marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.
Memaparkan catatan dengan label ramadan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ramadan. Papar semua catatan

Ahad, 8 Mac 2026

Ramadan Tiba, Tiba-tiba ramadan~

 .: Assalamualaikum:.

Alhamdulillah, posting ni new post tau, bukan draft. Ahaks. Ade banyak draft post yang belum sempat untuk di post lagi disebabkan aku malas nak cari & edit gambar. hikhikhik.

Well, kalau aku post aje tanpa gambar rasa cam membaca novel pulak blog beta ini. I is tak gemar. Aku suka style buku cite kanak-kanak di mana, ade penceritaan plus gambaran hikhikhik.

But,  tengok la jugak mood beta.

BTW, selamat berpuasa warga blog semuaa. Alhamdulillah berkesempatan bertemu ramadan 2026. Semua okey ke tu?? Hikhikhik

Ramadanku, sama seperti 3 tahun yang lalu, kesunyian tanpa suara ibu ayah disisi. Yang mana hanya bunyi cengkering mengisi sepi. Adehh.. Puitis dalam kesedihan membungkam nampak sis?

Since aku dah boleh predict ramadanku akan sama aje kalau aku tak buat improvement ke dalam kehidupan ini, jadi... Untuk tahun ni, aku sengaja pergi berbuka puasa kat umah my eldest brother almost everyday, kecuali hari aku penat, malas dan mood introvert menguasai. 

Bukak posa kat rumah abe Yom & Kak Long

 If tahun-tahun lalu, dunia aku bersama family boleh bukak sesama bila tiba ari Jumaat sebab abangku ke 3 & ke 10 akan ajak untuk berbuka kat Madinah Ramadan atau Masjid Muhammadi. Tapi hari-hari biasa, aku akan berbuka puasa tanpa orang disisi.

Us at Madinah Ramadan

 Bila berbuka puasa dengan family ni lain tau. At least ade la cerita-cerita yang boleh kita storykan, atau bersama-sama sediakan juadah berbuka. Aku boleh bawak potluck dari sorang-sorang berbuka kat Atas Loteng.

Pastu lepas berbuka, akan folo aktiviti seterusnya iaitu solat maghrib berjemaah, isyak dan terawih. Berkat dan dapat la extra pahala bila solat berjemaah ni. hehehe

Kalau hari aku tak pegi umah abang sulung, Aku suh adik-adik aku berbukak puasa kat Atas Loteng. At least ada Hana- anak buahku yang berusia 1 tahun 9 bulan, boleh la menjadi meriah rumah. Dan di ikuti oleh solat berjemaah. Walaupun 3 ketul aje Aku, Iwa, Kimah- ouls tetap solat berjemaah sampai witir. Tu pun bagi bagi sape kena jadi imam solat huhuhu.. Okey what. At least ade moment. Bukannya dull

Bukak posa kat luar sebab hari ni besday didi

 What else ya. Oh ya.. hujung minggu of coz kitorang pegi bukak kat luar lagi. Macam semalam, cuti hujung minggu, random aje bgtau abe Din & kak Chik we want to bukak posa kat umah mereka dan nak tido kat sana next day sebab malas balik umah. 

Tapi bukak puasa tetap kat luar guys..hehehe

Hahahaha, klu tak mesti pishang aku 2 hari cuti duk kat umah aje. Bila duk kat umah kak Chik ni at least boleh la lepak-lepak, tolong-tolong dan yang penting suasana tu ada.

Best part lagi bila malam after terawih, geng tadarus online aktif nak habiskan 1 juz 1 malam. Aktiviti ni dah 3 tahun berlangsung which really make me feel bersyukur aku tak berseorangan pun. 

Love my tadarus cingus

 The rest of Ramadan ni hopefully kita dapat menyantuni dengan penuh barakah lagi. Aku just tunggu adik beradik & anak beranak untuk pulang ke desa. Macam tahun-tahun lalu, teruja bila masing-masing berada di kampung  dan bersama memeriahkan suasana. 

Sometimes, I felt alone but almost of the time I don't felt too lonely coz I know Allah knows what is the best for me.

Alhamdulillah atas nikmat yang diberi.

Semoga ramadan ini membawa seribu erti dalam diri.

Daaaan, terakhir, jangan lupa doakan kemenangan umat Islam di dunia. Kita enjoy kat Malaysia. tapi pada masa yang sama, apakah nasib orang Islam di negara yang tengah bergolak. 

prayforIran-prayforSyiria-PrayforGaza.

Ahad, 17 Mei 2020

Memori beraya di Perantauan

.: Assalamualaikum:.

Update blog sambil dengar lagu raya.
Adeh.. Kak iti boleh sedih sikit lagi tak.. nak meraung. ngee..
 *youtube tengah main lagu raya air mata syawal kak iti paling sedih huhuhu~*

Nak kata tahun ni tak balik beraya kat kampung tu memanglah
nak balik camne klu memang sejak 3 tahun lepas memang dah bermastautin di kampung terchenta hikhikhik.

Jadi lagu ini ditujukan kepada para perantauan yang tidak dapat pulang ke kampung halaman disebabkan oleh PKPB. Walaupun kak iti suruh pulanglah..tapi demi keselamatan dan kesihatan sejagat..Untuk tahun ini bersabarlah.  Ketahuilah dengan #stayathome di musim perayaan ini, anda adalah hero negara..

gittew.

Bila dah jadi camni teringat masa first time beraya di perantauan. Dah la tu time tu muda remaja. umur 20 tahun kot.. Tahun 2008. Terasing di bumi sepi. Agak sedih la sementelaah itu memang sorang-sorang makhluk dari semenanjung yang tak balik raya kat kolej time tu.

Time mana? tu masa mula-mula menjejak kaki di bumi Borneo, Sabah. Tak penah berlaku dalam sejarah kot. Bila dah berlaku, hmm.. memang sedih tapi benda yang jadi dan hari ni elok je hidupnya.. hikhikhik..

Dan sejak hari itu, aku insaf dan tahun-tahun berikut aku akan prepare sedaya yang mungkin untuk untuk tetap balik kampung beraya walaupun 2-3 hari. huhuhu..

Waktu duk UMS tu memang time tu rasa cam drastik sangat bila aku redha je lah tak balik raya. bayangkan. Time tu baru 4-5 bulan sampai UMS. Kalu tak silap tahun tu raya jatuh bulan Oktober or November camtu. Klu balik raya beberapa hari je. So nak save duit beli tiket balik kampung hujung sem. 

Aku datang daftar kat UMS dalam akhir bulan Jun. Memang tiket flight harga Israel la. Dah la waktu datang UMS ni tiket aku ngan abang sulung aku pun dah beribu sebab beli seminggu sebelum berlepas ke Sabah. Sedih tak. Dah la abang aku sorang je hantar aku time tu. Masa tu rasa dewasa gile. Brainwash otak sendiri kena jadi mature. Jangan nages. huhu TT. 

Anak yang baekkk.. kunun huhuhuhu.. sedu sedan hujung katil sambil pegang bantal tiada siapa yang tahu time tu.

Dah la bulan posa sahur sengsorang sebab roomate semua non-muslim. mencabar tak? huhu. 

Tak tahu la kenapa tapi waktu kat UMS tu memang pengalaman baru. Stay kat Kolej Kediaman (kitorang panggil kampung) yang kebanyakannya penghuni orang sabah sarawak. Duk kat UMS seminggu terus aku jadi orang sabah celup huhu.

Dulu mula-mula sampai (even sampai sekarang) tekak aku tak boleh terima masakan sabah. Siyesly. Maybe ni lah permulaan camane aku boleh jadi sekeping. Huhu. Bayangkan masa aku duk Kolej Mara Kulim berat dalam 46 kg something tetiba duk sabah jadi 42 kg. Klu tengok rasa ak de la beza mana. tapi orang tanya apsal aku makin kecik..huhu Jadi boleh nampak la kat sini selera makan dia camne. huhuhu.

Pastu nak sampai dari academic building ke kampung memang selalunya berjalan kaki la sebab malas nak berebut bas. Kalau tau geografi UMS boleh bayangkan la merentas bukit semua.. hahaha.. Kalau pegi kelas jalan kaki, balik pun jangan risau memang aku jalan kaki jugak di bawah mentari yang panas ceng-ceng. Mujur x itam hahaha. Aku ade perangai dulu. Malas nak tunggu bas. Malas nak berebut. Kat UMS klu nak naik bas semangat kena kental. Memang Sparta masa ni tak de dah istilah ladies first hahahha.

Bulan posa ke tak posa ke keadaan same je cuma time malam tu rajin bebenorlah pegi terawihnya. Lebih-lebih lagi Masjid UMS dia punya tahap keselesaan tu memang tiptop. Aku rasa Masjid UMS paling best solat klu banding dengan tempat lain sebab dia punya konsep terbuka dan tempat pompuan luas dan besar. Eh masjid kat UiTM Shah alam pun best gak la. Penah sekali tumpang terawih kat situ hukhukhuk. MAsjid USM dia kecik kit jadi last-last solat je kat bilik hoho.

Masa terawih ni teruja gile bila terserempak dengan Heliza Helmi. Woh. Masa ni baru yakin kak Ija ni senior UMS aku upanya. Sebelum-sebelum tu dengar ura-ura je peserta akademi fantasia study sini. Lepas tu makin semangat pegi semayang terawih hohoho.

Masa ni Wana la jadi mangsa ajak solat terawih. Wana onnn je memanjang hahaha. rindu pulak kat si kawan nih. Wana class aku masa duk UMS tapi sayang di sempat 2 sem je kat UMS sebelum dia amik keputusan nak balik semenanjung kerja. Umur kitorang rasa beza setahun dua camtu tapi dia memang layan aku macam adik dia. Ikot je benda apa yang aku buat. Bilik sebelah-sebelah kire tak de la lonely sangat ade gak orang melayu semenanjung yang paham kita. hahhaa.

Masa ni aku tak berkawan dengan ramai orang lagi. Kawan aku adalah rommates aku Michelle (Sarawakian), Nicole (Sabahan), Cindy (Sabahan) dan geng2 bilik atas (which were Borneo people). Clasmate aku yang kolej Kediaman lain tu aku ingat sem 3 baru aku baik2 dengan orang lain. Tu pun bila Wana dah x de huhu. Sebab aku ni spesis klu dengan orang tu, orang tu je la.

Lepas join program-program uni baru lah aku pandai bersosial sikit. Klu tak tempat aku tuju adalah bilik aku, kelas, library, One Borneo, Central Point dan repeat. Tu pun kalau ade hal barulah keluar. Klu tak memang aku available kat bilik 24 jam 😂

Lepas sem 3 baru pandai bersosial kenal coursemate semua 😂

Masa time raya, wana balik kampunglah. Dia kata beli tiket awal-awal masa nak daftar lagi. Langgar kelas pun langgarlah.. huhu. Lagipun mak dia suh balik kan. LAgipun tiket flight dah beli kan. Dan tinggallah aku seorang mengenangkan nasib. Aku budak skima memang tak leh langgar kelas kekeke. Kampung AB (kolej kediaman aku) sunyi dan sepi hanya beberapa kerat je tak balik. Cuti seminggu kan. Semua lagu raya time ni di ban kan. 
Nasib baik yang melayunya aku sorang-sorang. Takkan la sino kadazan pun nak dengar lagu raya. Tak logik. Tak logik. Kebanyakan orang borneo yang jauh-jauh pun tak balik. Jadi berkawanlah aku dengan diorang waktu tu. Tu boleh jadi kamceng dengan budak-budak bilik atas. Siap boleh celebrate birthday semua. huhuhu.

HAri raya yang mulia, dengar takbir raya dari Masjid UMS sayup-sayup siyes sedih. Sedih-sedih pun baju raya onn. Hahaha.. baju raye hapenya..mane ade cuma aku pakai baju kurung yang aku jarang pakai waktu gi kelas. Haa.. tu la baju raya time tu. tudung je aku sempat beli kat CP waktu kuar dengan dak-dak bilik. Hidangan? tak de.. huhuhu.. sedih sangat. makan cam hari-hari dah la cafe tak bukak. So masak macam hari-hari cuma aku ade beli peket nasi impit NONA makan dengan serunding. That's all. Sorang-sorang kot. Masih muda remaja kot.

Ade jamuan yang dibuat kat Kolej Kediaman CD, tapi time aku pegi semua dah habis. Sedih tak. Aku hanya sekadar berhuhu. 
Pastu aku join sape2 hentah pegi beraya rumah kawan diorang kat area mane ntah. Sampai-sampai je siyesly akward sebab aku ntah sape-sape yang datang ni dah la datang dengan member aku barely kenal huhu. Langsung tak best dan aku amik keputusan tu lah last raya aku diperantauan. Lagi rela duk depan laptop layan YM dengan family tak pun main game Big Fish. huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhu. Masa ni masih suci lagi daripada pengaruh FB dan k-pop). 
Nak habis kan satu hari di hari raya ni memang menyedihkan bila mana orang-orang terchenta tiada di sisi. Aku lebih rela duk dapur basuh pinggan mangkuk periuk belanga dari sambut raya camni..huhuhu.

Jadi lepas kejadian beraya di perantauan ni. Aku amik keputusan setiap kali raya aku nak balik kampung. Tak kire.

Khamis, 9 Mei 2019

Ramadan Tiba..Ramadan Tiba.. Marhaban ya Ramadan

.: Assalamualaikum:.

Tak jawab dose..heee..


bangun..bangunn

Alhamdulillah berkesempatan bertemu ramadan 2019. Hari ni dah pun melalui hari ke empat. Masih okey ke semua. kikiki..

Harap masih ok lah ye. Kita umat Islam. Kita kuat. Kan kan kan.

Ye la.. walaupun puasa kita tahun ni jatuh dalam musim kemarau. suhu tgh hari boleh cecah sampai 35 selsius tapi alhamdulillah, bila niat puasa lillahitaala. Jaga kesihatan bebetul. Mudah-mudahan ibadat ni dipermudahkan. InsyaAllah.

Sebenarnya ibadah puasa ni bukan satu perkara yang pelik pun. Sekarang ni kalau tengok dalam you tube, non-muslim pun mencoba-coba untuk berjinak dengan melalukan puasa, cam orang Islam. Dari subuh sampai maghrib. RESPECT!

Dah la puasa penuh seharian, siap tak miss lagi.. so kita kita ni cane pulak?? kekekke

Musim-musim puasa cenggini teringat pula zaman jadi anak perantau. Zaman matrik, zmn uni, zmn keja, zmn sambung master zmn keja balik. teringat suka duka bersama sahabat handai. teringat moment-moment inah bersama saranghea cingguya rasa nak menitis air mata pun ade. adeh.

Ye la zaman dolu-dolu, rasa ari ni nak masak, we ouls on. Office buat majlis berbuka puasa on, uni buat majlis pergi. Tu tak kire lagi time nak me-try kedai-kedai yang ada kat KL nih untuk berbuka. hikhikhik.

Tapi alhamdulillah, dah dua tahun berturut-turut merasa untuk berpuasa ditanah air terchenta. Dekat dengan omma, dekat dengan appa dengan adik beradik semua. Yelah tinggal we ouls yang belum kawen je ade kat umah ni.

Kalau dulu zaman kecik-kecik, punyalah cam kenduri nak kena masak tuk berbuka puasa dan sahur, nak buat sikit-sikit cenggitu je pun dah ok ok. dah cukup alhamdullillah.

Harap ramadan tahun ni memberi lebih makna dari tahun tahun yang lalu.

Tak banyak harapan pun, as bulan yang diganjarkan 1001 kelebihan, hope ramadan ni dapatlah menghabiskan beberapa juzuk al-Quran. Nak bagi khatam setahun sekali, jadi time bulan puasa ni kita buat extra. dapat pahala extra

pastu nak solat tarawih secara konsistan. no malas- malas. even x berjemaah boleh buat sdiri. hope so. biasa agak liat sbb lepas kemas dapur semua, nek bilik skrol hp, abes. huhuhu

Hope sempat jahit baju raya 2,3 pasang. huhuhuhuhuhuhu. harap la.

n one more thing, sadakah.

Moga-moga ramadan tahun ini berjaya lah tunaikan harapan ini..

tido lagi..


link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...