marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.
Memaparkan catatan dengan label saranghaecingguya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label saranghaecingguya. Papar semua catatan

Ahad, 17 November 2024

Jalan-Jalan 2024 : Fan Si Pan, Sapa Vietnam

 .:Assalamualaikum:.

 From Fan Si Pan With love

Okey oul, sebelum 2025 memunculkan diri, adalah ini saya kena siapkan post mengenai penjelajahan kita di Fan Si Pan  Sapa Vietnam.

Bukan apa.. hampir separuh tahun dah tertinggal, sekurang-kurangnya ada jejak untuk di throwback. Hiks.

Highlight sebenar untuk ke Vietnam kali ni adalah untuk naik ke gunung dimana terletaknya Fan Si Pan.


Eh. Buat apa ke Fan Si Pan. Eheks.

Ekceli Fan Si Pan ni puncak Gunung tertinggi di Vietnam. Roof of Indo China.Katanya biasa orang amik masa 2 hari nak sampai ke puncak, tapi sekarang.. 15 minit pun boleh!

Tak payah nak mendaki bak pendaki amatur bila nak merasa puncak gunung ini sebab...

Kita naek pakai cable car. hikhikhik!

Jadi, dressing pun boleh la ala-ala Emily at Paris. Tak lecak dan trailnya adalah smooth ajer. Ahaks. 

OOTD depan cermin sebelom mendaki

Hari ni semua berperangai elok. Boleh bangun awal, lepas subuh teros bersosial. Sebabnya, hari ni last day dan untuk ke puncak Fan Si Fan ni agak take time. Jadi automatik berbehave. Hahhaha

Tapi sebelum tu, breakfast is must!

Masih lagi bersama travel food di selang dengan buah-buahan Sapa
Last day kat Liberty Hotel harus bergambar dekat pintu masuk

Hari ni jugak kitorang gi Sapa Station dengan tuktuk aje. Dah tak sewa motor. Tunggu depan hotel dan terus dapat naik tuktuk. Tambang dia 50k dong je sorang. 

Cantek la station ni. Dah la kaler kuning camtu

Heading to furnicular

Pemandangan dari furnicular. Kalau 2 hari lepas boleh tgk furnicular ni gerak, rini kita naek

Ini lah Furnicular itu.

Lawa sangat bangunan sini. Ni baru sampai kat Fan Si Pan World. Kena berjalan dalam 1 KM untuk ke stesen cable car pulak. Tapi dalam 1 km ni dia ade la taman bunga yang cantik 

Hai gajah

Masuk dalam bangunan cable car tgk ada iklan buffet makanan halal. Ok gak tu.

10 tahun kawan baru aku tau dua2 nih gayat tempat tinggi 😂

Cable car memang besar dan stable. rasa max boleh muat 20 orang kalau tak silap. Dia punya besar tu memang ngam la. Kalau penah naik yang Langkawi atau yang Genting tu paling ramai 6-8 orang dan memang goyang dik. Hahaha. Yang ni fully furnish. Yang Langkawi punya aku penah rasa cuak jugak bila sayup2 tengok dari kejauhan nampak lautan je.

Masih boleh tersenyum. hahaha

Yang ni hutan belantara sayup-sayup kat bawah. Jangan imagine ape-apa takut menikus pulak nanti. Jauh lagi perjalanan ni..

Lereng gunung
Bila da Ok feeling tu, boleh la jenjalan selangkah dua
Yeahh.. Dah Sampai kat Stesen Cable Car atas Fan Si Pan.

Feeling dia macamkita naek Genting gitu. Kat atas ni aku tak leh imagine la camane diorang boleh buat bangunan memang torrbaek la. Tak rasa seram pun walaupun dah berapa meter dari atas laut. Tanah bawah memang tak nampak ape dah diselaputi kabus tebal.

Sejukkkkk.. Dah cam puncak gunung Kinabalu dah.. Tapi pengalaman mengajar. Nampak nipis je dressing aku tapi percayalah ia berjaya memanaskan badanku. Siap cardigan tu jarang-jarang baru aku sauk.

Bila sampai atas ni baruku sedar, Puncak Fan Si Pan dia simbolik kepada tempat keagamaan masyarakat Budha 😅😅😅.

Penuh dengan Pagoda dan tokong. Aku dah rasa jadi Biduanda Layang dalam komik Hongkong Alam Perwira bila tiba kat atas ni. Ape taknya. Monumen kat sini memang estatik. Dan pemandangan pula indah. 

Sekali lagi untuk betul-betul tiba ke puncak Fan Si Pan ni jauh lagi perjalanannya. Naseb baek Fara dah beli sekali tiket kereta api (macam bukit bendera) masa dia amik pakej ke Fan Si Pan ni kat Klook. So, tak payah nak bazir tenaga dalam kesejukan ini. 

Naik keta api

Lebih jimat masa dan tenaga bila naek train ni sebab dari atas boleh tengok betapa bengkang bengkok perjalanan dan tangga dia usah dikira. Tangga everywhere.

Nanti turun nanti baru jalan kaki. So, save time and save energy. Ni dah pukul 11pagi lebih dah ni. Kabus pun dah tak beragak dah.

 Yeaaaa.. Dah sampai..

Keluar aje train, panjat tangga dan tibalah kita di check point Fan Si Pan ini. Teros aku nampak Jalur Gemilang tak beragak terus amik dan merakam memori. Kat area sini orang masih tak ramai, so marilah kita menggila. Dia ade 2 area untuk bergambr kat sini. 

 Bila orang da start membanjiri area ni, kitorang pun tukar area. Yeah!

Kami dah sampai. Anda bila lagi?

 Naseb baik kat area sini mentari masih bagi peluang untuk kitorang bergambar dengan awan membiru. Susah nak dapat cuaca cenggini ni. Dah la jam nak hmpir tgh hari ni biasa kabus dah tebal. Lebih-lebih lagi Sapa dua tiga hari ni asek hujan je.

Selepas pelbagai adegan berjaya dirakamkan masanya untuk turun. Ni kalau duk main lagi atas ni tak tau pukul berapa akan tiba kat Sapa. Dah la nak kejar sleeper bas nanti.

Barang-barang belom kemas and kitorang lewatkan waktu check out dan bayaran dia just tambah extra je.

Sebelum turun kita isi perot dulu. Sejuk-sejuk ni memang lapar sis!
Da check danish pastrini halal, ape lagi order la dengan coconut latte. Sodaaaap!

Lama juga la melepak kat sini sementelaah tak ramai orang masuk dalam cafe. Hari ni tak de la bersumbat sangat puncak Fan Si Pan ni. Maybe hari biasa. Kalau weekend ni rasanya penuh ni.

Disebabkan tak ramai orang, kita pun lepak la lama sikit menghilangkan lelah berjalan. Lagipun kejap lagi ni rasanya boleh tahan trail untuk turun ni.

Alang-alang tu kita solat jamak zuhur asar la.

Cuaca dah tak main-main dah. Kabus dia tu dah macam fogging dah. Maka dah rasa cukup energy ni.. Let's turun anak-anak

Looong way to go~
Best katanyaa~

Tiba-tiba jumpa taman larangan bunga kuning. Tanpa berlengah masa

Tak de dah penat turun tangga tu.
LOooove Sangat.. Rasa nak buat balik pokok2 ni

"Yee keee penat. Macam tak puuunn kalau tengok muka tu~"

In case korang tak caya memang tempat ni tinggi dan perjalanan sangat panjang.~

That's me guys.. That's me.
Aku sorang je.. hahahaha

My friends tak larat nak melayan aku berlari sana sini dengan dressing Emily tu. So aku jalan dulu nnti aku tunggu diorang kat depan. Tu selalu ayat aku memujuk kanak-kanak dua orang itu. Diorang dah tahu aku nih species hyperactive, "so suka ati kok da lah, asal bahagia"

Macam dah nak masuk umah Ji Fatt dah lalu area ni

Ada uncle tegur dan baik hati nak tolong amik gambar.

Tangga paling tinggi. Sayup2 kat atas tu ada monumen Sitting buddha

Yeaa.. Berjaya turun ke bawah.

Tiba kat Fan Si Pan World iaitu stesen antara cable car dan Furnicular. Memang sorang-sorang dah lembik dah. Hahahha.

Ape taknya. Longgar dah skru lutut ni asek berjalan dan turun tangga. Keluar stesen cable car sebenarnya kena menempuh dalam 1KM perjalanan ke Furnicular pulak. 

But~~~

Ntah camane sedang duk bergurau senda sambil berjalan, kitorang sesat kat bangunan yang menjadikan perjalanan 1KM td dapat dipendekkan. Shortcut terus. Mula-mula macam takut-takut nak lalu tapi nampak macam okey je untuk lalu so kitorang lalu kat situ ahaksss. Hepi kepalang.

Rupanya laluan tu for Staf Only. Opss~

Sebab masa dah tak cemburu langsung dan dapat jalan shortcut (baru pukul 4.30 petang) dan depan kitorang ni taman seindah sekebun bunga dengan tak ade orangnya. ape lagi...

Perut berkeroncong kasih sayang tak ku peduli. Hahahaha.

Salam perantauan dari saya buat semua

Puas hati AAB dapat bergambar dalam taman lavender.

Me is tak nak kalah..Hikhikhik

Emilda at Sapa

Puas hati bermain di Fan Si Pan World, kitorang pun sedar diri dan beransur menuju ke Furnicular Stesen. Hepi kepalang. 

Pukul 5.30 ptg camtu kitorang selamat tiba kat Kedai makan Hajah Hawa. Tuk Lunch & dinner kita makan steamboat halal. Hahahahha. Dah berapa hari dah nak merasa steamboat lantaran duk tengok orang Vietnam duk makan kat kaki 5 jalan. Kita pun nak merasa.

Tak ingat set ni harga berapa. Tapi memang waktu ni dah lapar benar. Tak peduli dah benda lain

Selesai makan, kitorang pun balik ke Liberty Hotel. Pukul 7.30 malam camtu kitorang sampai dan berkemas untuk balik ke Hanoi. Malam ni naik sleeper bus lagi dan bertambahlah diri ini.

Sempat mengira baki duet untuk survive esok
Bas ni dari luar normal je..

Dari dalam aje. Lain maciam sikit. Ahaks.

Bertabahlah daku untuk tiba di Old Quarter nanti. Harap tak muntah. Hohoho

 

Nak selami pengalaman berjalan kat Vietnam lagi? Baca entri ni tau^^ :

 JALAN-JALAN 2024 : Vietnam, Hanoi | Jalan-Jalan 2024 : Hanoi, Vietnam | Jalan-Jalan 2024: Ha Long Bay, Vietnam | Jalan-Jalan 2024 : Moana - Sapa, Vietnam | Jalan- Jalan 2024 : Catcat Village, Sapa, Vietnam | Jalan-Jalan 2024 : Fan Si Pan, Sapa Vietnam | Jalan-Jalan 2024: Kembali ke Hanoi dan pulang ke tanah air | Jalan-jalan-jalan :Ayuh Ke Ho Chi Minh, Vietnam Kita! Part 1 | Jalan-jalan-jalan :Ayuh Ke Ho Chi Minh, Vietnam Kita! Part 2 |

Isnin, 12 Ogos 2024

Jalan- Jalan 2024 : Catcat Village, Sapa, Vietnam

 .: Assalamualaikum:.

Xinxau..

Perkampungan Catcat

Pagi yang terang menyinari pergunungan Sapa. Cuaca sejuk menyapa membuatkan penghuni hotel bilik 501 menarik selimut bermalas-malasan dengan cuaca yang dingin ini. Jam menunjukkan pukul 8.30 pagi. 

Hari ini hajatnya The Saranghae Cingguya bakal menawan perkampungan Catcat. Kalau ikutkan cuaca ini agak sesuai untuk ke sana. Subuh tadi cuaca agak sejuk selepas hujan. Tapi kini cerah begemerlapan. 

Mewah sikit breakfast pagi ni
Stawberi yang beli kat pasar malam td

Semangat OOTD sebelum keluar berjalan

Untuk hari ni perancangannya adalah untuk menawan pergunungan di daerah Perkampungan Catcat. 

Hmm.. Okey.. actually dah lebih sebulan meninggalkan jejak kat sana, lupa dah apa yang berlaku. 

Ngee.. nampak sangat penuaan tu ada.

But. Don't worry, memory hp kita 128 GB wak. So, sebelum gambar-gambar tu pun mulai pudar dan hilang dalam hp, adalah lebih baik kita tampal kenangannya di sini. Ngee.

Cerita kali ni mungkin tak serancak post sebelum-sebelum ni, sebab I is dah lupa detail. Tapi sikit2 tu boley la.

Btw, enjoy our journey to Catcat Village.

Kalau datang sini jangan lupa sewa baju tradional diorang tau

Perkampungan Catcat mengambil masa dalam 10-15 minit juga untuk sampai dengan ride motosikal. Jalan dia agak curam dan tinggi. Agak tak stabil juga la jalan dia. Berlecak dan berair.

So, untuk korang rider kental rasanya tak de problem, same la dengan dua rider kental ni. Thorrrbaek!

Fee masuk ke Perkampungan Catcat

Agak berdrama jugak la kitorang untuk masuk ke tempat ni. Bukan ape, sorang pilih nak parking situ, sorang pilih nak parking sini. Jalan dah tu berair dan curam. Duk elok-elok parking motor boleh pulak alih sebab ingatkan free parking tapi rupanya kena bayar.

So, kitorang pilih parking berbayar yang ade dapat free pakai pakaian tradisonal diorang. Kalau tak silap 50 k dong. Aku sorang je la yang pakai. Tanya mereka berdua katanya tak nak pakailah. Nanti kat dalam kalau berkenan, sewa kat situ.

Ceh, aku sorang je la ni koya-koya orang local, sementara tu muka dah macam local ni. Ahaks.

Welcome to Catcat Village

Menyusuri cerun bertangga menghala ke bawah, banyak kedai-kedai cenderahati dan sewa baju di sepanjang lembah tu. Usha-usha harga rupanya dalam ni mahal sikit sewanya. Macam yang aku pakai ni kalau kat dalam ni kena 100k dong. 

Fefeeling orang local oh

Ape lagi, separuh cerun tu, kitorang berpatah balik naik ke kedai sewa baju sebelum masuk signboard perkampungan Catcat tu. Berpeluh gue dalam baju berlapis ni. Huhuhu.

Diorang singgah kedai sewa baju yang paling dekat dengan gate masuk ke Catcat Village dan dapat harga sewa sama cam aku punya. Pasrt paling best bila taukey dia offer amik gambar kat atas rooftop kedai dia. Dia ada buat studio set up dan free jerr. 

Ape lagi.. Ayuhh!

3 budak Malaysia ni je ade duk bermain-main kat atas rooftop ni
Lawa oh pemandangan dari atas. Cuaca pun macam berseir-seri menanti kedatangan

Suasana yang segar ni memang berlama-lama la kiotrang kat studio ni dah tu tak de orang, memang couquer lacite dia. Nanti kitorang akan mengusuri Catcat Village ni yang luas dia memang mencabar. Korang boleh refer gambar 1st untuk tgk betapa luasnya tempat attraction ini

Detailing baju dia memang umph!

 Lepas puas di kedai sewa baju tu, maka ayuhlah kita menjelajah kampung Catcat ini. Ni pun dah pukul berapa baru nak start journey. Menyusuri laluan bertangga sekali lagi, dan banyak tempat-tempat photo spot untuk bijadikan memori. Ouls ape lagi, sebelum rombongan dari China datang dan conquer, ayuh kita bergambar!









Besar dan luas, entah dalam hutan mana dah kitorang menyelinap ni. Dia dah jadi bosan bila lama sangat asek duk berjalan turun tapi tak jumpa punca. Langit kat atas pulak menunjuk ciri-ciri nak hujan. Kita kena cari tempat berteduh ni. 

Alhamdulillah berejam duk berjalan dan ambik gambar, jumpa lah satu cafe untuk lepak melepaskan lelah dengan baju yang berat dan sarat ni. 3-3 ni dah macam hape dah. Dari cafe tersebut kiotrang nampak pemandangan perkampungan Catcat yang menjadi cover picture untuk attraction place ni. Ceh, berejam berjalan baru jumpa main place hahahha. 

Yang kita duk berenti bergmbar tu biase2 je rupanya.

Kitorang teruja untuk tengok dan bergambar di kawasan air terjun. Orang pun macam tak ramai, maybe baru lepas hujan so, tak de la crowded sangat ataupun orang lain dah keluar dari tempat ini sementelaah tadikan kitorang start journey agak lewat sikit.


Kitorang tiba kat Perkampungan Catcat kebetulan dengan budak-budak situ siap kelas study diorang. Nampaknya area ni dia terapkan tradisi kalau tengok cara pemakaian diorang tu. Maybe macam  kita belajar kelas KAFA tu


Tengok ramai yang duk action amik photocover dengan kuda dengan panah, siap ade photographer profesional. Semua ade la kat sini. Suasana kat sini agak meriah, tapi ouls tak tau nak buat ape, last-last jumpa bangku duduk seketika dan dan AAB datang pastu Fara tolong amik gambar. Wow, jinx!


Duk menikmati susana hiruk pikuk kat sini tetiba hujan lebat-selebat-lebatnya. Tak pasal-pasal tiga dara pingitan ni pun join masuk drama Vietnam kuno meniti titian kat anak sungai yang cetek dengan baju yang berat dan sarat untuk selamatkan diri. Ahaks.


Kitorang selamatkan diri dalam pondok usang yang dia decorate macam tempat persembunyian yang ade lalang kering dengan unggun api. Ade buah-buah yang bergantungan tunggu kering. Ni memang dah nak buat drama The Lagend of Condo Lovers dah ni. Aku sikit lagi boleh jadi Xiao Long Nu yang tengah menunggu Yang Guo la jawabnya lama-lama kat sini.


 Bila hujan agak reda, so kitorang pun dah lencun tak tau la lencun dengan peluh atau hujan. Yang penting memang dah tak selesa dah dengan baju yang berat ni so kitorang pun cari jalan exit.

Bila jumpa exit leganya hanya tuhan yang tahu, tapi part yang sedihnya exit tu nak boleh sampai kena panjat tangga batuan untuk naik balik ke atas (laluan lain), pastu kena naik buggy dan kalau tak larat naik motor dengan bebudak tempatan, barulah tiba di tempat yang kita masuk tadi. 

Sungguh~~~

Lepas panjat tangga dan naek buddy. Bebudak ni pujuk suh naik motor diorang. Fara tengah deal

Memang idok le aku membonceng motosikal dengan lelaki even kanak-kanak ni berusia belasan tahun. So aku dengan penuh yakinnya sebagai bekas pendaki gunung Kinabalu haruslah berbangga dengan skill kaki aku. Ahaks.

Diorang berdua memang dah give up dari tadi lagi so, aku tinggalkan mereka untuk deal dengan kanak-kanak ini. Berjalan lah aku menyusuri jalan berliku ikut struktur gunung ganang dengan jalan yang baru siap ditarah. Belakang aku ade 3 orang budak pompuan, mungkin bebudak China yang happily duk berjalan-jalan. So, X de la aku rasa loser sangat.

 Sambil aku memerhati motor-motor yang lalu, kot-kot AAB ngan Fara muncul, boleh la aku lambai-lambai. Tapi lepas 1 dan 1 motor yang lalu, tak de pulak diorang ni. Sayup-sayup kat belakang pun tak de pulak nampak kelibat diorang.

Aku pulak memang tak ubah macam Xiao Long Nu kena buang deh Yong Guo. Keseorangan dan kesepian, tapi live must go on. sambil mengheret kain baju tradisional dalam  dukungan. Boleh imagine guys?

Hahaha. Actually cuaca lepas hujan tadi dengan berjalan-jalan ni agak panas, tapi buat seketika bila berjalan mendaki tanpa pohon-pohon merimbun ni rasa udara bergerak dan rasa nyaman jugaklah. Mungkin tu aku rasa tak ralat untuk meneruskan perjalanan. 

Ada sesekali bebudak yang siap hantar orang naik ke atas tu tanya nak naik dengan dia tak bila berselisih 2-3 kali, aku sengih je dan geleng kepala.

Dah tak jauh sebenarnya. Aku dah nampak rooftop tempat kitorang duk bermain-main tadi. 

Ada satu part kat jalan ni tengah buat construction kat cerun bukit. Dengan jentera-jentera besar dengan kereta motor tengah take turn untuk lalu, tak ketinggalan aku yang cuba menyelit dalam keadaan camtu. Hmm.. Agak ngeri untuk dikenangkan. Ahaks. Aku takut gile tgk motor duk menyelit. 

Lepas dari jalan tu, ada sebuah tempat yang boleh kita tengok pemandangan dari arah aku datang tadi, so aku menunggu 2 orang kanak-kanak rebina yang entah ape jadi dengan diorang ni.huhu.

Duk tnggu-tunggu aku nampak kelibat motor dan pakaian tradional yang dikenali. Aku melambai-lambai. mane la diorang nampak. Lepas je area yang genting tadi, motor itu menghala ke atas dan Fara perasan aku boleh-boleh dia suruh rider berhenti motor kat tgh-tgk jalan cerun untuk aku naik motor tu bersama, dia & athirah??!

Terkejut aku pastu aku suh diorang gerak je tak yah nak tunggu aku 😅😅😅

Boleh-boleh lak dia bimbang kat aku sedangkan aku lagi bimbang kat diorang yang membonceng 3 orang di cerun gunung. Aduhh!

So, aku pun tiba kat pintu masuk dan bergegas ke kedai sewa baju aku tu untuk pulangkan. Diorang aku pikei maybe tgh tukar baju jugaklah. So, siap aku tukar, aku tunggu diorang kat motor.

Diorang sampai dengan keadaan pakaian asal waktu datang. Fara cite la pengalaman diorang bonceng motosikal tu. Rupanya diorang dapat rider perempuan. Tak ramai rider perempuan tu yang dia berani naik 3 orang terus tu. Ape-ape je la asal korang selamat depan mata  ni. 😂😂😂

Maka journey gi Perkampungan Catcat berakhir jam 6 petang. Maka jom kita mencari makan pula. Untuk dinner hari ni kita akan makan kat restaurant HALAL SAPA. Area dia di lorong utama ke Restauran Hawa juga. 

Kat sini dengan penat-penat jumpa pulak rakyat neraga sendiri. Agak kerek. Ahaks. Tapi malas nak layan. Ouls pun penat.


Lapa dia tok sah cerita, tapi makanan kat sini memang tak recomended.. ahaha. Masakan dia memang rasa sebijik macam zaman aku duk UMS, mula-mula belajar memasak yang cincai-cincai tu. Tapi alhamdulillah. Licin. Lapar kot!


Air kopi Vietnam pun sangat mengecewakan. Kedai dia tak de air, jd dia  buat air sejuk dengan air sejuk peti. Sadis oh!

Tapi at least dia ade surau, boleh la tumpang semayang jamak qasar kat sini


Lepas makan, masanya untuk bermain-main diarea bandar SAPA ni. Parking motor and jalan-jalan kat tepi like tourist. Terasa duk kat Italy gittew~. Kat sini yang indah hanyalah untuk pandang. Jadi marilah kita bergambar.


 Bandar dia memang bandar comel. Lorong kecik tapi nak access dari satu tempat ke satu tempat jenuh jugak berjalan. Tapi Ok la untuk kill time.

Kitorang main-main kat dataran sampai maghrib





Teruja tengok bangunan SAPA Station ni.. Lawa ngat! Ni pun duk berebut dengan tourist India untuk amik gambar hahahhaa. Takpe-takpe. Esok akan ku pijak bangunan ni nanti.

Malam dah gelap, tapi ada hati nak berlibur lagi so, kitorang plan nak gi pasar malam semalam untuk tambah oleh-oleh untuk dibawa pulang, Lepas tu nampak ade macam area Funfair aje so kitorang cuma menjadi orang local dengan meredah padang gelap (sebab tengok diorang lalu situ untuk ke funfair). Fuh memang macam disco dah dengan lampu neon yang bergerak sana sini, dengan lagu rancak.

 Situ rupanya diorang jual barang-barang bundle, perkakas rumah, makanan jeruk dengan skala besar. Tak de ape yang menarik untuk dibeli so kitorang pun gerak dulu pape roger dan sempat singgah supermarket malam tadi untuk beli apa-apa makanan or snek untuk kudap-kudap.

Takpuas hati beli kopi tadi so kita beli latte pulak

Mur-mur je yang penting halal

Nak selami pengalaman berjalan kat Vietnam lagi? Baca entri ni tau^^ :

 JALAN-JALAN 2024 : Vietnam, Hanoi | Jalan-Jalan 2024 : Hanoi, Vietnam | Jalan-Jalan 2024: Ha Long Bay, Vietnam | Jalan-Jalan 2024 : Moana - Sapa, Vietnam | Jalan- Jalan 2024 : Catcat Village, Sapa, Vietnam | Jalan-Jalan 2024 : Fan Si Pan, Sapa Vietnam | Jalan-Jalan 2024: Kembali ke Hanoi dan pulang ke tanah air | Jalan-jalan-jalan :Ayuh Ke Ho Chi Minh, Vietnam Kita! Part 1 | Jalan-jalan-jalan :Ayuh Ke Ho Chi Minh, Vietnam Kita! Part 2 |

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...