEV14 dan RISDEV untuk jadi presenter.. Fuh!.. Kena prepare paperwork lagi, present lagi..

Lepas je INGRAW selesai, kitorang kena pulak join program terbesar MISDEV iaitu Kem Pembangunan Insaniah. KPI ni adalah kerja kursus yang wujud dalam course outline. kire semua tugasan dan gerak kerja akan evaluated by lecturers. So.. bekerja keraslah kami dalam menjayakan KPI..huhuhu..




Lepas je KPI, conference IDMAC pulak menyusul, tapi sebab tema IDMAC tahun ni berkisarkan Islamic asset, maka, budak2 aset je la yang kena kerah buat paperwork, yang lain (termasuk aku) tukang tengok orang bentang je la..hoho..

tukang tengok..tengok je la..ho ho..



dan pejam celik..pejam celik..sehari lepas IDMAC, kena hantar disertasi..
so kalut lah semua rakyat MSDEV14..kekeke..




tapi alhamdulillah.. da ciap hantar nih.. lega rasanya.. satu beban da bertukar menjadi something yang insyaAllah berguna :D...

Now.. masa untuk??..

haha..

for me..of coz la nak carik kerja..huhu..
me not so remaja la klu asik duk bawah ketiak parents lepas abes study..
so.. prepare for next task..!

Doa-doakan lah aku dapat kerja.. masa untuk spread resume..huhuhu..


Ahad, 5 April 2015

#throwback: Pindah dari Single Room ke Flat University


.: Assalamualaikum:.

heeeeee..

annyeong oulss.. sihat tak ni?? heee

Ingat tak lagi entri ni yang aku duk bercereta pasal mula-mula datang USM and dapat bilik single room?? tak ingat.. tekan sini recall cite "MASUK HOSTEL" tu balik...huuu... alkisahnya..

haa.. ni bilik aku yang single tu.. teruja gile bila dapat bilik ni.. sesapa nak apply master kat USM, boleh la apply bilik kat HILTON.. HILTON untuk student master je..


tapi tapi tapi.. sekarang ni aku da pon berpindah dari bilik yang kiut miut dan comey lotte tu ke bilik baru..heee... sebabnya.. sebabnya.. bilik baru ade pantri dan bilik air yang khusus.. x yah share ngan orang len kat level tu.. betul-betul duk dalam bilik sdiri.. teruja i bila dapat tau ade bilik sebegitu rupa kat hostel ni..

 ape lagi.. drag Aniem sekaki biar dia rasa keterujaan diri beta ni.. kot-kot dia berkenan nak register hostel..sebab bunyi ade pantri..kekekeke.. memang dia pun same teruja dengan beta la.. hahhaha.. so.. sebelum berakhir sem lepas dia pun apply la masuk hostel gak, sambil aku pun wat surat bagi kat management untuk pertukaran bilik dengan alasan-alasan yang bombastik tahap lima iaitu.. aku cakap aku clean freak yang tak bley kongsi toilet ngan orang len ..alasan yang tak bley blah.. tapi seriously toilet dia sempit giless.. aku yang saiz s nih pun bley complain toilet tu kecik.. apatah lagi orang yang double saiz dari aku.. kan..

rupa terletest bilik single aku..

amboi.. throw back pown panjang ke main.. tapi citer kat bawah lagi panjang.. ahaha.. sila sediakan popcorn key..

masuk sem baru, aku still x dapat lagi  news dari either UPPU (unit perumahan USM) or Bakti Permai Management sama ade perpindahan aku nih lulus ke tak.. standard lah management kan..tak di push tak gerak.. sebab news Aniem dapat ke tak masuk hostel pun tak de khabar berita, so aku redha je la kalau tak dapat masuk flat uni tu pun..

 lagipun aku da kamcing ngan budak2 course aku yang satu level (Fara, Dila, AAB, Puteh ngan Tikah) dan close ngan Gan, chinese depan bilik aku.. so.. no hal laaaaaaa kalau tak pindah pun (pujuk hati beta lantaran tiada khabaran dari UPPU ngan BPM nih).. even toilet makin teruk keadaannya (kotor + kerosakan tak direpair, just tampal notis kitorang x bley pakai toilet untuk sementara waktu ) + bahang gilessss bilik aku sampai rasa cam kat sauna..

 tambah-tambah lagi bila malam menjelma.. selalu je aku ngan Gan mengomel pasal benda ni..haha.. lagipun time nih aku busy giless dengan correction disertation..so tak la feeling nak pindah bilik da..

sorry.. terpanjang lagi..ahahahhaa..



sampai la bulan 3.. di mana UPPU call Aniem dia dapat masuk hostel da.. dapat masuk FLAT UNIVERSITY..wah... aku plak yang terujanya.. time tu aku balik kampung.. so nak la jugak tau aku punya status pertukaran ape cer so call la UPPU... UPPU cakap dia tak dapat pun surat dari aku.. whatt??.. maksudnya BPM tak hantar pun surat aku kat UPPU ke camne??..tapi sebab aku duk kampung time tu.. susah la kalau everything nak settle by phone..

Aniem time tu pun da excited nak try masuk bilik baru even dia pun dalam dua nak masuk bilik baru ni sebab dia sebenarnya da serasi dengan budak-budak umah dia.. tak tahan dapat je kunci terus gi bilik tu dan bersihkan.. semangat gile dalam duk confuse nakmasuk hostel kex nak kan...kekekekke


Minggu depannya, balik dari kampung teros gi UPPU untuk settle kan permasalahn kat atas.. tapi jawapan yang sama jugak aku dapat dari UPPU.. nak tak nak, aku kena la gi BPM pulak,so ke sanalah beta.. so..cakap la ape masalah aku.. tapi BPM cakap tu UPPU yang uruskan untuk tentukan bilik.. dia wat alasan bilik yang aku apply tu full.. boleh pulak gitu.. terang-terang masa aniem masuk bilik tu, cam da setahun bilik tu tak de penghuni.. sekarang dia sorang je.. so partner dia tak de la.. tak puas ati gi pulak UPPU cakap benda yang akak BPM tu cakap..

akak UPPU pulak mintak surat dari aku yang menunjukkan aku nak request pindah tu.. cakap pakai ayaq liuq x pakai.. aku cakap surat tu ade ngan BPM da bagi diorang.. aku ingat diorang akan bagi surat aku tu kat UPPU.. nampak gayanya..aku sendiri lah ni kena amik dan bagi UPPU.. so ke BPM lagi lah aku untuk amik surat itu..

rupanya surat aku bagi kat BPM tu tak disentuh pun oleh BPM.. dia tengok masa time aku serahkan tu je sbb kat situ ade cop tarikh serahan..30 DIS 2015! tak ke kecik besaq kecik besaq aku tengok akak tu.. boleh-boleh bagi alasan yang diorang tak leh nak proses surat aku buat masa sekarang sebab application untuk hostel da tutup dan yang ade masalah kesihatan je boleh di layan..

 so aku cakap lah kat akak tu tu bukan salah aku sebab aku hantar surat tu tahun lepas lagi.. tau pun rasa bersalah sebab lepas tu kendur sikit suara dia mengaku dia tak sempat nak proses surat aku sebab sibuk~.. (agak-agak kalau aku bagi alasan kat Dr Su tak hantar disertation sebab sibuk hangin tak Dr kat aku kan.. gitu la feeling dia time tu).. tapi sebab aku ni berfikiran waras dan murah dengan kata-kata yang berhemah dan senyuman, aku tak de la angin sangat dan ke UPPU untuk serahkan surat tu..

 tapi-tapi-tapi.. di UPPU sekali lagi.. lepas baca surat aku, akak UPPU pulak cakap, any pertukaran yang dalam kawasan kolej kediaman, management kolej Kediaman je terlibat.. kire UPPU tak terlibat la.. maksud akak tu, application aku nih bulih je lulus tanpa UPPU kalau ade bilik.. PULAAK!..

ke BPM lagi untuk confirmation benda ni, dan akak BPM cakap, BPM bleh bagi bilik tapi kena pengesahan UPPU..aahh... siyes..kat sini aku jiwa kacau.. gile hape dua-dua unit ni.. gini ke management lepas bulan-bulan aku consistent bayar segala jenis mak nenek fee, deposit tu dan ni.. gini ke..gini ke.. nasib aku tak sawan je kat depan opis BPM tu..

kalau tak.. eh.. tak nak la aku.. dari sawan baik aku settle kan benda ni cepat-cepat (at least aku dapat sahkan aku memang tak de harapan nak pindah ke flat universiti baru la aku stop ulang alik UPPU-BPM, selagi ade harapan walaupun 0.00001% aku still sanggup- tu niat aku masa nak buat penda bodoh ni)..

maka sekali lagi aku ke UPPU sebab kata akak BPM aku kena start all over again same cam awal-awal aku apply hostel masa mula-mula masuk USM!.. sebab dia.. rate hostel yang aku duduk sekarang ni lain dengan flat uni...

haa.. bengang x??.. kalau dia cakap awal-awal lagi bahawasanya aku patut isi borang sama cam dulu-dulu kan tak payah la aku berulang alik meng-kurus-kan badan yang sedia tak de isi ni.. FYI yang aku duk berulang alik tu aku pakai kederat dan kaki aku je.. takde nak bermotosikal ke hape..

boley imagine betapa exhausted tak aku time tu..

lepas isi borang, akak tu pun cakap.. borang ni akan diproses dalam 2 minggu lagi..

so.. akan aku menapak ke UPPU atau BPM selang 2 minggu lagi nak test diorang ni betul2 ke berkhidmat untuk warga USM seperti yang dicanang-canang tu atau buat kerja sekadar melepas batuk di tangga... tungggguuuuu entri seterusnyaaa...

throwback sangat nih..ciap ade bahagian ke dua..ahahahha..

btw ingat tak entri ni "MUSIM BUNGA DI USM PENANG" ade la skit aku ngomel pasal management hostel ..hoho..

peneman aku dikala berulang alik dari UPPU-BPM

Khamis, 5 Februari 2015

selamat tahun baru 2015!


.: Assalamualaikum:.

Hai semua.. haha.. wujud lagi rupanya blog beta.. post pertama untuk tahun 2015..kekeke.. selamat tahun baru semua.. walaupun sedar tahun baru berlalu selama sebulan 4 hari tapi masih lagi nak wish.. ntah apekebendo lah beta ni.. haha.. baru bulan februari ape.. still di awal tahun ape..la la la..

yeah..yeah. beta sedar beta tak menyonteng blogni hampir 2 bulan kan.. so.. ade sesape windu wink wink kat i tak.. kalau tak windu wink wink kat i pown x pe asal windu nak membaca gaya mengarut beta mengarang careta.. kih kih kih..yang tu paling penting selain korang tekan iklan-iklan nuffnang yang ade tu..ho ho ho..

banyak benda terjadik sebulan dua nih.. sampai x nyempat2 nak bercareta kat sini.. ye lah banyak sangat sampai blank otak beta.. sekarang pown still blank..dan tak de mood nak mengarang.. tapi disebabkan mata beta yang tak mahu pejam.. maka.. beta memaksa tangan beta menari di atas papan kekunci ini..

okei la.. okei la.. kita summarize je lah ape yang terjadik sejak kali terakhir beta menulis ye.. tak de benda sebenarnya.. biasalah sebagai student mithali mak sedara yang sejati.. ari-ari beta mengadap proposal disertasi-jumpa mama su selaku supervisor beta- meeting-kelas- baiki proposal lagi-jumpa mama su lagi-exam- dan tetiba.. negeri beta dilanda banjir besar.. fuh..yang banjir tu memang tak sangka jadi sangat teruk.. memang sepanjang idup beta.. negeri kelantan tak penah kena banjir seteruk tu.. tiap-tiap tahun banjir, air limpah skit sini sana..perkara biasa lah.. tapi tahun lepas.. seluruh kuala krai jadi lautan..subhanallah..kerja Allah.. sape kita nak tolak..

anyway.. bukan kelantan je yang kena banjir.. rentetannya.. sampai awal tahun ni pun negeri-negeri kat pantai timur teruk ditimpa banjir dan serawak yang tak penah banjir pun.. ditimpa sama..

masa kelantan dilanda banjir teruk tu.. sama tu musim study week.. tapi sebab penang-kelantan tu tak dekat.. mana-mana info pasal banjir haruslah memenuhi news feed fb beta.. study week terus jadi scroll week.. setiap minit dan saat duk scroll je keja beta..bimbang la..sape x bimbang semua sanak sedara, adik-beradik,famili.. crush-crush semua kat sana..hohoho.. alhamdulillah tahun nih.. kampung beta pulak yang tak banjir..biasanya banjir la jugak sehari dua..air laut pasang.. tapi baru ni.. air bah x de pong!

abes je exam 31hb.. 2 hb teros chow balik kelantan.. balik ngan flight sbb masa banjir tu dengar cite jalan grik x leh lalu sbb tanah runtuh. punah harapan nak ke kl, kononnya nak hopping kesana kemari dengan adik beta..sambil tunggu adik bongsu beta abis exam..kononnya la.. last-last amik keputusan balik kampung..alang-alang..mane tau bley rasa gelombang ke 3 pulak..hoho.. tapi walaubagaimana pun.. gelombang ke 3 tu x menakutkan cam gelombang ke dua.. so.. beta x sempat nak merasai kalut malut bah besar 2014.

duk kat kampung... spesificnya kampung sabak ler... cam biasa..hari2 normalku bila di rumah..bersama2 che , ayah.tokku som, tikah, abe e, abe yi.. dan tetiba.. une ada kat umah.. huh!..hampeh.. balik kampung x oyak pong! dah la duk penang..x rajin pown bawak aku derat..desis hati beta terhadap kekanda yang ke 11..

tapi rasa sunyi gop bang bil x dop kat rumah.. mace.... x lengkap.. gitewww... bang bil kan egypt
loni.. hilir gituww..hoho.. untung laa bulih main salji makan strawberi..

kehidupan kat rumah bangun tido-breakfast-laye tok ku som- crochet-gi kbmall- sepetang bersama anak buah- nyipe dapur- maharaja lawak mega (1st time aku jadi peminat MLM..haha)-misi bantuan banjir-tido

(eh.. biasa akan gi pantai..)

ho ho ho.. abih-abih pong duk perang nga tikah n iwa.. haha..~

 tapi.. x sempat nak rasa boring duk kat umah.. tetiba..sekarang.. masa ni.. aku berada kat penang.. tanpa aku rasa bersedia nak kembali....sadis.. tapi.. tak apalah demi mu.. disertasi dan usm dan mama su.. soob...

 nak balik~..sobbbbbbb..


gambar??.. urm.. imagine je aku tengah senyum..nge~




Ahad, 30 Oktober 2011

Masanya sudah tiba..

.:BismillahirRahmaniRahim:.

yeaa ..
akhirnya laman web BPA ums bhgian konvokesyen dah pun update diorg punya site ..
ari tu call bagitau ari isnin (yakni esok) baru akan dibuat open secara public ..
ayyo... (punya la x synchronize dia punya maklumat)
apa2 je la asal penantianku penuh debaran berakhir okeyy~ ....




saya sayang UMS balik..haha..~
tapi part yang paling saya tak suka adalah 
ANDA BERHUTANG!!...
benci betul..

katanya caj elektrik (eh..Uni awam pun caj elektrik student ke byr..apsal uni2 lain x de punnn~)..
orang yang tak duk hostel pun dengar kabar kena charge gak..
ape kes ni mr UMS~..
heran gak..
apsal la diorang x masuk terus masa dalam yuran masa awal2 sem dulu..
takkan la concert MLTR and FFM ari tu x leh back up bill letrik UMS kott~~..
ke ade apa2 niee???~~~ (haha..soalan ni..bukan tuduhan~)

okey..
hal saya dah settle..
debaran dah berakhir..
tunggu 24 nov  n fly pegi sabah..
settle hutang n amik jubahh (part yang saya dah tak sabar..haha)..
harap nanti bleh jumpa geng2 yang selalu dirindui la..termasuk lah...tetttt...~~~

hmm..
sebenarnya ari ni adalah ari bersejarah buat my lobely 14th sister..
sebab ari ni dia berkonvokesyen untuk diplomanya..
dan diri ini..
sob..sob..sob..
last minute meeting x dapat join untuk meriuhkan suasana konvokasyen UiTM dungun..
atas sebab..
kena jadi nanny untuk anak2 buahku tercenta pasal mommy n daddy diorang pegi konvo adikku tercenta itu..
tp anak2 diorang akn start peksa akhir tahun hari ni..
disebabkan diri ini adalah aunty yang paling baik di dunia..
maka..
diri ini sepenuh rela sanggup mengambil alih tggjwb tersebut (cewah ayatt~)..
tapi diri ini x berkeseorgan sebenarnya pun..
abang I, seorg MA dah balik umah..
sorang lagi abang I yang hari2 I jumpa pun ari ni baru bertolak ke Tganu..
n adik lakki I seorg hafiz..
pun ade kat umah..haha..
rupa2nya x keseorgan langsung pluss 3 orang kanak2 rebina itu..kuikuikui..
dramatik je lebih ni..

gambar ni special edit untuk adik kesayanganku yang akan menerima diplomanya hari ini..sapa nak mengorat beliau..sila ke blog nya..nak tgk muka dia..tuu..yang tengah melompat tu ..beliau la..hahaha..

 so..
secara officialnya..
x penah berlaku dalam sejarah NLSB,
empat orang adik beradik bakal bergraduasi serentak untuk tahun ini...
 happy..happy..happy bubble..lalala~la...



p/s: agak2 kawin nanti kena serentak jugak ke??..haha..

Isnin, 24 Oktober 2011

sayang!

.: Dengan menyebut nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani:.



saya sayang UMS..
sebab UMS la saya boleh naik kapal terbang buat pertama kalinya
saya sayang UMS
sebab UMS la saya boleh kenal sabah
saya sayang UMS
sebab UMS la saya dapat berkenalan dengan kawan-kawan dari semerata dunia
saya sayang UMS
sebab bagi peluang saya belajar benda yang tak pernah saya suka
saya sayang UMS
sebab UMS la mengenal saya dengan tarbiyah
saya sayang UMS
kerana mendefinasikan makna cinta untuk dia
saya sayang UMS
saya sayang UMS
saya sayang UMS!!!

tapi ketahuilah rasa sayang boleh berubah sekelip mata..
gara-gara hadir perasaan tak berapa sayang...
sebab lama menunggu...
jenuh...!!!!


apasal la pengurusan  BPA UMS lambat sangat!!!!!!!
(marah kew ape ni~~~) 
 
 adik beradik saya dah lama tau bila diorang konvo bagai...
tapi..anda...
jangan la buat saya berdebar-debar tanpa sebab...
saya tak suka...
di ulangi.. tak suka..
diulangi lagi ...tak suka..
saya nak konvo tauuuu~~~~..


p/s: try tengok print skrin tu..ari ni 24hb tau..tapi tak tau la kalau UMS guna jam negara mana....
mencinya I~~~

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...