.: Assalamualaikum:.
xinchao..
Kita sambung cerita hari ke 3 di bumi Vietnam ayuh!
Lepas bertolak dari Old Quarter, Hanoi dengan menaiki sleeper bus, pagi jam 4,15 pagi kitorang tiba di Bus interstation di Lao Chai. Suasana dinihari yang kehujanan memang agak sulit untuk menunggu tapi nasib baiklah AAB dah ready untuk book taxi dari hotel untuk mengambil kitorang kat situ.
Tidur dalam sleeper bus agak goyang dan meloyakan jugak la tapi memandangkan semalam dah seharian bermain kat Ha Long Bay maka memang nyenyak la tidur aku.
Maafla muka busuk |
Taxi dah tiba, so kitorang cepat-cepat angkut luggage dan masuk ke dalam kereta tanpa banyak bicara. Kereta bergerak ke lokasi hotel kami di lereng bukit setengah jam dari Lao Chai. Dalam separuh sedar ni, sempat juga berfikir,tak sure jugak ni dingin kala dinihari dan ditambah hujan lebat atau cuaca kat sini memang dingin.
Sampai kami di Liberty Hotel Sapa. Bayaran 60k won diberikan kepada driver. Satu lagi add on yang kitorang tambah adalah check in awal. Standard check in pukul 2.oo petang tapi kami ni pukul 4.30 pagi dah sampai.
Untuk early check in hanya perlu tambah 200k sahaja dan kitorang boleh menikmati waktu rehat yang optimal selain boleh mandi dan bergurau senda sambil breakfast di balkoni yang diselaputi oleh kabus dingin dan pemandangan gunung ganang yang gah!
Sebaik saja kunci bertukar tangan, cepat-cepat kami naik ke bilik hotel. Firstly untuk kejar waktu subuh & secondly of coz lah untuk merebahkan diri tatkala badan masih lagi letih dilambung dek sleeper bus. Hujan diluar sana masih menggila.
Jam 6 pagi, lampu bilik 501 dipadamkan dan we oulss zZz dengan lenanya.
Badan dah rasa lega dan cergas, aku menarik selimut. Jam lebih kurang 9 pagi. Ni kalau tengok peel sorang-sorang ni kalau tak de yang bangun, alamatnya berayalah kita kat bilik ni. Aku ke bilik air untuk basuh muka & gosok gigi.
Keluar bilik air, Fara dah pun bangun. Macam biasa, bila pagi-pagi begini kalau hari biasa aku suka layan diri dan buat breakfast. Fara dah pun masuk ke bilik air ready untuk mandi, tapi Nara Shi masih lagi diselubungi selimut.
Sengaja aku buka pintu balkoni supaya udara segar menjamah ke dalam bilik. Sejukkkk~
Untuk pagi ni kita masih lagi berbekalkan breakfast dengan travel food. Seronok pulak rasanya hidup cenggini. Hahahaha. Siap prepare breakfast,Fara pun siap mandi dan AAB pun dah bangkit dari katil, maka jomlah kita breakfast kat balkoni sambil menikmati pemandangan alam.
Kemain breakfast berlatarkan gunung ganang |
Tak tahan mee segera je tapi plating tak nak kalah |
Eh laaaa, baru perasan Moana, Sapa tu kat bawah ni je. Nampak terus dari balkoni bilik ni. Kalau ikutkan itinereri, Moana adalah attraction place yang bakal kami lewati hari ini. Di sebabkan Moana tu just pelaung aje dari sini, makinlah kami bermalas-malasan di bilik. Keadaan sorang-sorang ibarat tgh hangover aje. Malas tu satu hal. Hahahaha.
Ehhh.. |
Kitorang planning macam-macam. Nak ke Moana jalan kaki la, nak sewa motor la. Pastu nak patah balik la.. Macam-macam lah sampai la kitorang siap bersiap pun masih tak boleh nak decide lagi camane. Hahahaha.
Lepas aje masuk zohor, kitorang solat jamak dulu sebelum keluar bilik. Jam 12.30 petang baru keluar. Memang sempoi. Ingat ni zaman-zaman mengaji wat master yang kita tgh bersiap nak gi QB? 😂
Lepas bersiap pun sempat lagi main depan balkoni, katanya AAB ni tanda mercu Liberty Hotel |
Lastly, sampai kat kaunter, kitorang decide untuk sewa 2 buah motor sementelaah itu 2 ketul ini rider tegar sejak zaman USM sehinggalah sekarang. So, aku tak bimbang sikit pun untuk ride dengan diorang. Tugas aku adalah jadi navigatorlah kalau camni.
Rider kental |
Naik motor, 5 saat dah sampai Moana 😂. The reason kitorang amik motor ni sebab jap lagi lepas kat Moana kitorang nak gi jenjalan area bandar Sapa. So, motor la choice paling flexible.
5 saat dah sampai |
Di Moana, tiket 80k aje. Dapat free air minum. Kat situ tujuan utama kita adalah untuk bergambar dan berOOTD la.
Ini ke Moana yang sebenar? |
Ada banyak area-area yang dibuat untuk orang ramai bergambar. Ade arc Moana girl Statue, Heaven Gate, Infinate Lake, Golden Hand, Death Swing dan lain-lain yang kalau kau tak takjub sangat dengan benda-benda macam ni, kau tengok je jauh-jauh. Panorama dia masyaAllah, Allah Maha Besar. Indah sangat.
Time ni banyak drama berlaku.Senak perut ketawa dan menangis |
Kena paksa bergambar dek AAB, aku pun buat muka bongok |
Piano Dalam Kolam |
Sedar tak sedar 4 jam kitorang duk pusing situ. Nak kata tempat tu besar sangat tak pun. Rasa kalau gi outdoor Genting, outdoor Genting lagi besar. tapi entah la ape yang merasuk kanak-kanak ni. 4 jam sampai perut berkerocong kasih sayang pun dibiarkan.
Hai moana |
"Kadang-kadang mereka bercakaran kadang-kadang mereka berciuman" |
Pastu terserempak geng Malaysia. Lebih kurang baya-baya kitorang jugak la kalau tengokkan gaya. Aku macam biasalah suka buat perangai aneh. Waktu tu aku dah penat, tapi diorang ni duk nak bermain lagi kat Golden Hand.
Meneropong masa depan agar bagi nampak jodoh |
Camera woman yang gayat. Aku steady je |
Awal tadi-tadi takut la, gayat la, ni bila dah lama kat situ, sampai orang pun dah makin ramai baru mood diorang nak panjat Golden Hand baru sampai. Penaat~
Setelah kenaling mereka hilang sebab diorang gerun, maka action la kat atas tu sementelaah aku la ynag kena berlari betulkan angle camera dalm masa 10 saat na |
So, aku nampak geng melayu 2-3 orang tu, aku pun saje la berbasi-basi macam report kat geng tu.
Sis kemain aa.. |
"Akak, tengok ni diorang ni, duk bermain lagi dah la tak makan lagi, dari tadi duk sini", aku mengomel sambil tunjuk diorang yang duk bergambar kat Golden Hand sambil aku tarik muka letih, duduk atas bangku kat area tu dengan gaya malas. Saje nak tarik perhatian orang Malaysia kat Sapa ni. Hahahaha.
Akak tu melayan, dah pulak jadi sesi ice breaking kat situ dengan 2 ketul tu pun join borak sekali. Geng diorang pun sama. Suasana jadi happening sekejap bila masing-masing update tempat dah pegi. Geng diorang dah jejak banyak tempat dah, siap shopping-shopping oleh-oleh siap. Ouls ni sepanjang hari duk kat Moana, makan pun belum.
Jackkkk~ |
Gelak je group diorang dengar kitorang duk mereport perangai memasing. Ni kalau layan borak ni memang tak gerak la. So kitorang berpecah dari geng tadi. Nak keluar gi cari makan katanya~. Diorang baru je sampai.
Nak keluar katanya, perut berkecorong katanya. Hampeh. Masih lagi duk dalam Moana tu dan sempat berOOTD dengan 5 area yang lain.
"Laa, korang tak pegi makan lagi ke?" Tegur salah sorang dari group tadi bila ternampak kitorang kat Moana.
"Hahaha, ni kitorang dah nak gerak la ni", ujar AAB gelak sekali. Haa, memang kali ni betul-betul gerak. Pukul 5 petang baru keluar dari Moana tu. Oh my!
Seterusnya kitorang ingat nak gi cari restaurant Hajah Hawa yang femes di kalangan rakyat Malaysia bila berkunjung Sapa. Makanan melayu at least ada jugak halalan toyyiba yang diyakini. Tak de la asek kena makan fast food dari Malaysia aje kerjanya.
Dalam 10 minit menyusuri jalan sempit di bandar Sapa, akhirnya kitorang tiba di restauran Hajah Hawa berpandukan Google Map. Jalan kat sini lebih kurang macam jalan kat Itali giteww walaupun tak penah pegi Itali Hahahha.. Kalau korang penah tengok K-Drama ke Lagend of the Blue Sea atau Lizzie Mc Guire, Haa gitulah jalannya.
Yeaa..sampai sudah kita |
Sampai di Hajah Hawa, kelakar jugak boleh tahan, staf situ duk tgh makan, ye lah dah lewat petang ni maybe time diorang rehat. Ada meja dah dihuni oleh sepasang kemungkinan rakyat Malaysia lah.
Agak ramahlah staf restaurant tu. Amazing part diorang boleh bertutur dalam Bahasa Melayu! So, senang urusan nak meng-order makanan walaupun biasanya tak susah mana pun sebab semua ada kat menu. Dek keramahan mereka, tetiba restauran tu dah riuh walaupun tak ramai orang. Ha Ha Ha.
Aku & Nara Shi order Pho (buat kali pertamanya). Ye lah. Benda da halal ni rugilah kalau kita tak order. Nak makan tempat lain rasa x mudah. Fara pula order nasi goreng.
Sedap lapar-lapar ni. Beza dengan mee celup kelate adalah pho rasa herba supnya |
Hari ke 3 di Vietnam baru boleh merasa pho |
Staf diorang, dari sorang ke sorang kitorang bersoal-soalan. Ye lah, macam pelik macam mana mereka boleh berbahasa melayu dengan baik. Mesti pernah kerja sama ada di Malaysia atau indonesia lah kan pada firasat aku.
Tapi sebenarnya tak. Yang sorang tu dia cakap dia belajar di sekolah di Champa. Ehhhh~~~
Umurnya mungkin dalam lingkungan 40an. Staf disitu beragama Islam. Jadi memang makan tanpa was-was dan aku salutelah tokey kedai ni yang membuat fardhu kifayah kat sini.
Kitorang jugak sempat bersembang dengan couple meja sebelah bila suasana jadi riuh ni. Best part, diorang bagi free buat limau dan jambu batu jugak. Tak lupa roti keras yang actually nak beli, fikir boleh la makan dengan mashroom suop nanti. Tu pun dia bagi free jugak.
Selesai makan dal am jam 6 petang. Since hospitality diorang sooo baek, AAB kata nanti hari last kita datang makan hotpot kat sini lagi lah. Lepas tu rajin pulak dia abadikan duet 5 hingget Malaysia kat dinding kedai Hajah Hawa tu.
Kenangan dalam kenangan |
Oh aku dah igt ape yang buat suasana kat restauran tu riuh dgn gelak tetawa sangat. Out of blue AAB tanya nama Hajah Hawa nyaaa kat diorang. Yang tu ke? sambil tunjuk ahkak yang pakai kerudung (maybe tukang masak).
Akak tu geleng. Pahtu salah sorang staf tunjuk kat staf lelaki, pastu yang tu tunjuk kat staf lain. Lucu gile.
Jadi at last kitorang memang tak tau la sape Hajah Hawa yang sebenarnya. Katanya Salam (staf buat air yang lembut skit wataknya) Hajah Hawa ni signature ajeerr.
Friendly depa ni |
Selesai baibai kat staf semua, kitorang dah mati kutu nak pegi mana, tapi decide untuk jenjalan area bandar inilah. Fara dan AAB dah kepingin nak beli oleh-oleh untuk orang kat Malaysia. So, dengan motosikal tu kitorang turun ke bandar Sapa dan park kat area yang sesuai.
Cam comey aje |
Berpusing-pusing di area situ sampai senja. Sambil berOOTD. Sedang asek berOOTD, eh, terserempak lagi dengan geng bebudak Johor luaskan kuasamu buat kali ke-3. Lama duk tepi jalan mengupdate cerita masing-masing. Memang dah kire kamceng la ni kan. Hahahha. Naseb baek bertembung tepi jalan, kalau bertembung kat kedai makan tadi rasa lagi kecoh.
Tempat kitorang berOOTD tu adalah jalan untuk ke hotel diorang. Diorang dah pun sampai ke Catcat Village dan banyak tempat-tempat lain rupanya.
Usai menyuarat tepi jalan bersurai, kitorang pun ingat nak pegi tempat yang depa bagitau ada pemandangan yang indah area gunung.
Senja nan indah, kitorang tiba kat situ. Ingat boleh la pekena kopi vietnam lagi sementelaah itu entah rasa melepak kat kedai kopi yang authentic aje. Dalam bandar tadi agak menyeramkan untuk try kopi sebab kebanyakan cafe dia ada alcohol & bir.
Memang idok le nak masuk. ISDEV masih utuh dihati. Gittew.
Senja nan indah kitorang menyaksikan pemandangan gunung yang sayuup kelihatan. Mungkin Fansipan terletak di seberang. Aku agak sebab area kat sini ada monorel untuk ke situ. Cuaca agak sejuk, tapi taklah terlalu sejuk. Suhu di Korea dulu sudah mengajarku erti apa itu sejuk & apa itu muatan lebihan.
Gamabr dalam gambar |
Pemandangan indah dikala senja |
Selesai menikmati pemandangan senja yang mengasyikkan, cuaca berubah menjadi gelap. Baru perasan minyak motor dah nak kehabisan, apa lagi, laju kitorang membelah jalan raya untuk mencari station petrol yang berdekatan. Agak besar dan meriah bandar Sapa ini lebih-lebih lagi waktu malam.
Lampu neon begemerlapan, kenderaan tak usah cerita, sibuk! Selesai mengisi minyak, aku ternampak pasar malam, maka ayuh lah kita tengok mana tau ada benda yang berkenan.
Ya, kitorang dapat membeli oleh-oleh kat situ selain dari buah strawberi yang besar dan buah plum. Murah!
Tak lupa juga untuk mencoba aiskrim buah.
Cuaca dingin tambah dengan aiskrim dingin rasa duk kat kutub utara |
Aku waktu tu sebenarnya dah give up dengan kasut yang aku pakai. Masuk hari ni, agak sakitlah jari kaki lebih-lebih lagi part yang terpeleot yang kena operate dulu. Aku cuba-cuba juga untuk mengusha kasut baru, tapi tiada yang berkenan.
Lama di pasar malam itu, akhirnya kitorang pun beransur. Jam pun dah menunjukkan pkl 8.00 malam. Cuaca makin dingin. Dalam perjalanan balik, aku ternampak macam supermarket dan bagitau Fara jom kita ke situ, kot-kot nasib kaki boleh berubah.
Alhamdulillah, aku akhirnya jumpa sandal yang ngam dengan character & saiz aku. Duk membayar, AAB pula hilang rupanya duk tingkat atas supermarket itu. Dia jumpa port untuk beli oleh-oleh so, kitorang pun join sekaki. Aku tak menyabar terus pakai sandal kat sini. kakiku kini boleh bernafas lega.
Hai new sandal |
Seadr tak sedar hampir sejam kitorang duk di supermarket tu. Kedai pun dah nak hampir tutup. Tapi malam tu agak meriah ya. Club malam pun macam galak beroperasi dan ramai pulak orang keluar berhibur. Kitorang pun tak lupa untuk mengundur diri dari hiruk pikuk suasana bandar Sapa setelah semua dah ready untuk kembali ke sarang.
Dalam perjalanan balik ke Liberty Hotel Sapa, jalan berkabus tebal. Dah la menuruni bukit. Boleh tahan juga ni, silap gaya masuk ke gaung. Huhu. Sebelum sampai ke hotel, kitorang singgah dulu ambil baju yang dihantar ke laundry petang tadi.
Bilik 501 kembali riuh, kitorang ni bila aje yang drain evergy pun sure. Sebelum ready untuk bersemayam, kitorang terlebih dulu buat bising kat dapur Liberty Hotel untuk panaskan travel food untuk santapan dinner. Hahaha. Dah berhari dah travel food tu hanya dipandang begitu saja tanpa dijamah. Yelah, alhamdulillah, sejak berada ni Vietnam ni tak sempat lagi rasa kebulur. Travel food kemain banyak sorang-sorang bawak buat bekalan.
Panaskan dan ngapp! |
Siap dinner kitorang pun bersiap untuk mandi dan solat. Dan lepas tu tak de pillow pillow talk bila masing-masing melayan jiwa dan lampu bilik padam pada jam 11 malam.
Nak selami pengalaman berjalan kat Vietnam lagi? Baca entri ni tau^^ :
JALAN-JALAN 2024 : Vietnam, Hanoi | Jalan-Jalan 2024 : Hanoi, Vietnam | Jalan-Jalan 2024: Ha Long Bay, Vietnam | Jalan-Jalan 2024 : Moana - Sapa, Vietnam | Jalan- Jalan 2024 : Catcat Village, Sapa, Vietnam | Jalan-Jalan 2024 : Fan Si Pan, Sapa Vietnam | Jalan-Jalan 2024: Kembali ke Hanoi dan pulang ke tanah air | Jalan-jalan-jalan :Ayuh Ke Ho Chi Minh, Vietnam Kita! Part 1 | Jalan-jalan-jalan :Ayuh Ke Ho Chi Minh, Vietnam Kita! Part 2 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan